Laman Webantu KM2A1: 4766 File Size: 11.1 Kb * |
Transkrip Ucapan Penting Mahathir Kpd S/k Freemazon Dlm Umno By Pita Rakaman 19/6/2001 4:47 pm Tue |
[Rencana ini sudah agak lama tertapi cukup berguna kerana
ada beberapa isu penting seperti jaminan Daim tidak akan
diperkena. Juga ada petikkan kata internet sedang dikawal
selia atau dipantau dengan belanja RM20 juta. Sleeping spy
agaknya?? Perhatikan tektik tabuk janji yang sudah mengena MTUC dan Suqui.
Tektik membenamkan simpati juga kelihatan bila berita keadaan sakit
Anwar tidak dipaparkan sekarang ini. Malah kerajaan begitu takut dengan
kebangkitan kaum hawa di negara ini kerana ia boleh mencetus simpati.
- Editor] (Ini adalah transkrip ucapan Mahathir kepada beberapa orang ahli
Freemason di dalam UMNO termasuk beberapa orang ahli Majlis
Tertinggi iaitu Daim Zainudin, Sabarudin Chik, Sanusi Junid,
Ibrahim Ali, Mohamad Rahmat dan Rafidah Aziz. Turut hadir ialah
Rahim Tambi Chik dan Ghaffar Baba. Tempat pertemuan ialah di Sri
Perdana pada hari Khamis, 5 November. Transkrip ini bocor menerusi
saluran di Pejabat UMNO) MAHATHIR: Saya tak nafikan mereka ini penyokong Anwar sejak dulu lagi.
Mereka keluar UMNO sebab mereka nak tunjuk protes. Dengan berbuat
demikian mereka harap mereka dapat menyampaikan sesuatu signal
kepada pucuk pimpinan parti. Kita kena faham mereka
ini tak boleh bersuara cara lain.
Mereka kebanyakan bukan perwakilan ke perhimpunan agung UMNO. Jadi
itulah sebabnya mereka lepaskan perasaan marah mereka dengan
menganggotai PAS. Saya fikir hal ini mudah kita atasi. Kita
sejukkan hati mereka. Kita buatlah apa-apa muslihat supaya mereka
ini dapat lepaskan geram dan marah mereka kepada UMNO dalam UMNO.
Sebelum ni kita larang mereka dengan alasan menentang parti. Sebab
itu saya meminta supaya Ketua-Ketua UMNO peringkat bahagian kena
ambil tanggungjawab ini. Dengar mereka marah, sabarlah dengar
dengan protes mereka. Kalau mereka boleh bersuara nanti lembutlah
sikit. Kemudian kita tabuk janji pada mereka nak sampaikan kepada
pucuk pimpinan parti bila ada kesempatan. Saya ingat mereka cepat
sejuk cara macam ni. Jangan kita takut-takutkan mereka dengan ancaman atau tindakan
disiplin parti sebab lawan Presiden. Sebab itu saya tak setuju
dengan keputusan Jawatan Kuasa Disipln UMNO yang diketuai oleh
Datuk Najib dan Datuk Abdullah dalam isu tindakan yang dikenakan
kepada ahli-ahli UMNO yang diberi surat tunjuk sebab kerana ini
akan menjadikan UMNO parti yang tak disayangi oleh ahli-ahli.
Nanti mereka sabotaj UMNO. Saya mahu keputusan itu ditangguhkan supaya mereka itu ada reserve
terhadap UMNO. Kalau kita pecat mereka, mereka akan masuk parti
lawan. Nanti pengikut-pengikut mereka pun akan turut masuk parti lawan.
