Laman Webantu KM2A1: 4761 File Size: 22.0 Kb * |
TAG SP 175: B4 Pengalaman Seorang Wiramarhaen Yang Bergaya By Sheryll Stothard 18/6/2001 8:11 pm Mon |
TAG 175 [Isham yang asyik hidup terbuang dan penuh derita itu masih
mampu untuk berjenaka. Dia tetap tabah menghadapi rintangan yang
sering melanda. Kemana sahaja beliau pergi, beliau tidak akan berdiam
diri. Tidak ramai orang yang mampu bersikap sebegini. Isham berbakti
tidak kira dimana dia dicampakkan dan terus mencuba walaupun telah
diusir orang ..... sebab itu dia masih kekal dalam ingatan teman dan
lawan kerana Isham tidak mengenal erti kekalahan. Begitulah hebatnya
seorang pejuang. Pengalaman Seorang Wiramarhaen Yang Bergaya (Siri 4)
(Isham Rais: Adventures of a trendy rebel - Part 4)
Oleh: Sheryll Stothard Pada hari pertama beliau di Baghdad dalam bulan Disember 1976, Isham
melontarkan pandangannya dari tingkap bilik hotelnya ke jalan Al-Rashid
yang terkenal itu, dan hatinya merasa hiba sekali. "Saya lihat di atas
jalan dan semua yang saya nampak adalah lelaki, lelaki dan lebih ramai
lelaki, " beliau berkata sambil melakonkan gaya dalam ketakutan. "Saya
terfikir, Oh Tuhan, apakah yang salah dengan bandar ini?"
Perkara pertama yang dilakukannya di Baghdad adalah mencari bateri untuk
pemain radio-kaset kecil yang dibawanya. "Saya merayau sekeliling Bandar
mencari bateri yang tidak juga saya berjaya temui. Apabila anda tidak
dapat menjumpai satu bateri di sebuah bandar yang didiami oleh dua juta
orang, anda tahu anda berada di tempat yang salah! Ianya seperti satu
mimpi buruk. Beirut adalah tempat peranginan yang lebih canggih
berbanding dengan ini." Biarpun begitu, Isham mengakui bahawa beliau telah dilayan dengan baik
sekali oleh tuan rumah berbangsa Iraq itu, Beliau, bahkan, berpeluang
bertemu dengan Tareq Shalal, bekas diplomatik korporat yang Iraq di
Malaysia, yang pernah menolong memberikan perlindungan kepadanya semasa
beliau hidup dalam persembunyian di Malaysia.
Di Baghdad - ketiadaan bateri tidak menjadi penghalang - Isham segera
dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan orang-orang Iraq. Beliau
mendapat ketenangan jiwa apabila mengetahui bahawa di Iraq terdapat
beberapa bir (beer) yang baik sekali. "Saya masih ingat dua darinya
dengan jelas sekali - Shahrizat dan Farida," beliau menambah," Ia
mengingatkan saya kepada teman lama di UM, Shahrizat Jalil dan Faridah
Al-Hadi. Saya tidak akan melupakan kedua-dua bir tersebut. Ia seperti
cuba melupakan teman-teman lama." VISA YANG MERUMITKAN : Kebanyakan dari masa 2 bulan Isham di Baghdad telah dihabiskan di
pejabat 'Baghdad Observer', di mana rakan perterjemahnya yang berbangsa
Palestin bekerja. Akhbar itu diusahakan oleh seorang lagi orang buangan,
seorang berbangsa India Angola, yang menjadi ketua editor. "Saya
menghabiskan kebanyakan dari masa saya memantau teleprinter yang
memberikan saya maklumat tentang penangkapan Datuk Harun Idris di KL
pada tahun 1976. Selepas beberapa lama walau bagaimanapun, Baghdad kelihatan terlalu
tenang untuk orang muda seperti Isham. "Iraq memang menarik - tetapi
saya telah merasa jemu." Satu delegasi pelajar-pelajar Iraq dijadualkan
akan berlepas ke Bangkok untuk satu persidangan dan mempelawa beliau
untuk sama-sama menyertai mereka. Beliau menerimanya. "Para pelajar ini
bukanlah 'aktivis'dalam erti kata sebenarnya - kami berlepas ke
persidangan tersebut dengan penerbangan kelas pertama."
