Laman Webantu KM2A1: 4815 File Size: 13.3 Kb * |
TAG SP 181: Salahdorong Bayangi Perutusan Raja Penyangak By Gerald P. McAlinn 24/6/2001 10:20 pm Sun |
[Mahathir mencemuh globalisasi kerana beliau terasa
tergugat oleh kesannya nanti. Apa tidaknya dia memenjarakan
orang tanpa bukti termasuk rakyat kecil seperti Sobri.
Dia bebas bercakap di universiti luar walaupun itu tidak disukai
ramai orang di sana termasuk pengasas universiti itu sendiri
tetapi rakyat negara sendiri tidak berhak untuk berucap pula.
Nyatalah Mahathir tidak berprinsip di sini. Baik dan buruk tetap
berada di mana-mana kerana itu sudah lumrah dunia. Tidak perlu
takut jika kerajaan memang baik dan syarikat Malaysia memang hebat
belaka. Nampak jelas kehebatan itu sebenarnya gempak sahaja dan
kerajaan menindas rakyat yang ada. Sunday Editorial The Japan Times June 24, 2001-06-24
(Abuses Overshadow Mahathir's Message)
Oleh: Gerald Paul McAlinn Baru-baru ini Perdana Menteri Mahathir Mohamad telah
memberikan ucapan-tamanya pada siri U Thant Lecture atas tajuk
'Globalization, Global Community and the United Nations'
(Globalisasi, Masyarakat Sejagat dan Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu). Hadirin yang datang telah memenuhi bilik syarahan di
United Nations University di Tokyo, sehingakan ada yang terpaksa
berdiri. U Thant, adalah seorang negarawan Myanmar yang pernah
berkhidmat sebagai setiausaha agong PBB daripada 1961 hingga
1971. Beliau telah bertanggungjawab dengan penubuhan UN
University itu. Sudah tentu dia tidak berapa selesa mendengar
ucapan Mahathir. Mahathir telah menjadi perdana menteri Malaysia sejak 1981.
Ucapannya menyerlahkan betapa dia tidak menyenangi globalisasi,
setidak-tidaknya dalam bentuk yang ada sekarang ini. Mahathir
berpendapat bahawa globalisasi adalah satu tanggapan yang idealistik,
yang pada tahap awalannya penuh dengan janji-janji, yang sudah
pun bertukar menjadi basi. Usaha meransang pasar terbuka adalah
satu ancaman kepada kedaulatan negara. Segala usaha untuk
diwujudkan ketelusan dan pembubaran peraturan lama adalah
merupakan kod kapitalis yang tidak akan menetapkan pentadbiran
yang tegap. Jelas, Mahathir sudah semakin mencelaru disebabkan
masalah ekonomi yang menghenyak Malaysia dan beliau merasa
tergugat oleh kehendak dan tekanan agar dia laksanakan reformasi
oleh masyarakat kewangan sejagat.
Siapakah petualang yang menghenyak Mahathir itu? Kemarahannya
banyak ditumpukannya terhadap peniaga matawang yang telah
menunjukkan kuasa untuk mengancam ekonomi negara dengan
membuat spekulasi serta menghumbankan matawang di pasaran
global. Mahathir berpendapat, gelagat ini dilaksanakan 'untuk
mendera kerajan-kerajaan' yang telah menentang aktiviti aliran
modal tanpa sempadan. Dengan lain perkataan, masalah yang
dihadapi oleh negara membangun bolehlah dikesan kepada para
kapitalis dan penguasa yang berkemampuan mengkotak-katikkan
ekonomi negara hanya melalui aktiviti niaga mereka di meja dan
bilik mesyuarat lembaga pengarah di New York, London dan Tokyo.
Cara penyelesaian Mahathir nampak mudah walaupun kelihatan
keterlaluan. Kalau aliran modal dibenarkan tanpa sempadan, maka
seharusnya begitu jugalah dengan aliran tenaga manusia.
Negara-negara maju yang mendesak agar diberikan hak
menggerakkan modal, barangan dan juga perkhidmatan secara
bebas tentunya tidak boleh membangkang apabila negara yang
membangun mendesak hak yang sama untuk mengekspot
rakyatnya yang miskin kerana telah tergugat oleh proses
pensejagatan itu. Mahathir memang sudah faham dan tidak pernah
takut untuk mencari kelemahan negara yang kaya raya itu. Namun,
dia tidak pula menafikan betapa kritikan global yang sungguh berbisa
dan keras terhadap salah urus pentadbiran, korupsi dan kronisma.
