Laman Webantu KM2A1: 4757 File Size: 4.2 Kb * |
BK: Tuduhan terhadap Ezam tak berasas - Puan Ishah By BK 18/6/2001 11:04 am Mon |
http://berita-keadilan.net/bmelayu/berita/
puanishah-isa17jun.htm Ceramah PRM Kampung Baru Ampang Tuduhan terhadap Ezam tak berasas - Puan Ishah
AMPANG: PRM yang berjuang menentang kezaliman, seperti penggunaan ISA
telah mengundang ibu Ezam, Ishah Osman untuk menceritakan pengalaman
beliau selama anaknya, Ezam (Ketua Pemuda Keadilan) ditangkap di
bawah akta tersebut. Ishah Osman berkata bahawa dalam tuduhan yang membawa anaknya ke Kem
Tahanan di Kamunting itu tidak mempunyai asas. Apa yang memelikkannya
lagi, tidak ada satu pun tuduhan yang berkaitan dengan penggunaan
senjata bahaya seperti yang diheboh-hebohkan.
Dr Syed Husin Ali (Presiden PRM) berkata pihak berkuasa boleh
mengambil tindakan mahkamah atas tuduhan awal yang mengatakan bahawa
Ezam menggunakan senjata bahaya untuk merusuh atau dituduh mengadakan
perhimpunan haram. Oleh kerana proses tersebut rumit dan memakan masa, hanya ISA sahaja
yang boleh dilakukan. Pada tahun 1967 lagi, cara menuduh aktivis menggunakan senjata bagi
menggulingkan kerajaan di bawah ISA iaitu seperti tuduhan terhadap
ahli-ahli Persatuan Bahasa Cina, telah digunakan.
Dalam tahanan, pihak berkuasa akan menggunakan tekanan mental dan
fizikal. Syed Husin mengambil contoh rakan tahanannya, Aladdin yang
ditahan menjual makanan kepada komunis. Aladdin menafikan menjual
kepada komunis sahaja tetapi kepada semua pihak, termasuk ahli Umno.
Beliau telah didera dengan cara mencucuh puntung rokok di belakang
tubuhnya dan membakar alat kemaluan. Polis pada waktu itu cuma mahu
Aladdin mengaku bahawa beliau menyimpan senjata. Tetapi, akhir sekali
Aladdin mengalah dan menangis apabila kepalanya dihumban dalam
longkang kotor hadapan anak dan isterinya. Terdapat banyak juga kes
bunuh diri kerana tidak tahan dengan tekanan tersebut.
Menurut pengalamannya pula, Syed Husin berkata beliau telah
ditempatkan dalam bilik gelap selama 6 bulan. "Saya diludah dan
ditumbuk hanya kerana tidak mahu memberi kerjasama kepada pihak
polis," kata Syed Husin. Polis juga telah mengada-adakan cerita
bahawa isterinya kerana mengadakan hubungan dengan lelaki lain
sehingga saya disuruh untuk menceraikan isteri saya.
Syed Husin juga diminta mengaku untuk menjadi orang tengah di antara
komunis bawah tanah dengan Mahathir. Tetapi Syed Husin tidak mahu
mengaku dan akhirnya tahanan beliau ditambah 2 tahun. Arahan tersebut
datangnya dari Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Ghazali Shafie.
http://berita-keadilan.net/bmelayu/berita/
bahirahbangkok17jun.htm KUALA Lumpur: Kempen untuk memansuhkan ISA terus mendapat perhatian
di luar negara apabila isteri Ezam Mohd Nor, Bahirah Tajul Aris
dijemput memberi penerangan dalam beberapa program di Bangkok.
Beliau berlepas ke sana pada 11 Jun lalu. Beliau juga akan
menerangkan perkembangan terkini mengenai keadaan Datuk Seri Anwar
Ibrahim. Bahirah mempunyai jadual yang ketat sepanjang dua hari di Bangkok.
Pada pagi hari pertama beliau mengadakan pertemuan dan perbincangan
dengan Suruhanjaya Hak Asasi Thailand dan Pertubuhan-pertubuhan Bukan
Kerajaan. Beliau kemudiannya ditemuramah oleh British Broadcasting Corporation
(BBC), The Nation dan CNN pada sebelah petangnya. Pada malamnya,
beliau berucap di dalam forum umum di Foreign Correspondence Club,
Thailand. Kelab ini menghimpunkan wartawan-wartawan media luar negara
yang berpangkalan di Bangkok. Kerajaan Thailand juga menunjukkan minat yang mendalam terhadap
perkembangan Anwar dan isu ISA ketika perbincangan Bahirah bersama
pegawai-pegawai dari Kementerian Luar.
Program-program yang diselaraskan oleh Forum Asia ini menjadi medan untuk meningkatkan kesedaran antarabangsa dan serantau mengenai kezaliman ISA. |