Di Bangkok, Isham memutuskan untuk cuba ke Australia sekali lagi. Dalam
bulan Januari 1977, beliau terbang ke Hong Kong dan mendapati bahawa
kebanyakan aktivis-aktivis pelajar telah ke Australia untuk satu
persidangan. "Kali ini saya membuat keputusan untuk mencuba sedaya-upaya
saya. Saya mendapatkan kesatuan pelajar di Australia untuk menggesa
Kementerian Luar mereka supaya menarik balik status 'orang yang tidak
boleh diterima' (persona non grata)", Isham berkata. Mereka berjaya dan
Isham diberikan visa. "Anda tahu, masih lagi orang yang sama iaiti K Rice berada di bahagian
visa," Isham ketawa. "Dan dia memberikan saya jenis visa yang sangat
merumitkan - saya perlu menggunakannya di dalam masa tiga hari atau saya
tidak akan dibenarkan pergi." Isham berjaya keluar dari Hong Kong tepat
pada masanya selepas tiga hari kemudian dan tiba di Australia.
BERLEGAR-LEGAR DI AUSTRALIA: Australia menjadi tempat tinggal Isham selama dua tahun. Aktivis-aktivis
pelajar bergiat dengan aktif dan memebransangkan sekali di kampus-kampus
induk seluruh negara itu. Ini menyediakan satu persekitaran yang amat
sesuai untuk seorang aktivis muda. "Saya hanya berlegar-legar di
sekelilingnya, pada dasarnya," beliau mengakui. "Australia adalah tempat
yang sangat hebat untuk berlegar-legar."
Di sini, beliau kembali cergas berdemonstrasi, membuat protes dan
berpartisan dengan seriusnya. Beliau juga bertemu kembali dengan Yunus
Ali sekali lagi. Yunus Ali telag meninggalkan Malaysia apabila berlaku
satu lagi tindakan keras dari kerajaan. Tangkapan borong pada tahun
1976, yang berselindung di sebalik kata-kata untuk menghapuskan
'komunis', disasarkan kepada pihak-pihak akhbar pada kali ini.
Dengan kematian Tun Abdul Razak, timbalannya Hussein Onn mengambilalih
kedudukan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketiga pada tahun 1976.
Kerusi Timbalan Perdana menteri menjadi kosong. Khabar-khabar angin
bertiup kencang bahawa Perdana Menteri yang baru sedang merancang untuk
melantik Ghazalie Shafie, Menteri Dalam Negeri, sebagai timbalannya.
Ini, dikatakan, untuk menghadapi pertentangan sengit dari tiga Naib
Presiden Umno - Ghafar Baba, Tengku Razaleigh Hamzah dan Dr. Mahathir
Mohamad. Ketiga-tiga mereka mengugut untuk meletakkan jawatan sekiranya
salah seorang dari mereka tidak dipilih.
Selepas itu, Hussein Onn memilih Dr. Mahathir. Dengan ini, Timbalan
Perdana Mentri yang baru menjadi batu penghalang yang besar kepada
Ghazalie Shafie yang dikatakan berusaha untuk menjadi Perdana Menteri.
UMPAN-MENGUMPAN : Tangkapan 1976 telah dikatakan sebagai sebahagian dari konspirasi
tidak-terlalu-lembut yang bertujuan membabitkan Dr. Mahathir, kerana ia
disasarkan kepada orang-orang yang diketahui umum sebagai menyokong
beliau. Samad Ismail dan Kassim Ahmad, yang ditahan di bawah ISA,
seperti Anwar Ibrahim, begitu kuat menyuarakan sokongan mereka untuk
menaikkan kepimpinan yang berkesan gabungan Mahathir Mohamad dan Musa
Hitam. Mereka telah ditahan kerana dikatakan membentuk sebahagian plot
komunis Malaysia-Singapura untuk menggulingkan kerajaan.
Tindakan keras kerajaan pada tahun 1976 adalah amat berbeza dengan
penahanan para pelajar pada tahun 1974," Professor KS Jomo dari fakulti
Ekonomi dan pentadbiran berkata. "Ia adalah satu tempoh perpecahan dan
berpuak-puak di dalam Umno; dan dalam mempertahan kuasa, umpan merah
menjadi satu cara kepada puak-puak yang berbeza bagi merebut kuasa."
