Laman Webantu KM2A1: 4753 File Size: 15.4 Kb * |
TJ SP MGG: Keangkuhan dan Barisan Nasional By M.G.G. Pillai 18/6/2001 8:30 am Mon |
MGG 1261 [Anak buah Mahathir kini sudah dihidapi penyakit berjangkit
keangkuhan yang tidak bertepi. Rais Yatim menyelar hakim manakala
Dollah Badawi memperlekehkan keputusan hakim Hishamuddin. Sekarang
Ling pula berkeras mahu mengambil Nanyang walaupun MCA sendiri
sudahpun bergoyang dan Star kini sudah terancam. Paling terbaru
Mahathir menempelak SPR pula padahal dia sudah lama kenyang dengan
undi berhantu yang penuh kepalsuan. Kedegilan mereka ini tidak akan mampu melawan arus yang melintang.
Ia mengundang masalah yang semakin sukar diselesaikan sehingga
semakin terhakis sokongan. Kini rakyat memandang orang pilihan
Mahathir tidak menghormati perlembagaan, keputusan kehakiman,
dan pandangan majoriti masyarakat Cina dengan isu Nanyang. Ini
hanya akan mengundang kecelakaan yang ngeri di masa depan.
Tanpa sokongan pengundi Cina, BN akan kecundang. Walaupun BN
memilikki semua akhbar harian, ia tidak mampu memilliki hati
masyarakat Cina yang sudah geram dengan rampasan di Nanyang.
Sampai hari ini desakkan dari mereka tidakpun berkurang....
BN telah melakukan kesilapan yang sukar diputar kebelakang.
Bersedialah untuk lingkup dalam pemilu akan datang.
- Editor] (Arrogance and the National Front) Dua orang Hakim Mahkamah Tinggi telah membangkitkan isu-isu perlembagaan
yang membuatkan kerajaan dan UMNO menjadi kematu, diam membisu. MCA pula
telah membeli dua buah akhbar dan terjebak ke dalam kancah masalah yang
besar. Ini berpunca daripada keangkuhannya menyepikan sokongan akar umbi
yang semakin berkurang dan difikirkannya boleh dibeli dengan wang. Bukannya
mereka itu hidup di awang-awangan tetapi mereka beranggapan apa yang mereka
kata itulah yang mesti terlaksana. Inilah masalahnya kerana para pemimpin
ini berlagak tidak seperti yang sepatutnya. Mereka lebih cenderung meniru
orang yang mudah membangkitkan isu dan kritikan di warung-warung.
Setiap perkara, tidak mengira kepentingannya kerap sangat diperkecilkan
menjadi satu masalah yang remeh dan sengaja digembar-gemburkan. Isu-isu yang
menyangkuti perlembagaan adalah bertujuan menyoal seorang hakim tentang
kenyataannya dan bukan tentang apa yang telah diselesaikannya. Perdana
Menteri Mahathir adalah orang yang paling licik dalam perkara ini. Laksana
seorang mahaguru jurusan ilmu itu, dia mempunyai khazanah jawapan untuk
menangkis segala soalan yang dianggap penting.
Keangkuhan yang dipamerkan oleh Mahathir sudah menular dan menjalar ke
barisan bawahannya sehinggakan sudah menjadi satu amalan apabila BN menjawab
setiap isu itu dengan penuh keangkuhan juga. Begitulah, apabila presiden MCA
Ling Liong Sik, bersikap sombong ketika membeli dua akhbar Cina kerana
terlalu percaya bahawa pihak pembangkang tidak faham apa yang mereka
cakapkan. Keangkuhan sudah menjadi satu kesenian kini. Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam
mengarahkan dua orang politikus pembangkang yang ditahan bawah ISA
dibebaskan kerana polis telah menafikan hak asasi mereka. Menteri Kehakiman
(de facto) yang memperlekehkan isu ini telah mengungkit akan hak seorang
hakim memberitahu parlimen akan apa yang harus dilakukannya. Menteri hal
ehwal dalam negeri turut mengabaikan perkara ini dan menghantar empat
daripada lapan orang yang ditahan itu, termasuk dua orang ahli Keadilan
untuk ditahan selama dua tahun.
Penghakiman di Mahkamah Tinggi Sabah telah mengisytiharkan pembatalan kerusi
DUN Likas setelah mempertikaikan daftar pengundi. Bukti yang dikemukaan
telah mendedahkan betapa SPR cuai dalam tugasnya. Hakim telah menyebut akan
rintihan pihak pembangkang yang sengaja diabaikan. Malahan Parti Bersatu
Sabah pernah membuat pelbagai aduan akan perkara ini, kini parti itu
bercadang membuat aduannya semula. Setibanya daripada lawatan bermusimnya di Jepun, Dr. Mahathir telah menyebut
betapa Suruhanjaya Pilihanraya telah tidak berlaku adil kepada BN.
