Laman Webantu KM2A1: 4811 File Size: 29.9 Kb * |
PAKU B3: Sampai Bila Mahu ditipu? By Tengku Mazlan 24/6/2001 2:26 am Sun |
[Semakin tua semakin menjadi dan tidak sedarkan diri - itulah yang
berlaku terhadap presiden parti Umno kini. Dia sudah buta hati sehingga
semua dipersalahkannya termasuk bangsa melayu dan ugama suci yang mereka
anuti. Malah pembantunya pula mahu berjihad (yakni membunuh) kaum sendiri
sedangkan hanya mufti dan alim ulamak yang muktabar sahaja berhak
mengeluarkan kenyataan seperti ini. Lagikan Abdullah Ibnu Ubai pun tidak
dibunuh walaupun diketahui.... inikan pula ahli dan pemimpin PAS yang
tidak dikenali melainkan apa yang digambarkan oleh pemimpin Umno sahaja
seolah-olah mereka mampu melihat apa yang tersirat di hati.
`Abdullah bin Ubai, he was not flogged, either because the corporal
punishment commutes the chastisement in store for him in the Hereafter,
and he does not deserve this merit, or for the same public interest for
which he was not killed previously. He, moreover, became the butt of
reproach and humiliation amongst his people after his real intentions
had been unequivocally exposed to all the public.
[Sahih Al-Bukhari 1/364,2/696-698; Za'd Al-Ma'ad 2/113-115;
Ibn Hisham 2/297-307] Almost a month later, the Messenger of Allâh [pbuh] and `Umar bin Al-Khattab
were engaged in the following talk: "Don't you see `Umar if I had had him
(Abdullah bin Ubai) killed, a large number of dignitaries would have furiously
hastened to fight for him. Now, on the contrary, if I ask them to kill him,
they will do so out of their own free will." `Umar replied "I swear by Allâh
that the Prophet's judgement is much more sound than mine."
[Ibn Hisham 2/293] Sedarlah Umno betapa ilmumu itu masih belum cukup lagi... jihad adalah kalimah
yang suci yang tidak boleh dimain-mainkan sebegini. Malah membunuh seseorang
yang halal jihad ke atasnya pun tidak diterima seandainya marah lebih menguasai
diri. Oleh: Tengku Mazlan Pada bulan hadapan, Mahathir akan menyambut ulang tahun ke-20 dia memegang
kuasa sebagai perdana menteri Malaysia, selepas Tunku Abdul Rahman, Tun
Razak dan Tun Hussein Onn. Dua puluh tahun bukanlah satu masa yang pendek. Dalam politik ia merupakan
satu masa yang amat panjang. Setiap pengamat politik global akan
memberitahu, kalau seseorang itu mampu kekalkan kedudukannya di satu tampuk
kuasa yang tertinggi dalam satu negara yang dikatakan mengamalkan demokrasi,
hanya ada dua jawapan yang tepat mengenainya: (i) Orang itu merupakan
manusia berhati syaitan ataupun (ii) Para pengikut orang itu sudah terlalu
taksub untuk menyanggah kesyaitanannya.
Demikianlah, apabila demokrasi yang ditayangkan (di luar negara) sebagai
amalan Malaysia itu diputar-belitkan begitu rupa sehingga tidak ramai yang
sedar betapa UMNO yang menjadi teras kuasa kerajaan berdemokrasi di negara
ini mempunyai seorang presiden dan timbalannya yang menang jawatannya yang
tidak boleh ditandingi orang lain. Inilah yang dikatakan proses demokrasi
sebuah negara yang ditadbir oleh seorang 'diktator baik'.
Sekaligus, segala gelagat kebajingan Mahathir yang terpaksa disokong oleh
Paklah menjadi ikutan oleh hampir semua pemimpin UMNO yang menjadi wakil
rakyat dan menunjangi pemerintahan negeri-negeri kerajaan BN. Perkara ini
dipermudahkan lagi apabila semua institusi kerajaan diperibadikan oleh
Mahathir, tanpa ada sesiapa yang sanggup bangun dan berkata:
'Cukuplah.....Tiba masanya anda bersara sebelum negara ini porak-peranda!!!! '
Adakah sesiapa yang melakukannya baik secara terus terang mahupun secara
berahsia? Tidak...kerana semuanya takut kepada Mahathir seorang sehingga
sanggup melanggari ajaran Allah, sedangkan ramai yang sudah bertaubat di
depan Kaabah. Kalau kita kaji ucapan dasar presiden parti politik di negara maju, jarang
sekali kita membaca ucapan yang mengutuk parti pembangkang secara melulu.
