Laman Webantu KM2A1: 4790 File Size: 10.1 Kb * |
TAG SP 178: Fraksi KeADILan Melobi Hasrat Gabungan Dengan PRM By Susan Loone 21/6/2001 7:54 pm Thu |
TAG 178 [Penangkapan ISA terhadap pemimpin penting parti keADILan
menyukarkan lagi proses penyatuan parti itu dengan PRM. Terdapat
pihak tertentu yang mempertikaikan PRM kerana termakan propaganda
kerajaan atau kerana bimbang pengaruh mereka semakin menghilang.
Atau mungkin kerana keresahan populariti keADILan terjejas kerana
berkahwin dengan PRM walaupun memang cocok dan padan. Persepsi
dan minda masyarakat yang diputar belit bahawa PRM adalah songsang
mungkin akan mencederakan parti gabungan itu.
Adalah menjadi tanggungjawab pemimpin tertinggi kedua-dua parti
itu meninjau pendapat akar-umbi kerana merekalah yang mungkin
menimbulkan masalah atau menentukan kejayaan nanti.... kefahaman
dan penerangan itulah kunci - bukan sangkalan dan kepentingan diri.
Lakukanlah apa yang terbaik untuk negara ini. Itulah pengorbanan
yang penuh erti. Puak KeADILan melobi menentang penggabungan dengan PRM
(Keadilan faction lobbying against merger with PRM)
Oleh Susan Loone Mereka menyebut kemungkinan para perwakilan akan meminta
penangguhan terhadap penggabungan itu memandangkan
"pemimpin-pemimpin cawangan" tidak mendapat masa yang secukupnya
untuk menerangkankan rancangan penggabungan itu kepada ahli-ahli
di akar umbi. "Tetapi ini bukanlah alasan yang sebenarnya kerana kami telahpun
memberikan masa selama setahun untuk menerangkan perkara ini.
Alasan sebenarnya adalah terdapat beberapa pemimpin yang takut
kehilangan kedudukan mereka jika penggabungan ini menjadi
kenyataan," berkata satu sumber parti itu.
"Terdapat tindakan melobi yang kuat menentang penggabungan ini
pada peringkat cawangan di seluruh negara oleh puak tertentu di
dalam Keadilan. Kami bimbang apabila tiba masa untuk mengundi,
kita akan gagal mendapat majoriti dua pertiga (bagi meluluskan
penggabungan)," tambah sumber itu. Para perwakilan Keadilan akan bertemu pada Perhimpunan Agong Ahad
ini dan Majlis Tertingginya akan mengusulkan satu resolusi kepada
para perwakilan untuk menyokong penggabungan Keadilan-PRM.
Sekiranya gagal untuk mendapatkan keputusan sebulat suara,
perlembagaan Keadilan menyatakan bahawa majoriti dua per tiga
diperlukan bagi membolehkan sesuatu resolusi itu diterimapakai.
KEDUDUKAN MASAKINI (STATUS QUO) TERANCAM :
Awal tahun ini, para pemimpin parti mendakwa bahawa usaha
penggabungan itu berkemungkinan akan gagal berikutan "sentimen
dari kedua-dua belah pihak dan masalah struktur parti".
Tidak seperti Keadilan, PRM tidak mempunyai sayap Wanita dan
sayap Pemudanya terdiri dari kedua-dua lelaki dan wanita.
Sumber tersebut berkata pemimpin puak-puak tertentu mahu mendesak
supaya lebih banyak masa lagi diperuntukkan bagi membolehkan
mereka melobi ahli-ahli pada peringkat cawangan untuk menentang
penggabungan tersebut. Ditanya mengapa terdapat tentangan terhadap penggabungan itu,
sumber itu berkata, "Orang-orang ini tidak ubah seperti sedang
memasuki perangkap propaganda Barisan Nasional (BN) itu sendiri.
Mereka mengatakan bahawa PRM adalah parti sosialis dan tidak
Islamik." Satu lagi sumber parti itu memberitahu Malaysiakini bahawa puak
yang menentang di dalam Keadilan terdiri dari ahli-ahli ABIM
(Angkatan Belia Islam Malaysia). Sumber itu memberitahu ABIM telah memainkan peranan yang penting
dalam pembentukan Keadilan dan penyelarasan yang baru akan
mengancam kedudukan masa kini (Status quo) mereka.
"Mereka mendakwa bahawa perjuangan mereka adalah berdasarkan satu
peraturan baru politik. Walau bagaimanapun, apabia terdapat
ura-ura tentang penggabungan dan tentang para pemimpin PRM akan
menyertai Keadilan, kumpulan ini merasakan kepimpinan mereka
teruji," kata sumber itu. KERAJAAN BIMBANG : Satu lagi sumber berkata beberapa aktivis reformasi yang ditahan
di Kamunting di bawah ISA menyokong penggabungan itu dan
penahanan mereka telah sedikit sebanyak mengganggu usaha parti ke
arah itu. "Kebanyakan dari tahanan tersebut apabila disoalsiasat oleh
pegawai polis cawangan khas (SB) telah diberitahu bahawa kerajaan
merasa bimbang tentang penggabungan yang bakal terjadi di antara
dua parti yang berteraskan Melayu itu," sumber itu mendakwa.
