Laman Webantu KM2A1: 4789 File Size: 13.6 Kb * |
TAG SP 177: PAU - Bakal PM dan Puteranya By Nash Rahman 21/6/2001 8:09 pm Thu |
TAG 177 [Mahathir kerap membuat semua orang di dalam teka-teki agar tidak
dapat menelah dengan tepat apa yang sedang bermain difikirannya.
Kerapkali dia memberi kesamaran fakta agar sukar diduga apakah langkah
yang seterusnya. Ini akan membuat pencabarnya kebingungan dan dia
akan berada dalam kedudukkan yang lebih selamat lagi.
Mahathir menggunakan sistem 'sekat dan imbang' serta 'sekutu yang bersaing'
untuk terus menguasai Umno. Dia kerap meminjam kekuatan lawan atau pencabarnya
dengan kepuraan atau janji yang tidak disangka sehingga dipercayai gila
sehingga mereka menjadi setia. Akan tetapi itu akan dimungkiri serta dipatahkan
jua bila ia tidak menguntungkan dirinya. Itulah yang berlaku kepada Anwar dan
Ku Li yang diserang dan diambil semula. Apabila terdesak Anwar dan Daim
dipinggirkan melalui orang ketiga - samada penulis upahan berbisa atau surat
layang yang disebar merata. Yang peliknya pencabarnya tidak pula pandai
menggasaknya kerana sudah terlalu percaya dan setia oleh lakunannya.
Di sinilah orang ketiga telah mengelirukan semua padahal Mahathirlah
dibelakang mereka. Malaysiakini, Rabu 20 Jun, 2001 (Malaysiakini: Umno AGM - The next PM and the prince)
Oleh Nash Rahman Dua perkembangan penting akan dapat dijangkakan oleh orang awam,
terutamanya delegasi Umno ke perhimpunan Agung tahunan parti itu yang
akan berlangsung esok. Pertama adalah kemungkinan presiden parti Dr. Mahathir Mohamad akan
mengumumkan suatu tarikh yang tepat untuk beliau menyerahkan pucuk
pimpinan parti dan kerajaan kepada timbalannya, Abdullah Ahmad Badawi.
Mahathir telahpun mengumumkan bahawa ini akan menjadi penggal
terakhirnya sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri. Abdullah merupakan Timbalan Perdana Menteri keempat Mahathir dan Timbalan
Presiden Umno. Tiga penyandang jawatan tersebut sebelum itu - Musa Hitam,
Ghafar Baba dan Anwar Ibrahim - telah gagal untuk mencapai peringkat yang
tertinggi itu. Mahathir tidak pernah berselindung tentang masa depan politiknya.
'Saya akan terus menjadi Perdana Menteri selagi rakyat memerlukan
saya?.,..' Para penganalisa politik merumuskan bahawa dengan menyebut dan
berbuat demikian, Mahathir mungkin telah berjaya mempertingkatkan
statusnya di kalangan pengundi- pengundi.
Tetapi sekali lagi, muslihat Mahathir itu mungkin telah mewujudkan
musuh-musuh yang begitu kuat yang boleh datang kembali menghantuinya.
Sekutu Yang Bersaing : Kata-kata Mahathir tentang bakal penggantinya sedang diuji oleh ahli-ahli
parti. Beberapa pihak dalam Umno sedang mendesaknya untuk mengumumkan
suatu tarikh yang tepat bagi melantik Abdullah sebagai penggantinya.
Jelas sekali, bukan itu yang Mahathir mahukan, sekurang-kurangnya belum
lagi. Dengan penyertaan semula seramai lebih kurang 400,000 ahli Semangat 46 ke
dalam Umno, Tengku Razaleigh kini telahpun mempunyai pengaruh akar umbi
yang penting di dalam parti. Lebih dari itu, adalah jelas bahawa pengaruh
akar umbi adalah penentu permainan ini. Dan ini akan menjadi perkembangan
penting yang kedua pada Perhimpunan Agong Umno.
Walaupun Razaleigh telah menimbulkan permusuhan di dalam Umno apabila
beliau menubuhkan Semangat 46, beliau juga telah dapat membangkitkan satu
tanggapan baik yang disenangi melalui pendirian kukuhnya semasa insiden
1987 apabila Umno diisytiharkan sebagai tidak sah, dan kemudian beliau
telah membubarkan partinya (Semangat 46) untuk memyertai Umno semula.
