Laman Webantu KM2A1: 4750 File Size: 22.6 Kb * |
TAG SP 174: B3 Pengalaman Seorang Wiramarhaen Yang Bergaya By Sheryll Stothard 17/6/2001 11:03 pm Sun |
TAG 174 [Isham Rais tetap hidup walaupun tercampak di merata negara
dalam usia yang terlalu muda. Tidak ramai "budak kampung" mampu
melakukan yang serupa walaupun tinggi pendidikkan mereka atau
menghafal pelbagai bahasa kerana itu bukan penentu segalanya.
Semangat dan iman itulah bekal yang sepatutnya - dan itu tidak
akan dapat dipelajari walaupun di universiti yang ternama kerana
ia lebih bersifat teori sahaja. Kali ini Isham telah disumbat ke
intitusi ISA yang lebih gila tetapi kita percaya beliau akan mampu
menghadapinya kerana beliau sudah cukup berpengalaman menghadapi
onak dan ranjau dalam hidupnya. ISA tidak akan mampu menewaskannya
- sebaliknya ia adalah lambang kemenangannya.
- Editor] (Isham Rais: Adventures of a trendy rebel - Part 3)
Oleh: Sheryll Stothard Pertemuan pertama saya dengan "dongengan" ini adalah di pejabat
Kesatuan Pelajar Universiti New South Wales Australia (UNSW) dalam
tahun 1987. Pada masa itu, Isham Rais telahpun meninggalkan Australia
dan sedang menjalani kehidupan yang kurang diketahui ramai di Eropah.
Pada salah satu dinding pejabat tersebut terpampang sebuah poster
yang besar mengenainya. Saya adalah pelajar tahun pertama dari UM, sedang bercuti di Sydney.
Saya pernah mendengar namanya, tetapi segala faktanya telah
bercelaru. Gambar dirinya tanpa disedari telah diharamkan di kampus,
namanya turut tidak disebut di dalam masyarakat umum, sebagaimana
yang terjadi apabila sesebuah keluarga membuang gambar dari album
keluarga apabila seorang ahlinya yang mengaibkan keluarga telah
melarikan diri. Itu membuatkan "dongengan" ini bahkan lebih menarik
minat - saya sendiri, hampir memasuki usia 21 tahun, dan seperti
semua pelajar yang lurus, gemar memikirkan bahawa saya adalah seorang
Sosialis-Marxis - satu label yang lebih bergaya dari jenama pakaian
Armani. Saya berkembang bersama-sama kisah-kisah pengorbanan dan mereka yang
terkorban kerana pegangan masing-masing, kisah-kisah protes dan
memberontak kerana perjuangan. Hakikat bahawa Hishamuddin Rais wujud,
dan tidak pernah mengkhianati "pegangannya" (biarpun apa yang
dimaksudkan selepas itu) telah mengekalkan "dongengan" tersebut. Dari
sekalian ramai aktivis di Sydney, persetujuan ramai tentang perkara
berkenaan adalah sama. Saya tidak perlu bertanya tentang dirinya,
seorang pelajar Australia di pejabat kesatuan pelajar UNSW dengan
rela hati membantu memberikan maklumat, dan menambah, dengan satu
kebencian terhadap pembangunan yang tulen : "Andrew si burung merak
itulah yang telah menyebabkan beliau pergi".
Saya menjadi sangat berminat disebabkan wujudnya maklumat-maklumat
bertapis ini, khabar-khabar angin, ketaksuban pelajar terhadap
sesorang yang dianggap hero dan perkara-perkara yang sebahagian
benar. Beliau tidak mudah didekati dan menjadi lambang kepada segala
bentuk larangan keras yang dikenakan selama saya menjalani kehidupan
di UM. Dan beliau hidup dalam buangan. Bagi saya (dan saya percaya,
kepada ramai juga rakan sebaya yang lain), dengan mementingkan diri
sendiri telah meletakkan harapan agar beliau akan terus menjadi orang
buangan dan mengekalkan konsep yang salah ini.
Tiada Alasan : Biarpun beliau telah pulang ke tanah air dalam bulan November 1994,
saya dapat rasakan bahawa terdapat sebahagian dari diri saya ini yang
mahukan beliau terus mengekalkan identiti sukar untuk didekati itu.
