Laman Webantu KM2A1: 4777 File Size: 16.1 Kb * |
TAG SP 176: B5: Pengalaman Seorang Wiramarhaen Yang Bergaya By Sheryll Stothard 20/6/2001 11:31 pm Wed |
[Isham akhirnya tertangkap juga tetapi dengan akta ISA
tanpa perlu dibukti atau dibicara. Ini menunjukkan kerajaan
tidak mampu berdepan dengannya di mahkamah kerana tuduhan
itu tidak berpijak di alam nyata. Isham menjadi mangsa
dongengan dan putaran minda agar dia dipinggirkan dari
masyarakat namun itu tidak berjaya - Kamunting itulah
buktinya. Inilah hadiah dari kerajaan buat seorang wira yang
memperjuangkan rakyat yang teraniaya. Isham tidak akan
padam dalam sejarah dengan penangkapannya - sebaliknya
dia semakin bersinar kerana semakin ramai yang akan
cuba mengenalinya untuk memahami kenapa dia hidup
terbuang dan dibuang sebegitu rupa. Sudah pasti semangat Isham itu akan menjadi dorongan
untuk menjejakki langkah yang serupa. Sesungguhnya seorang
pejuang melahirkan ribuan pejuang juga. Kerajaan telah
melakukan satu kesilapan dengan menangkap Isham kerana ramai
akan tersentuh oleh perjuangan Isham - itu termasuk anak
kecil dulu yang kini sudah besar panjang. Mereka semua sudah
berada di seluruh negara hanya menunggu satu semboyan
untuk menumbangkan kezaliman... bukan dengan senjata tetapi
dengan suara kerana itu sudah cukup berkesan.
- Editor] (Malaysiakini: Isham Rais: Adventures of a trendy rebel - Part 5)
Oleh: Sheryll Stothard Dalam bulan Februari 1982, Belgium bersetuju untuk mengambil Isham
sebagai penduduknya. Beliau menghabiskan masa dua tahun berikutnya di
Brussels, belajar di Universiti Leuven La Nauve dan menjalani semula
kehidupan sehari-hari yang separa normal.
"Saya mula menulis surat kembali, berhenti memalsukan dokumen
perjalanan saya dan memasuki negara- negara asing secara haram.
Kawan-kawan mula melawat saya?.." Pada tahun 1984, Isham berpindah ke London kerana beliau mahu
mempelajari bidang pembuatan filem. Sehingga waktu itu, beliau
mengakui, beliau tidak lagi mengikuti perkembangan isu-isu di Malaysia
dan dari itu menjauhkan diri dari politik.
Beliau berjaya menamatkan pengajian di dalam bidang pembuatan filem
itu di Central London Poly ("Poly ini telah berlagak dan kini
menamakannya sendiri sebagai University Westminster") dalam tahun
1991. "Filem tamat pengajian yang saya buat dipanggil 'Serigala jadian
Malaysia di London'," beliau ketawa. Hasilnya begitu teruk sekali
sehinggakan saya terpaksa membayar kepada mereka agar tidak bertanya
sebarang soalan mengenainya." Aktivis yang bergaya di Malaysia ini telahpun mengorak langkah ke
satu lagi perjuangan yang bergaya - mengarah filem.
KEPULANGAN : Proses untuk Isham kembali ke Malaysia bermula semasa tempoh beliau
tinggal di London. "Jomo dan Syed Husin Ali yang telah meyakinkan saya
untuk pulang." Jomo bersetuju : "Saya telah memberitahunya untuk sekian lamanya yang
ia mesti pulang. Oleh kerana saya yang memujuknya untuk mendalami
bidang perfileman, secara peribadi saya merasa bertanggungjawab
terhadap dirinya." Apabila Parti Komunis Malaya dan kerajaan Malaysia menandatangani
surat rasmi perjanjian damai dalam tahun 1990 dan "ancaman komunis"
telah tiada lagi, Isham merasakan bahawa sudah sampai masanya untuk
beliau pulang ke tanah air. Beliau, bagaimanapun, tidak pernah
terlibat memikul senjata di Malaysia. Hanya perkara yang berkaitan
dengan tuduhan Tasik Utara yang masih belum diselesaikan.
Pada tahun 1993, beliau menulis kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri
dan mendapat maklumbalas yang memberansangkan. Walau bagaimanapun,
beliau telah diberitahu di London oleh seorang pegawai di jabatan
Perdana Menteri yang beliau akan ditangkap sekiranya pulang ke
Malaysia. Dalam bulan Mac 1994, kawan lamanya Kamarazaman Yacob mengunjunginya
di London. "Beliau membantu saya menulis sepucuk surat dan dan
membawanya bersama kembali ke Malaysia untuk bertemu dengan Anwar
Ibrahim. Anwar berkata, 'Semuanya telah selesai, pulanglah.'
