Laman Webantu KM2A1: 4796 File Size: 29.7 Kb * |
PAKU B2: Kerajaan Haprak Selama 20 Tahun By Tengku Mazlan 22/6/2001 5:33 pm Fri |
[Mahathir marah orang mengkritiknya sedangkan dia dulu
bukan main lagi mengkritik pemimpin negara sendiri. Malah
buku Malay Dilema itu adalah tulisan cedokan orang asing
sebenarnya. Tidakkah itu bermakna Mahathir telah bersekongkol
dengan oreang asing sekian lama? Bukankah Henry Kissinger itu
salah seorang gurunya? Bukankah beliau sedang berguru di luar
ketika rakyat bersabung nyawa? Patutlah Mahathir dibuang dan
dipecat sahaja oleh kepimpinan Tunku kerana merusakkan minda
orang melayu malangnya hampir 3 juta ahli umno sekarang
(termasuk ahli hantu?) lupa dan buta sejarah itu!! Tunku
tidak mahu anak-anaknya - semua anak-anak melayu tertipu oleh
seorang anak asing dari Kerala ini. Seorang yang kasih dan
mahu membela bangsa Melayu tidak akan menulis buku seperti
itu dalam bahasa inggeris dulu. Ini bermakna ia ditulis bukan
untuk bangsa melayu tetapi untuk sesiapa yang mahu menjajah
orang melayu!! (Untuk Melayu Yang Mudah Lupa) Sejarah dunia telah banyak merakamkan apabila pemimpin utama sesebuah
kerajaan itu dengan angkuh dan sonbong mengatakan bahawa kerajaannya
itulah yang paling terbaik berbanding kerajaan lain yang sezaman
dengannya, bererti kerajaannya itulah yang banyak cacat celanya.
Demikian jugalah yang berlaku kepada kerajaan Malaysia pimpinan
Mahathir sejak 20 tahun yang lalu. Selagi Mahathir terus memperagakan
segala projek mega dan keangkuhaan rejimnya, selagi terserlah segala
kejijikan dan kebajingan yang menyelatui kerajaannya. Sayang, di
sebalik segala keangkuhan dan riak itu, rakyat marhaen juga akan
terus merana dan tertipu. Generasi bangsa Malaysia yang masih kecil
kini yang akan turut terpalit segala bebanan hutang kerja-kerja
kebajingannya itu. Penulisan ini dicetuskan oleh ucapan dasar presiden UMNO 'Raja
Penyangak' yang terus membohong dan membuat fitnah dan kerja
kelentong untuk mengabui masyarakat Malaysia seluruhnya. Barang
diingat apabila Mahathir berucap di PWTC pada perwakilan berjumlah
2,027 orang itu, dia bukannya mengabui keseluruhan ahli UMNO yang
dikatakannya berjumlah 2,919,003 dan yang menganggotai 18,202
cawangan kesemuanya. Yang lebih penting lagi ialah kertas ucapannya itu
akan menjadi satu bahan rujukan para pelajar universtiti dan penyelidik
negara ini di masa yang akan datang. Adalah menjadi satu tugas untuk
kita membetulkan banyak bahan kelentongan ini dengan harapan para
perwakilan yang masih berada di PWTC itu akan sedar betapa besarnya
dosa bersekongkolan dengan si bedebah ini. Kalau dia boleh berkata
agar ahli UMNO jangan bersifat suka memfitnah dan berbuat bohong,
kita boleh katakan kepada dia semua sifat jijik itulah yang selama ini
menjadi penghayatannya sehinggakan negara ini kucar-kacir dan
masyarakat Melayu itu menjadi terumbang ambing hidupnya. Sayang, di
sebalik segala retorik Mahathir itu negara sedang dihenyak bayangan
kemuflisan kerana kepimpinannya yang sungguh haprak sehinggakan
negara peninggalan Tunku, Razak dan Husin sudah menjadi penghutang
tembaga keliling dunia. Mahathir dan UMNO Kita tidak seharusnya terasa berdosa menggunakan perkataan kasar
terhadap Mahathir kerana dia yang mengajar kita bersikap kurang ajar.
