Laman Webantu KM2A1: 4756 File Size: 3.3 Kb * |
BK: Likas: Eusoff Chin Arah Hakim - Syed Husin Ali By BK 18/6/2001 9:30 am Mon |
http://berita-keadilan.net/bmelayu/
berita/likas17jun.htm Kes Likas: Eusoff Chin arah hakim
KUALA Lumpur: Tun Eusoff Chin ketika menjadi Ketua Hakim Negara
memberikan arahan kepada Hakim Muhammad Kamil Awang agar menolak
petisyen terhadap pilihanraya negeri kawasan Likas di Sabah.
Ini dinyatakan oleh Dr. Syed Husin Ali (Presiden PRM) ketika diminta
memberi komen mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu
mengisytiharkan kemenangan Datuk Yong Teck Lee di DUN Likas sebagai
tidak sah kerana kewujudan pengundi hantu.
"Eusoff Chin cuba mengarahkan Hakim Kamil agar menolak petisyen
tersebut berdasarkan keputusan-keputusan yang pernah dibuat oleh
Augustine Paul menolak petisyen pilihanraya dalam kes-kes lain
sebelum itu. Saya percaya beliau tidak bertindak sendirian bahkan
saya percaya ia dilakukan atas arahan pihak eksekutif," jelas Syed
Husin. Keputusan bersejarah Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu ini membuktikan
kewujudan pengundi hantu dalam daftar pengundi Suruhanjaya
Pilihanraya (SPR). Kewujudan pengundi hantu ini bukan sahaja berlaku
di Sabah tetapi juga di seluruh negara.
Ini membolehkan calon-calon Barisan Nasional memenangi pilihanraya,
sekalipun sokongan tempatan kepada mereka tidak begitu kukuh.
Penggunaan pengundi hantu dari kawasan luar dibuktikan oleh penahanan
11 buah bas semasa pilihanraya kecil Lunas. Selain itu petisyen
tehadap keputusan Parlimen Sungai Siput juga sudah difailkan.
Walaupun terdapat bukti-bukti kukuh yang dikemukakan oleh calon BA,
Dr. Jayakumar ia ditolak. Syed Husin juga mendesak SPR agar segera memulihkan keyakinan rakyat
dengan membersihkan daftar pengundi di seluruh negara. Ini
menyebabkan integriti SPR sebagai badan bebas boleh dipertikaikan.
Tambahan pula aduan mengenai pengundi hantu di Likas telah dibuat
sebelum pilihanraya tetapi SPR tidak mengambil sebarang tindakan.
"SPR mesti memulihkan keyakinan rakyat terhadapnya. Daftar pengundi
perlu dibersihkan dari perngundi hantu dan nama-nama pengundi yang
tidak wujud. Dalam usaha ini SPR perlu telus dan bertanggungjawab,"
ujar Syed Husin. Tindakan berani Hakim Kamil juga dipuji dan dialu-alukan sebagai
tanda keberanian sesetengah hakim untuk bertindak berdasarkan fakta
tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.
Dr. Chandra Muzaffar (Timbalan Presiden Keadilan) dalam kenyataannya
menyifatkan keberanian hakim-hakim memulihkan harapan rakyat kepada
institusi kehakiman untuk mendapatkan pembelaan dan keadilan.
Beliau berkata satu-satunya cara untuk mempertahankan kebebasan dan
integriti badan kehakiman adalah apabila hakim-hakim bertindak berani
tanpa rasa takut atau pilih kasih. Apabila lelaki dan wanita yang berkhidmat dalam institusi kehakiman,
polis, perkhidmatan awam, dalam pakatan pemerintah, dan harap-
harapnya di dalam kabinet menunjukkan keberanian dan kejujuran dalam
menjalankan tugas, kezaliman dan penindasan di dalam negara ini akan
dapat dihapuskan.
|