Laman Webantu KM2A1: 4771 File Size: 19.0 Kb * |
TJ SP MGG: Pening Kepala Menghantui Paklah, Mahathir, Daim By M.G.G. Pillai 20/6/2001 9:59 am Wed |
MGG 1271 [Spekulasi dan khabar angin mengenai Daim bertiup kencang sekarang
kerana kerajaan telah gagal memberi penjelasan yang boleh diterima.
Telatah dan jawapan Mahathir, Daim dan Dollah Badawi menunjukkan ada
sesuatu yang tidak kena. Makin lucu lagi bila Dollah tidak tahu lagi
apa yang telah dibuat oleh anak-buahnya. Bagaimana Dollah mahu menjaga
negara jika KDN pun tidak terjaga? Tidak dapat dinafikan lagi Daim telah berkelakuan aneh sekarang ini.
Dia asyik menghilangkan diri seolah-olah ada sesuatu yang memburunya
kini. Surat layang dan buku oleh penulis upahan telah menjatuhkan imejnya
sebegitu teruk sekali. Kalaulah Daim tidak terlibat dalam korupsi
mengapa perlu dia lari dan meletak jawatan bendahari?
Mahathir juga pening kepala kerana faktor Anwar masih tidak padam-padam
lagi walaupun pelbagai cara jijik sudah dicuba. Anwar sudah 'dibunuh' banyak
kali tetapi masih bernyawa lagi. Sebaliknya Umno pula yang semakin mampus
jika tidak mati sehingga terdesak mengambil kaum Cina parti AKAR menjadi
ahli dan Erra Fazira sebagai penyeri. Malangnya Erra sudah tewas sebelum
berjuang lagi manakala Nanyang kini sedang membakar MCA sendiri. Rafidah
pula sudah mengkritik Puteri kerana optimis sekali. Pendeknya semua sudah
berkelahi akibat mengikut wawasan perdana menteri....
- Editor] Terjemahan: SPAR-01-020
(Headaches for Pak Lah, Mahathir, Daim)
Timbalan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi, sudah semacam cacing
kepanasan sekarang ini. Dia mudah tersentuh terhadap apa juga yang
mengganggu ketenteramannya - kakitangan awam, para wartawan, para politikus
dan desas-desus yang dia dipinggirkan.
Kegelisahannya itu memang ada sebabnya. UMNO sudah tidak ada masa dengan
pemimpin yang tidak ada nas dalam cakapannya. Kalau adapun yang
dicakapkannya sekarang ini, ia merupakan sesuatu untuk menyedarkan yang dia
masih bernafas lagi. Sedangkan Perdana Menteri mengatur langkah masa
depannya tanpa mengambil kira timbalannya dalam perencanaan itu.
Apabila Paklah menafikan Daim Zainuddin, bekas menteri kewangan, telah
ditangkap dan tidak pula tahu apakah beliau akan ditangkap keesokan harinya,
ini menunjukkan betapa dia tidak memegang teraju kuasa menteri dalam negeri
itu lagi dan lebih mengaibkan ialah apabila dia terus mengatakan perkara
yang melencong dan meragukan. Ketika dia menuduh pemimpin pembangkang, Fadzil Noor, mempunyai 'mentaliti
penjajah' kerana membincangkan perihal penangkapan bawah ISA dan kemelut
pembedahan mantan timbalan perdana menteri Anwar Ibrahim dengan Menteri Luar
Australia Alexander Downer, Paklah menyerlahkan keyakinan dirinya yang lemah
malahan kedudukannya yang sudah semakin gelabah.
Sebagai presiden PAS, Fadzil hanya membincangkan dua isu, dan Abdullah sudah
merasa tersentuh dengan perkara itu. Betapapun Abdullah dan orang lain
menafikannya, Malaysia sudah tidak mampu memperbaiki keraguan sejagat
terhadap dua isu itu. Kerajaan kerap tegas mahukan rakyat mempercayainya
kerana hanya kerajaan saja yang betul dalam setiap perkara. Jika tidak,
rakyat harus tutup mulutnya. Inilah ajaran alam; apabila wujud kelompongan,
wujudlah keresahan dan inilah kenyataan yang tidak mahu diakui oleh
kerajaan. Kereputan Seorang Bedebah Kesangsian Abdullah adalah satu bukti betapa Malaysia sudah mereput kini.