Dia selalu berbohong dalam ucapannya. Malahan, ramai masyarakat
peniaga Cina yang berkata 'Kalau itu olang buka mulut, semua cakapnya
bohong...' Namun, kita mesti bersikap rasional mengamatinya kerana ini
adalah penting untuk bacaan generasi masa depan negara.
Salah satu rakaman penglibatan Mahathir dalam UMNO yang terbaik,
pernah ditulis oleh Aziz Zaraiza Ahmad dalam bukunya 'Mahathir's
Paradigm Shift' terbitan Firma Malaysia Publishing. Penulis itu
membahagikan pentadbiran Mahathir kepada dua era, di mana era
pertama ialah antara 1981-1987. Ini bererti era kedua ialah antara 1988
sehingga kini. Kalau era pertama itu memakan masa 6 tahun, era kedua
sudah pun menjangkau lebih daripada dua kali ganda. Ini juga bererti
Mahathir berjaya mencengkam kuasa dengan segala tipu muslihat
sehingga dia mampu melepasi tarikh pupusnya.
Secara rasminya Mahathir memulakan tugas sebagai wakil rakyat pada
pemilu 1964 selepas memenangi kawasan parlimen Kota Setar. Dia kalah
pada pemilu berikutnya di tangan Arwah Haji Yusuf Rawa. Itulah yang
membuatkannya menulis saut surat 'istimewa' yang mengutuk Tunku
Abdul Rahman Putra dengan tuduhan Tunku memberikan tumpuan
terhadap sahabat Cina beliau. Ketika itu bermulalah satu usaha beliau
dan satu pergerakan di kalangan segelintir puak melayu yang berjaya
dipengaruhinya mengkritik kepimpinan UMNO. Tidak lama kemudian,
muncullah satu buku istimewa berjodol 'The Malay Dilemma' yang
diilhamkannya di mana dia menyebut dengan panjang lebar betapa
kelemahan Melayu ketika itu adalah disebabkan unsur-unsur genetik.
Sekaligus mahathir dicop sebagai 'The Ultra Malay' kerana
keberaniannya. Dia disingkirkan dan digantung keahliannya.
'The Malay Dilemma' disebut sebagai pemangkin yang menonjolkan
Mahathir ke arena global dan bukunya dibaca oleh pengamat politik rantau
ini. Namun, Marhaintua pernah berkata, penulisan itu adalah satu
kelentongan juga kerana sebahagian intipati is buku itu terdapat dalam
artikel terbitan 'Washington Papers'. Lagipun mengikut Marhaintua kalau
Mahathir betul-betul ikhlas mahu menyedarkan orang melayu dia sudah
menulis buku itu dalam Bahasa Melayu dan bertajuk 'Dilema Melayu'.
Bagaimanakah Mahathir mahu membawa kesedaran kepada orang melayu
kalau ideanya yang dianggap unggulan itu tidak dapat dibaca oleh
majoriti orang Melayu? Demikianlah naiknya Mahathir dalam arena politik dengan pengunduran
Tunku Abdul Rahman, apabila Tun Razak melantiknya menjadi seorang
senator pada 1973. Perlantikan itu membantu beliau memenangi semula
kerusi parlimen dalam pemilu 1974 dan Razak melantiknya menjadi Menteri
Pelajaran. Ketika menjadi menteri pelajaran itu, penggunaan Bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantara di sekolah menjadi hebat
sehinggakan kesannya pada hari ini, ramai anak Melayu yang kurang
fasih dalam Bahasa Inggeris. Anihnya pada ucapan dasar beliau pada 21
Jun 2001 (17 tahun selepas beliau menjadi menteri pelajaran) Mahathir
mahukan orang Melayu menguasai Bahasa Inggeris. Kenapakah dia tidak
sedarkan perkara ini ketika menjadi Menteri Pelajaran dulu?
Mahathir naik menonjol ketika Tun Razak menghadapi masalah kesihatan
dan suasana politik negara dihantui kemelut rasuah Bank Rakyat yang
berputik daripada perlawanan tinju Mohamad Ali-Joe Bugner. Inilah
kemelut yang berakhir dengan Datuk Harun Idris dipenjarakan. Dato'
Harun Idris masih bernyawa lagi, pergilah tanya beliau kenapa beliau
boleh masuk penjara sedangkan apa yang dilakukannya adalah usaha
untuk memperkayakan UMNO? Jangan lupa tanya beliau siapakah yang
memutarbelitkan fakta untuk di bawa ke mahkamah. Yang lebih penting
tanya beliau siapakah yang menyebabkan tercetusnya peristiwa Mei 13.
