Laman Webantu KM2A1: 4814 File Size: 31.8 Kb * |
PAKU B4: Ucapan Penangguhan si Raja Penyangak By Tengku Mazlan 24/6/2001 8:48 pm Sun |
[Berikut antara ucapan Mahathir yang menghentam banyak
pihak - lebih-lebih lagi parti PAS dan Suqui. Turut disentuh
ialah isu al Maunah dan krisis Nanyang. PAS dikatakan ingin
membunuh Umno kerana kununnya kafir tetapi yang peliknya
al Maunah yang mahu dikaitkan dengan PAS tidak membunuh pun
orang Umno. Tetapi siapa yang membunuh banyak ahli PAS di
Memali? Malah ada banyak pembunuhan ke atas ahli PAS dilakukan
secara misteri tanpa ada sesiapa tertangkap sampai hari ini.
Kita sudah catatkan di KM2 Umnolah pembunuh di Memali mengikut
sumber dalaman rahsia polis sendiri. Malah pemimpin Umno
membunuh ahli dan rakan seperjuangan sendiri - apakah ini
contoh yang mahu diteladani? Umno juga menghukum dan mengaibkan
seseorang tanpa bukti syarie - apakah inipun mahu dicontohi? Dan
wanita Umno bertudung dengan rambut terjulur sedangkan itu menyalahi
tuntutan ugama - adakah ini juga perlu diikuti?
PAS, jika silap pun cuma ahlinya yang pasti ada yang tidak betul
di mana-mana. Apa yang penting ialah pegangan yang termaktub di
dalam perlembagaannya. Inilah yang perlu dinilai - bukannya individu.
Kalaulah PAS memang mengkhianat dan menyeleweng mengapa majlis fatwa
tidak mengutuknya sahaja dan mengapa pertubuhan Islam se dunia
mengiktirafnya pula? Mengapa tidak Umno sedang Umno beria-ria ia
hero Bosnia? Bukankah presiden Umno inilah yang mengizinkan rakyat Iraq di hujani
bom sehingga menderita sehingga hari ini? Inikah contoh seorang
pemimpin Islam yang perlu dicontohi atau seorang yang haprak dan
sudah tidak sedarkan diri? Catatan oleh: Tengku Mazlan 'Ada pihak berkata persidangan kurang bersemangat kununnya
tidak begitu ghairah berbanding tahun yang lepas. Memanglah
kalau dipandang di satu sudut, iaitu daripada sudut mengecam
parti sendiri, tahun ini memang sunyi. Tetapi, kalau diambil
kira kecaman terhadap orang yang patut di kecam - musuh parti
- tahun ini, ucapannya amat bersemangat. Saya ucap tahniah
terutama kepada mereka yang bercakap berkenaan tajuk agama.
Saya kagum dengan mereka dengan Bahasa Melayu, Bahasa Arab dan
Inggeris. Saya ingin beri amaran kepada mereka yang berminat
menjadi pemimpin UMNO pentingnya menguasai tiga bahasa itu.
Kerana kita tahu tokoh-tokoh Islam zaman silam, mereka pakar
dalam berbagai bidang; matematik, astronomi, perubatan dan di
masa yang sama cekap dalam bidang agama. Dengan itu apa yang
mereka katakan lebih mudah diterima oleh penganut Islam. Saya
lewat sikit, tapi cuba belajar banyak untuk mengetahui setakat
mana PAS sanggup bohong. Memang apa yang dikatakan PAS memang
fitnah dan pembohongan. 'Saya ingin minta maaf kepada ahli kerana ego saya. Saya kata
ego saya apabila disebut tentang 'presiden yang disayangi,'
tak payahlah puji presiden. Yang dipuji bukan Mahathir tetapi
presiden UMNO. Presiden UMNO perlu dipuji dan mungkin ditaati.
Yang kedua lebih penting kerana patuh akan arahannya maka
segalanya akan selamat melainkan kalau kita pilih presiden
kerana dapat sogokan yang disebutkan. Jangan pilih pemimpin
yang menghulur derma kepada kita. Dengan itu kita dapat
tentukan presiden kita dapat kita taati.
'Taat kepada presiden penting kerana saya tertarik ucapan
wakil Kelantan yang berkata: 'Para wakil berpeluang memilih tiga tahun sekali, presiden
boleh pilih hari-hari' Memang benar dan dia tentu tahu perkara ini. Apabila dia kalah
menjadi MT saya pilih dia sebagai MT yang dilantik. Apabila
kalah pemilu saya ambil dia ahli Dewan Senget. (Dewan Senat
sebagai senator). Dari dewan senget dia jadi setiausaha
parlimen, lepas itu dua bulan sahaja menjadi timbalan menteri.
