Laman Webantu KM2A1: 4800 File Size: 20.8 Kb * |
TJ SP MGG: Ketuanan Melayu dan Kepupusannya Yang Semakin Hampir By M.G.G. Pillai 22/6/2001 7:59 pm Fri |
[Rakyat sudah semakin sedar sekarang siapakah yang sudah menjadi
tuan di negara ini. Episod pengaiban Anwar telah membuat kesedaran
menjalar. Ia semakin hidup bila semakin dibunuh. ISA telah menyebabkan
kebangkitan kaum hawa dan simpati dalam parti Gerakan komponen BN
sendiri. Nanyang pula menyebabkan pohon MCA bergoyang. Masyarakat Cina
sudah mula bangkit dari lena yang panjang dan berani menyanggah agar
tidak terjajah. DEB sebenarnya satu topeng untuk menipu masyarakat melayu. Budaya kroni
telah menghakis bukan sahaja ketuanan melayu malah telah merosakkan
hidup semua kaum di negara ini - termasuk pribumi. Wujudnya parti
alternatif yang dapat membela dan mengisi keperluan mereka tanpa paspot
kaum akan memupuskan lagi Umno, MCA, MIC semua yang lainnya. Umno,
khususnya telah menjadi mangsa politik sempitnya. Sekarang ia tergaru
kepala kerana serba serbi sudah tidak kena. Makin ia membising makin
yang menerimanya tiada.... sehingga ia meradang marah dan meracau tidak
tentu hala bagai si gila. Malaysiakini (Malay dominance and the half-way house to Valhalla)
Persidangan tahunan UMNO bermula hari ini dan mencuba melaksanakan
sesuatu yang hampir mustahil: Menarik kembali sokongan yang sudah
hilang untuk terus mengekalkan kuasa yang semakin berkurang.
MCA yang selama ini dibayangi UMNO, sedang mengundang kepupusan
secara besar-besaran apabila para pemimpin parti itu cuba memuaskan
selera presiden UMNO berbanding keperluan selera masyarakat yang
diwakilinya. Gerakan, sebuah parti yang bernafas disebabkan wujudnya kerajaan
negeri Pulau Pinang, sedang dirasuk kemelut yang disebabkan tekanan
membarah daripada UMNO dan MCA. Barisan Nasional Sarawak sedang dihenyak oleh kemasukan parti politik
semenanjung yang cuba mengganggunya. UMNO muncul melalui seorang
proksi tempatan, DAP, PAS, dan Keadilan semuanya cuba datang
bertandang untuk bergelumang dengan pilihanraya yang semakin hampir
diadakan. 13 parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) semakin kecewa dengan
kekuatannya yang semakin terserlah rapuhnya. Malahan hanya MIC yang
nampaknya mampu bersifat waras tetapi ia masih merupakan parti yang
paling lemah sekali. BN beranggapan bahawa negeri-negeri di utara semenanjung sudah
semakin lemah untuk dipengaruhi oleh PAS, bahagian tengah pula
berkemungkinan jatuh kepada PAS dan Keadilan, tinggallah Johor,
Sarawak dan Sabah sebagai kubu untuk bertahan. Dengan lain perkataan
sudah nampak kemungkinan terlepas juga kuasa yang di tangan itu akhirnya.
UMNO sudah menggigil ke akar umbi apabila ia membuat pendirian selepas
meledakknya rusuhan Mei 13 dulu, dan diikuti oleh rampasan kuasa dalam
partinya, betapa Malaysia yang dihuni oleh pelbagai kaum itu mesti
memainkan peranan pembantu kepada ketuanan Melayu yang cuba
menonjolkan dasar ekonomi baru (DEB). Tetapi, inilah dasar yang kini
menghantui UMNO di luar jangkaannya tiga dekad yang lalu.
Kebangkitan sanggahan Anwar menjadi kenyataan hanya disebabkan
beliau dan konco-konconya, yang merupakan penikmat DEP itu semua,
tidak menyenangi gelagat kumpulan yang kaya raya membalun segala
kenikmatan dasar ekonomi itu dan tidak membenarkan kumpulan yang
benar-benar memerlukan DEB itu merasakan peluangnya. Kepincangan
ini sengaja diabaikan kerana kumpulan yang kaya raya itu terus mahu
memegang kuasa dengan apa cara sekali pun. Keadaan berubah hanya
apabila tentangan meledak untuk menyedarkan UMNO.
