Laman Webantu KM2A1: 4758 File Size: 6.2 Kb * |
Benarkah Daim Ditahan Atau Mahathir Mencuri Ayam? By Dahlia 18/6/2001 4:46 pm Mon |
[Mahathir sedang cuba meyakinkan akar umbi dia bersungguh untuk
memerangi politik wang dan korupsi kerana itulah bahan panas sekarang
ini. Itulah antara punca BBM tiba-tiba melompat sebelum diam menyepi.
Oleh itu Mahathir terpaksa mengurangkan liabiliti dengan pengunduran
Daim dan Mokhzani. Tempoh bercuti Daim digunakan untuk mengubah kembali
kawalan modal dan cukai levi. Manakala Daim membersih fail agar tidak
terbongkar beberapa misteri. Daim juga meletakan semua jawatan - termasuk
sebagai bendahari kerana wang sudah dikerjakan tanpa sesiapa pun mengetahui.
Kelemahan Mahathir adalah keaibannya - oleh itu sesiapa yang mengancam
akan diambil tindakkan yang sewajarnya. ISA dan akta baru internet adalah
jalan mudah untuk mengurangkan serangan di padang ataupun di laman web.
Akhbar yang kritis tidak dibenarkan membuat liputan perhimpunan agar
minda akar-umbi dapat diputar habis-habisan melalui tukang sorak upahan.
Tektik menahan berita dan membiarkan khabar memenuhi ruang cukup berguna
sehingga ia digunakan beberapa kali pada tahun ini sahaja. Ini semua adalah
antara persediaan Mahathir agar dipuja-puji untuk terus berkhidmat sampai mati.
- Editor] Daim telah dilapurkan ditahan di bawah akta 117, atau mungkin
mengikut skrip 'For Your Eyes Only' 007 - tetapi di mana dan
mengapa diam sahaja sedangkan Taman Melawati seperti diserang?
Apa perlunya dikirim helikopter dan polis di waktu malam jika
tidak untuk menggemparkan? Ini bermakna rakyat sengaja tidak mahu
diberitahu apakah Daim sudahpun ditahan kerana sinar malam yang
kelam tentunya sukar untuk mengecam orang atau fail yang dipunggahkan.
Adakah benar Daim ditahan, atau cerita itu sengaja direka? Atau
sengaja mahu digemparkan sahaja supaya ramai tertanya-tanya? TPM
Dolah Badawi terpaksa menafikan berita tersebut. Mengapa? Adakah
TPM bimbang terjadinya huru-hara seperti penangkapan ke atas Anwar?
Jawapannya pasti tidak. Daim bukannya Anwar, Daim tidak disayangi rakyat
sebagaimana Anwar. Daim bukan pembela rakyat marhain tetapi sebaliknya.
Rakyat sudah lama menanti Daim menerima hukuman setimpal di atas
perbuatan beliau selama ini. Tetapi bukan Daim sahaja.
Soalnya, di mana Daim ditahan? Sebelum ini, dalam tulisan saya
berkaitan serangan dan surat layang ke atas Daim, saya ada menyebut
bahawa Mahathir telah mengarahkan Bukit Aman membuat pengintipan dan
"kepungan" ke atas rumah Daim. Apa tujuan arahan itu dibuat? Pastinya
untuk keselamatan. Untuk keselamatan siapa? Untuk Daim atau Mahathir?
Saudara pembaca fikirkanlah sendiri. Setiap langkah yang diatur, bukan
untuk kepentingan sesiapa lagi.... tetapi cuma untuk seorang! Siapa
yang paling untung dengan semua keriuhan ini? Siapa yang betul-betul
takut diserang oleh akar-umbi dalam perhimpunan umno di PWTC pada
beberapa hari lagi? Dalam tulisan saya itu juga, saya ada menyebut bahawa strategi Mahathir
seterusnya adalah untuk menahan dan mendakwa Daim atas pelbagai
kesalahan. Tidak tahulah kita, samada jenayah rasuah atau pecah amanah,
atau mungkin kesalahan yang kita sendiri tak tahu. Hanya Mahathir yang tahu.
Terlalu banyak malang yang menimpa diri Mahathir sekarang ini secara
tiba-tiba di saat dia sedang mengurangkan liabiliti. Dua hakim yang berani
telah mematahkan dua kakinya - kaki polis bertopeng dan kaki pengundi
hantu. Sekarang kaki ketiga bernama Eusoff Chin pula sedang sengal-sengal.
Kaki keempat di MCA pula sudah goyah dengan tentangan dari luar dan dalam.
Tanpa undi penting masyarakat Cina dan pengundi hantu bagaimanakah BN mampu
menang? Tiba-tiba kaki keempat bernama Arifin Jaka mencelah dengan keputusan
bertulis setelah 9 bulan lewat walaupun telah memberi keputusan 'beyond
reasonable doubt'. Mengapa baru sekarang muncul di saat perhimpunan
agung semakin menjelang? Nampak sangat muslihat yang dirancang.
Mahathir kini sedang bermain dengan satu kaki yang diam yang sengaja
dipenuhi kesamaran. Ia bagai satu amaran agar Daim (dan rakan?) tidak
menyerang dengan rahsia yang dipegang atau undi tidak percaya yang mungkin
membuat Mahathir sendiri terhumban. Khabarnya Daim sudah memasang perangkap yang cukup hebat untuk memastikan Mahathir
tersungkur aib. Siapa enam orang MB yang dirasuahkan sekenyang-kenyangnya
oleh Daim bagi memastikan para MBs ini ikut telunjuk Daim? Isk , isk isk..
Tak habis-habis dengan perebutan kekayaan dan kuasa antara mereka berdua.
Dalam politik kawan pun boleh jadi korban asalkan untung di hari depan.
Itulah yang sedang dilakarkan agar terpesong pemikiran dan semua kritikan.
Bila alam kembali tenang, lawan pun akan menjadi teman. Itu semua sudah
dirancang. Menurut sumber, Daim kini sudah ditahan di rumahnya di KL. Tetapi arahan
dibuat agar maklumat ini disembunyikan. Tidak harus ada sesiapa yang
tahu, termasuk pemimpin/ahli umno. Untuk seketika, isu Daim harus
didiamkan dulu, kerana masih ada beberapa perkara yang mesti ditumpukan
dahulu, termasuk isu Likas dan isu beberapa Hakim yang berani memberi
"signal" maut kepada Mahathir dan kerajaan pimpinannya. Mahathir sedang
membaca reaksi dan khabar angin adalah teknik terbaik untuk merancang
sesuatu nanti. Kumpulan yang akan menggasak dan melanyak Daim sudah bersedia
menunggu arahan daripada Yang Di Pertuan Penjaga Undang-Undang
Negara, Tuan Haji Mahathir Mohamed. Tunggu signal sama ada
"jalan/proceed, "berhenti sebentar/pause" atau "tangguhkan sementara".
On Your Mark.... |