Tumpuan utama ucapan mereka selalunya ditumpukan kepada rencana ataupun
wawasan untuk memperbaiki perjuangan parti untuk kebaikan manusia dan
negara. Tetapi, bukan begitu caranya Mahathir memberikan amanatnya walaupun
sudah dua puluh tahun dia berkuasa. Nampak sangat Mahathir terlalu terdesak
sehingga terpaksa mengambil sikap seorang desparado untuk mengutuk semua
orang yang menentang kerakusannya. Dalam sikap berbuat begitu dia terlupa
bahawa dialah sebenarnya yang menjadi penyebab utama kepada semua kejijikan
itu. Kenapakah Mahathir sanggup mengaibkan bangsanya dengan cerita lama bahawa
orang Melayu tidak tahu bersyukur? Apakah betul orang Melayu itu malas dan
tamak? Ketika Mahathir dan Daim membalun khazanah negara untuk pelbagai
projek mega sedangkan wang itu boleh digunakan untuk membina sekolah di
seluruh negara supaya tidak perlu anak-anak bersekolah petang, apakah itu
bukan bermakna satu penyelewengan? Mestikah orang Melayu bersyukur dengan
itu setelah menanggung kerisauan melihatkan anak-anak pulang ke rumah setiap
senja? Bagaimana pula dengan keadaan persekolahan anak-anak di luar bandar kerana
tidak cukup makan dan wang jajan setiap hari kerana ibu bapa yang tidak
mendapat pendapatan yang selesa? Sebab utama para petani merana kini ialah
harga komoditi yang rendah dan kadar tarif komoditi dunia yang amat tinggi.
Keadaan ini adalah perkara yang bermusim. Di negara maju kerajaannya
menanggung bebanan penurun harga itu dengan menyediakan satu stok pengimbang
(stockpile) untuk pengawalan harga. Kemudian, simpanan stok pengimbang itu
diberikan kepada dunia ketiga sebagai sebahagian pinjaman ataupun 'grant'.
Kenapakah perkara ini tidak dilaksanakan sedangkan menteri perdagangan
antarabangsa bersimpang-siur merata negara dan perdana menterinya berbuat
serupa sebagai wira dunia ketiga? Inilah yang dikatakan 'subsidi pertanian'
yang menjadi amalan semua negara maju di dunia ini. Kenapakah Mahathir lupa
akan perkara ini ? Manakah lebih penting antara membina litar-lumba kereta
ataupun subsidi pertanian untuk anak bangsa?
Apabila Mahathir mengutuk anak Melayu malas belajar kerana suka melepak dan
berfoya-foya, adakah dia berikan statistiknya? Bagaimana pula dengan
bilangan Melayu yang berqiamullail? Sedarkah Mahathir betapa ramai anak
Melayu yang bergantung kepada biasiswa untuk belajar terpaksa menunggu enam
bulan baru dibayar? Adakah Mahathir diberitahu akan banyak kepincangan yang
berlaku? Pernahkah Mahathir pergi ke sekolah menengah di luar bandar dan
melihat makmal sains dan perpustakaan sekolah serta bilangan guru khas yang
tidak mencukupi serta perkhidmatan bas sekolah yang menjeruk hati?
Di negara maju, belanjawan untuk pendidikan merupakan peruntukan yang
mendahului peruntukan kesihatan. Kerana itu, gaji para guru dan pendidik di
negara maju dibayar setara dengan gaji wakil rakyat. Sekolah-sekolah
dilengkapkan dengan perpustakaan yang canggih dan bilik darjah mempunyai
segala kelengkapan yang terkini. Bagaimana dengan gaji guru-guru di sini?
Pernahkah Mahathir diberitahu betapa Dewan Bahasa dan Pustaka masih
menyimpan simpanan buku bacaan yang berjumlah lebih 11 juta naskhah dan
bernilai lebih 45 juta ringgit kerana tidak laku? Buku-buku itu tidak laku
kerana sekolah-sekolah dan maktab tidak mempunyai peruntukan yang mencukupi
untuk membeli buku. Sedarkah Mahathir betapa guru-guru muda di ibukota masih
menghuni perkampungan setinggan dan terpaksa bekerja lebih masa memberi
kelas tambahan untuk menambahkan pendapatan?