Malahan, Anwar Ibrahim kini hanya merupakan satu katalis kepada ledakan
itu dan tercetuslah kemarahan rakyat marhaen secara terbuka.
Perencanaan mewujudkan masyarakat kaya-raya tanpa rancangan yang
jitu memang berbahaya kepada negara. UMNO bertindak balas dengan marahnya. Para pemimpin parti tidak pula
tahu apa perlu dilaksanakannya apabila ketuanan Melayu yang tidak pernah
dibelainya itu dan kumpulan oligarki yang memerintah parti telah tercabar
kini. Di tahap awal mereka memikirkan ledakan rakyat marhaen itu adalah
mudah dicantas sahaja, tetapi laksan 'hydra', sebaik satu kepalanya
dicantas, lagi satu kepala menonjol dengan pantas.
Ini membuatkan UMNO dan ketuanan Melayu terpaksa mengambil langkah
berundur dulu. Dengan itu berundur jugalah gelagat UMNO yang
menguasai kehidupan rakyat itu dan sekaligus menteri kabinet yang
bukan-Melayu pun kehilangan suara dalam penentuan kuasa.
Parti politik bukan-Melayu dalam BN melambangkan kewujudan satu
kerajaan pelbagai kaum, namun mereka seolah-olah selesa dibayangi oleh
UMNO, liat menyanggahnya apabila kepentingan masyarakat yang mereka
wakili itu dikotak-katikkan dan sengaja diketepikan.
Para pemimpin mereka mudah mengaku kalah, sanggup terus bertahan
mengekalkan jawatan untuk kepentingan diri sendiri dan bukannya
masyarakat mereka dan parti sehingga sanggup memainkan peranan
laksana hamba abdi. UMNO yang menentukan agenda parti mereka semuanya, termasuk juga
parti pembangkang yang terikut sama. Tetapi apabila orang Melayu
bangkit kerana disuntik oleh pengaiban dan penyingkiran Anwar, alasan
kebangkitan itu adalah amat jauh berbeza daripada masalah ketuanan
Melayu. Inilah kebangkitan yang mencemar budaya Melayu disebabkan kesedaran
golongan masyarakat marhaen Melayu yang berpendidikan dan celik
matahatinya yang merasa telah dihina untuk bermandiri, disebabkan
budaya kroni yang dicerna oleh Mahathir, sehinggakan ketuanan Melayu
itu pun turut tergugat sama. Secara tidak langsung, tercetuslah satu bentuk kebangkitan revolusi
disebabkan situasi yang menafikan peluang dan rezeki yang diwujudkan
tanpa sebilangan besar Melayu menyedarinya. Sementara itu orang Cina
yang 'tersisih' daripada DEB itu dan terus meneguhkan tapak budaya
mereka di negara ini mula mencabar tanggapan Melayu terhadap mereka.
Episod Suqui yang boleh diimbau kembali itu, adalah sama pentingnya
dengan kemelut yang menghantui Anwar untuk menyanggah UMNO dan
ketuanan Melayu. Tiba-tiba UMNO naik berang tanpa keruan melihatkan
peniaga Cina yang sudah tidak lagi merelakan ketuanan Melayu itu
mengikut perangai mereka sebelum itu.