Mahathir menjadi timbalan perdana menteri kerana dipilih oleh Husin Onn.
Dalam bukunya bertajuk 'The Musa Dilemma' K Das telah memberikan
jawapan bagaimana Husin Onn melantik Mahathir sebagai timbalannya. Pada
muka surat 115 beliau menulis (diterjemahkan di bawah ini)
'Saya teringat jawapan Husein Onn pada Disember 1978 ketika saya
bertanyakan kenapa dia memilih Mahathir sebagai timbalannya pada 1976.
Husin telah memberikan satu jawapan yang panjang dan meleret-leret.
'Saya terpaksa memilih salah seorang antara tiga orang yang dipilih
timbalan presiden UMNO' katanya. Saya mencelah dengan mengatakan betapa Perlembagaan negara ataupun
Pelembagaan UMNO tidak pun memestikan beliau membuat pemilihan serupa
itu. Dia tersenyum dan berkata; 'Tetapi UMNO memang mahukan perkara
itu berlaku juga.' 'Saya terpaksa memilih seseorang yang berpendidikan'. Bererti Ghafar
Baba tersisih kerana tidak ada lulusan tinggi.
'Saya terpaksa memilih seorang yang matang fikirannya dan sudah
berumah tangga.' Ini mengenepikan Tengku Razaleigh, yang masih
bujang.? Apa yang ditulis oleh K. Das dalam buku itu ialah adanya satu pakatan
antara Mahathir dengan naib presiden parti UMNO ketika itu, seandainya
Husin tidak memilih salah seorang mereka, besar kemungkinannya mereka
merencana satu bantahan seluruh negara. Yang anihnya apabila Mahathir
menjadi perdana menteri, dia memilih Ghafar Babar sebagai timbalannya,
untuk menggantikan Musa Hitam yang mengundurkan diri. Ghafar Baba
masih bernyawa lagi, dan tanyalah beliau kenapa beliau dipilih dan apa
janji-janji manis Mahathir ketika membuat pemilihan itu. (Sejarah
merakamkan betapa Ghafar Baba hampir jatuh bangkrap dan terpaksa
diselamatkan dengan membayar tuntutan hutang yang dihadapinya).
Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia secara rasminya pada Julai
16, 1981. Mahathir mungkin akan terus bergaya dan bersuara lantang dengan
segala unsur riak dan takabbur betapa dia sudah berjaya membawa
Malaysia ke taraf negara maju. Sejarah akan membuktikan yang
sebaliknya. Apa yang digembar-gemburkan sebagai kejayaan kini
sebenarnya dilindungi oleh pelbagai tabir kepalsuan yang disuntik
dengan jutaan wang untuk mengongkosi rencana iklan dan puji-puja
yang diulang-tayang bertubi-tubi di seluruh dunia. Ini bukan masanya
untuk menganalisa kesilapan besar itu secara terperinci kerana itu
kerja analisa yang memerlukan masa. Memadai kita bincangkan beberapa
contoh sebagai ilham perdebatan sahaja yang difikirkan boleh menjadi
renongan orang Melayu. Ada orang kata, ekonomi Malaysia di saat akhir tempoh pemerintahan
Husin Onn sengaja ditekan oleh satu kuasa besar yang mahukan
Mahathir naik bergaya. Ada yang menyebut pembabitan Freemason dan
segala kunpulan haram Asia seperti Yakuza, Triad dan juga mafia yang
aktif dalam kegiatan bajingan haram dan matawang.
