Laman Webantu KM2A1: 4767 File Size: 5.8 Kb * |
Strategi Mahathir Membunuh AI Ala FreeMason By Bantahan 19/6/2001 4:59 pm Tue |
[Rencana lama yang perlu diimbau semua kerana inilah strategi
yang diguna-pakai oleh Mahathir untuk memusnahkan Anwar dan sesiapa
sahaja. Fitnah adalah lebih berbahaya dari peperangan - sebab itulah
dia menguasai media sekarang. Seorang pemimpin yang betul-betul jujur
tidak perlu takut kepada media. Perhimpunan agung Umno kali ini hanya
mengizinkan media tertentu membuat liputan sahaja... padahal media
lain mempunyai permit juga. Mengapa? Mahathir perlu bunuh Anwar!! Mahathir perlu pastikan Anwar mati. Kojol!!
Tidak ada pilihan lain lagi. Sebabnya? Anwar mengetahui pelbagai rahsia
tentang penyelewengan Mahathir, Daim dan kroninya yang lain. Anwar
tahu bagaimana rakusnya Mahathir & kroninya membolot kekayaan
negara. Bukan sikit ooiiii. Puluhan billion RM. Jika Anwar hidup lagi maka
punahlah segala kekayaan dan kenikmatan duniawi yang dimiliki Mahathir,
Daim, Mirzan, Muhkriz, Mokhzani, Marina, Tajuddin Ramli, Rashid
Hussein, Halim Saad, Lim Kim Yew, dll.
Sebab itu Mahathir mengatur strategi yang cukup teliti untuk membunuh
Anwar. Strateginya ialah sebagaimana yang diajarkan oleh gerakan
FREEMASON! Kitabnya ialah The Goetia: The Lesser Key of Solomon the
King dan The Key of Solomon The King (Clavicula Salomonis).
Untuk membunuh Anwar, Mahathir menggunakan strategi 4 peringkat yang
telah difahami betul oleh para juak dan konspiratornya, iaitu:
Isu moral telah digunakan untuk memecat Anwar dari jawatannya sebagai
Timbalan Perdana Menteri dan ahli UMNO. Anwar difitnah sebagai
penagih seks yang 'luar biasa' hebatnya - wanita dan lelaki habis
dikerjakannya. Itulah isu yang digunakan untuk menghukum Anwar. Ketika
ini isu moral masih lagi digunakan kerana sebilangan besar rakyat masih
tidak percaya. Ini bukan kali pertama isu seks dijadikan senjata politik
Mahathir. Sebelum ini, isu seks telah digunakan oleh Mahathir untuk
menjatuhkan Tun Salleh Abas (sebagai Ketua Hakim Negara), Tungku
Razaliegh Hamzah (sebagai pemimpin Semangat 46) dan Ustaz Ashaari
Mohammad (sebagai pemimpin Al-Arqam). Tapi, dalam kes Razaleigh
Hamzah, Mahathir tersilap langkah. Dalam kempennya Mahathir
mengambarkan Razaleigh suka berfoya-foya dengan wanita-wanita Cina.
Razaleigh pandai - beliau menggunakan dakwaan tersebut bahawa
Mahathir membantunya menjelaskan betapa 'kelelakiannya' begitu hebat!!
Kerana selama ini rakyat dan musuh politiknya menolak Razaleigh sebagai
Perdana Menteri kerana beliau bukan 'lelaki' sebenar (semasa dalam
Kabinet, Razaleigh masih membujang). Baru-baru ini Mahathir - iaitu selaku Presiden Freemason Malaysia -
telah masuk ke tahap kedua dalam strateginya untuk membunuh Anwar.
Pada 8 Oktober lalu di PWTC, Mahathir mula menfitnah Anwar sebagai
pembohong, penipu besar, penyangak dll. Anwar dituduh dan
digambarkan sebagai seorang yang 'putar alam' - semua orang ditipunya
termasuklah Mahathir sendiri. Oleh itu, menurut Mahathir, memang wajar
Anwar dipecat dan dikenakan hukuman berat.
Selepas ini - jika rakyat percaya dengan dua strategi yang sebelumnya -
maka Mahathir akan menggunakan pelbagai dakwaan rasuah yang akan
direka dan diada-adakan. Kalaulah zina dan liwat boleh diupah pelacur
atau dipaksa mereka yang tidak terlibat, mudah benar untuk mencari orang
yang mengaku menerima rasuah daripada Anwar. Sebab itu, Mohammad
Rahmat (Si Bulat Pelampong) telah mendedahkan tentang kononnya 90
bahagian UMNO telah menerima rasuah RM2 juta untuk setiap bahagian
dari Anwar untuk menjatuhkan Mahathir! Si Bulat nampaknya dah masuk
tahap ketiga. Cepat sangat tu Mat Bulat. Tunggu dulu!! Mahathir pun baru
gear dua! Kemudian, sebagai langkah penamat, barulah Anwar akan didakwa
sebagai pengkhianat negara. Hujah Mahathir nanti ialah kerana Anwar
mempunyai 'hubungan' dengan musuh-musuh negara, iaitu beberapa
buah kerajaan asing. Itu sebabnya, menurut Mahathir nanti,
negara-negara tersebut serta media asing begitu ghairah dan
bersungguh-sungguh menyokong Anwar menentang Kerajaan Malaysia
(sepatutnya menentang Diktator Mahathir). Tahu apa hukuman bagi
pengkhianat negara? GANTUNG SAMPAI MATI!!
Sebagai rakyat kita mesti berfikir: Apakah Mahathir bebas melakukan apa
saja, hatta membunuh Anwar menggunakan polis, Peguam Negara dan
Hakim untuk memastikan kepentingan diri dan kroninya terjamin, kemudian
untuk terus membolot kekayaan negara dan membaham wang rakyat dalam
EPF, ASN, ASB, LUTH dll? Apakah kita rela membiarkan Anwar menjadi
mangsa kerakusan dan nafsu syaitan Presiden Freemason Malaysia itu,
sebagaimana Salleh Abas? Jika tidak, ayuh bangun saudara-saudaraku!!
Mari kita mengikut arus reformasi. Ayuh selamatkan Anwar dengan apa
cara sekalipun untuk menumbangkan Mahathir a/l Mohammad Iskandar
Kutti, yang kini sudah menjadi semakin zalim - tak ubah seperti Firaun!
Ayuh saudara-saudaraku kita bersama merealisasikan sebuah
REFORMASI! Allah-hu-akhbar! |