Enam aktivis reformasi - Naib Presiden Keadilan Tian Chua, Ketua
Pemuda Keadilan Mohamad Ezam Mohd. Nor, Saari Sungip dan Lokman
Noor Adam, ahli Majlis Tetinggi Dr. Badrul Amin Baharom dan
penulis kolum malaysiakini juga pengarah filem Hisahamuddin Rais
- telah dihantar ke Kem Tahanan Kamunting di Perak awal bulan ini
untuk selama dua tahun di bawah ISA atas arahan Menteri Dalam
Negeri Abdullah Ahmad Badawi.
Timbalan Presiden Dr. Chandra Muzaffar apabila dihubungi hari ini
berkata bahawa pemimpin-pemimpin majlis tertinggi parti
bersetuju dengan penggabungan itu pada prinsipnya.
"Walau bagaimanapun, kami perlu mendapatkan kelulusan dari para
perwakilan sebelum meneruskan proses penggabungan yang
sebenarnya," beliau berkata. "Kami sedang di dalam proses untuk menerangkan tentang
penggabungan itu kepada ahli-ahli akar umbi,"
beliau menambah. Beliau berkata selepas Perhimpunan Agong Parti pada tahun lepas,
Ahli Majlis Tertinggi telah diberi mandat untuk mendalami lagi
cadangan penggabungan dengan PRM. Apabila ditanya sama ada keputusan kepimpinan untuk menyokong
penggabungan boleh ditolak oleh perwakilan pada Perhimpunan Agong
tahun ini, Chandra berkata, "Ya. Ia adalah satu proses demokrasi."
Terjemahan : SPAR-09-009 Asal: Keadilan faction lobbying against merger with PRM
Susan Loone 7:49pm, Tue: Keadilan leaders are not confident that delegates will approve
the proposed Keadilan-PRM merger at the party's annual general meeting (AGM)
on Sunday, party sources said today. They said delegates may ask for a postponement of the merger as "branch
leaders have not had ample time to explain the merger to the grassroots".
"But this is not the case as we have given them one year to explain. The
real reason is that some leaders are afraid of losing their positions if the
merger goes through," said a party source.
"There is intense lobbying against the merger at branch levels nationwide by
a certain faction in Keadilan. We are afraid when it's time to vote, we'll
fail to get the two-thirds majority (to approve the merger)," the source
added. Keadilan delegates will meet at this Sunday's AGM and its supreme council
will propose a resolution to the delegates to support the Keadilan-PRM
merger. In the failure of a unanimous decision, Keadilan's constitution states that
a two-thirds majority is needed for the resolution to be adopted.
Status quo threatened Earlier this year, party leaders claimed that the merger efforts could be
derailed due to "sentiments on both sides and problems of party structures".
Unlike Keadilan, PRM does not have a Women wing and its Youth wing comprises
both men and women. The sources said leaders of the certain faction would demand for more time
to enable them to lobby members at branch levels to oppose the merger.
Asked why there was opposition to the merger, the source said, "These people
are playing right into the hands of Barisan Nasional (BN) propaganda. They
are saying that PRM is a socialist party and is un-Islamic".
Another party source told malaysiakini that the opposing faction in Keadilan
comprised Abim (Malaysian Muslim Youth Association) members.
The source said Abim was instrumental in forming Keadilan and a new set-up
brought about by the merger would threaten their status quo.
"They claim their struggle is based on a new political order. However, when
there was talk of a merger and of PRM leaders coming into Keadilan, this
group felt their leadership being tested," said the source.
Government worried Another party source said several reformasi activists detained in Kamunting
under the Internal Security Act (ISA) supported the merger and their
detentions had somewhat distracted the party's efforts in that direction.
"Most of the detainees when interrogated by police Special Branch officers
were told that the government was worried about the impending merger of the
two Malay-based parties," the source claimed.
Six reformasi activists - Keadilan vice-president Tian Chua, party Youth
leaders Mohamad Ezam Mohd Nor, Saari Sungib and Lokman Noor Adam, supreme
council member Dr Badrul Amin Baharom and malaysiakini
columnist-cum-filmmaker Hishamuddin Rais - were sent to the Kamunting
detention camp in Perak earlier this month for a two-year detention under
the ISA on orders of Home Affairs Minister Abdullah Ahmad Badawi.
Keadilan deputy president Dr Chandra Muzaffar when contacted today said that
the party's supreme council leaders have agreed to the merger in principle.
"However, we would have to get the delegates to approve it before we proceed
with the actual merger," he said. "We are in the process of explaining the merger to the grassroots," he
added. He said following the party's AGM last year, the supreme council was given
the mandate to explore the idea of a merger with PRM.
Asked if the leadership's decision to support the merger can be overruled by
delegates at this year's AGM, Chandra said that, "Yes. It is a democratic
process." |