Adalah mustahil Mahathir tidak tahu kerana warga guru-guru merupakan tunjang
keahlian parti. Mungkinkah Mahathir tidak dilaporkan masalah ini kerana
menteri dan timbalan menteri pendidikan bukannya wakil rakyat yang dipilih
tetapi 'senator' khas pilihan hati?
Bagaimana pula dengan peniaga Melayu yang tidak sabar dan yang mahu cepat
kaya? Siapakah mereka kalau bukan pemimpin parti sendiri yang mendapat
kontrak secara pintu belakang dan menyerahkannya kepada kaum lain untuk
terus hidup laksana bajak-wangkang? Berapa ramaikah antara kontraktor kelas
besar ini yang menjadi anggota majlis tertinggi UMNO (termasuk Tun Speaker
parti), yang mempunyai alat kelengkapan sendiri yang dibeli dan didaftar
dengan syarikat sendiri? Berapa ribu pembayaran syarikat mereka terhadap
caruman pekerja yang ada? Ataupun semua itu memang tidak pernah ada kerana
semua itu diberikan kepada subkon sahaja?
'Dalam dunia dan di akhirat juga tidak ada yang mudah, tidak ada yang
percuma. Hanya mereka yang rajin dan tekun sahaja yang akan berjaya baik
dalam bidang ekonomi ataupun dalam apa juga bidang.' Itulah salah satu
kenyataan Mahathir. Kenyataan ini kalau diamati mungkin memerlukan lebih
sepuluh helai kertas untuk membetulkan pemikiran yang ternyata songsang dan
mengelirukan, kerana dalam ajaran Islam kemudahan di akhirat mesti ditanam
sahamnya ketika di dunia ini. Tetapi, Mahathir harus berfikir sedikit bagaimana halnya dengan anak-anak
beliau yang diberikan bantuan lebih empat bilion ringgit kerana sudah
muflis? Apakah mereka sudah cukup bekerja kuat dan bersabar? Kalau mereka
betul-betul bijak kenapakah mereka semuanya bertaraf 'jatuh muflis'?
Mahathir dan Hasmah jangan ingat orang Melayu lupa betapa mereka pernah
membuat kenyataan bahawa 'semua anak-anak tidak mendapat bantuan' si bapa
dalam perniagaan mereka? Cuba bayangkan apakah yang boleh dilaksanakan
dengan wang berjumlah empat bilion ringgit itu? Berapa ramaikah anak-anak
peneroka yang mampu melanjutkan pelajaran mereka ke pusat pengajian tinggi?
Tetapi, cuba lihat kepada syarikat kepunyaan anak-anak Mahathir yang dibantu
itu. Berapa ramaikah anak-anak Melayu yang diberikan jawatan tinggi?
Hampir lima puluh peratus orang Melayu yang bergaji bulanan sekarang ini
berkeadaan hampir muflis kerana kerugian besar membeli saham - termasuklah
hampir semua ahli majlis tertinggi dan pemimpin parti yang menanggung hutang
besar kerana harga saham yang dibeli telah menurun begitu jauh ke bawah
sehinggakan pinjaman bank perlu ditokok untuk terus setara dengan nilai
saham semasa. Inilah antara penyebab utama kenapa para kroni dan sukusakat
diselamatkan dengan menggunakan wang dana awam dan tabung haji serta LTAT.
Inilah juga penyebab utama penubuhan Danaharta dan Danamodal. Kalau Mirzan,
Mokhzani dan segala anak-didik dan anak emas boleh diselamatkan, bagaimana
dengan orang Melayu yang terkandas sakan? Ramai yang terpaksa diisytiharkan
muflis. Apabila muflis mereka tidak dibenarkan pergi keluar negara walaupun
untuk urusan haji dan umrah. Tetapi bagaimana dengan mereka yang dibantu
oleh Danaharta dan Danamodal serta anak-anak Mahathir sendiri? Mereka pun
muflis juga dan mereka pun seratus kali lebih teruk bankrapnya?