Pembetulan memang diperlukan, tetapi dia mengsyorkan cara-cara
yang tidak keras dan dalam bentuk 'berlembut dan bertahap sedikit
demi sedikit.' Mahathir adalah seorang yang bijaksana dan pintar berkata-kata.
Kalau tujuan utama U.N. University adalah untuk mencetuskan
kontroversi, memilih Mahathir untuk memulakan ucaptama itu adalah
satu pilihan yang kena pada tempatnya. Namun, adanya sedikit
kesilapan dalam pendapatnya itu memang tidak boleh dinafikan.
Sejarah memang dipenuhi oleh pengajaran yang mendukakan yang
ada kaitannya dengan kesan-kesan kepada permodalan yang tidak
diawasi. Pendapat Mahathir itu, telah meninggalkan kesan dalam
bentuk satu perasaan betapa sememangaya ada sesuatu di sini
yang lebih menekan daripada impak tekanan sejagat terhadap
ekonomi tempatan. Memang ada tersorok kenyataan betapa
pensejagatan membawa bersamanya tuntutan yang tidak mudah
disenangi terhadap kebebasan berpolitik dan sosial.
Ekonomi yang bebas mencuit harapan kepada kewujudan kebebasan
pada unsur kemasyarakatan yang lain juga. Apabila harapan yang
terbelenggu ini dibebaskan ia tidak akan dapat dirantai kembali.
Demikianlah, kuasa pasaran memang diiktiraf oleh masyarakat hak
asasi manusia sebagai satu jentera yang bertenaga untuk
melaksanakan perubahan sosial. Pengishtiharan hak Asasi Manusia
Sejagat telah menyaring hak-hak ekonomi politik, sosial dan budaya
menjadi satu rumpun unsur-unsur martabat keinsanan dan
pembangunannya. Lagipun undang-undang antarabangsa
memestikan pengiktirafan betapa semua negara boleh mendapatkan
bantuan asing sebagai satu alat untuk memajukan hak-hak
kemanusiaan. Apabila pendapat Mahathir itu diamati secara terperinci,
kecenderungannya yang negatif terhadap globalisasi itu
menyerlahkan sesuatu kebenaran. Malaysia kerap disebut oleh
penggerak hak asasi manusia kerana amalan politiknya yang
mendera. Mantan timbalan perdana menteri Malaysia, Anwwar
Ibrahim, telah dipenjarakan berasaskan tuduhan palsu yang
mempunyai motif politik dan kesan pengadilan yang dikatakan oleh
ramai pemerhati sebagai berat sebelah. Kesalahan beliau
sebenarnya ialah mencabar kerajaan Mahathir dengan beraninya.
Polis Malaysia pula memang tidak pernah berlengah untuk
menggunakan kekerasan bagi tujuan menghentikan demonstrasi
aman yang menyokong Anwar dan reformasi politik negara.
Kerajaan telah menggunakan pelbagai undang-undang yang zalim
seperti Akta Penerbitan dan Percetakan dan (ISA) Akta Keselamaan
Negara untuk menekan pihak yang membangkang. ISA memang
kejam kerana ia memberikan kuasa menahan tanpa sebarang
tuduhan ataupun pengadilan. Hampir dua bulan sebelum Mahathir
berucap di U.N. Universiti, empat orang rakyat Malaysia, termasuk
seorang pemimpin Parti Keadilan dan seorang wartawan telah
dipenjarakan untuk dua tahun bawah perintah ISA itu.
Mahathir telah mengakhiri ucapannya dulu dengan menggunakan
haknya bersuara bebas untuk menyelar kuasa jahat dalam
pensejagatan itu walaupun pendapatnya berbentuk sesuatu yang
tidak popular. Kebebasannya menggunakan pentas U.N. Universiti itu
untuk bersuara secara bebas adalah satu ironi memandangkan
wujudnya rakyat Malaysia yang terpenjara kerana menuntut hak asasi
mereka pula, dan ini tidak akan dilupakan oleh pendengar
ceramahnya itu. Saranan Mahathir yang sahih terhadap
globalisasi yang tidak berjadual tentu dapat membawa kesan yang
lebih bertenaga seandainya pendapatnya itu tidak dicemari oleh
usaha kerajaannya menekan suara rintihan rakyat negaranya
sendiri. ....Tamat.... Gerald Paul McAlinn adalah seorang professor perundangan di
Aoyama Gakun Universiti. Asal: http://www.japantimes.co.jp/cgi-bin/ getarticle.pl5?eo20010624a1.htm
By GERALD PAUL McALINN Recently, Malaysian Prime Minister Mahathir Mohamad delivered the
inaugural U Thant Lecture on "Globalization, Global Community and the
United Nations" to a standing room audience at the United Nations
University in Tokyo. U Thant, the statesman from Myanmar who served
as the secretary general of the U.N. from 1961 until 1971, and is
credited with proposing the establishment of the U.N. University, would
not have been pleased to hear Mahathir's speech.