Bagaimanakah SPR boleh disalahkan sedangkan selama ini SPR telah beria-ia
membantu BN untuk menang? Aduan Mahathir itu adalah berpunca daripada
keresahannya bahawa SPR tidak memihak kepada kerenahnya lagi. Ramai pegawai
SPR terutama sekali pegawai-pegawai muda Melayu di situ memahami betapa
pentingnya peranan mereka sebagai pemegang amanah rakyat dan mahu mewujudkan
ketelusan dalam tugas mereka. Dr. Ling semakin angkuh dengan keyakinan bahawa tidak siapa yang mampu
menggulingnya daripada jawatan sebagai presiden parti itu kerana adanya
sokongan presiden UMNO terhadapnya sehinggakan sombongnya itu sudah tidak
bertepian lagi. Dia sengaja mendesak agar rencananya diluluskan tanpa perlu
membincangnya lagi dengan pemimpin parti. Inilah yang dilakukannya ketika
membeli Nanyang Press Holdings, yang menerbitkan Nanyang Siang Pao dan China
Press dan beberapa majalah lagi. Pergeseran dalaman yang tercetus kerana
episod itu telah meledak lebih besar daripada yang diketahui umum.
Masyarakat Cina telah menentang pembelian itu dan mengarahkan satu
pemboikotan terhadap semua akhbar terbitan MCA, termasuk The Star. Timbalan
presiden parti dan beberapa pemimpin yang menyokongnya telah melancarkan
beberapa majlis ceramah di seluruh negara untuk memaksa MCA memikirkan
semula rencana itu. Inilah yang membuatkan Dr.Ling memikir semula perkara itu. Apabila
masyarakat Cina memulakan satu pemboikotan, adalah amat sukar untuk
mematahkannya. Tiga puluh tahun yang lalu, mereka telah memboikot rokok
Rothmans, kerana syarikat itu terlalu ghairah melaksanakan Dasar Ekonomi
Baru sehingga membuatkan syarikat itu melutut merasakan bahananya. Boikot
itu akhirnya dihentikan, tetapi satu dekad kemudiannya, Rothmans masih
merasakan pasaran yang memencilkannya di beberapa tempat di negara ini.
Kalaupun MCA mempunyai alasan yang kuat untuk membeli Kumpulan Nanyang itu,
alasan itu sudah pun dimusnahkan oleh penentang politik dan budaya terhadap
usahanya. Kini, pemboikotan sudah pun bermula, dan saya diberitahu di
seluruh Lembah Kelang yang memang dihuni oleh sebilangan besar orang Cina,
The Star sudah mula merasakan bahana tindakan itu kerana mereka telah
beralih kepada The Sun. Majlis Pusat MCA telah mengundi dengan keputusan 32 berlawan lapan untuk
menyetujui urusan pembelian itu. Tiga puluh dua yang dikatakan bersetuju itu
tidakpun mengangkat tangan ketika ditanya apakah mereka bersetuju. Lapan
orang yang tidak bersetuju telah berbuat begitu dengan mengangkat tangan
mereka. Kalau mereka tidak mengangkat tangan, bagaimanakah mereka dianggap
bersetuju kepada urusniaga itu. Sepatutnya selepas itu, Ling menanyakan
berapa yang berkecuali. Oleh kerana dia tidak menanyakannya, bererti Ling
terjebak kepada perangkap bikinannya. Tujuan membeli kumpulan akhbar itu
dahulu ialah untuk mengelakkan beliau menjawab pelbagai soalan. Kini, dia
terpaksa melakukannya juga secara terbuka.
Kini, dia membuat tawaran menjual akhbar itu kepada pihak yang berminat.
Siapakah gerangan yang berani membeli musibah ini? Lagipun, oleh kerana
lebih 33 peratus saham akhbar itu sudah dibeli (yang sebenarnya berjumlah 73
peratus) ia terpaksa membuat tawaran terbuka untuk membeli saham lain yang
belum dimilikkinya. Mungkin ia berjaya mendapatkan pengecualian dalam hal
itu. Ini bermakna BN akan terhenyak lagi kerana malu. Walaupun belum
dikemukakan lagi soalan ini, lambat laun ada yang akan bertanya mana satu
yang lebih penting, tengkuk Dr. Ling ataupun MCA. Nampak sangat Dr. Ling
tidak ada pilihan lain. Dia terpaksa mundur dan barulah MCA mula memujuk
kembali sokongan masyarakat Cina. Barisan Nasional sedang dihantui dilema. Ia sudah kehilangan besar pengundi
Melayu disebabkan Episod Anwar Ibrahim. Generasi muda Malaysia - Melayu,
Cina, India, Iban, Kadazandusun dan sebagainya - tidak lagi berminat dengan
sorotan sejarah yang mengulang-ulang bahawa disebabkan BN dipilih untuk
berkuasa, mereka mestilah menurut tanpa menyoal apa-apa, sambil yang mungkir
harus bersedia untuk didera. Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, telah mengarahkan
polis mengawal ketat kediamannya apabila pihak pembangkang mahu menyerahkan
satu memorandum kepadanya. Apabila polis digunakan sebagai alat penampan
daripada kemaraan rakyat yang mempunyai masalah, tindakan itu akan lumpuh
juga walaupun gayanya yang penuh keangkuhan. Tindakan itu tidak akan
berjaya. Tanyalah Dr. Mahathir, Dr. Ling dan Abdullah Badawi.
