Laman Webantu   KM2A1: 4794 File Size: 12.2 Kb *



PAKU B1: Utusan Haprak Raja Penyangak
By Tengku Mazlan

22/6/2001 4:03 am Fri

[Memang seronok Mahathir membidas semua orang yang tidak disenanginya sehingga ugama dan bangsa melayu sendiri menjadi mangsa celuparnya. Inilah wira dunia ketiga yang sudah mati aqal berdepan dengan anak-muda dari parti keADILan sehingga menggunakan ISA. Kini dia menggunakan saluran media perdana milik rakyat pula untuk berkempen seolah-olah kerajaan itu Umno dan Umno itu kerajaan. Ucapan yang sebegini bukannya dipanggil amanat, tetapi lebih merupakan khianat. Seolah-olah Umno lemah kerana perbuatan orang lain belaka dan pegangan ugama mereka.

Mahathir sebenarnya telah menonjolkan dirinya sebagai pendakwa dan pemfitnah nombor satu negara yang hanya berani di lorong satu hala. Dia tidak muncul walau sekadar menjadi saksi di kamar mahkamah cuma. Kali ini dia tidak menyentuh beberapa isu penting seperti krisis Daim dan lapuran kewangan Umno kerana di sana ada senjata maut yang akan mengaibkannya. Ahli Umno perlu menggasak apa yang tidak disebutnya kerana itulah kelemahan beliau yang sebenarnya. Jika tidak bersedialah untuk berkubur dalam pilihanraya akan datang kerana Mahathirlah faktor UTAMA kenapa rakyat menolak Umno. Pengaiban terhadap Anwar telah menyebabkan orang melayu bangkit dari tidur yang lena dan mereka sudah sukar untuk ditidurkan semula kerana sakit itu sudah tidak terkira. - Editor]


Utusan Haprak Raja Penyangak - Bahagian 1

Oleh: Tengku Mazlan

'Dalam lautan politik dan ekonomi yang bergelora, Malaysia masih tenang. Serangan bertubi-tubi dari luar dan sokongan sahabat mereka dari dalam.....' Demikianlah dua ayat pertama seorang Raja Penyangak yang mengepalai sebuah parti Melayu yang menciplak nama UMNO sedangkan parti itu didaftarkan pada 13.2.1988, kerana UMNO (asal) yang ditubuhkan pada 11 Mei, 1946 sudah dibubarkan pada 8.2.1988.

Tetapi, demikianlah jalan cerita sebuah parti Melayu yang dipimpin oleh seorang penyangak yang terulung bangsa Melayu walaupun dalam jiwanya ada 'sesudu dua darah Pakistan' seperti suratnya kepada Tunku Abdul Rahman Putra dulu.

Saya percaya sebilangan besar perwakilan UMNO di PWTC merasa turut malu dengan ucapan ataupun perutusan yang haprak ini. Sebenarnya pekataan 'haprak' itu telah dirujukkan kepada Mahathir oleh 'marhaintua' dalam satu siri tulisannya yang bertajuk 'Utusan haprak Seorang Penyangak' dan perkataan 'haprak' itu semakin subur apabila Musa Hitam menggunakannya dalam satu ucapannya yang terbaru. Kini, Mahathir sendiri telah menggunakan perkataan itu lebih daripada lima kali dalam perutusannya.

Alangkah anihnya, satu ucapan utama seorang presiden parti yang dikatakan mempunyai keahlian terkini melebihi 2.9 juta dengan cawangan melebihi 18,000 banyaknya menggunakan majlis itu untuk menghentam parti lawan;



  1. Parti Keadilan dihentam kerana reformasi jalanannya dan kerana bersekongkol dengan kuasa asing untuk menggulingkan kerajaan.

  2. PAS dihentam kerana cuba memesongkan pemikiran orang Melayu sehinggakan disebut bertanggungjawab dengan kegagalan anak-anak Melayu mencapai kecermelangan di universiti dan pusat pengajian tinggi.

  3. Kuasa asing dihentam kerana cuba menyogokkan globalisasi dan menggalakkan penyangak matawang.

  4. Kaum pelajar Melayu dihina kerana lebih mementingkan amalan agama yang sunat dan mengabaikan mata pelajaran mereka.

  5. Masyarakat Melayu pada keseluruhannya disindir kerana tidak tahu berterimakasih kepada UMNO dan kepimpinannya hari ini kerana segala kemegahan yang ada.

  6. Mahathir menyentuh wawasan UMNO selaras dengan tujuan sebenar persidangan tahunan itu hanya di bahagian akhir ucapannya itu selepas melihatkan tepukan yang dingin dan semakin banyak kerusi yang dikosongkan ataupun setelah melihat semakin ramai perwakilan yang moyok dan melelapkan mata.


