Laman Webantu KM2A1: 4812 File Size: 9.2 Kb * |
TAG SP 180: Kami Bukannya Berperang [Asiaweek] By Assif Shameen 24/6/2001 2:48 am Sun |
[Daim asalnya seorang peguam yang kemudiannya berniaga garam.
Semua itu ditinggalkan kerana tidak menguntungkan serta amat lambat
untuk mengecapi kekayaan. Umno menyediakan banyak peluang untuk
membolot perniagaan yang lumayan kerana banyak orang dalam dan semua
boleh diatur dalam diam asalkan ada imbuhan. Apabila mula kebisingan
Daim akan lesap dan duduk berjauhan kerana dia takkan menang jika
berperang. Jika Ku Li tewas di luar dan Anwar tertewas di dalam, tidak
mungkin Daim akan menang jika membantah baik dari luar mahupun dalam.
Hanya Anwar yang seperti menang di luar - itupun kerana rakyat berdiri
dibelakangnya. Siapa yang mahu berdiri di belakang Daim? Wang sudah
sukar kerana Mahathir baru sahaja mempromosi kempen anti politik wang.
Tiada jalan keluar untuk Daim melainkan berpura-pura dan diam sahaja.
- Editor] (Asiaweek: We Are Not At War) oleh: Assif Shameen Daim Zainuddin ketawa dengan kuatnya apabila desas-desus mengatakan dia
telah ditangkap polis. Sambil berdiri di ruang legar pejabat perdana menteri
pada 18 Jun yang lalu, bekas menteri kewangan itu dilihat bercakap-cakap
secara selamba dengan pegawai kerajaan, sambil menunggu giliran menemui
perdana menteri Mahathir Mohamed. Apabila mereka berjumpa, Daim telah
menyerahkan buku-buku kewangan yang ada pada simpanannya ketika menjadi
Bendahari UMNO selama 17 tahun. Kemudian dia pun beredar keluar dari situ
dengan kereta Proton berwarna putih. Beredarlah seorang insan yang sudahpun
beruban rambutnya yang kelihatan kemas. 'Kami bukannya berperang,' kata
Mahathir, kemudian. Sememangnya, perpecahan satu usahasama yang terjalin dua dekad lamanya bukan
laksana dua orang panglima tentera yang bertelagah kerana mahukan kuasa
memerintah satu kumpulan tentera. Ia lebih mirip menyangkuti dua orang
arkitek, seorang dalam bidang politik dan seorang dalam bidang kewangan -
yang telah tidak sebulu dan sekata mengenai cara mengubah-suai rumah mereka
yang sudah pun dikira selesa. Mahathir telah melakar hiasan dalaman, memilih
perabot dan menghentikan perkhidmatan para petugas yang tidak secocok
dengannya. Daim menentukan segala bil dan perbelanjaan dibayar sambil
menentukan cukup wang dalam tabungan untuk digunakan seterusnya. Tetapi,
Mahathir semakin terasa betapa sumbangan Daim itu sudah mengundang bahaya.
'Daim sudah menjadi satu liabiliti,' kata Lim Kit Siang, ketua DAP. 'Dia
terpaksa mengundurkan diri.' Daim berusia 12 tahun lebih muda daripada Mahathir yang melebihi 75 tahun
umurnya. Mereka berdua berasal daripada kampung yang sama di Seberang Perak,
Kedah. Daim mula menjadi jutawan pada awal 1970-an melalui hartanah dan
kemudiannya beralih kepada perbankan pada 1981. Pada tahun itu Mahathir
menjadi perdana menteri dan melantik Daim mengetuai Fleet Group, yang
merupakan sayap perniagaan UMNO. 'Apabila Daim memulakan tugasnya sebagai
Raja Duit, amat sukar untuk anda menelah setakat mana syarikat UMNO berakhir
dan yang mana pula syarikat kepunyaan Daim bermula,' kata Lim. Ketika Daim
mula-mula menjadi menteri kewangan pada 1984, dia telah dikritik hebat
kerana memiliki kuasa majoriti dalam sebuah bank utama sehinggalah dia
menjual sahamnya dalam bank itu pada 1986. Lagipun di bawah Dasar Ekonomi
baru, Daim ditugaskan mendidik beberapa usahawan Melayu. Sama ada betul
ataupun tidak dia telah digelar 'sifu' kepada beberapa orang usahawan yang
menonjol itu. Apabila empayar bisnes mereka membesar, begitulah juga nama
Daim. 'Dia menjadi satu lambang inspirasi kepada setiap ahli politik yang
gigih,' kata seorang ahli UMNO yang rapat dengan tampuk kuasa.