"Zaman datang ke London dalam bulan November dan membawa saya
pulang." Selepas hampir dua dekad, Hishamuddin Rais pulang ke Malaysia pada
19hb.November, 1994. 'Saya telah mengharapkan agar masa akan menemukan saya dengan sesuatu
yang baru tentang wawasan yang jelas. Saya mahu melupakan masa muda
saya, bersalin kulit atau seumpamanya, dan di dalam tempoh sementara
itu, saya akan mengurangkan pelayaran saya mengikut perubahan keadaan,
percaya tentang kekurangan anak muda/ - kemarahan yang lemah dan
penghinaan yang menyelubungi kegembiraan yang menakjubkan, tetapi
semakin menghilang.' - Rehman Rashid, 'A Malaysian Journey (1993)'.
KEMENANGAN DI ATAS PENGORBANAN:
Apabila Hishamuddin Rais pulang dalam bulan November 1994,
perbandingan dengan seorang lagi orang buangan Malaysia yang bergaya,
Rehman Rashid, yang telahpun pulan dua tahun lebih awal, tidak dapat
dielakkan. Kedua-duanya adalah bekas pelajar MCKK, kedua-duanya adalah
tokoh yang dikatakan tidak pernah berbuat sesuatu yang salah dan yang
sering menjadi ikutan di zaman mereka (walaupun untuk alasan yang
berbeza), kedua-duanya telah ditanyakan tentang isu Hang Tuah-Hang
Jebat oleh Cawangan Khas (SB) dan kedua-duanya telah meninggalkan
negara dalam bulan Oktober. (Alasan di sebalik perkara yang terakhir
yang kebetulan sama ini menjadi misteri kepada saya sehingga ke hari
ini). Apabila Rehman meninggalkan Malaysia, beliau masih muda. Isham
mengahbiskan masa selama 20 tahun di luar negara; Rehman pula, dua
tahun. Isham pulang. Isham pulang dengan kesibukan perundingan
bersama kerajaan. Rehman? Memetik dari bukunya, beliau berkata,
"Apabila sampai masanya untuk kembali, lalu, adalah lebih baik saya
melakukannya secara tanpa disedari, menyelusup masuk melalui sempadan
bagaikan seorang pencuri." Adalah sesuatu yang ironis apabila
kemasukan semula Rehman ke dalam negara ini menyamai cara bagaimana
Isham meninggalkan negara. Rehman Rashid, sudah tentu, tidak pernah menjadi seorang pelarian yang
melarikan diri dari sebarang tuduhan pihak polis, dan dari itu, boleh
menyusup masuk "melalui sempadan bagaikan seorang pencuri" pada
bila-bila masa yang dikehendakinya. Isham pula dari segi teknikalnya
masih seorang pelarian yang melarikan diri dari undang-undang. Dalam
pada itu, beliau berusia 22 tahun di Malaysia. Pemergiannya dalam
bulan Oktober 1975, beliau memberitahu saya, selama 20 tahun, adalah
kerana "berpegang kepada prinsip". Perjalanan yang jauh kembali ke pekan kelahirannya dan pengembaraan
ala-Ulysses kelihatannya, buat rakyat Malaysia yang biasa, merupakan
satu pengorbanan besar yang perlu dibayar hanya untuk membuktikan
sesuatu. Mengimbas kembali ke masa lampau, tindak balas ganas dari
sayap kanan yang menyusul sebaik sahaja berlaku tunjuk perasaan
pelajar dalan tahun 1974 telah membuatkan apa yang berlaku ekoran dari
itu seumpama kemenangan di atas pengorbanan.
Beberapa kali semasa beliau mengingati kembali kehidupan 20 tahunnya
itu saya terfikir bukankah lebih mudah buat Isham untuk pulang sahaja,
selesai tinggal di Kamunting dan teruskan "perjuangan" di sini. Di
akhir temuramah, saya bertanyakan soalan ini kepadanya, mengenepikan
soalan yang lebih besar tentang 'kewajaran' tindakannya.
"Tidak, saya tidak boleh. Saya percaya saya bertanggungjawab terhadap
satu generasi. Saya mewakili pelajar-pelajar yang menaruh kepercayaan
kepada saya. Saya tidak boleh menyerah dengan sebegitu mudah," beliau
menjawab, bersungguh-sungguh. Terfikir juga apa yang akan berlaku
seandainya Isham tidak berjaya melepasi sempadan tersebut, seandainya
beliau memilih untuk tinggal di sini, ditangkap dan dihantar ke
Taiping bersama Anwar, Zaman dan Adi Satria.
Beliau mematahkan lamunan 'seandainya' saya itu tanpa berlengah lagi,
"Apa guna membuat andaian? Saya telah kembali dan itulah hakikatnya.