Tidak seperti sebelumnya, dengan memperolehi kedudukan sebagai Timbalan
Presiden itu kini tidak lagi bermakna satu satu jaminan untuk seterusnya
menjadi Perdana Menteri. Dengan melihat kepada pendekatan
tunggu-dan-lihat Mahathir, maklumbalas kepada Abdullah setakat ini
mungkin menjadi 'tidak'. Sistem 'sekutu yang bersaing' ini, menurut para pengkritik politik,
mungkin akan menamatkan kehidupan politik setengah dari penjawat-penjawat
kini. Namun walau apapun motifnya, para pemerhati meragui yang ini hanya
merupakan satu perkara yang berkaitan dengan kesetiaan kepada parti.
Tanda-tanda Yang Kuat : Mahathir menggunakan 'sekat dan imbang' bagi memastikan bahawa
penyandang-penyandang jawatan di dalam kerajaan sedar sepenuhnya akan
kehadiran pesaing politik yang disenangi oleh Perdana Menteri. Contoh
yang terbaik adalah apabila Musa dipilih sebagai Timbalan Presiden Umno
berbanding dengan Razaleigh. Walau bagaimanapun, Perdana Menteri, sungguhpun beliau menyenangi Musa,
telah menolak permintaannya supaya menggugurkan Razaleigh dari barisan
Kabinet. Selain dari nilainya sebagai seorang menteri, Razaleigh juga berguna
untuk dikekalkan sebagai faktor menyekat seandainya Musa menjadi terlalu
'berfikiran bebas'. Kemudian, apabila Anwar kelihatan semakin hampir untuk menggantikan
Mahathir, Mahathir memastikan agar perkara ini tidak akan berlaku dengan
sebegitu mudah dengan melantik Ghafar sebagai timbalannya. Malahan dalam
tahun 1996, Razaleigh telah memegang peranan itu seketika (bukanlah
merupakan ancaman yang sebenarnya, tetapi sebagai 'pembayang' ancaman)
selepas beliau membubarkan partinya dan majoriti dari pengikutnya itu
menyertai semula Umno. Di negeri-negeri yang penting, Menteri Besar Umno biasanya dinilai oleh
seorang lagi ahli politik Umno yang berpengaruh dari negeri tersebut. Ini
mungkin Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Umno Negeri (sekiranya Menteri
Besar tidak memegang jawatan itu) atau seorang Menteri Kabinet. Ia
menjadi satu senjata bagi memastikan kekuasaan `yang paling berpengaruh,
Badan Eksekutif. Sayap Yang Dicantas : Salah satu rahsia bagaimana Mahathir boleh mengekalkan kuasanya dengan
begitu lama adalah kebolehannya untuk menyebabkan kedua-dua pihak
pembangkang dan bersekutunya terus bermain teka-teki. Abdullah telahpun
dilihat sebagai bakal pengganti Perdana Menteri.
Namun dalam bulan-bulan kebelakangan ini terdapat tanda-tanda yang kuat
bahawa Abdullah, yang juga merupakan Menteri Dalam Negeri, tidak lagi
disenangi berikutan cara pengendalian kes-kes ISA yang telah menjejaskan
Umno sedangkan pada masa yang sama parti-parti pembangkang pula yang
semakin meningkat naik. Kelihatannya seolah-olah puak sayap Abdullah yang semakin berkembang itu
sedang dicantas oleh presiden.
Abdullah mungkin juga telah belajar dari kesilapan bahawa untuk menjadi
orang nombor satu nagara ini adalah lebih sukar dari bertanding untuk
jawatan parti. Jika beliau mengurangkan cita-citanya, beliau akan
mendapati bahawa sebahagian dari matlamatnya itu boleh dicapai.
Sementara perhimpunan Agong parti itu berlangsung, akan terdapat beberapa
masalah lama yang tidak boleh diselesaikan dan beberapa masalah baru pula
yang akan timbul. Di antara kedua-dua kumpulan masalah ini, permulaan
kepada masalah masa depan juga akan berkembang. Ini akan terus menjadi
ciri-ciri utama Umno yang berada di ambang peralihan.
