Laman Webantu KM2A1: 4778 File Size: 5.6 Kb * |
Politik Umno Cemarkan Nama Erra By MSuri 21/6/2001 1:04 am Thu |
Saya panjangkan mesej ini dari seorang peminat Erra - Msuri.
POLITIK UMNO CEMARKAN NAMA ERRA
Belum cuba belum tahu. Sudah terkena barulah menggaru.
Itulah yang berlaku kepada Erra sejak terjebak di baris
hadapan Puteri UMNO. Perasaannya terganggu kerana bagi
seorang aktres@penghibur peminat adalah nombor satu!
Penglibatan Erra - walaupun sekerat jalan sudah menjejaskan
kariernya. Ada sesuatu yang penting di sini. Ini bermakna
majoriti muda-mudi sekarang ini membenci Umno dan Puterinya.
Jika tidak takkan Erra begitu terasa sehinga mengundur diri.
Peminat telah dan sudah pandai mengajar sesuatu kepada Erra
dan juga Puteri. Erra lebih sayang peminat dari Puteri Umno. Tetapi Erra perlu
buktikan dengan lebih lagi. Tinggalkanlah sahaja Puteri Umno
kerana tempoh laku seseorang penghibur cuma sebentar sahaja. Sedikit
kesilapan akan menghancurkan bertahun-tahun usaha.
Sesat dihujung jalan, baliklah kepangkal jalan. Peminat masih
bersedia memaafkan. Tiada sesiapa kini yang tidak melakukan
kesalahan. Siapa tahu satu hari nanti Erra mungkin mengikut
jejak seorang yang insaf setelah jauh tersesat di hutan.
Lihatlah nasib beberapa artis yang ditimpa kemalangan - itu
sudah cukup untuk diambil pengajaran. Bertaubatlah kerana
itulah sebenar-benarnya keindahan. Erra akan diingati berzaman
walaupun sudah tiada dalam alam hiburan. Itulah sebenar-benarnya
perjuangan. Ia berada di dalam - bukannya di luar sana kerana
ia penuh dengan kepalsuan. -Peminatmu?- Emel Erra?: efe@tm.net.my
Rujuk: http://straitstimes.asia1.com.sg/asia/story/0,1870,51159,00.html?
KUALA LUMPUR - Popular artiste Erra Fazira has resigned as a pro tem
committee member of the Umno young women's wing (Puteri Umno) after two
months, citing her busy showbusiness schedule as the reason.
She resigned from her post on Tuesday, but remains an Umno member. She also
remains a committee member for the Artiste Welfare Unit under the Services
Bureau, which is headed by the wing's pro tem member Ms Noor Liza Abu
Hassan. In a statement, Puteri Umno chief Azalina Othman said that the
Exco committee members have accepted her resignation, according
to Berita Harian Malaysia. The replacement member has yet to be
decided upon. http://www.emedia.com.my/z/Current_News/BH/
Wednesday/Mukadepan/20010619222432/Article/pp_index_html
KUALA LUMPUR, Selasa - Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri
Rafidah Aziz menegaskan, pengumumannya mengenai jumlah 20,000
keahlian Puteri Umno bukanlah satu angka yang direka-reka.
Sehubungan itu, katanya, Puteri Umno wajar menerima hakikat bahawa
anggaran 20,000 anggota itu adalah benar dan bukan rekaan Wanita
untuk melemahkan semangat sayap baru Umno itu.
Beliau berkata, angka itu diperoleh berdasarkan maklumat balas ketua
Wanita Umno negeri yang bekerjasama dengan Puteri pada peringkat
negeri dan bahagian untuk mendapatkan anggota baru Puteri.
?Ini adalah hakikat, bukan saya reka-reka. Ini maklum balas pemimpin
Wanita yang membantu Puteri di peringkat akar umbi mencari ahli.
?Jadi, tak payahlah nak rasa keliru atau nafikannya kerana perkara ini
dilaporkan di hadapan Setiausaha Agung parti, Tan Sri Khalil Yaakob,?
katanya kepada pemberita selepas pelancaran Koridor Produk Wanita
sempena Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra
(PWTC) di sini hari ini. Rafidah mengulas mengenai kenyataan Ketua Penerangan Puteri Umno,
Mistina Abdul Hamid Sabtu lalu yang mempertikaikan angka itu dan
berpendapat jumlah itu jauh tersasar daripada jumlah sebenar anggota
Puteri Umno. Jumlah keanggotaan Puteri Umno itu diumumkan oleh Rafidah selepas
mempengerusikan mesyuarat Exco Wanita Umno di sini Jumaat lalu.
Rafidah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
berkata, Wanita mendapat arahan daripada pucuk pimpinan Puteri Umno
bahawa bahagian dikehendaki mendapatkan sekian banyak ahli dan ahli
itu pula mesti profesional. Katanya, ketika mesyuarat Exco Wanita Umno
minggu lalu, beliau dimaklumkan mengenai jumlah keahlian Puteri pada
peringkat akar umbi. Ketika ditanya mengenai dakwaan Mistina mengenai jumlah itu adalah
lebih besar dari apa yang diumumkan, beliau berkata:
?Saya minta Puteri janganlah ghairah dengan bilangan ahlinya. Cuba
realistik sikit. Kalau buat satu acara, beribu orang nampak hadir tetapi jika
separuh darinya adalah ahli Wanita Umno, apa maknanya?
?Banyak majlis yang dibuat sebelum ini, Wanita Umno diarah keluar untuk
menjalankannya kerana pada masa itu, Puteri belum ramai lagi ahli.
Sekarang, 20,000 itu sudah ramai dan cukup baik. Saya nak ucapkan
tahniah.? Rafidah berkata, Wanita Umno akan meminta ibu pejabat parti untuk
menyeragamkan segala usaha keahlian baru parti terutama bagi Puteri.
Mengenai agenda yang akan dibawanya dalam Perhimpunan Agung
Wanita Umno esok, Rafidah berkata, ia akan berkisar kepada agenda
Umno iaitu mengukuhkan parti dalam menghadapi pilihan raya umum
2004. Agenda itu, katanya, bukan sekadar ditumpukan ketika perhimpunan agung semata-mata tetapi ia adalah perjuangan berterusan Wanita Umno. |