Kalau semua kroni, anak-didik dan sukusakat telah diselamatkan oleh segala
khazanah negara kenapakah rakyat Malaysia yang muflis kerana kejatuhan harga
saham tidak diselamatkan? Di manakah perginya wang zakat yang sepatutnya
digunakan untuk membeli saham yang jatuh itu dan menyimpannya supaya orang
Islam yang dibebani oleh fenomena yang di luar jangkaan mereka dapat hidup
seperti sediakala? Kenapakah wang Petronas tidak digunakan untuk
menyelamatkan orang Melayu yang tersiksa kerana fenomena ini? Kalau
anak-anak Mahathir boleh diberikan berbilion ringgit untuk tujuan ini
kenapakah marhaen Melayu khasnya dan rakyat Malaysia amnya tidak diberikan
pertolongan begini? Jawapannya amat mudah kerana wang itu sebenarnya sudah tidak ada lagi.
Seperti juga dengan kontangnya khazanah UMNO yang selama ini dikendalikan
oleh Daim. Kalau perniagaan anak-anak Mahathir dan anak-didik Daim boleh
kantul sedangkan mereka diberikan pinjaman yang lumayan oleh bank dan projek
kelas perdana oleh kerajaan, bagaimanakah wang UMNO?
Seperti jugalah projek Malaysia di luar negara yang menggunakan pinjaman
bank di Malaysia. Lihat apa yang terjadi di Filipina dengan projek besi yang
dibeli oleh Hottick Ltd. Projeknya di Filipina, hutangnya di Malaysia dan
apabila tidak terbayar diselamatkan oleh Danaharta yang merupakan hutang
zuriat generasi Malaysia yang ada. Bagaimana pula dengan dua kilang besi
waja di Terengganu? Sampai bilakah perkara itu akan dibentangkan? Apakah
menunggu Eric Chia mati baru dibuka dan ditutup semula kerana 'saksi yang
paling utama sudah tiada'? Begitu juga dengan syarikat Malaysia yang rugi
besar di negara orang sedangkan modal usaha dipinjamkan oleh bank Malaysia.
Kita boleh dedahkan segala kepincangan ekonomi Malaysia yang sudah dikatakan
pulih oleh Mahathir. Dia fikir rakyat Malaysia bertaraf bangang dengan
alasannya itu. Dia fikir kilang-kilang yang ditutup setakat ini semuanya
melakukannya secara olok-olok - Ditutup bulan dulu dan akan dibuka semula
bulan esok? Kebanyakan kilang yang tutup ini tidak akan datang lagi kerana
mereka sudah membukanya di negara jiran yang satu ketika dulu lebih teruk
diasak kejatuhan ekonomi. Tetapi, semua negara jiran yang teruk itu sudah
naik semula tanpa rakyatnya perlu menanggung bebanan hutang yang digunakan
untuk menyelamatkan syarikat anak-anak, sukusakat dan kroni serta pak-pacak
pemerintah negara. Mahathir tidak mahu mengaku hakikat ini dan cuba menipu dengan menuduh
negara luar dan kuasa besar. Dia mudah berkata: 'Negara asing cemburu dengan
kita dan mahu menjatuhkan kita.' Cuba tanya Mahathir, negara mana yang mahu
jatuhkan kita? Apa faedahnya mereka jatuhkan kita. Bukankah lebih elok kalau
mereka melihat kita kaya raya supaya kita mudah membeli barangan mereka dan
mudah ke negara mereka untuk melancong dan berbelanja sakan di negara
mereka? Mahathir kerap berkata negara asing benci kepada kerajaan Malaysia kerana
'Malaysia mampu menangkis serangan ekonomi dan kewangan yang dilancar oleh
mereka dan berjaya tanpa pertolongan sesiapa, berjaya dengan pendekatan
sendiri, dengan duit ringgit sendiri.' Ketika beliau menyebut perkara ini
perwakilan bertepuk tangan setelah menerima isyarat untuk berbuat demikian.
Tetapi, cuba buka penyata akaun Petronas dan TNB. Berapa bilion sudah
dipinjam daripada pasaran luar? Kenapakah pada awal bulan ini Amerika
Syarikat menyekat dan melarang penjualan bon-bon Petronas di Amerika.
Kenapakah Mahathir tergamak berbohong dengan perkara yang diketahui oleh
seluruh dunia? Bagaimanakah anak-anak muda di universiti mahu memahami
taktik kerajaan yang meminjam tetapi tidak mengaku pula?
