Laman Webantu KM2A1: 4746 File Size: 16.7 Kb * |
TAG SP 172: Serang Hendap Di Netting By Harun Rashid 17/6/2001 10:14 am Sun |
TAG 172 [Mahathir sudah lama menggunakan khidmat polis bertopeng
agar tidak dapat dicam dia berada dibelakang semuanya kerana
pernah menemui mereka dan telah menjawat Kementerian Dalam
Negeri sebegitu lama. Dengan bertopeng khidmat polis ini dapat
diguna semula untuk agenda yang seterusnya. Tidak mungkin mereka
polis biasa kerana tembakkan mereka tepat belaka dan mereka muncul
ketika seseorang yang penting dalam bahaya kerana rahsia yang
sudah pecah atau Mahathir sudah menggelabah. Lagipun ia amat
terancang - termasuk proses penggelapan bukti dan pemberitaan.
Pembunuhan misteri akan tetap berlaku samada melalui peluru ataupun
makanan yang beracun asalkan ia dapat memautkan dengan tiba-tiba
atau kelihatan biasa. Walaupun begitu sedikit analisa yang teliti
akan membongkarnya juga kerana luarbiasanya tetap ada jika kita
memiliki kepakaran yang secukupnya. Keadaan mangsa dan waktu kejadian
serta ugama atau kaum yang terlibat akan membongkar misteri siapa yang
bertanggungjawab sebenarnya dan mengapa ia dirancang sedemikian rupa....
Lagipun, jika kita selalu bertanya tidak mungkin akan sesat jalan adanya
kerana telinga dan mata ada di mana-mana. Walaupun gelap dan gelita, bunyi
dan jejak pun sudah cukup berguna asal otak cukup pintar memikirkannya.
- Editor] Terjemahan: SPAR-05-012
(The Ambush At Netting) Bukan mudah mempercayai sesuatu yang dilihat daripada jauh. Apabila kita
terdengar cerita ngeri yang meruntun hati, kita tidak mudah mempercayai
sesuatu kisah yang diceritakan orang. Namun, kenyataan yang terserlah
menjelaskan cerita kebenarannya. Inilah yang mencuit hati nurani kita dan
tentu ada insan yang bertanggungjawab kerananya. Seeloknya biarlah fakta
yang menjelaskan cerita sebenarnya. Tumpat ialah sebuah pekan yang terletak di Kelantan, yang bersempadan dengan
Thailand. Menghala bahagian selatannya ialah Kota Bharu. Jalan masuk ke
ibukota Kelantan itu memang tersedia satu sekatan jalan di mana setiap
kenderaan sentiasa diperiksa dan diawasi kalau-kalau ada membawa beras
seludupan. Selalunya terdapat dua pegawai yang berunifom yang bertugas.
Terdapat satu papan tanda yang besar meminta sesiapa juga berhenti dulu,
untuk diperiksa. Beberapa kampit beras rampasan disusun rapi di bawah satu
payung besar untuk melindungi panahan suria yang sungguh terik pancarannya.
Payung besar yang dipancang di tepi jalan memang menjadi tanda kelegaan.
Namun, tidak ada yang menarik pada alat pelindung itu, kerana kelihatan
ganjil di tengah-tengah kawasan bendang yang penuh pepohon kelapa yang
melambai-lambai laksana jejari yang menunjukkan sesuatu kepada pelbagai
arah lambaiannya. Jalan yang melepasi tapak sekatan itu menghala ke satu persimpangan tidak
jauh dari situ. Di bahagian itu terdapat beberapa rumah kampung yang memang
tenang pemandangannya. Memang semuanya nampak tenang dan aman. Memang tidak
ada satupun yang menjadi tanda betapa berlakunya satu peristiwa ganas pada
malam 3 Oktober, 1998. Begitu juga pada keesokan paginya, serpihan kaca dan
sampah sarap telah dikumpulkan dan disimbah dengan minyak sebelum dicucuh
api untuk menyala sehinggakan hitam lebam tapak tanahnya. Sesiapa yang
melihat tapak yang hitam itu tentu bertanya di dalam hati, apakah yang sudah
terjadi, membuatkan polis menghitamkan bumi dengan menyucuh api? Penduduk
tempatan terus curiga melihatkan puluhan mata-mata yang mengawasi mereka.
Mereka terus kehairanan kerana stesen sekatan itu baru sahaja dibina di
situ. Malam itu memang gelap pekat, sesuai untuk dijadikan satu malam merencana
sesuatu yang tidak mudah sesiapa melihatnya. Pada malam itulah berlakunya
peristiwa itu, sehingga terdapat tiga versi cerita mengenainya. Yang pertama
ialah versi polis Tumpat kepada pemberita akhbar pada keesokan paginya
setelah bumi bertuah itu dihitam-lebamkan. Cerita versi kedua ialah kisah
yang diceritakan oleh dua orang pegawai polis Tumpat kepada siasatan Koroner
yang agak panjang siasatannya. Versi yang ketiga ialah cerita mereka yang
menjadi saksi kerana dapat melihat dengan mata sendiri dan mendengarnya
melainkan mereka yang tuli, dan menceritakannya semula dengan berani.