Tidak mahu terperangkap di dalam api yang membara itu adalah Yunus Ali,
yang menyertai Isham di Australia pada tahun 1977. Walau bagaimanapun, 10
tahun kemudian, beliau telah ditangkap di dalam satu lagi tindakan keras
di Malaysia. Dalam Operasi Lalang, Yunus Ali, yang pada masa itu
merupakan kakitangan UM, telah ditahan di bawah ISA dan dihantar ke
Kamunting selama dua tahun. KACANG HANTU : Menjelang 1978, Isham mendapat tahu betapa berpengaruhnya
Malaysia terhadap Australia. "Saya merasa sangat seronok tinggal di
Australia, beliau berkata. "Tetapi Ghazalie Shafie telah mengenakan
banyak tekanan kepada Perdana Menteri Australia, Andrew Peac##k, untuk
mengusir saya. Ternyata kehadiran saya di Asutralia tidak sesuai untuk
keselamatan Malaysia." Untuk mengeluarkannya, kerajaan Australia mencari sesuatu dari kisah
silam untuk mengenakan tetamu yang tidak dikehendaki oleh mereka itu.
Empat bulan sebelum itu, Isham telah ditangkap atas tuduhan menghalang
polis semasa satu demonstrasi terhadap Perdana Menteri Singapura, tetapi
telah dibebaskan tanpa dakwaan. Kerajaan itu bercadang untuk membuka
semula kes itu, kali ini dengan membuat dakwaan. Walau bagaimanapun,
mahkamah Australia mendapati beliau tidak bersalah dan beliau
dibebaskan. Saya kemudiannya benar-benar telah menjadi "kacang hantu" (orang yang
amat tidak disenangi) kepada kerajaan Australia," Isham ketawa. Ugutan
untuk menghantar Isham kembali ke Malaysia bahkan telah berjaya
dijadikan isu oleh pihak pembangkang Australia dan kesatuan-kesatuan.
Bob Hawke, yang pada masa itu merupakan Setiausaha Agong Kongres
Persatuan Sekerja (ACTU), telah mengharamkan para juruterbangnya dari
membawa kapalterbang yang mungkin memuatkan Isham untuk dihantar pulang
ke Malaysia. "Akhirnya, Peac##k menghantar sepucuk surat kepada saya meminta saya
meninggalkan Australia dengan secara sukarela," Isham bersetuju dan
pergi bersama-sama Yunus ke Karachi, Pakistan. Di Karachi, kedua-dua
orang kawan itu berpisah membawa haluan masing-masing. Yunus pergi ke
Kuwait dan kemudiannya ke Lebanon untuk menyertai pejuang-pejuang
kebebasan Al-Fatah PLO. Isham kembali ke Iraq pada musim bunga tahun
1978. Kali ini, beliau tinggal di Baghdad selama tiga bulan. "Saya merasakan
semua ini adalah satu langkah yang tidak tepat - dari Melbourne kepada
yang ini. Jadi saya memutuskan untuk ke Lebanon semula. Perang telah
menjadi bertambah sengit di sana, tetapi bagi saya itu adalah lebih baik
dari mati dalam kejemuan di Baghdad."
SAAT-SAAT GEMBIRA DI BEIRUT : Apabila Isham tiba di Beirut, pemandu teksi memandang wajahnya dan terus
membawanya ke ibu pejabat Tentera Merah Jepun. "Dia sangkakan, oleh
kerana mata saya sepet, saya pastinya seorang pengganas Jepun!"