Secara keseluruhannya keadaan ekonomi sudah berubah tetapi bukannya sudah
pulih. Dua kenyataan ini jauh perbezaannya. Rakyat masih hidup tertekan
kerana hala tuju negara yang mencelaru. Sepatutnya apabila ekonomi diasak,
kerajaan melakukan satu bedah siasat untuk mengenal pasti kelemahan yang
ada. Segala kepincangan harus diperakui dan rakyat diberitahu dengan jelas
segala kepincangan itu. Tetapi, bukan begitu halnya dengan Mahathir yang
tidak pernah mengaku segala kesilapan itu. Sebaliknya dia teruskan projek
gila-gilanya sambil membelanjakan wang yang ada. Apabila tidak mencukupi
dicubanya meminjam lagi di negara luar. Kalau ada wartawan asing yang cuba
mendapat penjelasan mengenai keraguan mereka Mahathir (dan juga Rafidah)
kerap memarahi yang bertanya dan bersikap bengkeng dan kurang ajar kepada
mereka. Rakyat Malaysia tidak tahu perkara in tetapi insiden semacam itu
disebarkan luas di halaman dunia perniagaan global.
Kejatuhan ekonomi berlaku di mana-mana. Semua kerajaan menghadapinya
termasuklah Amerika yang menanganinya dengan kemampuan mencetak wangnya
sendiri. Namun, pada satu ketika Presiden Reagan pernah mengaku di hadapan
TV akan keadaan ekonomi yang merosot dan kesilapan kerajaannya yang mahu
dibetulkannya. Rakyat Amerika faham dan memaafkannya. Apabila Reagan
menaikkan harga petrol dan gas untuk sementara, rakyat faham dan turut
bekerjasama. Tetapi, tidak pula begitu halnya dengan Mahathir. Dia tidak pernah mahu
mengaku bahawa keadaan ekonomi Malaysia yang teruk ini adalah disebabkan
kerajaan pimpinannya yang sudah lupakan diri. Di zaman Tunku dulu, ketika
tercetusnya rusuhan Mei 13, Tunku telah menuduh Mahathir sebagai 'batu api'.
Kemudian apabila Mahathir menjadi perdana menteri ada seorang pemimpin
Australia yang menggelarnya 'kepala batu'. Apabila ekonomi merudum, Mahathir
menuduh semua orang melainkan dirinya sendiri. Sebab itu SN Shahnon Ahmad
telah menggelar Mahathir sebagai 'Kepala Tahi'. Apakah Mahathir masih tidak
sedar akan perkara ini? Untuk menutup kepincangan ekonomi yang menghenyak negara, Mahathir cuba
mengalihkan pemikiran dan pandangan rakyat kepada perkara lain. Dia telah
menggunakan satu taktik yang paling jijik dan berbahaya untuk merencana
strategi ini. Mahathir menggunakan taktik Yahudi yang disebut 'Mass Hypnotism' untuk
mengalihkan pandangan rakyat. Salah satu taktik yang paling berkesan yang
diamalkan oleh Yahudi ialah Episod Holokos. Inilah tragedi pembunuhan dan
penyiksaan orang Yahudi di tangan Nazi sehingga dijadikan beberapa filem
termasuk 'Judgment at Nuremberg'. Episod holokos ini mampu membantu
masyarakat Yahudi menguasai hampir semua industri lumayan di Amerika seperti
hiburan (Hollywood dan TV), media (semua jenis elektronik dan cetak)
perhotelan (Hilton, Movenpick dan sebagainya, dan makanan (Coca-Cola, Pizza
Hut, MacDonald - lambang arca gerbang adalah lambang Freemason) dan banyak
lagi. Akan tetapi, kalau diambil jumlah Yahudi yang mati itu tidaklah seberapa
sangat. Tetapi, ia telah digembar-gemburkan untuk mengaut simpati dan tipu
muslihat. Sedangkan, kalau kita pergi ke Australia, orang yang bernama
seakan Yunani 'Greek' di sana sebilangan besarnya adalah yahudi dan kini
menguasai industri perhotelan, restoran, perikanan dan pengilangan. Mereka
lari ke Athens dalam Perang Dunia Kedua dulu dan mendapatkan pasport Greece
untuk berhijrah ke negara asing. Di Amerika peruntukan khas diberikan sebagai subsidi tahunan untuk membantu
Israel oleh setiap kerajaan yang memerintah. Wang itu disimpan dulu di bank
Israel di Amerika sebelum diagihkan secara beragenda ke Israel. Ini
membuatkan bank-bank Israel mampu menjalankan kerja-kerja operasi klandestin
(operasi haram) di seluruh dunia termasuk di rantau Asia Tenggara. Segala
kegiatan haram Israel di rantau ini berpusat di Singapura.