Dua kisah yang disampaikan oleh pegawai polis itu memang ada hubungannya
antara setiap satu dan boleh dirumuskan semacam itu. Polis Tumpat berkata,
setelah menerima telefon daripada orang yang tidak dikenali, mereka
bertindak menahan satu van yang membawa penumpang yang bersenjata daripada
Thailand. Untuk operasi itu mereka gunakan dua buah van untuk menunggu di
stesen minyak Petronas di Netting. Mereka menunggu di situ sehingga van yang
disyaki muncul dengan pergerakan yang laju.
Bermulalah operasi kejar mengejar yang diselang-seli dengan tembak-menembak.
Akhirnya van yang dipandu oleh sasaran telah berjaya diasak dan tersekat di
tepi jalan. Tembakan yang muncul daripada dalam van itu menyebabkan peluru
automatik dihalakan ke situ dan membunuh semua penumpang yang berada
dalamnya. Rupa-rupanya semua yang mati adalah pekerja kaum India yang mahu
pulang ke Ladang Kerala. Polis Tumpat tidakpun merasa berdosa walaupun enam
orang lelaki daripada enam keluarga India yang sudah terkorban.
Beberapa gambar telah dirakamkan di tempat kejadian. Terdapat empat pistol
yang disusun rapi antara mayat itu laksana bebunga yang diletakkan untuk
menghiasi pusara. Dua senjata yang digambarkan memang tidak berfungsi,
sedangkan lagi dua itu belum pun digunakan lagi. Tidak ada sebarang kesan
lubang tembakan di van untuk menunjukkan ada tembakan yang pernah dilepaskan
daripadanya. Namun, pihak polis memperakukan betapa ledakan yang muncul
daripada van itu begitu kuat bunyinya untuk meyakinkan mereka membalas
tembakan dan membunuh semua penumpangnya.
Gambar-gambar beserta laporan pakar pathologi menunjukkan semua mayat itu
menerima tembakan bertalu-talu. Ada yang telah ditembak walaupun kedua
tangan mereka diangkat ke atas seolah-olah mereka sudah menyerah diri.
Kesemuanya menerima tembakan di kepala, ada yang menerimanya lebih daripada
sekali. Fakta ini menunjukkan mereka dihukum tembak dan bukannya untuk
ditahan. Satu siasatan inkues yang dilaksanakan di balai polis Tumpat
memberikan pemandangan suasana yang terjadi, yang jauh berbeza daripada
bukti fizikal yang sebenarnya. Penduduk tempatan di kampung itu telah menceritakan kisah yang amat berbeza
sekali. Satu kumpulan polis bermotor telah muncul di Netting selepas senja,
mengadakan sekatan pemeriksaan di setiap jalan yang menghala ke setesen
Petronas di Netting. Ada tiga jalan yang menghala ke stesen itu. Tidak ada
satupun kereta yang dibenarkan melepasi sekatannya. Apabila van yang
dipastikan itu muncul, ia telah ditahan sebelum dibiarkan meneruskan
perjalanannya melepasi stesen Petronas itu. Ketika itu keadaan masih cerah
lagi, dan masih terdapat banyak manusia yang boleh menjadi saksi. Itu
sebabnya van itu diiringi untuk maju lagi ke hadapan, ke tempat di mana
berlakunya pembunuhan. Penumpang van dikatakan akur dengnan arahan polis. Tidak ada tanda mereka
melawan. Kemudian, semua lampu dipadamkan, polis dan penumpang van menunggu
berasingan daam gelap gelita. Tidak lama kemudian muncul satu van besar yang
berhenti di belakang van yang ditahan itu yang masih berisi penumpangnya
kerana mereka tidak dibenarkan keluar lagi. Van besar yang baru berhenti itu
dibuka pintunya dan keluarlah beberapa orang di dalamnya. Mereka mengepung
van kecil tadi dengan penumpangnya masih lagi di dalamnya.
Penduduk kampung boleh mendengar suara mangsa merayu-rayu agar tidak
diapa-apakan kerana mereka mengaku tidak melakukan sebarang kesalahan. Suara
mereka tenggelam dek dentuman senjata api. Ledakan senjata api itu
mengeluarkan cahaya yang mudah dilihat dari jauh. Mangsa yang didera
menjerit melolong meminta ampun, walaupun mereka tersilap dituduh. Selepas
mereka semua ditembak melalui tingkap van yang memerangkap mereka, keadaan
keheningan muncul semula. Beberapa tubuh yang terkulai itu diheret keluar.