Apabila Mahathir naik ekonomi berubah mengikut edaran pedati ekonomi
sejagat dan Mahathir cuba menubuhkan satu firma multinasional
setanding dengan Sogososha Jepun. Malangnya orang yang disuruh
menerajui sogososha malaysia itu ialah seorang peniaga Cina haprak
sahaja. Kenapa dia tidak pilih orang Melayu yang berpengalaman berniaga
dan yang lebih tinggi pendidikannya daripada Abdullah Ang adalah satu
tandatanya juga. Maminco lingkup dan harapan rakyat Malaysia mahu
melihat projek itu terlungkup sama. Tetapi, itu bukannya kegagalan pertama
Mahathir kerana dia pernah gagal dengan rencana 'Sate Ria' yang
cuba ditonjolkannya untuk menandingi Kentucky Fried Chicken secara
fransais satu ketika dulu. Sate Ria lingkup tanpa pusaranya.
Pada Ogos 3 1981, Mahathir memperkenalkan perakam waktu di pejabat
kerajaan. Lima hari kemudiannya kerajaan Mahathir melalui Musa Hitam
memestikan setiap pegawai kerajaan mengisytiharkan harta mereka.
Anihnya, Mahathir tidak perlu mengisytiharkan harta kepada sesiapa.
Kalau dia betul-betul ikhals dia menyerahkan senarai hartanya untuk
disimpan oleh parlimen ataupun pemegang mohor besar raja-raja. Sejak itu
bermulalah satu sejarah panjang antara Mahathir dengan dunia luar yang
bermula dengan keengganannya menghadiri persidangan ketua negara
Komanwel di Melbourne pada 2 September, dan rancangan 'Buy British
Last' pada 10 Oktober 1981. Pada 12 November akta Universiti (AUKU)
diperketatkan dan pada 15 Disember 1981, dasar pandang ke Timur (Look
East) dimulakannya. Dalam jangka enam bulan selepas menerajui kuasa perdana menteri
Mahathir telah melaksanakan pelbagai perubahan yang menyanggah teori
perubahan (theory of change): 'A sudden change induces resistance to
change' (Perubahan yang Mendadak Selalunya Mengundang Tentangan).
Keghairahan menunjuk-nujuk telah mengabui pemandangan Mahathir dan
menggelapkan perencanaannya. Sejarah kepimpinan negara membangun menunjukkan sesaorang pemimpin
yang berjaya melaksanakan pembangunan mengikut perkara yang amat
difahaminya. Tunku Abdul Rahman menumpukan pembangunan sebuah
negara yang baru merdeka terhadap 'public ralations' yakni hubungan
sesama manusia untuk menjuadi satu teras persemuafakatan serba kaum
ke hari ini. Tun Razak menumpukan kepada pembangunan luar bandar
kerana dia mahu merapatkan jurang perbezaan ekonomi antara Melayu
dan bukan Melayu. Tun Husein Onn menghabiskan banyak masanya untuk
membetulkan masalah perpecahan Melayu disebalik pemenjaraan Dato
Harun Idris. Dato' Harun masih hidup lagi, dan tanyalah beliau kenapa dia
dipenjarakan sebenarnya. Adakah disebabkan salahguna kuasa ataupun
penyelewengan wang yang kalau dibandingkan dengan Episod Carrian di
Hongkong yang meranapkan Bank Bumiputra.
Mahathir cuba lebih pandai daripada mereka semua dengan melaksanakan
pelbagai usaha:
Tujuh unsur di atas adalah penghalang kepada kemajuan Malaysia untuk
membangun secara bersistem memasukki gerbang kemajuan tamaddun
dunia. Semua ini adalah disebabkan kerakusan seorang pemimpin
penyangak yang berotak haprak. Kita tidak mahu mengulas panjang
perkara itu untuk membiarkan para perwakilan UMNO yang bijaksana
memikirkannya. Tetapi kalau kita terima falsafah bahawa sesaorang
pemimpin politik sepatutnya melaksanakan pembangunan yang terdekat
dengan kepakarannya, kita akan sebut di sini perkataan 'Medico-tourism'.
Sepatutnya Mahathir cuba membangunkan negara ini dulu dengan konsep
'Medico-tourism' sebagai teras pembangunannya.