Di waktu yang sama, kita lihat bagaimana Palestin dihenyak oleh Israel
walaupun perjanjian Kem David sudah menjaminkan perdamaian sehinggakan dua
pemimpin Israel dan Palestin menerima anugerah Nobel dan Palestin
diisytiharkan sudah merdeka. Tetapi, kerajaan Palestin tidak dibenarkan
menggunakan lapangan terbangnya kerana dikatakan menjadi masalah keselamatan
kepada Israel dan sebagainya. Tiap-tiap minggu ada rakyat Israel yang mati
kerana dikatakan gara-gara kebajingan Palestin. Yang mati itu adalah yahudi
yang datang daripada Russia ataupun Ethiopia dan bukannya mereka yang lahir
di Israel. Apakah secara kebetulan kita melihat Episod al-Maunah (yang dikatakan Memali
kitaran semula dengan skrip yang terbaru)? Bagaimana pula dengan kisah
penangkapan di bawah ISA yang kini menyebabkan Ezam, Isham Rais, Tian Chua,
Sobri, Badrul Hisham, Lokman dan Saari Sungip terpenjara? Di manakah
rocket-launcher dan segala senjata yang dikatakan dibeli untuk menggulingkan
kerajaan? Pukauan massa ini dirancang dengan Paklah mengucapkan pelbagai 'kata-kunci'
untuk memukau dalam ucapan perasmiannya untuk pergerakan Wanita dan Pemuda.
Dia sebut 'Berjihad'........ Berjihad ialah berperang dengan tali Allah.
Kalau ahli UMNO terutama sekali Pemuda UMNO disuruh berjihad, bukankah itu
bererti berperang? Dengan siapakah peperangan itu kalau bukan sesama Melayu?
Bukankah maksud sebenar berjihad itu untuk menjatuhkan PAS sehinggakan
Zainuddin Maidin (mamak yang tidak ada sesudu pun darah Melayu). akan
memulakan satu rencana menunjukkan rancangan PAS bersekongkol dengan negara
asing? Bawalah mengucap orang UMNO ooi.. Beristighfarlah..... Zainuddin Maidin
adalah seorang wartawan haprak yang naik dengan ihsan mengampu dan membodek
Mahathir. Untuk naik di Utusan Melayu dulu Zam pernah menuduh Yazid Che
Osman (ketika ini menjadi ketua PWM - Persatuan Wartawan Melayu Malaysia)
dengan tuduhan mencabul seorang wartawan Cina Singapura. Dia membuat tuduhan
itu kerana Yazid adalah seorang ketua persatuan sekerja yang menuntut
sesuatu untuk kebaikan pekerja Utusan Malaysia. Yazid digantung kerja dan
menganggur sehinggalah dia menang kes di mahkamah. Tetapi Zam naik melambung
dalam kerjayanya. Wartawan lama seperti Said Zahari dan juga Tan Sri Samad
Ismail serta wartawan veteran tentu ingat bagaimana Zam pernah lari menyorok
dalam tandas kerana malu apabila bapanya datang berkain 'doti' mamak
tong****. Bayangkan, inilah musibat yang malu dengan kedatangan bapanya
sendiri kerana pakaian si bapa itu. Kini dia berlagak mahu membela nasib
orang Melayu. Zam harus ingat dan bertaubat kerana isterinya sedang
kesakitan kerana lumpuh di rumah. Esok lusa apabila Mahathir gugur, Zam akan
disumpah seranah oleh orang Melayu.