Ini adalah Beirut pada lewat 70an, yang kelam-kabut dengan
kumpulan-kumpulan militan, pengganas-pengganas, askar-askar upahan dan
bedilan-bedilan bom. Tentera Merah Jepun di dalam Bandar menyokong
Barisan Popular Pembebasan Palestin (PFLP) yang diketuai oleh ahli
teori Marxis, Georgist Habache. Secara kebetulan, PFLP juga pernah menajadi pengkalan kepada pengganas
Amerika Selatan, Illyich Ramirez aka Carlos The Jackal, yang baru-baru
ini kembali ke Peranchis untuk menghadiri perbicaraan beberapa tindakan
pengganas yang dilakukan sepanjang tahun 70an dan 80an di sekitar Eropah
dan Timur Tengah. "Apa sahaja yang boleh anda fikirkan - boleh didapati di Beirut," Isham
menambah. "Sesiapa sahaja ada di sana, terutama mereka yang tidak
diterima oleh negara mereka sendiri. Di Lebanon, Isham memutuskan untuk
mencari Yunus yang telahpun menyertai PLO dan sedang menjalani latihan
ketenteraan di salah sebuah kem di sekitar Beirut. "Saya menghadiri
majlis 'tamat latihan'nya semasa saya berada di sana. Ia merupakan satu
perkara yang besar di dalam PLO pada masa itu, lulus sebagai seorang
soldadu." Buat kali kedua beliau berada di Beirut, walau bagaimanapun, Isham
mengambil keputusan bahawa adalah lebih baik beliau meneruskan
perjuangannya tanpa perlu memegang senjata. Beliau berbuat sesuatu yang
lebih baik dengan menyertai biro penerangan kementerian luar PLO,
sebagai wartawan sukarela di bahagian penerbitan Bahasa Inggeris.
DIKUMPULKAN : Beirut telah, anih sekali, menjadi satu tempat yang menyenangkan kepada
Isham pada kali ini. "Pernah saya terlibat banyak dijalanan, Beirut
tidaklah menjadi satu tempat yang terlalu terus untuk didiami,
sebenarnya," beliau berkata. "Jalan kegemaran saya adalah Al-Hambra.
Saya tidak menghiraukan bunyi bising dari senapang dan bom; dan bertahan
di bahagian kami di Green Line. Green Line memisahkan Beirut kepada
Muslim di sebelah barat dan Kristian di sebelah timur.
Apabila peperangan semakin menjadi-jadi, Isham mengambil peluang untuk
menonton filem. "Saya menonton versi asal Last Tango in Paris di
Beirut." Saat-saat gembira Isham di Beirut berakhir dengan penculikan
bekas Perdana Menteri Itali, Aldo Moro, di Rome oleh kumpulan pengganas
Itali 'Brigate Rosse' (Red Brigade).
"Terdapat satu khabar angin bahawa beliau telah dibawa ke Beirut. Ini
diikuti oleh pengumpulan beramai-ramai semua orang-orang asing." Salah
seorang darinya adalah Isham.
"Mereka mahu tahu apa yang dibuat oleh seorang rakyat Malaysia di
Beirut," Isham menjelaskan. "Mereka membebaskan saya selepas soalsiasat,
tetapi saya sedar bahawa masanya sudah tiba untuk pergi." Moro akhirnya
dijumpai mati di Rome, beberapa ela dari pejabatnya berhampiran Vatican
dan Isham meninggalkan Iraq. "PANDANGAN PELAJAR DI KARACHI?." :
Sehingga masa itu, Saddam Hussein masih berkuasa. Sekiranya suasana pada
tahun 1976 adalah melemaskan, kini ia tidak boleh lagi ditanggung oleh
Isham. " Terlalu ramai dari mereka yang dipercayai 'komunis' dihukum
gantung. Apabila Saddam mendapat kuasa sebagai presiden selepas persaraan Hassan
Al-Bakr dalan tahun 1979, beliau dengan cepatnya memastikan partinya
sebagai satu-satunya kumpulan yang memerintah di dalam negara,
menghapuskan semua komunis dan puak Kurdish dari kerajaan campuran Iraq
yang lepas. Untuk enam bulan yang seterusnya, Isham menjelajah sekitar Iraq,
termasuk kawasan timur utara Kurdistan, bagi menjauhkan diri dari
suasanan menekan di Baghdad. Iraq telah, sehingga masa itu, melancarkan
kempen yang akhirnya akan mendorong kepada pencerobohan jirannya Iran
pada tahun 1980. Di Iraq, pasport Isham telah habis tempoh dan dia terpaksa pergi ke
konsulat malaysia untuk memperbaharuinya. Sudah tentulah, ianya
dirampas, menjadikan Isham tanpa dokumen sah dalam sebuah negara yang
tidak sanggup lagi ia berlama di situ. Disebabkan beliau mempunyai
banyak hubungan, beliau mengambil keputusan meninggalkan Baghdad.