Terjemahan SPAR-01-019 Asal: Harakah 15-30 June 01 Every matter however important is reduced to a simple
problem, and glossed over. The constitutional issues raised is
simplied to question the judge for his ex cathedra statements,
not for what it addresses. The Prime Minister, Dato' Seri
Mahathir Mohamed, is a past master at this. He has a ready
irrelevant retort to every question of importance.
The arrogance he reveals is distributed down the line that
it is now taken for granted that the National Front response to
any issue is steeped in irreversible arrogance. The MCA
president, Dato' Seri Ling Liong Sik, rides rough shod to buy two
Chinese newspapers and believes his opponents do not what know
what they talk about. This arrogance is now an art form. A High Court judge in
Shah Alam orders two opposition politicians detained under the
Internal Security Act released because the police in violating
the form of the arrest denied the two men their constitutional
protection. The de facto law minister, in his retort, ignored
this but harped on the judge having no right to tell Parliament
what it should do. The home minister, Dato' Seri Abdullah Ahmad
Badawi, sends four of the remaining eight detained with the two
Keadilan politicians to two-year detention terms without trial.
A High Court judge declares a Sabah Legislative Assembly
seat vacant after an election petition had questioned the
electoral rolls. Evidence was produced to show the Elections
Commission was derelict in its duty to address the complaints:
it took the easy way out, as one of its officials said from the
witness box, by ignoring all of them. The judge said what the
opposition complained all along: the electoral rolls are
politically tainted. Indeed, the opposition Parti Bersatu Sabah
had withdrawn an action alleging this, but it now intends to
bring the action afresh. Dr Mahathir, on his return from his periodical visit to
Japan, said the Elections Commission has been unfair to the
National Front as well. What has that to do with recurring
complaints of an Elections Commission which cuts corners to help
the government in elections? His complaints come because he does
not get his way, that enough officials in the Elections
Commission, especially the younger Malay officers, view their
role as custodians of the public interest, and ensure fairness
where they can from within. Dr Ling, arrogant in his belief that none can remove him as
party president so long as he has the UMNO president's support,
now knows arrogance has its limits. He rushed through approvals,
without internal party consultation, to buy through its
investment arm Nanyang Press Holdings, which publishes the
Nanyang Siang Pau and China Press and several magazines. The
internal opposition, when it emerged, became more than a minor
kerfuffle. The community opposed it, and ordered a boycott of
all MCA-controlled newspapers, which included the Star newspaper.
His deputy president and others aligned to him called meetings
throughout the country to force the MCA to rethink.
This Dr Ling now has to. When the Chinese community orders
a boycott, it is difficult to staunch it. Thirty years ago, it
ordered a boycott of Rothmans cigarettes, over the company's
over-enthusiastic imposition of New Economic Policy quotas, and
brought it almost to a standstill. The boycott was called off,
but a decade later, Rothmans still had it to contend with in
parts of the country. If the MCA had valid financial reasons to
buy the Nanyang group, it is destroyed by the cultural and
political opposition to it. A boycott is now called for, and I
am told in areas in the Klang Valley where Chinese dominate, the
Star is dropped in favour of the Sun. The MCA central committee voted, so we are told, 32 to eight
to go ahead with the deal. The 32 did not raise their hands when
he asked if they supported the buy; the eight who did not did.
If they did not raise their hands, how could they be for the
deal. He should have then asked how many abstained. He did not.
Dr Ling is caught in his own trap. He bought the newspaper group
so that he would not have to answer questions. But he is forced
to. In public. So, he offers to sell it now to interested parties. Who
would buy this can of worms? Besides, since it bought more than
33 per cent -- actually nearly 73 per cent, it must make a
general offer for the shares it does not own. It can get a
waiver, but if it does, it could frustrate the National Front at
the hustings even more. It is not asked about, but it is a
question now of Dr Ling's head or MCA's. There is seemingly only
one way out: Dr Ling must go and the MCA then sue for peace with
the community. The National Front is in a dilemma. It has lost the
unblinking Malay support with the Anwar Ibrahim affair. The
younger Malaysian -- Malay, Chinese, Indian, Iban, Kadazandusun
et al -- are not interested in historical parallels from a
government that insists that because they were elected into
power, they must be obeyed without question, and woe betide who
does not. The deputy prime minister, Dato' Seri Abdullah Ahmad
Badawi, calls for a police cordon around his house when
opposition members want to present him a petition. It cushions
itself from the people. And prove its impotence with arrogance.
It does not work. Ask Dr Mahathir, Dr Ling, Abdullah Badawi.
M.G.G. Pillai |