Saya lebih dewasa kini dan, dengan umur yang meningkat, tidak lagi
dapat mengekalkan perasaan taksub kepada apa yang dipanggil hero dan
idealisme. Marxisme - dan juga, sebarang ideologi lain yang saya
telah tergoda untuk mengikutinya - telah terjejas dengan kematangan.
Saya menjadi seorang yang sinis dan seronok untuk menghapuskan segala
slogan yang begitu saya kagumi semasa kehidupan saya yang terbentuk
di zaman belajar dahulu. Pengetahuan membawa kepada hilangnya rasa
tidak bersalah dan dengan kehilangan ini, seperti kebanyakan rakyat
Malaysia yang sebaya dengan saya, saya hilang rasa percaya kepada
keyakinan diri saya sendiri. Namun "dongengan" Hishamuddin Rais masih hidup dan membara;
sebagaimana saya tidak pernah dipaksa untuk menghadapinya, saya juga
tidak perlu untuk membuangkannya. Walau bagaimanapun, masanya telah
tiba untuk saya berhadapan dengan dongengan dan kebenaran itupada
satu malam di dalam bulan Disember 1994, di gerai tertentu di
Bangsar, apabila saya berbincang tentang beberapa kemungkinan untuk
Men's Review, majalah yang saya sedang sunting, bersama beberapa
teman rapat saya. "Anda tahu siapa yang saya begitu ingin sekali lihat sebagai penghias
kulit muka majalah ini?" Hishamuddin Rais." Saya membuat spekulasi
pula. "Agaknya di mana dia berada sekarang."
"Kalau kamu boleh dapatkan orangnya, mungkin ia kan menjadi kulit
muka yang terbaik sekali", kawan saya yang gemarkan dongengan
merangkap seorang yang sinis berkata dengan penuh ghairah. Seorang
lagi yang lain membongkok ke hadapan dan berbisik dengan kuatnya, "
Jangan lihat sekarang, tetapi saya rasa beliau sedang berada di
sebuah meja betul-betul di belakang kamu!"
Dan benarlah orang itu adalah beliau. Dengan semua spekulasi yang
mengatakan bahawa beliau "sedang berada di bawah pengawasan polis"
atau bersembunyi jauh di Negeri Sembilan, di sini pula Hishamuddin
Rais berada, di salah sebuah gerai kegemaran saya di KL, sedang
menikmati teh tarik bersama beberapa orang teman. Sangat mudah
didekati. Saya tidak boleh berdalih lagi sekarang. Saya tidak ada
alasan lagi. Terus terang saya katakan, saya lebih berharap beliau tidak berada di
situ. Saya tidak fikir saya benar-benar mahu mendengar jawapannya
kepada soalan yang akan menentukan - buat pertama kali dan selamanya
- sama ada sesuatu yang sinis telah berada di puncaknya dan sama ada,
selepas berhadapan dengan kebenaran, saya akan terpaksa melupakan
terus satu lagi dongengan. Soalan yang saya tahu akan saya ajukan
kepadanya, namun berasa keberatan untuk mengetahui jawapannya adalah:
"Adakah berbaloi semua itu?" Peristiwa melarikan diri : Seminggu selepas Isham Rais, Kamarazaman Yacob, Abu Zer Ali dam Yunus
Ali berjaya memboloskan diri dan meninggalkan Universiti Malaya,
mereka berempat memutuskan untuk cuba meninggalkan negara ini dengan
bantuan diplomat Timur Tengah yang bersimpati.
Hubungan aktivis pelajar Timur Tengah - Malaysia bermula pada
tahun-tahun sebelumnya dengan memasukkan isu Palestin sebagai isu
yang paling digemari di dalam agenda para pelajar. Iaitu keganasan
Israel yang disokong oleh US sejak 1948 berakhir dengan penaklukan
Semenanjung Gaza, Semenanjung Sinai, Tebing Barat dan Bukit Golan di
Syria selepas Perang Enam Hari dalam bulan Jun 1967 dan Perang
Oktober pada tahun 1973.(Perang Oktober menjadi fokus bantahan
pelajar-pelajar yang diketuai oleh Anwar di Kedutaan US dalam tahun
1973.) Rancangan yang diatur adalah untuk keluar melalui sempadan
Malaysia-Thai di Golok, Kelantan. Mereka akan berpecah, dengan
Kamaruzaman (Zaman) dan Abu Zer mengambil laluan tengah dan Isham dan
Yunus mengambil laluan selatan melalui Mersing ke Kota Baru. Tempat
pertemuan sepatutnya adalah di hadapan Panggung Wayang Rex di Kota
Bharu pada pukul 5.30 petang seminggu selepas itu.