Itulah kuasa perdana menteri dan presiden parti. Baginya
pilihan ini tepat dan cukup baik. Dia tak tahu apabila saya
pilih dia banyak orang komplen. Apa pilih ini tak kena.....
masalah presiden pilih orang tak kena. Tak pernah yang saya
pilih kena pada semua orang. Selalunya saya pilih calon
pilihanraya (pemilu), semua orang yakin dia tak boleh menang.
Saya pilih kerana ada orang yakin dia boleh menang. Dia
berusaha agar calon itu akan kalah kerana mahu kata 'tengok
presiden tak pandai pilih calon!! Bukan kita tidak bantu. Dia
sabotaj...... itu sebab kalah. Kalau pilih dia..... yang ini
pun sabotaj. Inilah masalah, dan saya mempunyai pengalaman 10
tahun sebagai ketua perhubungan sebuah negeri terkenal. Semua
pilihan saya tak kena. Bila tak kena ditentukan supaya kalah.
Nak kalah tak susah, nak menang yang susah. Bukan kerana parti
lawan kuat. Saya tidak fikir orang yakin orang PAS itu
perjuangkan Islam. Macam dia buat bertentangan Islam, ramai
orang yang mahu menyokong orang ini. Kerana orang kita
sabotaj, yang lebih teruk lagi sokong parti lawan, untuk
tentukan pilihan presiden tak tepat. 'Parti lawan lebih dari tongkoi (tunggul) kayu. Mat Sabu....
Ulama Al Uztaz Ahmad Sabu yang berkhalwat kes yang terang
sekali. Dia dilihat oleh 4 orang pegawai jabatan agama yang
tidak ada dosa besar sebagai saksi, terlepas juga. Itulah
undang-undang PAS setelah 4 orang bagi bukti. Orang yang macam
ini menang dengan lebih undi. Campak di Kuala Kedah menang
kerana puak ini taksub dengan puak mereka. Jenis macam ini pun
mereka akan sokong. Orang UMNO (yang) baru sahaja menyeberang
masuk PAS dipilih calon..... menang. Macam jenis manusia yang
tak ada otak, tak boleh fikir semua kalau jadi calon PAS
menang. 'Di sini presiden yang disayangi ini memilih calon, ada yang
kata: 'calon tak kena kerana tak kami sokong. Bukan kami tak
kuat semangat, kuat...... (sampai kedut muka bila cakap), kami
tidak boleh terima orang ini. 'Parti PAS boleh gunakan tongkoi kayu. Ada sekali dia bawa
kasut calon keliling, menang lagi. Saya pilih orang UMNO
sebagai calon.... boleh kalah. Sebab itu kalau nak tentukan
parti menang janganlah sayang presiden sahaja. Taatilah arahan
presiden. Presiden tidak ada kepentingan lain melainkan
memberi kepentingan kepada parti sahaja.. Saya ingin orang
yang saya pilih tak bagi satu sen pun. Dulu yang menentang
saya pun saya pilih. Saya tidak kira asalkan dia berjiwa UMNO
berjuang untuk UMNO. 'Walaupun saya terkilan dulu, yang terkilan Dr. Mahathir,
presiden tidak boleh terkilan. Saya tidak ada kepentingan
apabila memilih seseorang menjadi calon saya mintak kita semua
berikrar supaya calon yang kita pilih tidak ada lagi soal
dibangkitkan sama ada dia sesuai ataupun tidak. (Betulkah
tepuk.. kalau betul semua bangun... Alhamdullilah... segala
puji bagi Allah...... pemerhati juga bangun). Kalau ada
semangat ini 2004 kita sapu bersih. Dan kita akan tawan balik
Terengganu dan Kelantan. Jangan ada soal lagi kerana saya
telah fikir habis-habis dan sebelum saya tentukan siapa calon
mungkin tidak baik kepada sesuatu orang, pada orang lain
mungkin baik. Saya minta disokong sama ada dia terdiri orang
kesayangan kita ataupun tidak. Apakah dia calon UMNO ataupun
tidak, rakan kita, demi kepentingan UMNO yang menerajui BN
kita akan memberi kemenangan kepada mereka. Inilah makna
sayang kepada presiden, taatlah kepada Presiden. Tak payah ada
jawatan, Bila kita kata jangan guna wang politik, dalam
pengadilan tetap ada perasaan tidak adil kepada yang kena
hukuman. Kalau kita ada dalam tenterea kita berperang akan ada
askar di barian hadapan dan ada di barisan belakang. Tentu
yang di depan berasa teraniaya. 'Apabila pertempuran, yang cedera ialah di hadapan. Untuk
menang mesti ada barisan hadapan, kalau ini tidak adil '
sarjan saya mahu pergi ke belakang' dan terus lari....
habislah pasukan itu. Pasukan akan kalah dan dia menjadi
mangsa sebab yang di belakang, apabila yang depan gugur, yang
belakang ambil tempatnya. Inilah caranya dalam penghakiman
juga ada hukuman yang ternampak tidak adil. Kita tidak boleh
yakin semua hukuman kadang-kadang tidak adil. Sehingga ada
orang yang tidak membunuh ada yang dihukum gantung. Sejarah
dunia kita tidak ada keadaan yang tidak cacat sama-sekali.