Apabila martabat UMNO itu disanggah dan semakin parah, BN pun mula
gelabah. Namun UMNO masih menaruh harapan agar keadaan akan
berubah semula seperti lama sedangkan masyarakat Melayu semakin tidak
yakin dengan harapan itu. UMNO dan rakan parti politiknya memikirkan semua itu dari kacamata
politik mereka. Tetapi, pandangan begitu tidak dikongsi sama oleh
masyarakat yang mereka wakili. Semakin melebarlah jurang perbezaan
pendapat itu sambil persoalan ketara meledak suaranya mahukan jawapan
manakah silapnya? Ketuanan Melayu bertujuan menyampaikan sedikit pengajaran kepada
masyarakat Cina selepas 13 Mei dulu, ekoran tercetusnya episod 'hartal'
disebabkan tindakan kerajaan mengnyahkan Bahasa Inggeris sebagai
bahasa rasmi negara dan rencana mewujudkan golongan Melayu yang
kaya raya untuk mengambil alih peranan perniagaan yang dikendalikan oleh
masyarakat Cina yang kaya. Itulah dia imbasan kebangkitan aristokrasi Melayu yang tidak berapa
bersetuju dengan tanggapan ketuanan bapa kemerdekaan Tunku Abdul
Rahman Putra. Seperti yang dirakamkan oleh rekod sejarah kerajaan
British, memang banyak lagi cerita sebalik tabir yang mencetuskan Mei 13,
yang belum diketahui oleh umum setakat ini.
Pada waktu itu tercetus perdebatan hangat dalam kerajaan apakah yang
lebih penting dalam mewujudkan masyarakat Melayu yang berada.
Adakah mewujudkan ratusan jutawan melayu yang akan mencetuskan pula
kumpulan billionaire ataupun memadaikah dilahirkan hanya segelintir
billionaier yang dijangka dapat mewujudkan pula satu kumpulan jutawan
darinya? Tun Razak dan majoriti Melayu memilih pilihan pertama. Mahathir dan
penyokongnya termasuk Musa Hitam memilih opsen kedua.
Apabila Mahathir menjadi perdana menteri pada 1981, dia bertukar
haluan, memberi penekanan kepada pendapatnya yang dianggap
pendapat pihak minoriti di zaman Razak dulu untuk diamalkan. Dia mahu
mewujudkan kumpulan bilionaer secara mendadak. Kesannya ramai yang
jatuh tercampak. Sudah menjadi sesuatu yang lumrah betapa keadaan
yang lompong tidak pernah dapat lama berkekalan kosong. Daim
Zainuddin yang diberi peluang untuk menganggotai kabinet dan terus
bebas dalam dunia perniagaan telah mengambil kesempatan dengan
rakusnya untuk mewujudkan satu empayar korporat perniagaan.
Namun, ketuanan Melayu telah sengaja dilupakan kerana Mahathir sudah
terlalu taksub mempercayai bahawa kekayaan akan mewujudkan gemanya.
Perkara itu tidak pun berlaku. Mahathir telah berdegil mahu mewujudkan
kekayaaan disebabkan kepentingan kekayaan itu; bukan berasaskan usaha
dan kesabaran, tetapi berasaskan tamak dan haloba, mempertaruhkan
segala perencanannya itu laksana agen komisen dan melupakan segala
unsur-unsur pentadbiran kerajaan yang dimestikan. Dia terus berdegil
mahu terus merangkul kuasa sedangkan dasar pemerintahannya terus
menyuburkan cambahan seterunya yang berbisa daripada kalangan
masayrakat yang telah menikmati kemewahan yang tercetus itu.
Kejayaannya dulu telah mencetuskan gelagat keangkuhan dan riak yang
menular ke tahap orang bawahannya sehinggalah ke luar bandar. Inilah
yang menghenyak suasana politik yang bersih. Korupsi muncul laksana
bertih. Keangkuhan pun bertahan menjadi satu cara hidup harian.
Mahathir telah melahirkan satu masyarakat Melayu yang kini tersadai di
tengah-tengah perjalanan yang keliru dengan budayanya dan semakin
menghampiri ambang keaiban mereka. Apabila wang menjadi tiang seri pemerintahan negara, seperti yang
diwujudkan di Malaysia, korupsi pun membiak bermaharajagila. Apatah lagi
apabila diwujudkan pula undang-undang yang menyulitkan usaha
mendakwa para politikus yang rakus di mahakamah terbuka, melainkan
pihak yang berkuasa memang merestuinya.
Keizinan mendakwa itu hanya dimungkinkan apabila orang yang bekenaan
mencabar sesiapa yang sedang memegang kuasa. Inilah yang terus
menghenyak garis pemisah antara pihak yang memerintah dengan
masyarakat yang diperintah. Yang menjadi kelamkabut sekarang ialah terjadinya satu perubahan kepada
sebuah negara yang lahir pada 1957 dulu dan yang layak bersatu padu,
kini berubah menjadi sebuah negara yang mengandungi pelbagai kaum
yang mempunyai kesetiaan yang berunsur perkauman. Semua ini berubah
daripada nawaitu asal apabila tercetusnya rusuhan 1969 dulu.