Mereka berempat, dengan ditemani oleh seorang diplomat Asia Tengah,
tiba seperti yang dirancangkan di Kota Bharu. Di sini, ceritanya
menjadi agak samar. Kamaruzaman Yacob, di dalam buku tulisannya
"Bersama Anwar Ke Penjara", mendakwa bahawa perjalanan merentasi
sempadan telah digugurkan kerana orang hubungan Timur Tengah mereka
di KL menasihatkan sedemikian. Isham, walau bagaimanapun, memberikan
cerita yang berbeza. "Ia telah dibatalkan kerana seseorang di dalam kumpulan itu telah
berubah fikiran," katanya, dengan sedikit kemarahan. Dalam perjalanan
ke Kota Bharu, Zaman menerima berita bahawa isterinya, bersama-sama
teman wanita Isham pada masa itu, Juliet Chin (yang merupakan
setiausaha Kesatuan Pelajar Universiti Singapura), telah ditahan
semasa cuba meninggalkan negara ini. Sudah tentu, anak muda Presiden
PMUM itu keberatan untuk meninggalkan isterinya di belakang. Isham
membuat spekulasi yang agak pedas, "Saya rasa beliau hanya mahu
menduduki peperiksaan akhirnya." Mereka kembali ke KL. Isham amat marah dengan perkembangan ini dan
memastikan bahawa Zaman menyedari akan hal itu. Di KL, mereka
berempat berpisah. "Saya tidak mengucapkan selamat tinggal kepada
Zaman," Isham mengingatnya, dengan suara yang membayangkan sedikit
penyesalan. Mereka tidak bertemu semula sehingga 10 tahun kemudian di
London. Zaman kemabali ke universiti dan berjaya menduduki
peperiksaan terakhirnya. Sebaik sahaja selepas itu, beliau telah ditangkap di Negeri Sembilan
dan menyertai Anwar Ibrahim, Adi Satria dan tahanan-tahanan pelajar
yang lain di Kamunting, Perak. Bukunya, Bersama Anwar Ke Penjara,
telah diterbitkan dalam tahun 1994, menceritakan kisah tentang
pengalamannya sebagai aktivitis pelajar sehinggalah ke tempoh masa
tahanannya di bawah ISA. Sentuhan kisah yang begitu tersendiri itu
memberikan pengetahuan yang bernilai tentang dunia pelajar-pelajar
yang ditahan, sehinggalah kepada kisah menarik tentang Anwar yang
menyanyi di bilik air dan sering mengusik lamunan romantik Zaman
terhadap isterinya. Ternyata, bekas Timbalan Perdana Menteri itu berupaya mengekalkan
daya kelucuan yang sihat sepanjang dua tahun beliau berada di
Taiping. Penyeludup-penyeludup Indonesia :
Isham tinggal di rumah Abu Yaacob, wakil PLO ke Malaysia, selama
lebih kurang seminggu, sehingga apabila pihak polis mula mencarinya
di situ. Dengan pertolongan Rohana Ariffin, isteri Abu Yaacob,
beliau menjumpai satu lagi "rumah yang selamat" di satu kawasan
setinggan di Keramat. (Rohana Ariffin kemudiannya telah bercerai
dengan Abu Yaacob. Beliau menyertai Universiti Malaya sebagai
kakitangannya dan kini sedang mengambil cuti sabatikal dan berada di
Sydney, Australia. Abu Yaacob kemudiannya digugurkan daripada
kepimpinan PLO sekarang dan kini membuka sebuah kedai runcit di
Emiriah Arab Bersatu). Beliau tinggalah di sini selama beberapa bulan dan menyamar sebagai
pekerja kilang yang telah dibuang. "Agak pelik, sebenarnya," beliau
tertawa, "Saya memesan dua akhbar setiap hari dan Far Eastern
Economic Review. Orang-orang di situ sudah tentu merasa curiga."