Mungkin ada yang cacat, kita beri peluang untuk dirayu, jangan
tak senang hati itu nasib kita yang ditakdirkan.
'Segala yang dibuat harus diterima kerana kita sayang
disiplin dan kebersihan parti amat penting kepada kejayaan.
Kalau persepsi orang lain UMNO dipimpin terlibat rasuah mereka
tidak akan memberi sokongan dan undi kepada calon UMNO. Kita
tidak boleh menang dengan 3 juta ahli Umno. Kita perlu
mendapatkan simpati orang luar dengan buktikan kita parti yang
bersih, bergerak semata-mata kerana bangsa, agama dan tanah
air dan tidak lain dari itu. Percayalah, apabila kita kikis amalan tidak baik, ada
sokongan orang luar; lebih ramai akan menyertai UMNO. Saya
yakin tahun depan kalau Najib menjalankan urusan mendaftarkan
lebih ahli UMNO kerana persepsi mereka inilah parti yang
memperjuangkan nasib mereka. Tuan-tuan dan Puan-puan, Saya telah membuat ucapan yang panjang dan lama. Saya ambil
masa, sehingga saya panik kerana tidak datang ilham. Sudah 19
kali, idea baru cukup susah. 'Last minute' (saat akhir) dia
datang dan saya harap ucapan saya ini dapat difahami. Namun
demikian saya berasa ada yang tidak begitu faham maksud saya.
Saya berpendapat, orang Melayu mempunyai kebolehan sama dangan
kaum lain. Yang menyebabkan kita ketinggalan pelajaran,
ekonomi dan lain-lain bidang kerana kita tidak berusaha
secukupnya. Tidak ada alasan lain: kemasukan unviersiti 80%
wanita, 20% lelaki. Kita tidak percaya lelaki begitu bodoh.
Cuma satu per empat daripada kecerdasan wanita, lelaki
berkelulusan rendah kerana mereka tidak belajar. Sekolahnya
sama, bilik darjah sama, alatannya sama, bukunya sama, gurunya
sama, kenapakah kelulusan begitu rendah. Kerana mereka tidak
belajar kerana berbagai sebab. Tetapi, tak kurang hanya
kadang-kadang malas. Nak belajar bukan susah. Apa yang kita
buat, kita boleh pandai kalau buat berulang kali. Itu naluri
manusia kalau kita buat berulang kali kita akan cekap. Kalau
tak buat langsung kita seperti ramai pelajar lelaki yang tidak
belajar sama-sekali. Itu sebabnya kelulusan mereka tidak
tinggi. Saya dengar cara yang mudah oleh wakil Kedah, supaya makan
telur pagi-pagi. Saya kagum dengan ucapannya yang lain. Yang
itu tidak boleh terima. Dengan makan telur boleh cerdas otak,
saya derma telur banyak-banyak. 'Jangan makan nasi lemak.
Bangun pagi-pagi makan telur jangan makan nasi lemak.'
Teruklah orang jual nasi lemak, dia rugi kita pun tidak
pandai. Sebenarnya tidak ada jalan yang mudah - kita mesti
tekun belajar. Bangun pagi buka buku; baca dan baca. Kita
tidak tinggal ibadat kita. Jangan pergi dengar syarahan
politik PAS; tidak akan menolong kita bidang agamapun. Ulang
segala kerja-kerja rumah yang kita perlu buat. Saya yakin
kalau diulang-ulang lepas sekolah balik terus tanpa pergi
pusat beli-belah, penuntut lelaki akan mendapat kelulusan dan
melayakkan diri mereka. 'Saya tidak minta kuota 55, orang lain 45 persen. Bukan baik
sangatpun. Kalau dijumlah IPTA dan IPTS kita hanya dapat 25
peratus, jalan yang senang ialah kuota.
Sebenarnya kalau kita lulus 100 persen dia terima kerana mahu
fulus. Tidak ada kuota, Siam, ataupun Kazakstan, bila ada
duit, mereka sanggup terima. Tetapi yang penting ialah
kelulusan. Kalau cukup tinggi, kita sanggup beri biasiswa
supaya boleh masuk. Kalau kelulusan tidak tinggi takkan kita
tak boleh dapatkan lebih dari 55 persen. Yang menjadi masalah
untuk Melayu, kita kena turunkan paras kelulusan yang cukup
rendah. Kalau ada paras yang sama kita dapat hanya 25 persen.