Susahlah kita nak hadapi pilihanraya. Isu kedua tentang bagaimana
kita nak hadapi orang UMNO yang terus memberi sokongan kepada
Anwar. Saya fikir soal ini masih belum dapat kita cari penyelesaian
yang sebaik-baiknya. Dulu kita arahkan jentera parti supaya berkempen
hentam Anwar. Kita kata macam-macam tentang keburukan Anwar. Ada
banyak yang kita tambah pun. Nampaknya dari laporan yang saya terima
strategi tu tak begitu berkesan. Mungkin kerana bila kita hentam
orang jadi simpati pada Anwar. Orang Melayu ni mudah simpati, itu
kita mesti ingat. Dulu kita tak teliti soal ini sebab tiba-tiba
saja Anwar tak nak letak jawatan. Sebab tu saya akuilah bahawa
saya bertindak pada masa tu lebih banyak ikut emosi. Geram tenguk
kepala batu tu. Jenis tak takut bila kita gertak. Saya nak supaya
round kedua ni kita lebih diplomatik sikit. Kita kata Anwar memang
pemimpin yang banyak berjasa. Dia buat Bank Islam, Universiti Islam, Insuran Islam dan banyak
projek Islam lain. Itu kita kena akuilah. Tapi Anwar ni guna Islam
untuk dapat pengaruh politik. Yang sebenarnya dalam diri dia masih
banyak yang tak betul. Maksiat, zina, liwat ni jadi perkara biasa
yang selama ini berjaya disembunyikan. Tapi jangan ceritalah macam
mana dia s###mise Munawar, Sukma dan lain-lain tu. Orang susah nak
caya. Sebab nanti orang tanya balik, kita tenguk ke? Guna diplomasi
sikit. Tun Ghaffar dan Rahim kena buat strategi lain. Yang kita bincang
dulu nampak gaya tak boleh pakai la ni. Perkara ketiga soal
maklumat. Saya dah terima laporan Jawatankuasa Politik MTEN tentang
pengaruh Internet menyibarkan berita anti-kerajaan. Ramai sungguh
yang dah kemaruk Internet la ni. Dua minggu lalu, net surfers yang
melawat Home page penyokong Anwar nak sampai 10 juta. Saya terkejut
dengar laporan tu. Tapi melihat kepada media massa kita, saya fikir
para penyokong Anwar akan terus melawat home page itu. Sebab tu
saya dah arahkan semua ketua pengarang akhbar supaya beri ruang
sikit kepada berita sebenak tentang Anwar. Sebelum ni kita arahkan
supaya twist the story. Kalau laporan mahkamah tu biak pi lah
bubuhberita yang agak pro Anwar. I don't mind sebab orang Melayu
tak minat baca prosiding mahkamah yang teknikal. Yang sensasi saja
yang depa suka. Kalau tidak nanti orang tak baca surat khabar untuk
tau cerita mahkamah. Depa baca Internet pula. Lagi sakit kita bila
Internet lebih mereka percaya. Pengrang-pengarah akhbar juga
komplain tentang circulation yang makin menurun. Saya kata,
sabarlah kita tengah berjuang. Kalau apa-apa yang buruk berlaku
seperti kerugian besar sebab tak boleh cover cost, jangan sampai
buang pekerja. Nanti rakyat lebih marah kepada kerajaan. Tak apalah
nanti kita cari jalan macam mana nak bantu surat khabar.
Untuk makluman tuan-tuan, jualan Utusan merosot ada ketikanya
sampai 40%. Jualan Berita Harian dan NST merosot 25%. Ini tak
pernah berlaku sebelum ni. Dalam kegawatan ekonomi sekarang, teruk
lagilah kewangan syarikat ini. Star agak naik sikit sebab dia lebih
berani. Sebab tu ZAM dan Kadir komplain bagaimana kita tak ambil
tindakan terhadap Star yang guna advantage nampak kadang-kadang tak
begitu pro-kerajaan. Saya harap dalam soal ni, Tun Daim dan Tuk Mat
main peranan lebih sikit. Bantu suratkhabar yang ada masalah
kewangan. Kata pada semua editors, kurang circulation tak apalah.