Pada bulan April 1975, satu waran telah dikeluarkan untuk
menangkapnya. Beliau gagal untuk muncul di Johor Bahru bagi menjawab
tuduhan menghalang tugas seorang pegawai polis semasa bantahan di
Tasek Utara dalam bulan September tahun sebelumnya. Gambarnya telah
diterbitkan di dalam akhbar-akhbar. Di ketika itu beliau tahu sudah
sampai masanya untuk berpindah. Tempoh yang berikutnya dalam tahun itu, beliau berpindah dari satu
rumah yang selamat ke rumah yang lain di dalam kawasan Lembah Kelang,
termasuk rumah penyair politik Usman Awang. Pihak berkuasa kini
percaya bahawa beliau telahpun meninggalkan negara. Beliau cuba
tetapi tidak berjaya untuk berhubungan dengan penyeludup-penyeludup
Indonesia bagi membantunya meninggalkan Malaysia.
Dalam bulan Oktober, Abu Zer menghubungi Isham. Beliau berjaya
memperolehi cop visa kemasukan palsu dalam passport Isham, dan
merancang pelarian seterusnya. "Beliau telah mengupah seseorang untuk
membawa kami ke sempadan Golok di dalam sebuah Volkswagen," Isham
menceritakan. Mereka akan mengambil jalan yang sama seperti usaha
mereka yang gagal lapan bulan sebelum itu. "Kali ini ia akan menjadi
kenyataan". Segalanya berjalan dengan lancar, dan Isham berjaya ke Kuantan di
mana mereka berjumpa dengan orang hubungan Abu Zer yang seterusnya
akan membawa Isham menyeberangi sempadan Golok.
Tetapi Isham akan meneruskan langkahnya tanpa Abu Zer. Abu Zer telah
membuat keputusan awal-awal lagi untuk tidak meninggalkan negara dan
kemudaiannya pergi bersembunyi di dalam hutan menyertai PKM. Secara
rasmi beliau masih lagi bebas. Apabila saya menyoal Isham pada
fikirannya apa yang telah berlaku kepada sahabat yang menolong beliau
meninggalkan Malaysia, beliau berkata, "Saya bukanlah orang yang
patut ditanya tentang Abu Zer" dan mengubah tajuk perbualan.
Isham mengucapkan selamat tinggal kepada Abu Zer di Kuantan dan
beliau bersama orang hubungan itupun menuju ke Kota Bharu. "Di KB,
kami tinggal semalam di rumah seorang lelaki. Beliau seorang yang
baik yang dikelilingi oleh beberapa orang perempuan." Isham menambah,
dengan sini: "Saya agak mereka itu adalah pelacur."
Orang Australia Yang Tolol : Pada keesokan harinya, orang hubungan telah pergi ke sempadan untuk
memeriksa keadaan pantai sama ada selamat untuk diseberangi. Ada
beberapa sekatan jalan dari KB ke pekan sempadan Rantau Panjang, pos
terakhir Malaysia sebelum Golok. "Saya mencadangkan kami mengupah
dua orang perempuan untuk menemani kami ke sempadan supaya bolehlah
kami melepaskan diri sebagai pelancong dalam perjalanan sehari
melalui sekatan jalan", kata Isham. Duduk di antara dua pelacur (yang tidak menyedari diri mereka
digunakan untuk tujuan penyamaran), Isham berjaya melepasi empat
sekatan jalan ke Rantau Panjang. Apabila sampai ke pekan, mereka
berhenti di sebuah kampung berhampiran Sungai Golok, sungai yang
memisahkan kedua-dua buah negara. Selepas memberitahu kedua-dua perempuan itu menunggu dengan pemandu,
Isham dan rakannya meneruskan perjalanan ke sungai dan berakit
menyeberangi ke sebelah Thailand. "Kami meyakinkan kedua-dua pelacur
tadi yang kami akan kembali dan membawa mereka menyeberangi ke Golok
untuk membeli-belah," Isham ketawa. "Mereka tidak tahu langsung akan
apa yang kami lakukan!" Mereka berjaya menyeberangi sempadan ketika hari sudah senja. Isham
hendak terus ke Bangkok, tetapi tiada teksi yang sanggup melakukan
perjalanan malam ke sana. Pada keesokannya Isham pergi ke Haadyai dan
menaiki keretapi ke Bangkok berseorangan.