Saya akan menjadikan hidup saya penuh dengan kegembiraan. Saya tidak
akan menyesali apa yang telah saya lakukan sebelum ini."
WIRA ATAU PENJAHAT : Kemudian saya membaca di akhbar politik Melayu tentang khabar-khabar
angin yang Isham telah dipelawa untuk menyertai Pemuda Umno. Selepas
itu, Jomo memberitahu saya, "Saya tidak fikir Isham akan memasuki
dunia politik. Kini beliau telah kembali, mungkin beliau akan
melibatkan diri dengan bidang perfileman. Saya dapat melihat beliau
menjadi tokoh budaya yang agak penting sekiranya beliau mendapat
sokongan." Kemudian, peguam Dominic Putucheary, yang mewakili Anwar Ibrahim
semasa beliau berada di Kamunting, memberitahu saya, "Saya dapat
melihat banyak tentang diri saya pada mereka (aktivis-aktivis pelajar
tahun'74) dan idealisme mereka." Kemudian, ayah saya, juga seorang bekas graduan UM, memberitahu
saya,dengan marahnya, "Itu disebabkan kamu, pihak media, yang
menjadikan seseorang itu sebagai wira atau penjahat. Orang ini
hanyalah seorang pelarian yang telah kembali semula."
Kemudiannya, seorang kawan bertanya kepada saya, "Jadi, adakah kamu
bertanya kepadanya sama ada semua itu adalah sesuatu yang wajar?"
Saya tidak pernah menanyakan soalan itu kepada Hishamuddin Rais.
Jawapannya pasti begitu jelas sekali. Tidak seperti orang buangan yang
lain, tidak seperti Rehman, tiada langsung penyesalan dalam suaranya
apabila beliau menceritakan kisahnya, dan tiada pula kebimbangan
tentang masa depan. Tiada alasan pun.
Beliau menghapuskan keraguan saya dengan sikapnya yang tiada langsung
rasa menyesal dan takut. Kini terpulang kepada saya untuk memutuskan
sama ada saya perlu terus mengejar cita-cita khayalan berdasarkan
pengalaman beliau; mempertahankan mitos (dongengan) itu, atau untuk
meruntuhkannya dan memdedahkan beliau sebagai "pelarian yang
kelebihannya dibesar-besarkan" seperti anggapan ayah saya terhadapnya.
Mitos (Dongengan) dicipta dari persepsi (daya tanggapan) - sebagaimana
yang terjadi kepada penjahat. Kita menjadikan diri kita seperti
pejuang suci, tertekan oleh penindas ghaib, takut akan kegelapan.
Kita yang mendongengkan pengalaman kita, menggunakan orang seperti
Hishamuddin Rais sebagai alat, untuk menebus kembali rasa tidak
selamat kita sendiri. Dengan kesedaran ini, saya menyedari sekarang bahawa bukan tugas saya
untuk menilai patut atau tidaknya beliau hidup dalam buangan. Kini,
saya akan memberitahu teman saya, "Baca kisah tentang dirinya. Dan
buatlah keputusan sendiri." KELAS '74 UNIVERSITI MALAYA :
JUN 1971 : Bantahan umum Anwar Ibrahim terhadap Akta Universiti dan Kolej 1971
pada satu mesyuarat MLSUM. Kejadian ini kemudiannya disebut di dalam
perintah tahanan ISAnya dalam tahun 1975 di bawah "pertuduhan fakta #5
sebagai seruan kepada "gerakan berkaitan militan". Respons Anwar,
melalui peguamnya Dominic Putucheary : "Bukanlah sesuatu yang ganjil
kepada pelajar-pelajar untuk mengimpikan bahawa pelajar-pelajar dapat
bersatu, kerana, tidak ragu-ragu lagi, dengan bersatu, pelajar-pelajar
akan mempunyai kuasa yang tertentu; dan adalah tidak adil untuk
mengaitkan kehendak ini sebagai suatu motif untuk menghasut pelajar
kepada gerakan militan atau keganasan semasa apa yang dipanggil tunjuk
perasaan terancang yang tidak pun berlaku."
JULAI 1971 : Tunjuk perasaan yang diketuai oleh Anwar-PKIM bagi membantah lawatan
PM Thailand ke KL di Lebuhraya Persekutuan. Isunya adalah : Layanan
buruk terhadap orang-orang Islam di Selatan Thailand. Antara yang
tertangkap adalah Anwar, yang kemudiannya dibebaskan tanpa tuduhan
tiga hari kemudiannya. 1972 : Pengambilalihan kepimpinan Majlis Belia Malaysia oleh Anwar.