Isham mengambil penerbangan ke Karachi dan sesampainya beliau ke
lapangan terbang, berjaya meyakinkan Pegawai Imigresyen yang beliau
adalah seorang penumpang transit dan memasuki Pakistan tanpa dokumen
perjalanan yang sah. PERPECAHAN IDEOLOGI: Karachi pada awal tahun 1979 adalah merupakan bandar yang popular bagi
pelarian Iran yang meninggalkan negara mereka seketika sebelum
terjadinya revolusi yang menjatuhkan Reza Pahlavi, Shah Iran, dan
mengangkat Ayatollah Khomeni sebagai ketua baru Republik Islam.
Pemasaan Isham memang baik, dan oleh kerana pelarian sering berkumpul
sesama sendiri, beliau pun berjuang dan mengambil bahagian dalam
demonstrasi di Karachi menentang pemerintahan Shah Iran. Media British
BBC, kemudiannya memetik kata-kata Isham dalam penghantaran laporan
mereka sebagai "pendapat seorang pelajar dari Karachi."
"Pada mulanya, setiap orang di Karachi bersatu dalam protes," beliau
mengingatinya. "Apabila Shah akhirnya digulingkan, Mullah di Iran dengan cepatnya
melantik Khomeini sebagai pemimpin kerohanian bagi Republik baru itu.
Kemudiannya berlakulah perpecahan ideologi dikalangan mereka ynag
dulunya bersatu menentang Shah." Isham dengan cepat menuding bahawa Khomeini tidak pernah mempunyai parti
politik yang tersusun di belakangnya. Ayatollah Khomeini dibuang
semenjak tahun 1964, menghabiskan banyak masanya di Iraq. Dalam tahun
1978, Iraq telah mengusir Khomeini ke Paris, di mana beliau mudah
dihubungi dan mula menerima liputan akhbar.
Selepas kejatuhan regim pro-barat Shah, Isham kembali ke Iran.
Kumpulan anti-Shah yang paling tersusun ialah Sosialis sayap kiri
Fidayeen dan Mujahideen, yang diketuai oleh Talegai. Kumpulan-kumpulan
inilah, yang melakukan kebanyakan kerja-kerja asas dalam menjatuhkan
Shah, akhirnya dicicirkan oleh kerajaan baru dan kemudiannya mereka
bergerak secara bawah tanah semula."
KE RUSSIA BERSAMA?. "Apabila Isham menghitung kembali tempoh dua tahun di karachi, saya
mengesan kekecewaan dalam suaranya. Walaupun beliau tidak mengakuinya,
seseorang tentu dapat mengagak ketika detik ini dalam hidupnya, beliau
mesti telah menyedari akan perbezaan antara idealisma dan kenyataan dan
???? Beliau telah puas dengan Karachi dan berhasrat meneruskan perjalanan.
Beliau berjaya membeli pasport yang suatu masa lalu kepunyaan seorang
lelaki Thai Islam. "nama beliau adalah Nuseng Maman, lahir tahun 1922,"
Isham berkata. "Beliau telah tertinggalkan pasportnya kepada sebuah agen
pelancungan semasa mengerjakan haji di Mekah."
Dalam tahun 1980, dengan menggunakan pasport itu, Isham berharap dapat
pergi ke Afghanistan. Walaubagaimanapun, ketika itu Afghanistan
diperintah oleh kerajaan boneka sokongan Russia di bawah Hafizullah
Amin. Kabul telah diletakkan bawah perintah berkurung. Pertempuran amat
hebat antara tentera kerajaan dan kumpulan penentang Mujahideen.
Mengenang sejenak ke belakang, mungkin bukan sesuatu yang malang apabila
Isham tidak dibenarkan masuk ke sempadan.
"Saya mengubah rancangan perjalanan dan berkeputusan untuk mencuba
Eropah pula." Isham meninggalkan karachi pada penghujung tahun 1981 ke
Franffurt melalui Moscow. TRANSIT DI BOMBAY Ketika transit di Moscow, ketakutan Isham menjadi kenyataan. Di Moscow,
pasport palsunya dirampas oleh Pegawai Russia dan beliau ditahan selama
dua hari, sementara memikirkan apa yang perlu dilakukan terhadapnya.