Kemelut yang menggodam Anwar sudah menjadi raksasa besar yang membayangi
masyarakat Melayu. UMNO memang bersalah kerana apa yang terjadi kepadanya
dan Mahathir terpaksa menerima kenyataan untuk memahaminya.
Kemelut yang menghantui Daim adalah kerana orang Melayu tidak lagi mahu
melayani kerenah UMNO mencengkam rentak hidup mereka. Apatah lagi setelah
menyaksikan apa yang membaham Anwar. Selain menjadi Bendahari UMNO dan
menteri kewangan, panglima bedebah nombor satu kepada Mahathir ini telah
mengepalai konspirasi yang menjatuhkan Anwar. Apabila dia mahu dijadikan
kambing korban untuk disembelih lehernya, Daim terpaksa akur tanpa banyak
tanya. Setelah gelabah kepanasan ekoran peletakan jawatan kabinetnya dan juga yang
di dalam UMNO, Daim berlari ke sana ke mari, cuba mengelak tali penjerut
yang sedang hampir mencekik lehernya. Anwar pernah menuduh beliau kerana
segala masalahnya, dan UMNO menjadi marah apabila tidak mengetahui apa-apa
mengenai simpanan kewangannya sejak Daim menyauk jawatan Bendahari parti dua
dekad yang sudah pergi. Persidangan tahunan UMNO minggu ini dikatakan menjadi gelanggang di mana
satu undi tidak percaya akan dikemukakan terhadap Mahathir ataupun Majlis
Tertinggi ataupun keduanya sekali. Dengan pintar sekali Mahathir
melencongkan perkara ini dengan mengalihkannya terhadap Daim.
Namun Mahathir belum boleh bernafas lega lagi. Dia terpaksa meyakinkan
persidangan itu betapa perlunya dia dibenarkan terus menerajui UMNO dan
Barisan Nasional (BN) untuk memenangi pemilu 2004 nanti. Yang akan menjadi
senjata sulitnya nanti ialah memberi penekanan apa yang melecehkannya kali
ini - episod Anwar. Terlalu banyak perkara yang bergolak membabitkan orang politik. Dr. Mahathir
boleh terus menghentam Anwar dan Anwar boleh terus membalas apa juga
bantahannya, namun masih lantang desas-desus betapa rancaknya perundingan di
balik tabir mengenai masalah mereka berdua.
Kedua-dua pihak tidak bersedia memperakukan perkara ini; namun keduanya amat
optimis betapa sesuatu yang positif akan lahir juga dan dalam sedikit masa.
Apabila duta Amerika menemui Mahathir baru-baru ini tanpa sebarang agenda,
tentu sekali ia ada kena mengena dengan perkara ini. Perbincangan itu,
mengikut laporan Asiaweek, berlaku di Tripoli, Libya.
Bencana Malahan, ketika Mahathir bertemu Fadzil dan dua ahli pembangkang baru-baru
ini, dia menunjukkan kesediaan membenarkan Anwar menerima rawatan di luar
negara, seandainya demo jalanan dibatalkan kerana dia sedar perkara itu
adalah amat berbahaya kepada kerajaannya. Tetapi, itu baru cuma satu
perundingan sahaja. Sudah ada berita angin betapa Anwar akan diiringi untuk menerima rawatan di
luar negara dan dibenarkan pulang untuk menerima hukuman tahanan di
kediamannya. Kini Mahathir menerima hakikatnya betapa masalah UMNO berkaitan
Anwar jika tidak diselesaikan akan membahayakan dirinya dan juga UMNO.