Dari Bangkok, Isham menaiki kapal terbang ke Hong Kong, dengan
harapan akan meperolehi visa ke Australia. "Ketika itu berlaku
pengeboman Danang di Vietnam dan kami terpaksa terbang sepanjang
pantai untuk mengelakkan kawasan itu," katanya mengenang kembali
penerbangan Bangkok-Hong Kong yang mengambil masa lima jam."
Di Kedutaan Australia Hong Kong, Isham menyedari yang ia tidak
mungkin dapat pergi ke Australia. "Seorang pegawai yang
bertanggungjawab bahagian visa, K Rice, memberitahu saya, "Maafkan
saya Encik Rais, tetapi anda adalah seorang yang tidak dibenarkan
masuk ke Australia. Dan bahlol itu terus mengecop passport saya -
DILARANG MEMASUKI AUSTRALIA."
Beliau tinggal di Hong Kong selama seminggu, menimbang pilihan yang
ada. "Saya memikirkan, kenapa tidak mencuba Timur Tengah? Jadi saya
meminjam sedikit wang, terbang semula ke Bangkok dan mengambil
penerbangan termurah ke Amman, Jordan."
Perjalanan ke Damsyik dan Seterusnya :
Isham tiba di Amman pada satu pagi di awal musim sejuk dalam tahun
1975. Beliau tidak mengenali sesiapapun di Jordan. Beliau tidak
mempunyai idea langsung untuk melakukan sesuatu hatta di mana hendak
dimulakan. Harapan tunggalnya adalah nama satu tempat yang pernah
didengarinya dari Abu Yaacob. "Ianya adalah nama sebuah hotel di
Damsyik, Syria - Hotel Karnak - diberikan oleh Abu Yaacob." Beliau
terangkan, " Ini adalah tempat di mana aktivis Palestin berkumpul.
Jika bernasib baik, saya berharap seseorang akan mengenali nama Abu
Yaacob." Beliau merancang semua itu semasa sedang duduk di sebuah kafe di
kawasan diplomat di Amman, dengan hanya berbekalkan beg plastik yang
mengandungi pakaian dan duit US300 dalam poketnya. Beliau cuba
memohon visa di tiga buah kedutaan - Iraq, Libya dan Algeria. " Yang
dua pertama memberitahu saya perlu membuat permohonan dari Kuala
Lumpur. Algeria sebenarnya mengatakan boleh, tetapi siapa pula yang
saya kenali di Algeria?" Isham mengambil keputusan untuk mencuba pilihan Syria. Beliau
menjumpai hostel pelajar untuk tinggal beberapa malam, dan cuba untuk
mendapatkan visa dari kedutaan Syria. Dua hari kemudiannya, apabila
beliau berjaya memperolehi visa, beliau menyewa sebuah teksi ke
sempadan Syria menuju Damsyik. " Nabi Isa a.s. mengambil jalan yang
masyhur itu dari Damsyik ke Jerusalem," beliau ketawa ketika
memperkatakannya, "Saya mengambil laluan berlawanan. Saya selalu
sahaja mengambil langkah yang bertentangan."
"Perjalanan itu amat menarik," Isham meneruskan lagi, "Saya juga
melihat buat pertama kalinya, Tebing Barat yang dijajah." Isham tiba
di Damsyik pada awal petang dan mencari Hotel Karnak." "Pemandu teksi
tidak menolongpun. Saya berjaya mencari hotel itu keesokannya,
meninggalkan pesanan yang saya adalah kawan Abu Yaacob yang mencari
seseorang yang mengenalinya, saya pun terus menanti."
Akhirnya saya menyedari pilihan Hotel Karnak bukanlah idea yang
bagus. Seseorang kemudiannya muncul. "Ingat tak orang hubungan Timur
Tengah dalam cubaan pertama kami menyeberangi Thailand? Jadi, abang
beliau yang muncul di hotel itu mencari saya." Terang Isham. Tetapi
tiada apa yang berhasil dari pertemuan itu.