"Ketika itu pertengahan musim sejuk dan aku sebenarnya hampir-hampir
membunuh diri!" Isham ketawa. Selepas tempoh dua hari yang terpanjang
dalam sejarah hidupnya itu, Pegawai Rusia mengambil keputusan untuk
menghantar beliau ke Thailand, memandangkan beliau membawa pasport
Thailand. " Aku berfikir, Thailand?" tentu saja Thailand akan menghantar
aku ke sempadan kembali ke Malaysia!"
Harapan tunggal Isham ialah supaya kapalterbang itu singgah ke Karachi.
"Lapangan Terbang Karachi pada hujung jari aku saja. Aku yakin boleh
mencelah masuk kembali ke Pakistan."
Namun perhentian transit ialah di Bombay. Isham tidaklah merasa gugup
apabila mengetahuinya. Beliau pernah ke Lapanganterbang Bombay sebelum
itu dan berharap agar dapat melarikan diri di situ. Isham menaiki
kapalterbang, ditemani oelh dua orang Pegawai Russia, membuang kertas
perjalanannya ke dalam mangkuk tandas dan menanti kapalterbang mendarat
di Bombay. Apabila mereka tiba dan memasuki lounge transit, hatinya karam. "Ianya
adalah lapanganterbang baru," beliau menggoyangkan kepala seketika
mengingati bagaimana beliau menggunakan akalnya dalam 45 minit tempoh
berada dalam transit, memikirkan cara-cara untuk mengelak dari memasuki
semula kapalterbang. Lapanganterbang baru itu sebenarnya adalah merupakan penambahan kepada
bangunan lama dengan mempunyai jarak sempit antara kedua binaan itu.
Dengan mengecilkan diri beliau meloloskan dirinya dari lubang kecil
dalam bilik air di lounge transit, Isham menyembunyikan dirinya
dicelah-celah ruang antara bangunan tersebut di tingkat 7 dan menunggu.
Di Moscow, Isham telahpun memberi penjelasan kepada seseorang dan
memintanya memberitahu kawan beliau di London akan situasinya.
Pengembara itu dijangka sampai ke London dalam masa 6 jam. Isham bertekad
menanti dalam kegelapan tempat persembunyiannya di Lapangan terbang
Bombay. Akhbar di malaysia kemudiannya melapurkan bahawa Isham ditangkap di
dalam tandas wanita di Lapangan terbang Bombay. Isham menafikannya, pun
begitu beliau mengaku ada meminta pertolongan dari seorang perempuan di
dalam tandas apabila tempoh enam jam beliau tamat. "Saya memanggil
beliau melalui saluran pengudaraan. Benar ianya tandas wanita, tetapi
beliau hanya membasuh tangan saja. Saya meminta beliau memanggil polis,
dan apabila beliau kembali sedar dari perasaan terkejut, beliau mematuhi
permintaan saya". Beliau ketawa mengenangkan kejadian dalam tandas wanita
itu. Sebagaimana yang telah berlaku, kapalterbang belum lagi bertolak ke
Bangkok dan Pegawai Russia tetap berkeras untuk membawa Isham ke
Thailand bersama mereka. Isham menuntut untuk bercakap dengan polis dan
mengugut untuk membunuh diri dengan menjatuhkan dirinya sekiranya
pegawai Russia itu tidak pergi dari situ dengan segera.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Bombay telah mendengar tuntutannya, mengatur
pertemuan dengan akhbar, yang kemudiannya Isham menyerah diri dan
ditahan. Secara teknikalnya beliau tidak ditahan di dalam tandas
Lapangan terbang Bombay, sebagaimana dilapurkan oleh akhbar Malaysia,
rundingan untuk penyerahan dirinya, yang mengambil masa 45 minit memang
berlaku di dalam tandas wanita.
Isham ditahan selama 3 bulan di penjara Bombay manakala Amnesty
antarabangsa memulakan rundingan-rundingan untuk membebaskannya dan
berbagai-bagai kerajaan berdebat samada patut Isham diberi suaka
politik di negara masing-masing. "Tidaklah teruk sangat di Bombay - Saya
merayakan sambutan tahun baru dan Deepavali di dalam penjara. Penjara
bukanlah macam Sheraton atau Hilton, tetapi ianya bersih dan agak
selesa." Terjemahan : SPAR-09-007-4 Asal: http://www.malaysiakini.com/Column/ Isham Rais: Adventures of a trendy rebel - Part 4 |