Penyandangnya, Tunku Abdullah, tidak bertanding menentang Anwar bagi
merebut jawatan Presiden. OKTOBER 1973 : Isu perang Tujuh Hari dan PLO. Tunjuk perasaan pertama pada 13hb.
melibatkan hanya kurang dari seribu pelajar yang dikepalai oleh Anwar.
Mereka menerima habuan gas pemedih mata. Tunjuk perasaan kedua adalah
lebih besar yang dianjurkan oleh MBM melibatkan 3000 orang di
Kedutaan Amerika dan Pusat Lincoln. Bendera Amerika dibakar,
batu-batu dilontar ke arah Pusat Lincoln dan pelajar mendesak agar
Pusat itu ditutup. Menteri Dalam Negeri Ghazalie Shafie meyakinkan
untuk menenangkan kumpulan yang ramai itu dan mengurangkan ketegangan.
Anwar kemudiannya mengetuai pelajar-pelajar ke Masjid Negara yang
tidak jauh dari situ untuk bersembahyang
SEPTEMBER 1974 : Insiden Tasik Utara. Penangkapan Isham dan lain-lain pelajar yang
menyertai tunjuk perasaan di JB telah mencetuskan bantahan di UM.
Pelajar-pelajar di bawah kepimpinan presiden PMUM, Kamarazzaman Yacob
berdemostrasi selsecara rasmi selama tiga hari di hadapan pejabat Perdana
Menteri sebelum sebelum mengambilalih kampus dan bahagian pentadbiran.
Menjelang malam, berlaku "rampasan semula" oleh, menurut Kamarulzaman,
presiden Persatuan Bahasa Melayu Aziz Shamsudin, yang menyerahkan
semula UM kepada Ungku Aziz. Kesatuan pelajar diharamkan secara rasmi
- dan bangunan kesatuan pelajar ditutup.
3 DISEMBER 1974 : Isu petani miskin di Baling. Demonstrasi dibuat di hadapan Kelab
Selangor. Anwar ditahan di Masjid Negara, dibebaskan oleh
pelajar-pelajar dan kemudiannya ditahan semula apabila beliau pergi ke
balai polis untuk menjamin keluar rakan-rakan pelajar.
4 DISEMBER 1974 : Pelajar-pelajar UM dan UKM berkumpul di bulatan yang berada di luar
tidak jauh dari pintu masuk ke UM untuk tunjuk perasaan membantah
penangkapan Anwar. Rapat umum diadakan di DTC. Antara jurucakapnya
adalah kakitangan akedemik termasuk Dr. Syed Husin Ali dan Tunku
Shamsul Bahrin. 5 DISEMBER 1974 : Syed Husin Ali, Tunku Shamsul, KS Jijhar dan Lim Mah Hui dari UM dan
Sabiha Abdul Samad dati ITM ditahan di bawah ISA. Bantahan semakin
meningkat di Lembah Pantai. 6 DISEMBER 1974 : Psukan polis mula mengambillih tugas operasi dan meletakkan anggota
yang bersenjatakan M16 di sekitar UM dan UKM. Topeng-topeng gas
pemedih mata menjadi aksesori harian kepada pelajar-pelajar yang telah
dikepong. 8 DISEMBER 1974 : Operasi Mayang. Adi Satria, Ibrahim Ali (presiden kesatuan pelajar
ITM), A.Rahman Rukaini (UKM) dan Selamat Ahmad Kamal )USM adalah di
antara mereka yang ditangkap. Isham Rais, Kamarazzaman, Abu Zer Ali
dan Yunus Ali berjaya menyelinap keluar dari kampus ke sebuah 'rumah
selamat' Timur tengah. Pada minggu berikutnya, lebih banyak tangkapan
telah dibuat. AUKU 1971 dipinda. Kamarazzaman ditahan di Seremban dan
menyertai Anwar, Syed Husin Ali, Adi Satria dan lain-lain lagi di
Kamunting, Perak. Abu Zer menghilangkan diri ke dalam hutan. Beliau
secara rasminya masih bebas. Isham menyembunyikan diri sehingga bulan
Oktober 1975 apabila beliau menyelinap keluar dari negara ini melalui
sempadan Thailand. Yunus kembali semula ke universiti, dan terlepas
dari tangkapan. ....Tamat.... Nota : Pada 10hb. April 2001, Isham telah ditahan di bawah ISA, yang
membenarkan penahanan tanpa dibicarakan, kerana dituduh terlibat untuk
menggulingkan kerajaan melalui "cara militan".
** Penulis SHERYLL STOTHARD adalah Naib Presiden Parti Rakyat Malaysia
(PRM). Pada asalnya beliau menulis rencana di atas untuk majalah
'Men's Review' bagi bulan Febuari dan Mac 1995.
Asal: http://www.malaysiakini.com/Column/2001/06/2001060102.php3
Isham Rais: Adventures of a trendy rebel - Part 5) |