Nanti kita tanggung sikit. Tapi mesej mesti terus macam yang
diarahkan dulu. Keempat, dan barangkali perkara terakhir sebelum tuan-tuan
mengemukakan apa-apa pandangan, ialah tentang prosiding di
mahkamah. Siang tadi, court telah buat keputusan supaya surat Said
Awang kepada saya dikemukakan ke mahkamah. Saya dah bincang dengan
IGP dan AG supaya surat itu direlease. Kalau tidak nanti orang kata
kerajaan macam-macam. Susah kita nak jawab. Surat itu penting sebab
cerita tentang konspirasi nak jatuhkan Anwar. Tak apa nanti saya
cover. Tun Daim tak perlu takutlah. Your name will not be
tarnished. I know what to do. Dalam surat khabar Internet, AFP dah
buat report tentang surat tu. I am sure others will follow.
Sekarang ni pun kita kena lebih bijak bila menjawab laporan akhbar
terutama sekali kalau ditemuramah oleh media asing. Mereka tu tak
terikat dengan mana-mana dasar kita. Soalan dia pun banyak yang
critical tak macam local journalists (ketawa) too straight forward
and coward. Kena faham baik-baik apa yang mereka nak kita buat
kesalahan. Media asing memang akan hentam UMNO, mereka nak lanyak
kerajaan. Itu agenda mereka. Jadi kita kena faham betul-betul.
Jangan kita masuk perangkap mereka. Nanti kalu susah kita. Sebab
dunia tengah perhati kita. Apa yang terjadi dalam court dalam kes
Anwar ni penting untuk masa depan pelaburan asing di sini.
Saya juga agak terkejut bila Alvin Toffler hentam saya dalam Los
Angeles Times. Saya dapat laporan tulisan dia tu jugak disiar di
banyak negara Arab. Duta kita ke Saudi beri laporan tulisan itu
terbit dalam Saudi Gazette pada 3 November. Ini susah sikit sebab
Toffler ni penasihat MSC. Kalau penasihat dah kata jangan melabur
di Malaysia, apa nak jadi. Saya ingat saya nak protes, nak tulis
dalam akhbar yang sama jawab Toffler. Tapi Tun Daim kata jangan
sebab nanti orang lebih concern tentang apa yang sedang berlaku di
Malaysia. Kalau ada yang mereka tak setuju, tentang prosiding
mahkamah, polis atau ISA, nanti mereka pull out. Susah kita nanti.
Sebab itu saya nak beberapa orang menteri kanan pergi sendiri ke
Amerika, Britain, Jepun, Australia, Perancis untuk jelaskan isu
Anwar. Kata pada mereka, kita mesti tunggu posiding mahkamah
selesai sebelum buat keputusan. Kalau mereka masih tidak mahu
melabur di Malaysia, kita kena berijaminan yang lebih kebebasan
maklumat dalam Internet sebagaimana yang termaktub dalam cyberlaws
jika mereka anggotai MSC. Sebab itu dalam kes Anwar ni kita tak
boleh monitor Internet. Sebenarnya kita monitor juga untuk tahu apa
yang tersebar. Kita dah luluskan peruntukan RM20 juta untuk cover
tentang isu Anwar menerusi Internet. Tapi kita tak boleh switch
off terus. Kalau kita buat macam tu, mampuh MSC. Saya nak jelaskan
di sini bahawa kita komited dengan MSC. Kita dah belanja berbilion
untuk MSC. Jabatan Perdana Menteri pun dah kita rancang beroperasi dalam
kawasan MSC. Kalau tak silap saya, perancangan hingga tahun 2005
melibatkan RM35 bilion untuk pembangunan MSC. Banyak dah kita
belanja. Sebab itu MSC kena berjaya dan saya tak mahu isu Anwar
ini, well I have to admit that I have done some fundamental
mistakes, menyebabkan MSC tergendala. I hope the message is clear.
Saya bukalah majlis ini kepada tuan-tuan kalau ada yang nak
dibincangkan." |