Tetapi, cubalah tanyakan perkara ini kepada orang UMNO, PAS ataupun
Keadilan, dan anda akan ditertawakan. Malahan, orang-orang yang rapat dengan
kedua pihak menafikan perkara ini. Sebenarnya Mahathir semakin rungsing
kini. Dia pernah bercakap dalam satu mesyuarat peribadinya baru-baru ini
betapa negara tenang semula dua bulan selepas tercetusnya rusuhan 13 Mei,
1969 dulu. Tetapi, sejak Anwar diketepikannya, tiga tahun sudah pun berlalu,
ketenangan tidak muncul juga sehingga hampir memecahkan kepalanya.
Dengan ini boleh diandaikan sekiranya Anwar kembali kepada UMNO dia akan
menjadi calon tunggal untuk jawatan presiden pada 2004. Kalau ini berlaku,
Abdullah sudah boleh dikira menjadi tidak laku. Kerana itu, apabila dia
menuduh Fadzil mempunyai mentaliti penjajah, sebenarnya dia mengharapkan
UMNO akan menyokong dirinya. Tetapi, bagaimanakah gerangannya masyarakat Melayu yang sudah keluar
menjauhi UMNO boleh diandaikan masih prihatin terhadap UMNO? Harapan ini
hanya akan menyerlah seandainya Anwar kembali menerajui UMNO. Apakah Anwar
mampu menyambung hubungannya dengan UMNO tanpa membakar jambatan politiknya.
Dia pernah melaksanakannya pada 1981 dulu, dan mungkinkah dia
melaksanakannya sekali lagi dua dekad selepas itu?
Dengan menyungkup hakikat politik, gelagat Abdullah menuduh PAS bersikap
mentaliti penjajah, dia sebenarnya menjadikan dirinya bahan ketawa. Lagipun,
di Australia seperti juga di New Zealand, wakil rakyat boleh bertemu muka
sesiapa sahaja yang mereka suka. Di New Zealand, seorang asing yang bertemu dengan perdana menteri mesti
berusaha berjumpa dengan pemimpin pembangkang. Fadzil ialah pemimpin pihak
pembangkang, Downer tidak boleh menolak pertemuan mereka berdua. Tindakannya
menolak pertemuan sudah tentu akan mengundang kemarahan parlimennya.
Abdullah mungkin lupa betapa pemimpin UMNO selalu berjumpa dengan pemimpin
kerajaan asing dan juga pemimpin pembangkang mereka. Kalau hujah beliau
diambil-kira, gelagat itu adalah bersalahan juga. Hanya pemimpin BN yang
boleh berbuat begitu. Tetapi, berapa ramaikah perwakilan BN yang pernah
keluar negara menceritakan dasar negara?
Yang menakutkan Abdullah ialah keupayaan pemimpin parti politik Islam
seperti Fadzil Noor menonjolkan diri dan tidak lagi dianggap orang kecilan
di luar negara. Beliau diberikan perhatian dengan penuh kehormatan dan
pendapatnya memang diambil-kira oleh kedutaan asing.
Sokongan Yang Berganjak Jadi, kenapakah Abdullah membuatkan dirinya menjadi bahan ketawa? Dalam
dunia politik UMNO yang sungguh mencelaru dia sudah pun dipinggirkan. Dr.
Mahathir tidak mahu mendengar suara kewajaran lagi, sambil tegas bahawa dia
yang memegang tampuk kuasa, sambil beranggapan bahawa masalah pewaris
jawatan adalah sesuatu yang tidak ada kepastiannya. Abdullah berjuang
mempertahankan kedudukannya, dan dia sedang merasakan bahangnnya.
Akan tetapi Abdullah dan perdana menteri sebenarnya berada dalam satu dilema
yang setongkang. Masyarakat Melayu sudah menjadi begitu mencelaru untuk
menganggap bahawa UMNO mampu mempertahankan budayanya lagi. Kerana itu
mereka mencari parti alternatif yang lain. PAS ada di satu sudut dengan
perjuangan yang berteraskan ajaran Islam sedangkan Keadilan berada di satu
penjuru lagi dengan fahaman perkaumannya. Kedua parti inipun belum
menampakkan keupayaan melegakan kerunsingan orang Melayu.
