Laman Webantu KM2A1: 4752 File Size: 4.0 Kb * |
Helikopter Polis Suluh Rumah Tun Daim? Malam 16 Jun 2001 By Tarabulsi 18/6/2001 4:49 am Mon |
[Kita simpan dulu komen... lagipun ada satu lapuran yang akan
disiarkan besuk dari seorang informer yang tidak asing lagi...
- Editor] Tranungkite http://members.nbci.com/_XMCM/tranung/jun/tarabulsi72.htm
Assalamualaikum wbt E-mail ini baru diterima. Pada malam ini hari Sabtu malam Ahad, 16 Jun
2001 pada kira-kira jam 11.00 malam, ramai yang sedang makan di
gerai-gerai di Taman Melawati di Hulu Kelang telah melihat helikopter
polis menyuluh ke arah kawasan rumah Tun Daim (atau mungkin juga
rumah Tan Sri Wan Azmi Hamzah). Rumah Tun Daim dan rumah anak
didikan beliau Tan Sri Wan Azmi terletak sebelah menyebelah di lereng
bukit di pinggir Taman Melawati. Menurut beberapa orang pemerhati yang telah bergesa ke kawasan bukit
tersebut, dua buah kereta yang disyakki kereta polis telah meninggalkan
kawasan rumah Tun Daim itu dalam lebih kurang 20 minit selepas
peristiwa helikopter menyuluh ke arah rumah bekas Menteri Kewangan
tersebut. Adakah Tun Daim (atau Tan Sri Wan Azmi) ditangkap polis pada malam
ini. Mungkinkah Tun Daim atau Tan Sri Wan Azmi berada di dalam salah
sebuah dari dua kereta tersebut yang disyakki adalah kereta polis.
Kawasan pintu gate rumah Tun Daim dilaporkan dikawal malam ini oleh 6
orang penggawal, sesuatu yang luar kebiasaan. Selalunya hanya dua
orang penggawal sahaja. Sama-sama kita tunggu pengesahan samada polis telah pergi sekali lagi
untuk mengeladah rumah Tun Daim (buat kali yang ketiganya) atau pun
mengheret bekas Menteri Kewangan itu ke Bukit Aman. Mungkin juga
rumah yang digeladah kali ini adalah rumah Tan Sri Wan Azmi.
Yang menjadi tanda tanya adalah kenapa helikopter polis menyuluh rumah
Tun Daim (atau rumah Tan Sri Wan Azmi). Nampak seolah-olah pihak
polis ingin menarik perhatian orang ramai kepada tindakan mereka itu.
Beberapa hari yang lepas masa dalam perjalanan untuk pergi mengeladah
rumah Tun Daim buat kali yang pertamanya pihak polis telah juga menarik
perhatian orang ramai dengan membunyikan siren.
Apa perlunya memasang siren atau menyuluh dari helikopter kalau tidak
berniat untuk menarik perhatian orang ramai. Tindakan polis sedemikian
menimbulkan tanda tanya samada kesemuanya ini, iaitu konflik
Mahathir-Daim, sebenarnya suatu sandiwara.
Mungkin juga ini semua bertujuan untuk menyediakan rakyat kepada acara
membidas dan menjatuhkan air muka Tun Daim yang bakal akan dilakukan
di perhimpunan UMNO minggu depan. Ada khabar-khabar angin
kononnya dalam ucapan beliau di perhimpunan tersebut nanti, Dr
Mahathir akan mendedahkan segala keburukkan Tun Daim. Mahathir akan
melondehkan seluar dalam Daim. Serangan keatas Tun Daim itu bertujuan
untuk merencatkan apa jua rancangan untuk mendesak Dr Mahathir
supaya turun dari takhta sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri.
Entahlah. Allahua'alam. Ada pula cerita kononnya Dr Mahathir akan ubah taktik dan mencurahkan
puji-pujian ke atas Tun Daim semasa berucap di perhimpunan UMNO
tersebut. Terkini - Dato Mustapha Mohamad masuk senarai polis.
Maklumat terbaru yang diterima menyebut satu lagi anak didik Tun Daim,
iaitu bekas Menteri Usahawan, Dato Mustapha Mohamad juga berada
dalam senarai polis untuk disoal siasat. Dato Mustapha yang kalah di Jeli
dalam pilihanraya tahun 1999 telah dilantik sebagai Penasihat Ekonomi.
Sudah ada cerita-cerita yang cuba mengaitkan Dato Mustapha dengan
skandal bond RM19 billion PNUB. Dikatakan Dato Mustapha bertindak
atas arahan Tun Daim. Tarabulsi |