Ini bererti kualitinya rendah. Honours Kelas Pertama orang
kita tidak boleh (dapat). Apakah dia tidak boleh dapat 10 A'
Saya tidak percaya kalau mereka tidak berjaya. Kena belajar
siang dan malam. Dulu kampung tidak ada lampu. Kini, emak pun
tidak makan sirih dan dia dia gosok gigi dengan colgate. Emak
pun tak kacau anak lagi, Saya yakin kita boleh.. Itu mesej
yang saya sampaikan...... tidak ada 'shortuct' dan jalan
mudah. Kalau kita cari jalan mudah, dalam bidang ekonomi,
perusahaan, pelajaran sama sahaja. Orang Cina pandai kerana
dia belajar. Kita perkenalkan sempoa orang kata kita kacau.
Saya tengok bagaimana mereka lebih cepat daripada calculator.
Suruh dia darab 12 angka kali 12 angka. Cepat daripada
calculator. Orang Cina boleh buat, Melayu pun boleh buat
'mental arithmetic' yang lain. Bermakna potensi kita ada,
yakinlah kita boleh dan berusahalah.
Semua orang UMNO ada anak belaka, lima orang setiap kelamin,
takkan tak boleh kut. Yang nak beranak bukan suami, si
isteri...... Nyanya orang lain tidak dapat. Selama satu jam
lima puluh minit itulah mesej saya. Tinggal lagi belum berdiri
atas kepala. Selain masalah itu, ramai kita tidak menumpukan pelajaran
bidang yang penting zaman ini. Kita hadapi masalah PAS yang
nampak undi sahaja. Daripada tadika mereka ajar anak mereka
benci UMNO dan jangan belajar benda-benda yang sekular,
pelajaran orang kafir. Kita sebagai Islam patut belajar agama
sahaja. Kalau belajar perkara lain masa mesti ditumpukan
kepada syarahan agama, inilah penghalang kepada pencapaian
orang Melayu yang berbakat. Mereka menghalang kejayaan Melayu.
Saya dapati setelah teliti negara Islam yang lain kenapakah
negara Islam mundur hari ini dan mudah ditindas oleh kuasa
besar. Sebabya apabila ada pemerintah yang cuba memodenkan
negaranya memperkenalkan ilmu yang dianggap penting untuk
pembangunan negara, akan muncullah satu kumpulan menentang
usaha ini kerana kononya usaha ini tidak Islam.
Semasa saya kecil, perbahasan yang hangat ialah sama ada lampu
elektrik boleh dipasang dalam masjid. Mayat mesti diusung
kerana kereta ada enjin kepunyaan kapiak (kafir). Ini menjadi
amalan bertahun-tahun sehingga barat tinggalkan kita. Sekarang
ini kalau ada negara Islam yang mahu maju, akan muncul
kumpulan yang menentang sehingga membunuh yang cuba memajukan
negara kita. Itu sebab kita lihat apa yang berlaku di Mesir,
Algeria, dan negara Islam. Akan muncullah orang ini yang
sanggup sehingga membunuh kalau tidak ikut tafsiran Islam yang
mereka buat. Ada kumpulan mazhab yang percaya menjadi
tanggungjawab orang Islam lain yang mereka anggap tidak Islam.
Untuk membersihkan Islam, mereka perlu membunuh orang Islam
yang tidak mengikuti tafsiran mereka. Inilah kumpulan yang
meminjamkan perkataan 'Asssin' (assassin) kerana dikatakan
kafir. Apabila PAS berkata UMNO kafir mereka buat tuduhan
kerana ingin menentang segala usaha UMNO menjadikan orang
Melayu dan Islam sebagai satu bangsa yang mampu bersaing
dengan bangsa maju yang lain. Ini adalah sekular, kafir, orang
UMNO adalah kafir, halal bagi mereka tentang kafir. Sudah ada
kumpulan yang sudah sanggup mencuri senjata dengan tujuan
menjatuhkan kerajaan dengan guna kekerasan. Ini kesan supaya
darah UMNO dihalalkan kerana meraka tidak berprinsip.