Mahathir has been prime minister of Malaysia since 1981. His speech
made clear that he is no friend of globalization, at least in its present
form. Globalization to Mahathir is an idealistic notion, initially full of
promise, that has turned sour. The global push for free and open markets
is a threat to sovereignty. Similar calls for transparency and deregulation
are capitalist code for no governance at all. Clearly, Mahathir is
disconcerted by the economic woes that have befallen the Malaysian
economy and vexed by the reforms demanded by the global financial
community. Who are the villains in Mahathir's scenario? His wrath is mainly directed
at currency traders, who wield the power to whipsaw economies by
speculating in and then dumping currencies on the global market. This is
done, according to Mahathir, to "discipline governments" that resist the
borderless flow of capital. In other words, the problems faced by
developing countries can be traced to the not-so-invisible hand of
capitalist power-brokers who make or break economies from the trading
desks and boardrooms of New York, London and Tokyo.
Mahathir's solution is as simple as it is extreme. If capital is borderless
then populations should be as well. Developed countries who insist on
the right to move capital, goods and services freely cannot object when
underdeveloped countries demand a similar right to export the poor who
are dispossessed by globalization. Mahathir understands and is not
afraid to strike verbally at the Achilles heal of the rich. But he does not
deny that harsh international criticism results, at least in part, from
government mismanagement, corruption and cronyism. Correction is
required, but he advocates less drastic means in the form of "gentle and
selective lowering of borders." Mahathir is clearly a bright man and an eloquent speaker. If the mission
of the U.N. University was to provoke controversy, selecting Mahathir for
the inaugural lecture was an inspired choice. That there is a measure of
uncomfortable truth in his message cannot be denied. History is replete
with unfortunate lessons regarding the consequences of unchecked
capitalism. Mahathir's words, however, leave a lingering feeling that
there is more here than a concern for the impact global forces have on
domestic economies. Lurking beneath the surface is the reality that
globalization brings with it sometimes unwanted demands for political
and social freedom. Economic freedom raises populist expectations of freedom in other parts
of society. These forces once unleashed are virtually impossible to
control. Indeed, market forces are widely recognized by the human
rights community as being a powerful engine for social change. The
Universal Declaration of Human Rights groups economic, political,
social and cultural rights together as indispensable elements of human
dignity and development. Moreover, international law recognizes that
countries can and should use foreign aid as an instrument for promoting
human rights. When Mahathir's message is scrutinized in this context, his strong
negative stance toward globalization makes sense. Malaysia has been
cited by human rights advocates for its politically repressive practices.
The former deputy prime minister of Malaysia, Anwar Ibrahim, was
convicted and imprisoned on politically motivated s###my charges after
a trial that many observers believe was unfair. His true crime was daring
to challenge the Mahathir government. The police have also not
hesitated to use violence to break up peaceful demonstrations in support
of Anwar and political reform. The government has freely used repressive laws such as the Printing
Presses and Publications Act and the Internal Security Act to stamp out
dissent. The ISA is especially repugnant because it allows indefinite
detention without charge or trial. Almost two months to the day before
Mahathir's lecture at the U.N. University, four Malaysian nationals,
including a leader from the opposition National Justice Department and
a journalist, were reportedly imprisoned for two-year terms under ISA
detention orders. Mahathir closed by standing on his right of free speech to speak out
against the evils of globalization even though his views might not be
popular. The irony of using the prestigious U.N. University forum to
speak freely while brave men and women are imprisoned in Malaysia for
demanding no less of a right should not be lost on his listeners.
Mahathir's legitimate arguments against unregulated globalism would
carry more moral force if they were not tainted by his government's
suppression of domestic dissent. Gerald Paul McAlinn is a professor of law at Aoyama Gakuin University.
The Japan Times: June 24, 2001 |