Tindakan Zam Haprak ini membuatkan orang Melayu semakin meloya untuk membeli
Utusan. Apa akan jadi nanti? Tahun sudah Utusan diselamatkan dengan menipu
peneroka FELCRA untuk membeli harta Utusan di Wangsamaju. Tahun ini
bagaimana pula, mahu tipu peneroka RISDA pula untuk membeli tanah Utusan di
bandar mana? Setiap kali kita menulis semacam ini ia adalah laksana menepuk air di
dulang. Ia akan mercik ke muka sendiri. Tetapi, itulah yang Mahathir mahu
agar orang UMNO lalai dengan tujuan asal mereka bersidang. Bayangkan apakah
yang mereka bincangkan itu untuk menaikkan ekonomi Melayu? Mereka sanggup
menipu diri sendiri memuji-muja Mahathir sedangkan sepatutnya mereka
menasihatkan beliau berundur sebelum terlambat.
Orang Melayu tidak perlu pergi jauh melihatkan muka-muka haprak yang
bercakap memuji itu. Siapakah Ibrahim Ali yang mengajak orang Melayu
berjihad? Seolah-olah di berani sangat walaupun kita tahu ayahnya dulu
seorang kaki gedebe yang dibuang daerah di Buluh Kasap. Tetapi, kalau kita
baca buku 'Dua Wajah' karangan Said Husin ketika mereka ditahan di Kamunting
dulu, Said Husin ada menceritakan betapa Ibrahim Ali adalah manusia yang
paling penakut. Begitulah juga dengan orang lain yang berlagak dengan semangat jihad untuk
memerangi PAS. Siapakah mereka? Mereka kebanyakannya tidak pun menang pemilu
yang lalu. Apabila mereka mengajak orang UMNO berjihad apakah mereka faham
makna sebenarnya? Sanggupkah mereka memerangi bangsa sendiri kerana politik
sedangkan orang yang mahu diperangi itu mempunyai pertalian darah dengan
mereka. Kenapakah bodoh sangat golongan ini hanya kerana mahu memuaskan
nafsu seorang diktator tua yang zalim?
Bayangkan seorang speaker DUN Kedah yang bersuara lantang menghina bangsa
sendiri sedangkan dia sepatutnya mengkritik kerajaannya yang sudah muflis
dan kering kontang. Orang-orang seperti ini harus sedar sebelum terlambat. Sebelum mahu
mengganyang PAS cuba lihat dulu apa yang ada di PWTC di luar dewan. Cuba
perhatikan rombongan daripada kampung pendalaman yang ditaja untuk datang
duduk bersila menyaksikan perjalanan persidangan. Mereka dipukau untuk
melihat gambar huru-hara di negara orang sebagai ingatan itulah yang berlaku
di Kuala Lumpur kalau reformasi diberikan permit. Tetapi gambar orang
reformasi berdemo secara aman tidak ditunjukkan.
Kita boleh lihat orang kampung pedalaman yang ditaja ini bermundar-mandir
membeli belah di Chow Kit dan Jalan Tuanku Abdul Rahman. Mereka ditaja
dengan menaikki bas kilang dan bas pelancong, sehinggga tidak ada bilik
hotel yang kosong. Apakah tidak ada sedikit perasaan kasihan melihat pakaian
mereka ini? Apakah tidak ada perasaan keinsafan kepada kaum wanita yang
memakai gelang hampir ke siku dan melihat keadaan kedaifan golongan yang
duduk bersila itu? Setiap tahun kita lihat Nenek Siti Semah melawat gerai di situ dan diberikan
hadiah 'scarf' sehelai dua yang tidak pun dipakainya untuk menutup kepala.
Apakah hadiah yang diberikan kepada pengundi setia UMNO ini? Apakah perasaan
kumpulan luar bandar itu apabila memikirkan harga sekilo beras berbanding
pendapatan bulanan mereka jika mereka melihatkan harga pakaian dan tas
tangan mak datin yang tebal mekapnya? Adakah isteri-isteri para menteri yang
mendekati mereka untuk bertanya keadaan mereka untuk dirunding mengambil
salah seorang anak kampung sebagai anak angkat? Nenek Asmah sanggup
mengangkat anak Afghan tetapi kenapa tidak anak keluarga tempatan?
Oleh kerana perencanaan Mahathir dan pucuk pimpinan UMNO menipu dan memutar
minda orang UMNO dalam persidangan tahunan seperti yang ke-55 ini, makanya
kita lihat tidak ada sesuatu yang boleh dibanggakan daripada UMNO. Kita
percaya ramai yang bercakap sumbang itupun diacah dan dipujuk untuk bercakap
begitu. Kalau mereka betul-betul berdarah Melayu dan bertaqwa mereka tentu
tidak mahu memperakukan apa yang telah mereka cakapkan. Oleh kerana mereka
bersikap melakonkan ucapan itu, makanya mereka mampu berlagak begitu.