Kita tidak boleh anggap perkara ini ringan kerana mereka ada
tujuan tertentu apabila mengkafirkan orang UMNO. Mereka sudah
bermula. Kita lihat apabila al-Maunah sudah bergerak. Kita
berjumpa orang yang dapat latihan di negara tertentu untuk
membunuh dan buat huru-hara. Ini adalah permulaan kalau tidak
dihalang ia akan berkembang. Ada yang percaya membunuh orang
UMNO adalah halal kerana UMNO kafir. Inilah yang sekat
kemajuan Islam. Akan muncullah kumpulan yang mendakwa orang
kafir dan darah mereka dihalalkan. Dengan itu tidak ada negara
Islam yang mungkin maju. Kita jadi negara lemah yang mudah
ditindas. Itu sebab orang Islam dibunuh di Kosovo, Palestin,
Iran, Iran dengan mudah oleh musuh Islam dan oleh Islam
sendiri yang percaya mereka bukan islam. Orang seperti PAS dan
kumpulan kemajuan negara Islam mereka adalah pengkhianat
kepada orang Islam dan negara Islam. PAS mengkhianati orang
Islam, dan mengkhianati negara Islam. Dunia mengikhtiraf
negara ini sebagai negara Islam yang menjadi contoh. Tetapi
PAS sebagai pengkhianat cuba menidakkan keislaman kerajaan ini
kerana kerajaan ini sekular, Jawab Haji Hadi kerana kita
gunakan sistem pentadbiran yang ditinggalkan penjajah dulu -
'civil court' (mahkamah sivil) dan bukan mahkamah syariah.
Inilah jawapan Haji Hadi kerana kita gunakan sistem
pemerintahan penjajah dulu. Saya nak tanya apakah dia hapuskan mahkamah sivil itu ataupun
tidak. Kalau kata baca Harakah dalam BAHASA Inggeris, bukan
untuk orang kampung. Apa jawapannya, dalam HARAKAH? Ini adalah
wawancara eksklusif oleh Malaysiakini - Zakiah Koya. Satu
soalan yang ditanya. ? 'If Terengganu were to become Islamic
State, would it be like Taliban in Afghanistan'?. Apa
jawabnya? 'The source and guide of an Islamic state is not Iran or
Taliban but Quran and hadis. The environment is different from
ours and we have to be aware, furthermore the population is
100% muslims whereas we have non-Muslims in Malaysia.'
Jadi dulu, mahu hukum hududlah, dah ni.... lain pulak. Kononya
ada komposisi yang bukan-Islam, ada mahkamah sivil...... bila
kami dirikan kerajaan tidak akan ada mahkamah sivil. Lepas itu
kita mahu tahu DAP sokong ataupun tidak. Dia syok DAP sokong,
nak ambik hak Melayu dan istimewa dalam Koran tak ada.
Sekarang ini boleh, pensyarah ini sudah bercerita. PAS sanggup
jual apa sahaja yang dimiliki oleh orang Melayu untuk dapat
undi Cina . Kalau Suqui kata samakan agama Islam dengan agama
lain, PAS terima...... bahasa apapun PAS terima. Tak ada
larangan bahasa Cina, kerana dia hendak bahasa Melayuu di
kebelakang sekali. Macam-macam janji dia buat. Bila kita minta
adakan perbincangan, dia kata mahu perpaduan nasional. Dah
nampak undi Cina kalau hancur orang Melayu tak mengapa asalkan
dia dapat undi orang Cina. Kalau Suqui dan persatuan guru dia
sokong sanggup beri hak Melayu kerana nak tempat di dunia dan
bukan akhirat. Dalam pilihanraya 1999 DAP kalah teruk seperti
yang mereka tidak pernah kalah dulu. Buat kali pertama Lim Kit
Siang dan Karpal Singh kalah kerusi parlimen dan Dewan
Undangan Negeri, bererti orang Cina tolak DAP. Apabila Cina
tolak DAP hari ini, DAP akan buat apa sahaja untuk menarik
balik sokongan Cina dan sekat sokogan Cina kepada BN dan
khususnya kepada perdana menteri. Rupanya ada hak istimewa
orang Cina ini?. 'Saya tidak boleh sebut sesuatu......... Ada akhbar Cina di
sini sila lapor dengan benar dan jangan putar belit.
Apabila Suqui telah menuntut hak istimewa dihapuskan dan
agama Islam disamakan dan ada lagi 83 tuntutan mereka; saya
buat ucapan bahawa tuntutan mereka sama dengan komunis. Mereka
mendakwa dan mengapikan perasaan Cina supaya menentang
kerajaan dan benci kerajaan terutama Nanyang Siang Pao dan
China Press supaya orang Cina bencikan saya dan bencikan BN
dengan harapan mereka akan kembali memberi sokongan kepada
DAP, Suqui, Guru Sekolah Cina....... 'Mereka mainkan isu supaya timbul kebencian kepada saya.
Apabila kita cuba pindahkan sekolah Cina Damansara kepada
tempat baru, ini jadi isu. Kerajaan dihentam kenapa
dipindahkan sekolah walaupun majoriti bapak minta dipindah.