Kemudian beberapa tembakan kedengaran lagi, seolah-olah setiap tubuh yang
terbujur itu ditembak lagi untuk menentukan semuanya sudah mati.
Manusia bersenjata yang datang dengan van besar itu mula-mula muncul
daripada arah Kota Bharu. Akhirnya mereka berpatah untuk pulang ke Kota
Bharu juga. Polis yang bermotorsikal terus menunggu di situ kerana tidak
mahu penduduk kampung datang meluru. Sepuluh minit kemudiannya muncul pula
sebuah kereta putih polis daripada Tumpat. Polis Tumpat mengambil alih
keadaan di situ dengan mencetuskan sinaran lampu yang digunakan untuk
mengambil gambar tempat kejadian. Mengikut orang kampung pada waktu itulah
senjata yang tidak berfungsi itu diletakkan di samping mayat yang sudah pun
membujur kaku. Senjata itu tidak diletakkan untuk digenggam oleh simati,
cuma diletakkan di sisi. Senjata itu tidak pula berlumuran darah, malahan
tidak ada kelongsong peluru yang dijadikan bahan hiasan sejarah. Orang
kampung berkata van itu telah diserang-hendap dan senjata api itu sengaja
ditunjukkan sebagai bukti mengukuhkan kerja polis melancarkan pembunuhan.
Mayat-mayat itu dibawa ke Hospital Kota Bharu di mana mereka diperiksa oleh
seorang pakar pathologi. Mereka telah ditembak antara dua mata pada jarak
yang dekat sahaja. Mereka telah ditembak ketika dua tangan mereka diangkat
ke atas, Semua kesan tembakan memang selari dengan laungan mereka meminta
tidak diapa-apakan. Mereka memang tidak pernah diampunkan kerana mereka
adalah mangsa pembunuhan. Ini merupakan satu operasi yang baik
perancangannya. Ramai anggota yang turut serta menunjukkan perancangan itu
datangnya daripada atasan juga. Terdapat unsur ketepatan waktu dalam
perancangan itu. Bagaimanakah mereka mampu melaksanakannya kalau tidak ada
perancangan yang mantap mengenainya?
Kenderaan mangsa berlepas daripada ladang Kerala pada awal petang untuk
memasuki pekan kecil di Thailand untuk membeli petas (mercun dan bunga api)
dan minuman keras bagi sambutan Deepavali. Di kampung itu terdapat satu
pasangan manusia yang baru tiba, tetapi ganjil juga kelakuan mereka. Mereka
tiba daripada Thailand, kata mereka, pada bulan Julai itu. Pendatang lelaki
membuka kedai kopi di situ dan menjadi ramah mesra dengan para pekerja
Ladang Kerala. Isteri yang menemaninya tinggal di sebuah rumah kecil di
perkampungan pekerja ladang itu. Mereka berusaha untuk mendapatkan keyakinan
para pekerja di situ. Tiga keluarga pekerja di situ didatangi oleh saudara mara mereka daripada
Pahang. Mereka muncul untuk meraikan lebaran Deepavali bersama
sanak-saudara. Lelaki pendatang daripada Thailand itu telah mengajak mereka
pergi ke seberang menemaninya membeli petas. Tidak ada sesiapa yang mahu
tetapi setelah dipujuk rayu, ada juga yang bersetuju. Itulah kesilapan besar
mereka. Keenam-enam mereka telah menaikki van untuk menunggukan orang
daripada Thailand itu muncul. Pada saat akhir dia telah memberikan alasan
untuk berjumpa mereka kemudianya di sebuah kedai teh Cina di Tanah Merah.
Mereka pergi ke kedai Cina yang dikatakan sambil menunggukan lelaki daripada
Thailand itu. Dia tidak muncul juga sehingga mereka pergi ke Thailand tanpa
iringannya. Sekembali mereka itulah mereka telah ditahan polis di sekatan
jalan di Netting. Lelaki daripada Thailand itu sudahpun menghilangkan diri
dan bayangnyapun tidak kelihatan lagi. Sebaik sahaja kisah pembunuhan itu
sampai ke perkampungan Ladang Kerala, isteri si lelaki itupun turut
menghilangkan dirinya. Tiba-tiba dia mendapat peluang keluar daripada
kampung itu. Dia dan suaminya tidak lagi menjengukkan muka mereka di situ.