Kita jawap soalan ini dengan contohnya:
Di Lautan Merah (melalui Jordan dan Israel) air masin yang tinggi
kandungannya menjadi bahan percutian untuk mereka yang berpenyakit
dan mahu berehat. Kalau kita pergi ke beberapa bekas negara Blok
COMECON (Hungary, Poland dan Romania) kita dapat lihat betapa
perkhidmatan cabut gigi, pembedahan plastik (plastic surgery)
euro-acupuncture dan sebagainya disedikan di bangunan hotel-hotel
utama. Di Peranchis, Korea Utara dan beberapa negara Afrika timur, air
panas belerang, dan air lata (air-terjun) menjadi tarikan pelancung untuk
menerima rawatan. Di situ disediakan tukang urut yang pakar-pakar. Di
Cina dan Taiwan, tempat kesihatan ini (spa) diutamakan dan masyarakat
buta dan bisu dilatih untuk menjadi petugas memberikan rawatan kepada
anggota yang lemah dan longlai. Bayangkan kalau Mahathir dan juga Hasmah telah memberikan keutamaan
kepada projek ini sudah tentu ia mengembangkan industri pelancungan
yang mampu menjana pelbagai industri sampingan yang lain. Oleh kerana
tempat medico-tourism ini boleh diadakan di merata negara, tanpa
bangunan tinggi-tinggi dan keperluaan mengimpot pokok dan rumput
rumpai dari negara asing, sudah tentu ia pun menjana industri pertanian
dan penanaman herba yang luas kawasannya. Sekaligus masyarakt desa
menjadi pintar bertutur pelbagai bahasa selaras dengan keperluan
komunikasi dengan pelancung asing. Secara tidak langsung ia memberi
ruang kepada industri penerbangan pesawat kecilan yang memberi
sokongan kepada sistem perkhidmatan penerbangan negara. Apabila ramai
orang luar yang banyak duit memasuki kawasan luar bandar, ia menjana
satu rangsangan untuk mendidik masayarakat luar bandar itu menjadi lebih
pintar. Semakin selesa orang kaya dan tua datang mendapatkan rawatan
di sini semakin ramai yang sanggup terus menetap sehinga mati. Contoh
yang terbaik ialah Taman Nirwana di Mantin dan Semenyih. Apakah itu
projek tajaan kerajaan? Sebaliknya, kemajuan negara kepada Mahathir dan Siti Hasmah ialah
pembikinan menara kembar yang tertinggi d dunia yang tidak pun mampu
mendapatkan sewaan hingga ke hari ini, pembikinan lapangan terbang
terbesar di Asia yang kesepian menantikan pesawat udara bersimpang
siur, litar limba kereta yang hanya menampung perlumbaan hanya sekali
setiap tahun untuk menghibur. Bayangkan sahaja bagaimana Sukan
Komanwel terbesar di negara ini ditaja sehinggakan projek itu tidak
mendatang keuntungannya. Sehingga hari ini banyak projek infrastruktur
yang dimaksudkan untuk SUKOM itu masih belum lagi selesai
pembikinannya. Apakah Mahathir fikir rakyat Malaysia tidak merasa aib
melihatkan kereta lumba F1 berlegar-legar di litar dunia dengan logo
'Petronas' terpampang dengan terang tetapi kereta lumba itu dipandu
oleh orang asing? Apakah Mahathir fikir orang Melayu lupa betapa Litar
Lumba membayar lima juta setiap tahun hanya untuk permit mengadakan
lumba kereta setahun sekali di Sepang?
Bayangkan kalau hanya sepuluh persen wang yang dibesarkan untuk
projek mega yang membazirkan wang itu digunakan di merata negara di
daerah desa dan perkampungan untuk mewujudkan projek 'medico
tourism' betapakah nikmat dan faedahnya kepada negara. Di Singapura
ada projek hanya beberapa ekar sahaja untuk memelihara ikan emas jenis
'koi' di mana yang empunya ikan boleh datang bermain-main dengan ikan
peliharaan untuk kenikmatannya. Bayangkan kalau projek itu ada di
Malaysia. Bayangkan pula kalau setiap bekas lombong bijih di Malaysia dan tasek
yang besar-besar dijadikan tempat para nelayan pantai berhijrah setiap
kali munculnya musim tengkujuh. Bagaimanakah agaknya pendapatan
mereka dengan inovasi begitu? Projek mega yang dilaksanakan tanpa tender-terbuka dan tanpa
perancangan menyeluruh mengenai penggunaannya menjadi stail
pembangunan negara untuk memuaskan nafsu serakah Mahathir Mohamad.