UMNO sedang mencuba merapatkan jurang hubungan dengan salah sebuah parti
antara yang dua itu. Inilah langkah perubahan sejak Anwar dianggap sebagai
ikon pihak pembangkang. Abdullah tidak juga diambil kira dalam perencanaan
ini. Kerana itu pihak pembangkang selalu sangat diperlekehkan dalam apa juga
gelagat mereka. Pihak pembangkang pula memang kerap melatah sama. Namun,
gelagat pembangkang itu tidak pula dapat memberikan ketenangan kepada UMNO
dan para pemimpinnya. UMNO sudah kehilangan sokongan akar umbinya, dan tanpa sokongan itu, tidak
ada banyak bezanya antara parti itu dengan parti pembangkang yang lain. Apa
yang berlaku kepada Anwar telah mematahkan tulang belakang perpaduan Melayu.
Untuk memulihkan keadaan yang teruk itu, Anwar mesti dikembalikan ke pentas
utama parti. Walaupun berat hatinya, Mahathir terpaksa juga menerima kenyataan ini. Masa
depan UMNO bergantung kepada situasi ini. Itulah sebabnya segala
perbincangan rahsia mengenainya adalah lebih penting daripada serangan yang
terang-terangan itu. -MGG Pillai- Terjemahan: SPAR-01-020 Asal: Tuesday June 19 http://www.malaysiakini.com/Column/ 2001/06/2001061901.php3
Headaches for Pak Lah, Mahathir, Daim
CHIAROSCURO MGG Pillai 1:26pm, Tue: The Malaysian deputy prime minister, Abdullah Ahmad Badawi,
is these days as a cat on a hot tin roof. He is quick to take offence at
whatever upsets his equanimity - civil servants, journalists, politicians, talk
of being sidelined. He has every reason to be nervous. Umno is in no mood for hectoring
leaders with little to say. If he wants to say anything at all, it is to make sure
he is not ignored. And the prime minister, Dr Mahathir Mohamed, calculates
his future without his deputy in mind.
When he denies former finance minister, Daim Zainuddin, is arrested but
does not know if he would be on the morrow, it shows that as home
minister he is not in control and worse, he misleads and misreads.
When he accuses the leader of the opposition, Fadzil Noor, of a ?colonial
mentality? for discussing the recent arrests under the Internal Security
Arrest (ISA) and jailed former deputy prime minister Anwar Ibrahim's
surgery impasse with the Australian Foreign Minister Alexander Downer, he
shows not confidence but nervousness.
Fadzil, who is also president of the Parti Islam Malaysia (PAS) raised only
the two issues, and Abdullah found this objectionable. However, much
Abdullah and others deny, Malaysia cannot answer international doubts
about the two issues. She insists she alone is right and Malaysians should support her or shut up.
Nature abhors a vacuum, and she cannot but accept she made a ghastly
mistake. A hatchet man's impotence Abdullah's complaint is proof yet of Malaysia's impotence. Anwar Ibrahim's
travails looms large in the Malay cultural heartland. Umno is rightly blamed
for what happened to him, and Dr Mahathir is forced to come to terms
with him. Daim is in the hook he is in because the Malay ground will no more let, after
the Anwar affair, Umno dictate its life. He was besides Umno treasurer and
finance minister, the key Mahathir hatchet man and led the conspiracy
which felled Anwar. If Daim is the sacrificial goat, he would accept it without
qualms. Daim runs hither and thither after he resigned from his cabinet and Umno
posts, valiantly trying to escape the noose that must come around his neck.
Anwar blames him for his problems, and Umno is angry it knows nothing of
its finances since Daim became treasurer two decades ago. Dr Mahathir to
remain as head of Umno must now produce bodies. This is where Daim
comes in. The Umno annual general assembly this week was rumoured to consider a
vote of no-confidence against Dr Mahathir or the supreme council or both.