Ini membayangkan mereka muncul dengan tujuan tertentu. Sebaik tujuan itu
terlaksana, merekapun ghaib entah ke mana. Apabila tugas selesai mereka
menghilang tanpa memberi peluang untuk menjawab pelbagai persoalan. Tidak
ada sesiapa yang mengenali identiti mereka sebenarnya, dan merekapun tidak
penah menjengukkan muka lagi. Kenapakah operasi ini direncana dan terlaksana pada penghujung 1998?
Tarikhnya memberikan kita satu klunya. Pada awal September Anwar Ibrahim
telah disingkirkan daripada jawatannya. Pada minggu ketiga bulan September
orang bertopeng menceroboh masuk ke rumah kediamannya. Mereka memecahkan
pintu dan merosakkan jendela sedangkan rumah itu mudah dibuka untuk
mempersilakan mereka. Mereka menangkapnya dengan senjata yang tersedia
walaupun sebelum itu, dia pernah memberikan perakuan bertulis mengenai
kesediaan menyerahkan diri apabila diminta.
Satu lagi klu ialah kejadian ganjil di Taman Intan, di mana lima orang India
telah ditembak mati oleh pasukan polis khas yang bertopeng mukanya. Ada
cerita mengatakan kisah penculikan membabitkan anak lelaki seorang pemimpin
politik negara. Kisah menyelubungi penculikan itu menunjukkan adanya
unsur-unsur sandiwara politik juga. Pemimpin politik yang dikaitkan dengan
penculikan itu ialah seorang insan yang terbabit dengan banyak kes rasuah
dan kisah mengangkut wang haram yang besar jumlahnya.
Satu laporan yang muncul beberapa hari lalu menyebutkan kisah empat orang
yang bertopeng memanjat pagar dan menculik seorang anak daripada penjagaan
bapanya, yang terlibat dengan kes penjagaan anaknya itu dengan bekas
isterinya. Si ibu itu kini merupakan isteri (kedua) kepada pemimpin politik
berkenaan. Oleh kerana tidak adapun laporan polis yang dibuat oleh si ibu,
bolehlah dibuat andaian bahawa empat orang bertopeng itu adalah mewakili
dirinya (dan juga suaminya) dan anaknya itu sudahpun dibiarkan bawah
penjagaannya. Identiti empat orang bertopeng dan kaedah yang mereka gunakan,
menjadi bahan persoalan yang menarik sekali.
Lima mangsa di Taman Intan Sungai Besi itu dulu, termasuklah seorang wanita
yang mengandung sarat lapan bulan ketika itu. Kenapa perlunya wanita itu
ditembak di kepalanya, masih lagi menjadi satu tandatanya, seolah-olah
kematiannya adalah satu kemestian juga. Sikap begini merupakan sesuatu yang
zalim sekali. Orang mati memanglah tidak boleh bercerita lagi, hanya cerita
pihak polis yang masih ada lagi. Mereka boleh melaporkan apa yang mereka
suka dan pada dasarnya laporan itulah yang menjadi bahan sejarah yang rasmi.
Walaupun tidak semestinya begitu. Pembunuhan lima mangsa India (bukan beragama Islam ataupun daripada
masyarakat Cina) di Sungai Besi terjadi pada 2 Oktober, 1998, hanya dua
minggu selepas Anwar Ibrahim ditangkap. Pembunuhan di Netting (tidak
melibatkan mereka yang beragama Islam ataupun daripada masyarakat Cina)
terjadi pada keesokan malamnya. Anwar Ibrahim sengaja telah dilindungi oleh
polis untuk menyorokkan kisah mata lebamnya di tangan ketua polis negara.
Ketua Polis Negara itu telah merupakan pengarah operasi untuk dua peristiwa
pembunuhan di Netting dan Sungai Besi. Pada waktu itu dia juga
bertanggungjawab kepada perdana menteri yang bertindak sebagai Menteri Dalam
Negeri yang menyelia semua anggota polis terutama pasukan Cawangan Khas
(SB). Apabila diimbau semua itu, pembunuhan yang ngeri menyerlahkan adanya usaha
untuk melencongkan perhatian masyarakat daripada kisah penangkapan Anwar
Ibrahim. Jika diterima demikian andaiannya, terserlahlah sifat ganas dan
zalim Perdana Menteri dengan ketaranya bersama sokongan kesyaitanan para
pengampu, sehinggakan tidak ada sesiapa yang sanggup mengaku secara terbuka
akan segala sifat kesyaitanan itu. Namun, ramai yang mengaku dalam diam-diam
betapa wujudnya segala muslihat jijik itu yang terpaksa mereka sama-sama
tanggung dosanya. Para pemimpin Malaysia sudah jauh menyimpang daripada
landasan hidup yang benar dan adil seperti yang sepatutnya.
Terjemahan oleh SPAR-05-012 Asal: http://home.yqi.com/harunrashid1/77Ambush.html Link Reference : Harun Rashid Worldview: The Ambush At Netting |