Kerajaan dikatakan zalim kepada pelajaran bahasa Cina. Apakah
ini benar? Apabila dicadangkan sekolah wawasan kerana sekarang
ini sudah tumbuh bandar baru yang tidak ada sekeratpun orang
Melayu. Kalau ada sekolah Cina di bandar baru ini, anak-anak
Cina tidak berdamping dengan Melayu dan India. Itu sebabnya
sekolah wawasan yang dijadikan isu yang diperbesarkan oleh
Nanyang dan Cina Press setiap hari. Tuan-tuan dan Puan-puan. 'Hanya Malaysia sahaja yang membenarkan sekolah Cina
diadakan. Tidak ada sekolah Cina di Indonesia, tidak ada di
Filipina, di Siam, di Burma. Tidak ada di Kambodia, di
Vietnam, Laos, di Australia. Tidak ada di England, New
Zealand, di Amerika ....di Kanada. Hanya di Malaysia dengan
pembiayaan kerajaan sendiri. Ini Mat Salleh daripada Australia
dalam mesyuarat agung nak tengok kita, siapa lebih adil.....
dia ataupun kita. Kenapa tidak dibenarkan di Australia
sedangkan bilangan Cina sudah ramai. Di sana merea terpaksa
bercakap Inggeris stail sana. Mereka kata: 'Rain in Spain
Falling Heavily In the Plain...' Orang Australia kata : "its a
gud dai tudai" (Its a good day today (dengan bunyi good die to
die) kenapa paksa orang ini belajar Bahasa Inggeris biarlah
ada sekolah Cina yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka begitu
liberal kita beri segalanya. Inilah negara yang begitu liberal
sekali. Dalam usaha mereka untuk memburukkan imej kerajaan yang
anti-Chinese mereka sekarang ini kaitkan soal Nanyang yang
dibeli oleh MCA kerana saya yang suruh. Kenapa? Supaya orang
Cina akan marah kepada saya dan kerajaan. Apabila marah,
kerajaan sokonglah DAP? Inilah tujuan mereka. Kerana mahukan
sokongan orang Cina mereka kaitkan saya dan kerajaan. Saya
akui MCA tanya apakah boleh beli saya kata boleh 'no problem.'
'The Chinese community does not want..... Harakah kata Utusan
dimiliki saham oleh UMNO, memang secara tidak langsung. Kalau
kita boleh beli kenapa MCA tidak boleh beli' Rupanya akhbar
Cina mesti bebas. Itu hak istimewa kalu MCA mahu beli belilah
kalu nak jual juallah. Ini kononnya orang Cina tidak benarkan MCA beli akhbar Cina.
Kenapa tidak boleh? Apa ada dalam akhbar Cina, apakah ada
benda-benda yang kita tidak tahu. Kita tak reti Bahasa Cina,
apakah adil kalau kita kawal utusan supaya jangan keterlaluan
apabila berhadapan dengan ketengangan Melayu-Cina tetapi
mereka tidak kawal akhbar mereka apabila bangkit perasaan
kebencian kepada orang Melayu? Bukan kita suruh ambil semua.
Ambillah sikit, tetapi apakah tidak boleh dimiliki oleh parti
politik Cina. Ini yang dikatakan masyarakat Cina tidak setuju.
MCA 100 persen China. UMNO ada juga Cina. Jadi orang Cina mahu
pilih apakah tidak boleh. Saya kempen untuk Ling tetapi saya
amat kesal. Mereka akan 'whip' perasaan orang Cina membenci
kerajaan. Mereka tidak dapat sokongan semua seperti di Lunas
mereka bangkitkan perasaan Cina terhadap kerajaan. Kita kalah
kerana peranan yang dimainkan oleh Nanyang dan China Press
untuk menimbulkan kebencian pengundi terhadap kerajaan. Mereka
pentingkan pendapat bebas tetapi tidak pernah sokong
kerajaan. Jangan main isu ini dan jangan libatkan saya dalam perkara
ini. Surat khabar Cina boleh bebas seperti lain, kalau kamu
main isu perkauman.... Kit Siang di satu pihak peluk Nanyang dan satu pihak peluk
Hadi. Hadi peluk Kit Siang tapi satu pihak peluk Islam ternak
babi... dah tipu orang Melayu ni nak tipu Cina pulak. Saya
terus terang. Dengan orang Melayu saya marah, dengan orang
Cina saya marah. Apabila saya tergur UMNO dan Melayu yang
keterlaluan orang Melayu tak kata Dr. Mahathir anti-Melayu.