Ketuanan Melayu dilahirkan dengan anggapan parti bukan Melayu mudah
menerimanya. Ia lupa, selain kaum Cina masih ramai kaum lain yang turut
kecewa terhadap kesan-kesan dasar amalan dan politik seperti itu.
Sememangnya, mereka ini lebih tersusun perancangan menentangnya
daripada sifat UMNO yang menyukainya. Kini, suara sanggahan ketuanan
itu sudah semakin lantang bunyinya. Dulu, BN berjaya kerana tidak ada
kumpulan Melayu yang menyaingi UMNO dengan penuh cabaran untuk
mengenepikannya. Kini, saingan itu bukan datang daripada satu parti lain, kerana ada dua
sebenarnya. Kebangkitan yang menyergah itu sudah muncul di kalangan setiap parti
komponen BN. Seandainya UMNO tidak mampu memperkuatkan
sokongan Melayu terhadapnya, akan pupuslah parti itu akhirnya dan
terhumbanlah BN bersamanya. Sudah tiba masanya generasi era kemerdekaan memberi laluan kepada
masyarakat anak-anak mereka, tetapi mereka sengaja rakus mahukan
terus berkuasa. Inilah punca kereputan UMNO yang akan membiak untuk
terus pupus dengan sendirinya. -MGG Pillai- Terjemahan SPAR-01-021 Asal: http://www.malaysiakini.com/Column/ 2001/06/2001062101.php3
Thursday June 21 Malay dominance and the half-way house to Valhalla
CHIAROSCURO MGG Pillai 1:42pm, Thu: Umno?s annual general assembly began today and it
attempts to do the near impossible: To seize the cultural high ground.
Without it, its political power dissipates.
MCA finds life in Umno's shadow, beckons mass suicide when its
leaders act to please the Umno president than the community they
represent. Gerakan, a party which exists to be the state government in Penang, is
sandwiched between its own irrelevance and maniacal pressures from a
bleeding Umno and MCA. The Sarawak Barisan Nasional is discomfited at peninsular parties
encroaching on its turf. Umno, through a local satrap, and DAP, PAS,
Keadilan all venture into Sarawak as the state assembly elections
approach. In Sabah, Umno went in, only to be trapped by unattainable
ambition. The 13 parties in the Barisan Nasional (BN) are frustrated by an
unalloyed belief in its invincibility. Indeed, MIC is the only party that
keeps its sanity, but it is also its weakest.
BN believes the northen peninsular states are vulnerable to PAS, the
central and southern states to PAS and Keadilan, that it hopes to
retain power with Johor, Sarawak and Sabah. In other words, it sees
the prosperity of power slipping from its hands.
Second fiddle Umno is shaken to its roots because when it decided, after the May 13
racial riots, and in a virtual coup d'etat, that a multiracial Malaysia must
play second fiddle to Malay dominance (it bought Malay sympathy with
its New Economic Policy{NEP}), it did not expect it to haunt it three
decades on. The Anwar revolt was possible only because he and his acolytes, NEP
beneficiaries all, disapproved of the riches and benefits accrued to
favourites in the court, and not to those who deserved them. But this
was ignored with Malay dominance left to its own devices as the
dominant interest became wealth at any cost. Until it exploded in
Umno's face. Indeed, Anwar Ibrahim is but a catalyst who converted those myriad
frustrations into open anger. Wealth creation without an overriding
plan is dangerous to the nation's well being.
Umno reacted in anger, its leaders not knowing where to turn when
the un-nurtured Malay dominance, and the ruling oligarchy was
challenged. It thought it could control it by cutting off its head, but like
the Hydra, another took its place. Umno and Malay Dominance were forced to retreat. And with it a way
of life, in which Umno decided how Malaysians would live and
non-Malay cabinet ministers lost their say in policy making.
Uncle Toms The non-Malay parties in BN implied a multiracial government, but they
were content to remain in Umno's shadow, unwilling to confront when
their communities' interests were abrogated or sidelined.