Sesiapa sahaja yang menentangnya diaibkan sehingga ada yang
terpenjara akhirnya. Untuk membina semua projek mega itu, dia
memfaraidkan segala projek kepada para kroni, sukusakat, para pakpacak
(meminjam terma Shahnon Ahmad dalam bukunya 'muntah'). Sesiapa yang
menolak kerakusan itu didera, ditahan dan diaibkan. Inilah yang berlaku
kepada Anwar Ibrahim sehingga membabitkan orang luar negara seperti
Dr. Munawar Anis, Sukma, dan sebagainya. Begitu juga dengan pemimpin
muda dan aktivis negara seperti Ezam, Tian Chua, Gobalakrishnan, Badrul
Hisham, Shaari Sungip, Isyam Rais dan banyak lagi yang telah ditahan
di bawah ISA dan dipenjarakan. Mahathir sudah menjadi buas dan ganas. Semua itu difikirkannya perlu
untuk mencapai cita-citanya walaupun rakyat sudah menggelarnya
'Maharfiraun' dan 'manusia berhati syaitan'. Dia tidak kira semua itu
walaupun ramai orang yang dianggapnya sahabat bertukar menjadi seteru.
Apakah tujuan sebenar Mahathir menuturkan ucapan dasar bertajuk
'Melayu Yang Mudah Lupa'? sedangkan sebahagian ucapannya itu ada
tersebut di bawah tajuk 'Pengaruh Keturunan dan Alam Sekitara Ke atas
Bangsa melayu' dalam 'dilema Melayu' hasil terjemahan Ibrahim bin Saad
daripada bukunya 'The Malay Dilemma'. Bagaimanakah tergamak
Mahathir mengaibkan anak-anak Melayu dan cendikiawan Melayu di
menara gading, sedangkan dia sepatutnya memikirkan betapa masih
banyak sekolah menengah di pekan-pekan yang tidak mempunyai
makmal sains dan juga perpustakaan yang lengkap. Bagaimana pula
dengan guru yang berkelayakan dengan setiap mata-pelajaran yang ada.
Cuba tanya perwakilan yang datang daripada rancangan tanah, berapakah
belanja anak-anak mereka di sekolah menengah? Apakah mereka mampu
menghantar anak-anak ke sekolah tambahan (tuition) dan mampukah
mereka membawa anak-anak menjelajah negara ketika cuti sekolah?
Di manakah terletaknya keseronokan Mahathir mengkritik bangsa sendiri
sehingga sanggup menghina mereka, sambil disaksikan perwakilan asing? .
Apakah dia tidak terasa berdosa bahawa sebahagian besar kepincangan
negara dan kekurangan bangsanya adalah disebabkan pentadbiran negara
yang songsang hanya untuk memuaskan nafsu serakahnya yang tidak
kenal kenyang? Satu contoh yang paling baik ialah Terengganu.
Kenapakah Mahathir tidak bentangkan jumlah royalti yang ditelan oleh
kerajaan BN dulu dan apakah yang dilaksanakan di situ? Kenapakah
selepas kalah, royalti itu dikira tidak sah? Penyangak kelas manakah
Mahathir ini bersama menteri Melayu dalam kabinetnya? Apakah salah
kalau dengan ini dia diberikan gelaran politikus haprak berkelas Raja
Penyangak? Mahathir harus sedar orang Melayu merasa terhina dengan segala
gelagatnya menghina golongan ulama seperti Tuan Guru Nik Aziz dan
Tuan guru Haji Hadi Awang. Memang benar mereka berpolitik, tetapi
mereka diterima oleh masyarakat Melayu dan mereka diiktiraf sebagai
orang-orang yang berilmu. Kalau mereka memimpin parti politik jawatan
mereka itu dipertandingkan dan bukan dibrahminkan. Sekarang, semakin ramai
orang Melayu sedar, Mahathir sengaja memperli mereka kerana kejayaan
mereka mempengaruhi orang Melayu, walaupun berpendidikan di Timur
Tengah. Salahkah itu? Lupakah Mahathir bahawa Nabi Mohammad (saw),
sebagai insan yang paling berjaya di dunia ini pun berpendidikan
politik Timur Tengah? Negara sudah muflis dan rakyat hidup merintih. Pengangguran semakin
menjadi dan pelabur asing semakin meluat hingga menutup kilang mereka
dan menarik pelaburan. Oh....sungguh dahsyat bahana segala kerakusan itu
kalau diambil kira kehilangan harta warisan negara terhakis entah
kemana. Mahathir tersilap besar apabila cuba menjadi 'Sherif Dunia'
melampaui taraf Wira Dunia Ketiga yang dianugerahkan kepadanya oleh
Ibrahim Ali. Kalaulah dana yang begitu banyak itu dulu-dulu lagi dicurahkan untuk
'medico-tourism' dan pendidikan tahap unggulan (educational excellence),
Malaysia memang mampu betul-betul menandingi kewibawaan negara maju
kerana dua-dua projek itu pasti menarik pelancung tanpa henti dan
sekaligus membiakkan pelbagai projek bertaraf sejagat yang
menguntungkan. Sebaliknya, kita masih perlu mengimpot inai (hinai)
daripada India dan Pakistan untuk kegunaan surirumah dan kaum hawa.