Kenapakah akhbar Cina apabila saya sebut Suqui satu kumpulan
kecil kenapa itu dibangkitkan sebagai saya kecam orang Cina
keseluruhannya? Saya banyak kawan Cina.. Menantu saya pun
Cina. Saya bukan anti-Chinese tetapi saya mahu keadilan untuk
orang Melayu dan rakyat Malaysia. Kita mesti bebas dan adil.
Tuan-tuan dan Puan-puan, Saya cuba jelaskan pendirian kita. Saya katakan ini pendirian
saya dan parti UMNO. Setiap tahun kita mengadakan mesyuarat
agung yang merupakan peristiwa yang terpenting dan terbesar
untuk parti. Di sinilah kita berjumpa dan membahas masalah
berkaitan parti, agama dan negara kita. Ia penting dan saya
anggap antara ucapan yang saya buat setiap tahun yang
terpenting dan terbesar ialah ucapan kepada UMNO. Setiap kali
saya cakap ada mesej kepada UMNO untuk kebaikan. Saya telah
berleter belum nyanyuk lagi, bolehlah lagi dua jam, tahun
depan saya janji tiga jam. Saya hendak minta ahli UMNO dan
Melayu supaya kita kenalkan masalah dan sebab-sebab kita
gagal. Kenalkan kelemahan yang ada dan buat resolusi bukan
untuk kerajaan laksanakan tetapi untuk diri kita apakah yang
perlu kita buat yang boleh menyumbang kepada agama, bangsa dan
negara. Banyak yang boleh kita buat. Kita harus akui kita
tidak bekerja begitu kuat. Kita mesti kerja kuat, tidak ada
jalan mudah. Kita mesti berusaha bertubi-tubi, jatuh kita
bangun lagi. Insya Allah satu hari kita akan berdiri tinggi di
kalangan bangsa yang lain. 'Hari ini bukanlah sesuatu yang terjadi begitu sahaja. Yang
begitu ramai wakil parti lain datang melihat upacara mesyuarat
agung tahunan kita. Mereka datang kerana kagum dengan parti
dan kerajaan yang diterajui oleh parti. Mereka memuji Malaysia.
Sampai 'naik asap' kata orang Kedah secara ikhlas. Saya
berjumpa wakil parti asing dan bertanya apa lagi yang perlu
mereka buat untuk bangunkan negara mereka supaya jadi seperti
Malaysia ini. Mereka ucap terimakasih kerana bantuan yang kita
beri Bosnia Harzegovina. Kita hantar duit kita untuk tolong
mereka. Tetapi apabila kita tahu ada orang Islam kita hantar
askar ke sana mereka berterima kasih. Di Sudan adalah sebuah
negara yang begitu miskin; tanah padang pasir yang ada,
kononya ada minyak sedikit. Mat Salleh taksir banyak 10,000
tong sehari. Lepas itu Mat Salleh tidak dibenarkan bekerja
kerana Sudan diiktiraf sebagai negara pengganas. Kita hantar
Petronas dan hari ini mengeluarkan 200,000 tong satu hari.
Mereka datang untuk mengucapkan terima kasih kepada kita. Kita
tidak sangka Malaysia boleh tolong orang. Dulu kita ingat kita
bodoh, tidak ada upaya. Kita lihat orang Petronas yang
kadang-kadang kita kecam, sanggup hidup di padang pasir dengan
bahaya serangan selatan menolong Sudan. Hari ini minyak
menjadi punca pendapatan negara. Kita mengeluarkan gas di
Algeria di tengah padang pasir. Petronas berada untuk bekalkan
gas ke Eropah. Mereka kagum dengan Malaysia sebab itu mereka
datang. Kita boleh sampai setakat ini.. 'Untuk maju 2020 kita tahu bagaimana untuk melakukannya. Kita
tahu dan sudah rancang dan punyai pengalaman. Kuala Lumpur
adalah sebuah bandar negara maju. Kita mahu kembangkan ke
seluruh negara kita. Datang orang asing kata saya ini
membohong. Mereka kata kita sudah menjadi negara maju. Lihat
KL. Betul saya perlu lihat di kampung kerana belum maju kerana
belum membangun. Kita bekerja keras, perlu menguasai segala
ilmu termasuk IT yang mesti kita kuasai. Bukan susah untuk
ambil cangkul. Cuma picit jari ini sahaja. Tak bolehkah?. Saya
nak mintak, saya nak merayu, tak payah baca doa. Saya mahukan
UMNO pembawa obor untuk memajukan bangsa Melayu supaya bangsa
kita mempunyai potensi menjadi bangsa yang maju. Saya yakin..