Kerana takutkan bayang-bayang sendiri?

Mahathir telah menggunakan 'mass-hypnotism' dengan memukau minda para hadirin dengan baris-barus terawal ucapannya itu. Dia telah menghentam parti Keadilan sebenarnya, meneguhkan pendapat masyarakat rakyat yang cintakan harmoni di negara ini, memang Mahathir terlalu taksub takutkan kewujudan Keadilan, sehingga sanggup memenjarakan para pemimpinnya dengan undang-undang ISA yang zalim dan berbisa. Jika tidak, masakan dia berkata;

- Demonstrasi jalanan di negara asing mahu ditiru dan dilaksana di negara ini oleh pemimpin tertentu untuk menggulingkan negara.

- Ada pemimpin ini 'yang mencuba mendapatkan bantuan pemimpin negara lain untuk menyumbang tenaga perusuh ketika melakukan demonstrasi djalanan'

- 'Ada pemimpin negara asing yang sedar, betapa demonstrasi jalanan di negara mereka tidak dapat membantu membetulkan keadaan negara mereka. Dengan itu mereka menolak untuk membantu pemkipin tertentu yang mahu melaksanakan reformasi keganasan ini'

Mahathir menyindir parti Keadilan kerana mahu menggalakkan budaya 'mob rule' yang tidak berlandaskan kedaulatan undang-undang. Dia menuduh 'pemimpin haprak' ini melakukan segala keganasan 'kerana mereka gagal mencapai cita-cita sendiri.'

'Perubahan yang baru mahu dibuat di negara asing itu sudah lama dibuat sejak kemerdekaan dicapai di negara ini.' Demikian kata Mahathir ketika memperlekehkan sikap rakyat yang sedia berdemo dijalanan untuk menyanggah kerajaannya. Cuma Mahathir tidak menyebutkan betapa di semua negara yang kerap berdemonstrasi ini tidak pun ada akta zalim seperti 'Akta ISA'. Di semua negara ini, rakyat bebas membaca apa akhbar yang ia suka dan akhbar ddan majallah tidak perlu permit untuk diterbitkan. Malahan, rakyat mereka bebas mengendalikan radio awam.

PAS Yang Menakutkan

Pada kali ini, berbeza dengan yang berlaku di waktu lalu, Mahathir sudah berubah menjadi seorang ustaz dengan membaca beberapa potong ayat Al Quran untuk menegakkan benang basah. Demikianlah cara beliau memperlekehkan PAS. Seperti biasa, PAS adalah segala-galanya yang menyumbang terhadap kemunduran pemikiran orang Melayu di waktu ini kerana memberi penekanan terhadap usaha untuk memburukkan UMNO.

Demikianlah, laksana yang dibuatnya selama dua puluh tahun menerajui negara, Mahathir mengulang-ulang segala intipati ucapanya yang lalu itu sambil menuduh sesiapa sahaja yang bertanggungjawab dengan keadaan negara MELAINKAN seorang insan yang bernama Mahathir bin Mohammad.

Menyentuh dan menyeluruh dalam ucapannya itu Mahathir ada menyebut:

'Keadaan di Malaysia bukanlah terlalu baik dan ini perlu kita akui. Kita harus mengharagai sebarang nikmat yang kita terima. Kita harus bersyukur kerana orang asing memandang kita bernasib baik dan bertuah hingga ramai yang sanggup bermati-matan berhijrah ke negara kita .

Ekonomi Mahathir yang Sudah Pulih

Mahathir berkata dengan begitu bersahaja:

'Ekonomi sudah pulih walaupun belum sepenuhnya. Bukan kerana kekuatan lama yang balik semula tetapi kerana kemerosotan ekonomi lain, di Asia Timur. Kita tidak dapat menentukan semada serangan serentak oleh penyangak matawang dirancang ataupun tidak. Tetapi yang nyata ialah kerosakan yang teruk berlaku kerana tidak lagi dapat mencabar ekonomi barat. Lebih daripada itu kuasa asing menguasai melalui dana antarabangsa dan bank dunia.

'Melayu terlalu leka dalam hidupnya kerana adanya kerajaan dan kuasa politik yang akan kekal. Justeru itu apa gunanya berusaha dan rajin kuat bekerja. Mereka harus menguasai ilmu dan kecekapan supaya tidak perlu bergantung kepada kuota. Bodohlah mencapai semua dengan bersusah payah. Apa perlu berterimakasih kerana apa yang didapat itu adalah hak kita, kerana ada tok guru yang ajar jangan berterimakasih. Orang Melayu bukan bodoh, tidak cerdik. Sama bangsa lain berusaha lebih daripada orang Melayu Orang Melayu perlu berusaha, rajin, kuat bekerja dan menuntut ilmu, pegang kuat kepada beragama dan mengamalkan yang baik-baik.'