Sebagai bandingan saya mengajak pembaca menyingkap buku tulisan
Dato' Khoo Kay Kim bertajuk 'The Malay Society' terbitan Pelanduk
Publications. Pada muka surat 70 ada ditulisnya (terjemahkan di sini):
'Daripada pantai timur semenajung, Singapura mengimpot serbuk (debu)
emas (gold dusts). Emas yang dihasilkan di Pahang adalah lebih bermutu
daripada yang dibawa masuk daripada tempat lain. Barangan lain daripada
negeri-negeri pantai timur itu ialah kain tenun, 'black pepper' (lada
hitam) rotan, garam, bijih, dan perkayuan.
Munshi Abdullah, seorang penulis Melayu yang terkenal, pernah
mengadakan lawatan pada 1838 sebagai utusan khas beberapa
pedangang Cina Singapura dan telah merakamkan beberapa bentuk
perniagaan. Pengekspotan utama Pahang ialah emas dan timah. Ada juga
tenunan kain sutera, perkayuan rotan dan damar'
Demikianlah, keseluruhan buku itu menunjukan barang-barang bermutu
yang dihasilkan oleh orang Melayu yang berniaga dalam bidang
pengeluaran emas, bijih, rotan dan damar. Semua barangan ini bukannya
diusahakan oleh projek para kroni kepada sultan-sultan. Kebanyakan
hasil bumi terpaksa diterokai dengan penuh kesabaran. Hasil tanaman pun
diusahakan dengan kepintaran dan kesabaran juga. Dengan lain perkataan,
di awal abad ke sembilan belas lagi orang Melayu pintar berniaga
hinggakan mampu menarik orang asing untuk berhijrah ke negara ini. Di
zaman itulah pedangan asing berulang laik ke negari tanah Melayu
sehinggakan mereka berusaha mempelajari Bahasa Melayu. Kamus
Melayu yang pertama dikeluarkan oleh Angkatan Tentera Amerika dan
bertarikh 1830. Mahathir menyebut betapa perjanjian 'Selagi Ada Bintang Bulan dan
Matahari' kuasa British tidak menganggu masyarakat Melayu dengan
fahaman ajaran Kristian. Tetapi konsep yang sama diciplak oleh pedagang
asing terutama sekali orang Cina dan India apabila menyewa bangunan
dan tanah orang melayu di Kuala Lumpur dan pekan-pekan besar. Inilah
perjanjian yang mencekik orang Melayu sehinggkan hampir semua mereka
menjual rumah kedai purba itu di Kuala Lumpur. Hanya lima tahun yang
lalu barulah konsep ini ditukarkan untuk membolehkan harga sewa itu
ditukar mengikut keadaan semasa. Kalau masalah sewaan yang lapuk dan basi itu tidak mampu diubahsuai
oleh UMNO di bawah pentadbiran seorang wira dunia ketiga, selepas
Malaysia merdeka lebih lebih empat puluh empat tahun, apakah yang
dapat diharapkan kepada cara hidup Melayu dalam bidang yang lain?