He brilliantly diverted attention from that to Daim.
But Dr Mahathir is not out of the woods yet. He has to convince the
assembly he should be left unchallenged to lead Umno and the Barisan
Nasional (BN) to victory in the 2004 general elections. But his master
stroke is to address what weighs him down - the Anwar affair.
Much that happens in Malaysia these days goes over the politicians. Dr
Mahathir can continue to excoriate Anwar and Anwar can respond in kind,
but behind-the-scenes negotiations are in the air.
Neither side would confirm it; yet both are optimistic something positive
would emerge - and soon. When the American ambassador called on Dr
Mahathir apropos nothing recently, it almost certainly had to do with these
talks. The talks, as Asiaweek reports, were in Tripoli, Libya.
Unresolved danger Indeed, Dr Mahathir, when he met Fadzil and two opposition member of
parliaments (MPs) recently, would allow Anwar overseas if he would call off
the street demonstrations that reduce him and his government to putty.
But that is at best a negotiating stance.
The word now is that Anwar would go overseas under escort and return to
possible house arrest. Even Dr Mahathir now accepts that an unresolved
Umno problem as Anwar is dangerous to him and Umno.
But talk to anyone in Umno or PAS or Keadilan, and you would be laughed
out. Even close aides of both men deny deals discussed. Dr Mahathir is
worried. He said, at a private meeting recently, calm returned to the country
two months after the May 13 riots in 1969, but this man is dismissed and
three years later gives him massive headaches.
One assumes then that should Anwar return to Umno, he is an unbeatable
candidate for president in 2004. If it happens, Abdullah is on the outside.
So, when he accuses Fadzil of a ?colonial mentality?, it is to hope Umno
would rally around him. How could it when the Malay ground, unsettled as it is, is firm it would have
nothing to do with Umno. Umno could have a chance should Anwar return
to lead it. But can Anwar return to Umno without burning his political
bridges. He did it once in 1981; could he the second time two decades on?
So, with the political reality hidden, for Abdullah to make a stand on PAS's
?colonial mentality? is to invite derision. Besides, in Australia, as in New
Zealand, MPs talk to whoever they wants to.
In New Zealand, a foreigner who sees the prime minister must make an
effort to see the leader of the opposition. Fadzil is the leader of the
opposition. Downer could not refuse to see him. His parliament would not
allow him to. Abdullah forgets Umno leaders do call on foreign governments and
opposition leaders. They should not, if his arguments are followed. Only a
BN leader can. But then how many BN delegations have gone overseas to
explain the country's policies? What frightens him though is that even an Islamic political party leader as
Fadzil Noor is not dismissed as a neanderthal any more. He is listened to
with respect, and his views carry weight in foreign chancelleries.
The ground shifts So, why did Abdullah make a fool of himself? In the confusing world of
Umno politics, he is sidelined. Dr Mahathir is in no mood to listen to sanity,
insists he alone is in charge, with even the succession, in his view,
impermanent. Abdullah fights to retain his seniority, and finds it tough.
But in one sense the prime minister and he are on the same boat. The Malay
ground is confused about Umno as its cultural protector, looks for
alternatives. PAS is one corner with its Islamic world view and the
multiracial Keadilan in another, neither no nearer to being it.
Umno runs hard to align itself with one or the other, a reversal of its
fortunes since Anwar became the opposition icon. Abdullah is on the
outside of this discussion. So, the opposition is nitpicked for what it does and does not do. The
opposition does not help its cause. It continually shoots itself in the foot.
But Umno and its leaders can take no comfort in that.
It has lost the cultural ground, and without that, it is no better than the
opposition parties it criticises. What happened to Anwar broke the back of
Malay unity. For the fractured Malay unity to be repaired, Anwar must be
brought back to centre stage. Even Dr Mahathir, however reluctantly, accepts it. Umno's future depends
on it. Which is why the secret talks are more important than the public
attacks. |