Their leaders gave up the ghost, stayed on too long at the helm for the
benefits they, not their communities, got, and became Uncle Toms.
Umno determined the agenda and all, including the opposition, followed
it. But when the Malays rebelled, when Anwar was dismissed and
humiliated, it was for reasons far removed from Malay dominance.
It was cultural, but when the short-changed nouveau Malay, educated
and standing on his own feet, revolted at the crony culture Mahathir
espoused, Malay dominance was in mortal danger.
Independently, another revolution, this from denial of opportunities,
happened without the Malays aware of it. The Chinese, sidelined by the
New Economic Policy, cemented their cultural roots firmly to the
Malaysian ground, and challenged the Malay world view of them.
The Suqui episode, in retrospect, is as important as the Anwar affair in
confronting Umno and Malay dominance. Umno realises in impotent
rage that the Chinese businessmen would no more underwrite Malay
dominance as happily as they once did.
When Umno's raison d'etre is on the run, BN unscrambles. But Umno
hopes forlornly that if it changes, what it, not the Malay community,
thinks it should, all is well. It would not.
Umno and its coalition partners, think in political terms, but the
communities they represent, culturally. The chasm widens, as it now
appears, inalienably. What went wrong?
Malay dominance was to teach the Chinese a lesson for the May 13
riots following the Penang hartal over the removal of English as an
official language and to create rich Malays who could take on, and over,
Chinese businesses. It was the revolt of the Malay aristocracy who disagreed with the
patrician world view of Malaysia's founding father, Tunku Abdul
Rahman. As British public office records show, there is more to the
riots of May 1969 than we are told. Billionaires or millionaires? A contentious discussion at that time was if the government should
create hundreds of millionaires from whom a few billionaires would
emerge, or a few billionaires under whom an entrepreneurial class of
millionaires would emerge. Tun Razak and the majority believed in the first option, and Mahathir
and his backers which then included former deputy prime minister,
Musa Hitam, the second. When Mahathir became prime minister in 1981, he switched course,
putting his minority view into practice, creating instant billionaires,
many collapsing soon enough by the wayside. Nature abhors a vacuum,
and Daim Zainuddin with a foot in the Cabinet and in business, took full
advantage to build a corporate empire.
But Malay dominance was ignored with Dr Mahathir believing wealth
creates its own resonance. It does not. Mahathir insisted upon wealth creation for its own sake,
not on the fruits of labour but on greed, gambling and as commission
agents, and ignoring the other facets of governance. But he stayed on
too long, his policies induced potent enemies from amongst those who
benefitted. His success spawned an arrogance that spread downwards to the
village level. Politics suffered. Corruption flourished. Arrogance became
a fact of life. He created a hybrid society of Malays languishing in a
half-way house between his culture and Valhalla.
When money is the raison d'etre for governance, as in Malaysia it is,
corruption flourishes. This is protected by laws that make it all but
impossible to charge a corrupt politician or official in court, unless the
authorities want to. They would when the man is opposed to whoever is in power. But that
only adds to the divide between the rulers and the ruled.
Nation or tribes? What complicates it is how a country in 1957 ripe for a united nation is
now an agglomeration of tribes and tribal loyalties. It was on course in
1969 when the racial riots hijacked it.
Malay dominance presumed the non-Malay parties would accept it. But
it forgot that besides the Chinese, there are other races equally
frustrated at the practical and political implications of that policy.
Indeed they are more organised against it than Umno is for it. And
tribes do grow to demand their fair share. The BN succeeded because
they had no Malay rivals who could challenge or unseat Umno.
Now it has not one but two. Malay dominance is attacked from within,
and Umno is tethered to it as the Malay cultural typhoon puts it in fear
of being swamped. The challenge comes not only from the Chinese, but
the native tribes of Sabah and Sarawak which are more threatening
than the Chinese ever could. This cultural dissonance cuts into every member of the BN. If Umno
cannot reinforce Malay dominance with Malay support, it can write
itself off. And so the BN too. The time has come for the Independence generation to make way for its
children, but it still clings on to power. That is at the root of Umno's
lemming-like rush to self-destruct. |