Kenapakah kita mudah mencemuh orang Melayu kerana kuota masuk
universiti yang rendah? Kenapakah tidak ditubuhkan satu suruhanjaya
penyiasat untuk mendapatkan jawapan sebenarnya? Mampukah seorang
peneroka FELDA yang setiap bulan sain (menandaangani) daftar gaji
kosong tanpa menerima upah kerana harga komoditi yang rendah itu,
menyediakan dua ribu ringgit yang diperlukan oleh anaknya untuk masuk
universiti? Kenapakah kurangdaya peneroka yang daif ini tidak dibantu
oleh Baitulmal dan Tabung Zakat ataupun Tabung Haji? Apa jadinya
dengan sumbangan zakat orang Islam dan Tabung Haji?
Kita dapat melihat sekarang masalah remaja disebabkan pengaruh asing di
TV, Majalah dan Radio. Kita kerap mendengar DJ Melayu yang beragama
Islam yang berani membincangkan kisah kahwin olok-olok jauh lebih
terdahulu daripada debat olok-olok UMNO. Ramai masyarakat muda Melayu
yang terjebak dalam budaya bohsia dan 'redneck' dengan lambang salib di
leher mereka. Kita kerap terdengar ibubapa Melayu yang terkejut
menjumpai kondom dalam tas tangan gadis sunti mereka kerana mungkin
terikut gelagat seorang dara sunti yang tidak pernah diterokai taman
nirwananya sehingga seorang Iban datang menyondolnya. Siapakah ratu
pengedar kondom terkenal di Malaysia? Siapakah yang mengajar mereka
mengkhianati perjanjian selagi ada bulan bintang dan matahari ini kalau
bukan UMNO? Demikianlah orang Melayu dengan dilema modennya. Inilah dilema
sebenarnya orang UMNO dan juga masyarakat luar bandar. Mampukah
mereka merobah semua itu kalau Raja Penyangak yang memimpin UMNO
masih mahu menipu? Apa ada pada satu ucapan dasar seorang pemimpin
terutama sebuah parti Melayu yang dikatakan sungguh ramai pengikutnya
kalau orang Melayu diajak merenung kebelakang mengenang sejarah,
kerana mereka dianggap mudah terlupa? . Kenapa tidak dibincangakan
wawasan masa depan agar Melayu mampu tegak bergaya dengan
beraninya dengan segala ilmu di dada dan fikiran terbuka untuk menakluki
dunia? Apa salahnya kalau disedarkan Melayu menghadapi globalisasi dengan
berani kerana globalisasi bukannya satu perkara yang baru. Penganutan
Islam oleh orang Melayu adalah sebaik contoh globalisasi. Kenapakah
globalisasi itu dikaitkan denan perangai Melayu yang suka sabsidi dan
berpoya-poya? Budaya siapakah itu kalau Melayu gemar berpoya dan
bergantung harap kepada sabsidi? Taktik siapakah itu yang menakutkan
orang Melayu terhadap kemajuan kaum lain di Malaysia ini? Siapakah
yang mula-mula sekali mencadangkan kemungkinan munculnya perdana
menteri Malaysia daripada kaum Cina? Bolehkah Melayu disedarkan
kepada segala budaya ugut mengugut dan ketakutan yang sengaja
dibuat-buat kerana ada soerang diktator tua mahu terus
berkuassa? Takutkah Melayu dengan segala kisah itu? Tidak....kerana
masalah Melayu masakini ialah memikirkan bagaimana zuriat mereka
mampu membayar hutang bertapuk yang dibuat oleh seorang diktator
tua. Inilah muslihat Mahathir sebenarnya dan inilah yang cuba diselindunginya
sehinggakan orang Melayu tidak mampu bertanya apa sudah jadi kepada
khazanah bangsa? Kenapa Daim dibenarkan bersara sebelum persidangan
UMNO? Bagaimana hutang negara mahu dibayar setelah kerja-kerja
menyelamatkan para kroni, pakpacak dan suku sakat semuanya? Semua
ini adalah lambang pemerintahan ngara yang sungguh haprak selama dua
puluh tahun yang berlalu. Jun 21, 2001. [Bahagian Tiga: Sampai Bila Mahu Ditipu]
|