** Penulis NASH RAHMAN adalah bekas ketua pengarang berita di Berita Harian,
bekas pengarang akhbar harian yang kini tidak lagi wujud, Watan, dan
bekas sekutu pengarang The Sun. Asal: http://202.56.157.37/News/ 2001/06/2001062001.php3
Wednesday June 20 Umno AGM - the next PM and the prince Nash Rahman
9:57am, Wed: news analysis There will be two significant developments which the
public, especially Umno delegates to the party's annual general assembly
beginning tomorrow, can expect. The first is the possibility of party president Dr Mahathir Mohamad announcing
the exact date he will hand over the party and the government to his deputy,
Abdullah Ahmad Badawi. Mahathir had announced that this will be his last term as Umno president and
prime minister. He has said his health would not allow him to continue for
another term. Since then, Mahathir has never said exactly when this will take
place. Abdullah is Mahathir's fourth deputy prime minister and Umno deputy president.
The previous three - Musa Hitam, Ghafar Baba and Anwar Ibrahim - failed to
make it to the top. Mahathir has never been coy about his political future. 'I will continue to be prime
minister as long as the people need me ... ,'. Political analysts point out by saying
and doing so, Mahathir may have succeeded in enhancing his status among
voters. But then again, Mahathir's manouevre may have created some powerful enemies
who could come back to haunt him. Sparring partner Mahathir's word on his successor is about to be put to the test by party
members. Some quarters of Umno are pushing him to announce the exact date
he will appoint Abdullah as his successor.
Apparently, that's not something Mahathir wants, at least not yet. Party
insiders believe that he needs time to allow Abdullah's would-be 'sparring
partner', Tengku Razaleigh Hamzah, to reshape himself by strengthening his
power base in Umno. With the return of about 400,000 members of Semangat 46 into Umno, Tengku
Razaleigh has now established a significant power base in the party. To a large
extent, it is clear that power bases are the name of the game. And this would be
the second significant development at the Umno general assembly.
Though Razaleigh has made enemies within Umno when he formed Semangat 46,
he also made a favourable impression with his tough stance during the 1987
incident when Umno was declared an illegal society, and later when he dissolved
his party (Semangat 46) to rejoin Umno..
Unlike before, gaining the party's deputy presidency today doesn't necessarily
mean a ticket to the prime ministership. Given Mahathir's wait-and-see
approach, the response to Abdullah thus far would seem to be 'no'.
This 'sparring partner' system, according to political commentators, will
probably terminate the political life of half of the incumbents. But whatever the
motives, onlookers doubt that this is just a matter of party loyalty.
Strong signs Mahathir uses 'check and balances' to ensure that holders of government posts
are kept aware of the presence of a political rival which has the favour of the
Prime Minister. A classic example occurred when Musa was elected Umno deputy
president over Razaleigh. However, the Prime Minister, although he favoured Musa, refused his request
that Razaleigh be dropped from the cabinet.
Apart from his value as a minister, Razaleigh was also useful to retain as a check
in case Musa became too 'independent-minded'.
Later, when Anwar became increasingly likely to succeed Mahathir, the latter
made sure that this would not occur inconveniently by appointing Ghafar as his
deputy. Even in 1996, Razaleigh briefly resumed the role (not exactly of a threat,
but rather of a 'shadow' threat) after he disbanded his party and with majority
of his followers rejoined Umno. In important states, an Umno menteri besar was usually checked by another
prominent Umno politician from that state. This might be the head of the Umno
state liaison committee (if the menteri besar did not hold that position) or a
Cabinet minister. It is a weapon to ensure the supremacy of the dominant power,
the Executive. Wings clipped One of the secrets of Mahathir's long stay in power is his ability to keep both
opponents and allies guessing. Abdullah was seen as a possible successor of the
prime minister. But in recent months there have been strong signs that Abdullah, who is also the
Home Affairs Minister, is no longer in favour following the handling of the ISA
cases which has tainted Umno at a time when the popularity of opposition
parties seem to be rising. It would seem that Abdullah's spreading wings are currently being clipped by the
president. Abdullah has probably learned through trial and error that to become the
country's number one is a lot harder than running for the party post. If he scales
down his ambitions, he may find that some of his goals can be achieved.
As the party general assembly goes on, there will be some old problems that will
not be resolved and some new ones generated. In between these two sets of
problems, the beginnings of future problems may evolve. This will continue to be
a major feature of Umno in transition.
|