Mahathir dan Paklah sudah berjaya dengan strategi mereka. Selepas ini apa
lagi? Mereka berjaya melencongkan masalah Daim yang 'bersara' sebagai
lakonan untuk melepaskan peluang akar umbi menyoal mengenai wang UMNO dan
orang Melayu. Mereka berjaya menyerang PAS dengan konsep berjihad. Mereka
berjaya melencongkan masalah besar ISA yang melibatkan pemimpin Keadilan.
Cuma satu soalan muncul kini. Kalau Mahathir begitu angkuh memperakui UMNO
mempunyai hampir tiga juta ahli, apakah yang ditakutkan sangat kepada parti
lawan? Jumlah tiga juta pengundi dengan tambahan 600,000 dalam satu tahun,
adalah satu angka yang hebat menjamin kekuasaan negara oleh UMNO sehingga
hari kiamat. Tambahan keahlian baru berlaku sebelum Mahathir meminta Pemuda UMNO
melancarkan kempen menarik warga muda menganggotai UMNO. Belum lagi
pengisytiharan Puteri UMNO. Kalau konsep seorang bawa masuk lima, bererti
keahlian UMNO mampu naik dua kali ganda. Ini membawa erti kerajaan Malaysia
akan tetap di tangan UMNO tanpa perlu bantuan parti komponen BN yang lain.
Kenapakah kekuatan ini tidak digunakan oleh UMNO untuk bersikap lembut,
berbudi bahasa dan mematuhi ajaran agama dan amalan budaya agar UMNO akan
terus kuat dan bertenaga. Bukankah taktik semacam ini mampu menumbangkan PAS
dan Keadilan? Apakah muslihatnya sehinggakan Mahathir dan Paklah mengambil konsep kurang
ajar terhadap bangsa Melayu masakini? Apakah yang ditakutkan kalau UMNO
sudah kuat? Mahathir dan Paklah mampu terus berkuasa tanpa ada sesiapa yang
berani menandingi jawatan mereka. Kenapakah tidak diluluskan satu
undang-undang baru dalam perlembagaan bahawasanya jawatan itu terus dipegang
oleh mereka berdua sehingga tidak bernyawa? Lainlah kalau angka yang disebut
itu adalah satu pembohongan dan penipuan besar. Lainlah kalau Mahathir
sendiri merasakan jawatannya itu sudah tergugat dan dia sudah merasa tidak
selamat untuk tidur di Putrajaya sehingga terpaksa menetap di 'The Mines'
(bersebelahan kediaman Tan Sri Shamsuddin Sapura).
Kalau tepat telahan ini, maka terjawablah sedikit teka-teki kenapa negara
asing ditohmah sebagai mahu datang menjajah. Parti pembangkang ditangkap
kerana dikatakan mahu menjatuhkan kerajaan. Rakyat pula dinafikan hak
membaca akhbar dan majalah yang mereka suka dan keluar negara apabila mereka
mahu. Patutlah Mahathir mahu kekalkan ISA kerana itulah senjata terbaik
untuknya, lebih berkuasa daripada lima buah kapalselam yang akan dibeli dan
lima buah penjara baru yang akan dibina. Apakah kerana itu jumlah anak
Melayu yang menagih dadah semakin meningkat kerana itu tidak menjadi
keutamaan kerajaan kerana penagih dadah tidak tahu bersyukur kepada
pemerintah. Satu hari nanti, besar kemungkinannya Mahathir ataupun Siti Hasmah akan
bangun dari tidurnya di pagi hari dan mula bermain dengan tahi sendiri.
Hanya pada waktu itu barulah orang UMNO sedar bahawa sudah terlambat untuk
menyelamatkan nasib bangsanya sendiri. Pada waktu itu Mahathir tidak akan
disebut 'Kepala Tahi' lagi. Dia sudah layak disebut dengan tepatnya sebagai
'pemain tahi'. Pada waktu itu siapakah antara perwakilan UMNO yang ada kini
yang sanggup mengangakan mulutnya?
Tengku Mazlan ...bersambung....
|