Kumpulan-kumpulan Militia : Walau bagaimanapun semasa menunggu - seperti aktivis pelajar tulen,
Isham sudahpun membuat perhubungan dengan pertubuhan kebangsaan
pelajar Syria. Isham menimbang pilihan yang ada dan membuat keputusan
untuk memasuki Iraq. "Saya bersahabat dengan seorang pelaajar
Palestin Kristian yang boleh bertutur dalan bahasa Inggeris. Beliau
memberitahu saya bahawa adalah sukar untuk mendapatkan visa ke Iraq,
tetapi beliau mempunyai seorang kawan di Lebanon yang boleh
membantu." Keika itu, Iraq diketuai oleh Said Ahmad Hassan Al-Bakr, presiden
yang dinaikkan oleh Saddam Hussein selepas revolusi 1968. Ini juga
merupakan tempoh yang menggemparkan di Timur Tengah dan saya hanya
boleh membuat spekulasi bahawa Isham, si "Saya hanya budak kampung"
dari Malaysia yang berusia 22 tahun sudah tentu terfikir sama ada
beliau telah mengambil langkah yang betul pada masa yang tepat.
Melangkaui sempadan Syria, Lebanon dengan cepat menjadi ibu pejabat
untuk berbagai kumpulan militia dari merata-rata kawasan sekitarnya.
Di dalam negeri, pertembungan antara militia Kristian Lebanon dan
kumpulan Muslim Druze akhirnya menyemarak menjadi perang saudara. Ini
akhirnya mendorong penaklukan Isrtael ke atas Lebanon dalam tahun
1978 dan 1982 dan juga penglibatan Suria dalam kekecohan itu.(Syria
secara rasminya memasuki perang itu apabila menghantar tentera Ke
Beirut pada tahun 1988). Untuk pergi ke Beirut dalam tahun 1976 bukanlah mudah, Isham
kemudiannya menyedari. "Anda terpaksa menunggu sehingga peperangan
berhenti sebelum boleh menyeberangi sempadan. Saya sentiasa
diberitahu di stesen bas, hari ini tidak selamat, datang semula esok.
Ianya adalah biasa sahaja di kawasan dunia sebelah situ."
Akhirnya tibalah harinya ketika ianya menjadi 'selamat'. Dan Isham
berserta rakannya meninggalkan Damsyik ke Beirut dengan teksi.
Perjalanan itu membawa mereka ke jantung Beirut Barat yang dikuasai
Muslim - dan ke dalam peperangan. Di dalam Bandar, berbagai kumpulan militia mendirikan kem-kem. Ia
kelihatan seperti perang saudara Sepanyol yang menarik beratus-ratus
pejuang-pejuang 'bebas' merentasi dunia dalan tahun 30an. Isham
mempunyai banyak masa - beliau akhirnya terbiasa dengan kenyataan
bahawa segala-galanya mengambil masa yang lama di Timur Tengah - dan
dalam menunggu orang hubungan Iraq untuk berhasil, beliau melakukan
sepertimana wiramarhaen muda dari Malaysia. Beliau menyertai
peperangan. Hanya masa yang berjaya dibunuh oleh Isham di Beirut.
Kenyataannya, agak menakjubkan yang beliau tidak terbunuh.
"Saya tidak terlatih langsung," beliau ketawa, "Tugas saya adalah
menjaga blok kediaman di Beirut Barat." Isham telah membiasakan diri
dengan gaya kehidupan perang saudara itu. "Saya kerap dimarahi oleh
pejuang lain disebabkan oleh sikap leka saya terhadap penembak curi.
Saya langsung tidak memahami akan tindakan saya itu."
Beliau tinggal di Beirut selama empat bulan sehinggalah orang
hubungan itu datang. "Saya akhirnya berjumpa lelaki ini - Eddie
Zanariri - seorang Palestin yang akan menolong saya memasuki Iraq.
Beliau adalah pelajar Universiti Amerika Di Beirut, menjaga hal-ehwal
antarabangsa untuk kesatuan pelajar Palestin."
Dengan perolehan visa itu, Isham meninggalkan Beirut menuju ke
Baghdad. Itu, walau bagaimanapun bukanlah kali terakhir beliau
melihat Bandar yang rosak akibat perang yang pernah dikenali sebagai
Paris timur tengah. ....bersambung.... Terjemahan: SPAR-09-007-3 Asal: Isham Rais: Adventures of a trendy rebel (Part 3)
http://www.malaysiakini.com/Column/2001/05/2001053003.php3 |