[Rencana ini dipetik dari surat khabar lama yang masih berguna.
Tentu ada sebabnya Daim dipilih oleh Mahathir walaupun rekod
niaganya buruk. Mahathir memang tidak suka seseorang yang lebih
cerdiknya sehingga menggugat dirinya. Tidak mungkin Mahathir tidak
tahu siapa Daim sehingga mempercayainya. Ini adalah kerana kawan
penyamun adalah penyamun juga.....
- Editor]
PROFIL DATUK DAIM ZAINUDDIN
Mencipta nama sebagai bendahari UMNO yang hampir memufliskan UMNO.
Beliau tidak ubah seperti si Kassin Baba di dalam cerita Ali Baba
Bujang lapuk yang tamak haloba.
Daim berjaya menukarkan "Fleet Group" kepada "Failure Group".
DARI FLEET GROUP KEPADA FAILURE GROUP
Selepas ini FG dikemudikan oleh Bendahari UMNO yang baru, seorang
saudagar Melayu, Encik Daim Zainuddin. Hartawan yan mencipta namanya
semasa ekonomi negara dalam keadaan cemerlang.
Siapa yang kenal En Daim, tidaklah merasa kagum dengan kebolehannya
mencipta nama dalam dunia perniagaan. Siapa pun yang mendapat tanah
kerajaan ratusan ekar di tengah bandaraya Kuala Lumpur akan menjadi
kayaraya. Orang buta, pekak dan bisu pun boleh menjadi hartawan dengan
cara itu.
Orang yang kenal En Daim tahu track rekod perniuagaannya. Track rekodnya
sama seperti track rekod UEM. Beliau mempunyai sebaris rekod kegagalan.
Sehinggakan beliau gagal mencipta nama sebagai 'Saudagar Garam' melalui
perniagaan kilang garamnya.
Semasa berniaga garam, mulut dan liurnya tidak masin. Liur dan cakapnya
tawar hambar. Tapi bila dipilih oleh Dr Mahathir menjadi Menteri Kewangan,
cakap-cakap Daim menjadi masin tiba-tiba. Apa saja yang dicakapkannya,
akan diikuti YAB PM. Inilah tuah dari perniagaan garam. Masinnya datang
kemudian.
Lepas menjadi Menteri Kewangan dan Bendahari UMNO, maka En Daim pun
menggeledah kekayaan yang ada di dalam kerajaan dan UMNO. Dia berjaya
menambah kekayaan dari FG. Dipandunya Fleet Group dengan segala
kepintarannya bukan untuk ahli UMNO, tapi untuk dirinya.
Gelagat En Daim samalah seperti Si Kassim Baba dalam cerita Ali Baba
Bujang Lapuk, filem lucu arahan P. Ramlee. Si Kassim mahu membina
empayarnya dengan mengambil apa saja, termasuk tayar buruk.
Si Kassim Baba yang tamak itu mati dibunuh oleh penyamun. Tapi Si Kassim
Baba di dalam UMNO tetap dengan sifatnya yang bernafsu besar itu. Dia
tidak mati, tapi Fleet Group yang lingkup. UMNO yang setengah mati.
En Daim dalam masa yang singkat saja dapat mencipta rekod kejayaannya
sebagai Bendahari UMNO yang hampir memufliskan UMNO. Dari harta bernilai
RM500 juta semasa mengambil alih, beliau berjaya menjadi FG terhutang
sebanyak RM400 juta!!! Bermakna dia berjaya menghabiskan kekayaan UMNO
sebanyak RM900 juta!!! Daim berjaya menukarkan Fleet Group kepada
Failure Group'.