Sejak kita memerintah dalam jangka masa 15 tahun, enjineer
(jurutera) Melayu dapat bentuk kereta proton tanpa pergi ke
Jepun. 'Petronas adalah sama 'the majors' seperti Shell, Caltex,
Esso, BP dan lain-lain. Dunia anggap Petronas sebagai sama
setaraf kerana itu Petronas diundang. Arab Saudi ada Nasional
Oil Corporataion hanya Petronas yang pergi kepada 25 negara
kerana kita mampu mencarigali, transport (angkut) minyak. Buat
'pipeline' tanker, dan berniaga...... daripada Argentina di
selatan sehiggalah Australia. Kita boleh buat esok kita lebih
boleh kalau berusaha. 'Timbullah semangat kepercayaan kepada diri sendiri bahawa
kita boleh buat. Kita adakan seminar 'Takkan Melayu Hilang Di
dunia'. Maka bercakaplah mereka berkenaan bangsa Melayu. Apa
guna 'Tak Hilang' kalau jadi kuli orang. Mesti jadi 'master of
themselves - tuan kepada diri sendiri. Kita suruh orang Melayu
capai Mount Everest. Itu orang negara sejuk yang berjaya. Ini
kali pertama orang negara tropika sanggup panjat, kecapaian
kita lebih tinggi daripada mereka. Kita boleh buat apa
barangpun. Tengok microchip oleh Malaysia, Sekarang ini ada dua
syarikat sendiri (salah satunya ialah) First Silicon, ..ada
dua milion 'switches' pada sekeping chip. Orang Melayu yang
buat. Apalagi yang kita buat untuk kata, kita boleh... Mesti
berusaha. Jangan...makan telur banyak..
Anak-anak kita suruh dia baca buku buat kira-kira di rumah.
Saya hendak cerita sedikit yang nasib tak baik. Ayah saya
seorang guru walaupun akhirnya dia jadi juruodit kemudiannya.
Saya cukup takut kepada dia. Bila balik, dia batuk...... kami
lari ke meja baca buku sampai pening kepala kena pakai cermin
pada 12 tahun. Saya takut walaupun kemudian dia baik dengan
saya. Laa ni kalau cikgu buat begitu, ada komplen pada polis.
Master Hassan, adalah seorang guru saya yang kuat mencubit.
Rotan kayu 'rule' kalau silap sikit. Tapak tangan sampai tak
boleh genggam. Zaman dulu tidak ada kuota bumiputra. Nasib
baik boleh pergi belajar jadi doktor. Takada biasiswa.
Sekarang, kalau kurang. jadi masalah. Saya diberi elaun 25
ringgit sebulan. Panggil interview, mereka tanya berapa ayah
hantar sebulan, saya kata 15 ringgit, depa potong 15 ringgit
biasiswa itu. Begitu halnya dengan biasiswa isteri saya.
Sekarang ada pelajar simpan pembantu rumah untuk membantu.
'Saya rayu dan minta....... kita UMNO adalah orang di barisan
hadapan. Perjuangan melayu bukannya (seperti) PAS. PAS
pengkhianat, penipu bagi orang Melayu. Kita adalah contoh, kita
mahu tunjukkan kepada orang Melayu apa yang Melayu boleh buat.
Kalau kita berdisiplin dan berusaha. Jatuh dan bangun kerana
mahu beri kejayaan. Bangsa kita beragama Islam Pencapaian
orang Melayu bereti pencapaian Islam. Kita mesti berjuang
untuk bangsa dan agama kita. Sebagai pemegang obor perjuangan
Melayu UMNO mesti sanggup membuat segalanya untuk menjayakan
bangsa kita ini. 'Saya minta sekali lagi berdisiplinlah kita. Tanpa disiplin
kita tidak boleh menang. Saya tidak mahu mengata orang Arab.
Orang Arab tidak boleh perang. Mereka panggil kita makan
tengah hari. Sampai pukul empat tak makan lagi. Kalau ada
perjumpaan sebelas pagi, pukul dua jadilah kerana tidak ada
'timing' (ketepatan waktu). Bila dia rancang serang Yahudi
pukul sembilan pagi ada pasukan dia serang pukul sepuluh, ada
serang pukul sebelas......., dua belas..... dan ada yang
postpon (tangguh) hingga esok hari. Macam mana mahu menang?
Arab tidak boleh lawan Yahudi. Disiplin penting. Kalau kita
akur ataupun patuh arahan Presiden parti, bukannya Dr.
Mahathir... 'Saya tidak penting, satu hari Paklah boleh jadi presiden.
Insya Allah kita akan capai kejayaan. Saya sudah cakap panjang
lebar. Ada satu hamba Allah suruh saya baca sikit. Sajakkah
yang ada kaitan dengan tajuk ucapan saya - Melayu Mudah Lupa'
Melayu Mudah Lupa ....Tamat..... -Tengku Mazlan- bersambung........ |