Namun, segelintir usahawan yang menonjol itu mungkin telah menjadi penyebab
kepada kejatuhan Daim, akhirnya. Apabila ekonomi Malaysia merudum,
perniagaan mereka turut terhenyak dan hutang pun naik mencanak. Walaupun
Daim dan Mahathir pernah bertel agah mengenai beberapa dasar seperti
menetapkan kadar tukaran matawang negara, masalah yang terbesar memuncak
apabila kerajaan membeli saham MAS pada dua kali ganda harga pasaran semasa,
dan penyelamatan saham telekom yang kecundang dengan menggunakan dana awam
di tabung pencen. Dua-dua urusniaga itu adalah tanggungjawab Daim tetapi ia
telah mencetuskan kegegeran rakyat. Daim tidak pun menghadirkan dirinya di persidangan tahunan UMNO. Dia meminta
maaf dengan alasan dia mahu beredar keluar negara. Masyarakat politik di
Kuala Lumpur berpendapat mereka berdua akan menjadi orang yang rugi kalau
mereka membiarkan persengketaan mereka berterusan. Tidak akan ada tangkapan,
ataupun membalas dendam. 'Daim bukannya orang yang mahu melawan,' kata
Chandra Muzaffar, seorang ahli akademi yang kini menjadi timbalan presiden
parti pembangkang, 'Keadilan'. 'Walaupun sudah tidak memegang jawatan lagi,
dia pasti akan akur pada apa yang diarahkan nanti.'
Selalunya ia memerlukan satu krisis untuk menyerlahkan kepincangan sesuatu
sistem, inilah yang pernah dikemukakan oleh Daim satu ketika dulu. Mahathir
mungkin sudah membuat keputusan bahawa Daim ialah punca kepincangan itu.
Terjemahan SPAR-03-028 Asal: Rumors of Daim Zainuddin's arrest set Malaysia abuzz. But you don't jail
your co-architect. You just sack him and rebuild the house
By ASSIF SHAMEEN Kuala Lumpur Indeed, the dissolution of a two-decade partnership was never about
two generals facing off for command of their army. It was more about
two architects - one political, one financial - who disagreed about
renovating their comfortable house. Mahathir designed the interior,
chose the furniture and threw out servants who crossed him. Daim
ensured the bills were paid and there was plenty in the kitty for upkeep.
But Mahathir seems to have decided that Daim's contributions were
drawing too much heat. "Daim had become a liability," says Lim Kit
Siang, leader of the opposition Democratic Action Party. "He had to
go." Twelve years younger than the 75-year-old Mahathir, Daim hails from
the same village in Kedah state, Seberang Perak. He made his first
millions in real estate in the 1970s and moved into banking in 1981. That
same year, Mahathir won the premiership and put Daim in charge of the
Fleet Group, UMNO's business arm. "Once he became financial czar, you
could never tell where UMNO companies ended and Daim companies
began," says Lim. When Daim became finance minister the first time in
1984, he drew heavy criticism for holding majority control of a major
bank until he sold out in 1986. Also, under Malaysia's New Economic
Policy, it was Daim's job to nurture ethnic Malay entrepreneurs. Rightly
or wrongly, he was called the mentor of some of the highest fliers. As
their business empires grew, so did Daim's legend. "He was a role model
for every aspiring politician," says a former UMNO insider.
But some of those highfliers may have been Daim's downfall. As
Malaysia's economy struggled in recent years, their businesses sputtered
and their debts ballooned. While Daim and Mahathir did have
disagreements over policy, like what to do with the ringgit peg, the final
straw seems to have been the government's purchase of shares in
Malaysia Airlines at double the market price, and the bailout of a failed
telecom share offer using public pension funds. Both deals came under
Daim's purview as finance minister, and both provoked huge public
outcries. Daim did not attend the UMNO general assembly. He apologized, saying
he would be out of the country. Cool heads in the Malaysian political
cauldron say both he and Mahathir have too much to lose to take
matters further. There will be no arrest, no trial, no tit-for-tat. "Daim is
not by nature a fighter," says Chandra Muzaffar, an academic, now
deputy president of the opposition Keadilan party. "Out of office, he will
do what he is told." Often it takes a crisis to reveal flaws in the system,
Daim once mused. Mahathir may have decided Daim is the flaw.
|