'Kita boleh........... orang Melayu boleh, Allah kurniakan semuanya sama rata dan telah tentukan apabila manusia berbuat berualnga kali ia akan jadi cekap dan pandai. Zuriat kita akan warisi kepandaian kita. Jika Melayu tekun dan sabar kita akan berjaya. Permulaan mesti dibuat, mengikis kepercayaan (betapa) kita akan tetap selamat, apa juga kerajaan yang bertuan di Malaysia. Orang selalu terlentang di atas tikar, tidak boleh berdiri kerana otak lemah dan pening. Jangan memintak-mintak. Jangan terima bantuan. Balas balik kerana lebh mulia. Ini lebih mulia daripada sikap tidak bersyukur dan pertolongan. Orang yang tidak bergantung kepada bantuan, tekun dan sabar dan tidak ingin cepat kaya, adalah orang Melayu yang dapat bertahan dan berjaya. Masyarakat Melayu yang dipenuhi orang bersifat begini akan lebih selamat, dalam apa juga keadaan. Tak lama lagi apabila globalisasi, orang Melayu tidak boleh bersembunyi di belakang hak keistimewaan apabila benteng negara dirobohkan. Segala dasar dan pertahanan hak akan dicabar.

Demokrasi hak sama rata, meritokrasi, hak asasi manusia, hak istimewa orang Melayu akan dibelasah. Orang Melayu sendiri akan menjadi pengkhianat kepada konsep globalisasi ini. Mungkin orang ini merasa malu tetapi mahu dipuji oleh tuan mereka. Kaki bodek orang asing dipuji kerana 'progressive and worldly'. Keadaan Melayu kan datang akan menjadi lebih teruk hari ini disebabkan kesan haprak ini.

'Kita tidak boleh yakin jika kita mempunyai kekuatan melainkan disuap oleh orang lain, kemungkinan tinggal nama 'Takkan Melayu Hilang di Dunia.' Kata-kata sebutan Hang Tuah ini boleh ulangi dan jadikan tajuk seminar. Tetapi kalau Melayu tidak sanggup mengejar ilmu sezaman, kita boleh hilang menjadi hamba dan ini akan menjadi lebih jelas dan nyata kerana orang Melayu sudah terlalu tamak sehingga bangsa dan agama tidak jadi penting oleh orang parti dan parti

Masyarakat Melayu yang dihina Oleh Raja Penyangak

Semua yang berlaku di negara ini adalah kerana orang Melayu yang tidak tahu bersyukur, mengikut pendapat si raja penyangak. Sabsidi UMNO dikatakan menjadi senjata kuasa yang meletakkan orang Melayu menjadi naib chanselor dan dekan-dekan di univerfsiti. Pelajar Melayu terutama sekali kumpulan lelaki sudah malas belajar sehinggakan lebih selesa bergiat dalam kesatuan pelajar dan aktibiti agama daripada mentelaah kajian mereka. 'Nisbah taburan pelajar wanita dan lelaki ialah 20 persen pelajar lelaki kepada 80 persen pelajar wanita di universiti. Tetapi, pelajar lelaki menguasai semua persatuan pelajar di universiti.'

Ketika menghenyak PAS, Mahathir telah menyebut beberapa keratan Ayat Quran untuk menghina orang Melayu dan bukannya untuk menghina PAS.

Apa juga saranannya mengikut ajaran Al Quran itu merupakan perbuatan yang diamalkannya. Dia tidak mahu orang Melayu menabur fitnah tetapi bagaimana dengan tuduhannya terhadap Anwar yang berkelakuan di luar tabii? Apabila dia mahukan ahli UMNO memerangi rasuah, bagaimana pula kisah dia membelanjakan wang royalti petroleum kepada UMNO yang sudah pun hilang kuasa memerintah kerajaan Terengganu. Apabila dia cakap pemimpin PAS yang suka berbohong, bagaimana pula dia boleh menuduh Anwar tetapi takut menghadapi mahkamah yang mengeluarkan sapina kepadanya?

Kita mahu tengok apa pemimpin dan perwakilan UMNO lakukan selepas ini dan selepas mendengar segala kelentongan raja penyangak ini. Kita mahu tahu apa yang akan mereka cakapkan setelah diberi rayuan dan ingatan oleh Raja Penyangak yang menutup ucapannya dengan berkata:

'Wahai orang-orang Melayu, wahai bangsa Melayu...... sudah lupakah kamu....?'

Raja Mazlan
Di luar PWTC
21 Jun, 2001.



....bersambung....

[Bahagian Dua: Kerajaaan Haprak Selama dua Puluh Tahun.]