Laman Webantu KM2A1: 4791 File Size: 6.4 Kb * |
TAG SP 179: Ikan Besar dan Anak Bilis Dalam BA By Jiran Prihatin 21/6/2001 9:51 pm Thu |
TAG 179 [BA perlu memperjuangkan semua mangsa ISA, bukannya yang
besar-besar belaka kerana mereka itu pejuang juga yang mungkin
lebih tinggi darjatnya di sisi tuhan kerana mempertahankan maruah
serta masih enggan tunduk kepada kezaliman walaupun anak isteri
sendiri terpaksa hidup menderita tanpa rezeki yang entah sampai
bila. Malah tiada sesiapa yang menjerit membela mereka melainkan
sedikit sahaja. Mohd Sobri sepatutnya dibela dan diletakkan di
tempat yang sewajarnya kerana bukan mudah untuk mencari insan
yang cekal sepertinya yang tidak mengharapkan apa-apa dan enggan
terjebak dalam kepalsuan walaupun sumbangannya mungkin tidak
seberapa dan namanya hampir tidak dikenali semua.
Berilah bantuan dan hulurkan sokongan buat Sobri dan keluarga
kerana bukan mudah untuk mencari wira sepertinya. Kerajaan perlu
ditekan untuk membebaskan semua tahanan jika tidak kezaliman akan
terus bermaharaja gila dan ramai lagi yang akan menjadi mangsa -
termasuk kita dan keluarga juga walaupun cuma membaca berita atau
sekadar bertegur sapa. (Malaysiakini: Big fish and small fry)
Oleh Jiran Prihatin Bayangkan anda mempunyai empat orang anak dan isteri anda sedang
mengandung lapan bulan. Anda adalah satu-satunya sumber pencari rezeki
untuk keluarga anda. Kemudian pada satu hari, anda digari di hadapan keluarga anda, di atas
kesalahan jenayah yang tidakpun anda lakukan, dan dibawa ke balai polis
bagi membantu siasatan mereka berkenaan satu kes rompakan.
Anda dibebaskan kerana tiada bukti yang mencukupi untuk mendakwa anda
dengan kesalahan jenayah yang sebenarnya tiada kaitan langsung dengan
diri anda sedari mula lagi. Malangnya, anda masih tidak boleh pulang ke pangkuan keluarga anda
kerana kini anda ditahan pula di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri
(ISA) di atas aktiviti-aktiviti keagamaan yang pihak polis rasakan
mungkin ada kaitannya dengan sebuah "kumpulan pengganas antarabangsa".
Anda akan ditahan untuk selama 60 hari lagi. Kesalahan jenayah anda :
menjadi ahli parti pembangkang yang aktif menjalankan tanggung jawab
anda di dalam parti dan juga di dalam aktiviti-aktiviti keagamaan.
Anda telah berkhidmat dengan baik kepada parti anda semasa pilihanraya
umum 1999 dengan membenarkan rumah anda digunakan sebagai sebahagian
dari pusat operasi untuk kempen pilihanraya. Anda dan kawan-kawan anda
memanjat pokok-pokok untuk memasang kain-kain sepanduk Barisan
Alternatif. Malangnya sekali lagi, anda bukanlah "tokoh besar di dalam barisan
alternatif" seperti Mohd. Ezam Mohd. Nor, Tian Chua, Saari Sungip dan
lain-lain lagi yang penahanan mereka di bawah ISA telah menarik
perhatian pihak-pihak media, laman-laman reformasi, badan-badan NGO dan
penyokong-penyokong Barisan Alternatif.
Berita tentang anda dan keluarga anda yang menderita selepas anda
ditahan hanya disebut secara ringkas di dalam satu atau dua laman-laman
web. Cuma segelintir orang yang menyedarinya dan memberikan bantuan
kepada keluarga anda. Sehingga surat ini ditulis, tiada seorang pun
tokoh penting dari barisan alternatif yang telah mengunjungi keluarga
anda atau sekurang-kurangnya menalipon untuk memberikan jaminan mereka
atau menawarkan sebarang pertolongan.
Mungkin mereka masih tidak pasti tentang kes penahanan ISA anda, mungkin
ia bukanlah masalah mereka memandangkan anda mungkin dikaitkan dengan
"kumpulan pengganas antarabangsa", dan mungkin tiada apa yang boleh
diraih dari segi keuntungan politik dengan menolong seseorang yang tidak
dikenali. Anda adalah Mohamad Sobri Haji Abu Hassan, hanya "insan kerdil" yang
sumbangannya terhadap Barisan Alternatif adalah terlalu kecil untuk
disedari. Terjemahan : SPAR-09-010 Asal: http://www.malaysiakini.com/Letter/ 2001/06/2001062010.php3
Wednesday June 20 Big fish and small fry Concerned Neighbour 2:34pm, Wed: Imagine you have four children and your wife is eight months?
pregnant. You are the only source of income for your family.
But then one day, you are handcuffed in front of your family, for a crime you
did not commit, and brought to the police station to help them investigate a
robbery case. You are released as there is not enough evidence to charge you with the crime
that you had nothing to do with in the first place.
Unfortunately, you still cannot go home to your family as now you are being
detained under the Internal Security Act for your religious activities that the
police think might be linked to an 'international terrorist group'.
You will be detained for another 60 days. Your 'crime': being an opposition
party member who actively carried out your duty in the party as well as in
religious activities. You have served your party well during the 1999 general elections by letting
your house be part of the operations centre for the election campaign. You
and your friends have climbed trees to put alternative coalition banners.
Unfortunately again, you are not the 'big alternative fish' like Mohd Ezam
Mohd Nor, Tian Chua, Saari Sungib and others whose ISA detention has
caught the attention of the media, reformasi websites, NGOs and alternative
front supporters. The news about you and your family's suffering after you are detained is
mentioned briefly in one or two websites. Only a handful of people notice it
and extend help to your family. Till this letter is written, none of the top
Alternative party member have visited your family or even called to give their
assurance or offer to help. Maybe they are still unsure of your ISA detention case, maybe it is none of
their business due to the fact that you might be linked to an 'international
terrorist group', and maybe there is nothing to gain in terms of political
milestones by helping a nobody. You are Mohamad Sobri Haji Abu Hassan, just a 'small fry' whose contribution towards the alternative front is too little to be noticed. |