Laman Webantu KM2A1: 4816 File Size: 10.3 Kb * |
TAG SP 182: Ucapan-Ucapan Yang Tidak Ke mana By Egghead 24/6/2001 11:27 pm Sun |
[Persidangan Umno kali ini lebih merupakan pertemuan
untuk mengutuk orang. Inikah satu wawasan yang pintar atau
ketakutan kerana sudah terancam? Bukankah takkan runtuh jika
bukit disalak anjing? Mengapa tidak ditangkap sahaja semua
pemimpin PAS dan semua orang asing yang dikatakan punca
kegagalan Umno dan Malaysia? Bukankah Mahathir sendiri
mengambil formula luar syarikat Yahudi untuk membaiki ekonomi
negara? Mahathir umpama seorang doktor yang menyalahi orang luar
kerana tidak laku kedainya. Padahal rawatannya memang
tidak berguna kerana ubat sakit demam itu bukannya kata
mengata yang tidak relevan kepada orang di luar sana.
Kalaulah kita doktor yang baik, berdiampun akan dikunjungi
orang seantero negara tanpa perlu membising tidak tentu hala.
Sampai bila pun masalah tidak akan menemui penghujungnya
dan hanya sidungu sahaja yang akan mengunjungi kedainya...
- Editor] (Malaysiakini: Speeches that go nowhere )
Oleh: Egghead Kelihatan seolah-olah berlaku satu lagi hari yang penuh
kesedihan buat rakyat. Mendengar ucapan-ucapan Dr. Mahathir
Mohamad dan Hishamuddin Hussein semasa perhimpunan agong
tahunan Umno, saya dapat memahami kekecewaan masyarakat Melayu
dengan apa yang disebut sebagai parti peneraju negara ini.
Silalah menganalisa kedua-dua ucapan tersebut dengan lebih
teliti dan kita akan dapat melihat bahawa di sebalik
memberikan fokus kepada masalah-masalah sebenar yang dihadapi
oleh masyarakat Melayu, kedua-dua presiden Umno dan Ketua
Pemuda Umno itu telah membangkitkan isu-isu yang tidak relevan
sungguhpun ianya adalah satu perjumpaan yang penting.
Di mata orang awam, tidak dinafikan bahawa masyarakat Melayu
sedang ketinggalan jauh di belakang kelompok masyarakat yang
lain dari segi pencapaian akademi dan ekonomi. Tanyalah siapa
sahaja di jalanraya dan anda akan tahu apa yang benar-benar
diperlukan oleh masyarakat Melayu.
Di sebalik menggalakkan masyarakat Melayu, terutamanya
golongan belia, untuk menceburkan diri sepenuhnya di dalam
bidang perniagaan dan ekonomi tanpa bergantung sepenuhnya
kepada langkah affirmatif yang disediakan oleh kerajaan, apa
yang dapat dilakukan oleh Hishamuddin adalah menggalakkan
lebih ramai Melayu untuk menyertai Pemuda Umno dan juga Umno.
Mengapa ianya begitu penting kepada masyarakat Melayu untuk
menyertai Umno? Adakah dengan menyertai Umno akan membawa
kemakmuran kepada orang-orang Melayu? Adakah keupayaan
masyarakat Melayu di dalam semua bidang boleh dipertingkatkan
dengan memberansangkan sekali hanya dengan menyertai Umno?
Walaupun negara kita telah mencapai kemerdekaan sejak empat
dekad yang lau, para pemimpin kita ternyata masih belum lagi.
Selain dari menyalahkan orang lain terhadap kelemahan ekonomi
kita, mengapa tidak mereka yang memimpin negara ini mencari
jalan untuk menyusun semula ekonomi negara?
Saya tidak pun melihat negara-negara lain seperti Singapura
menyalahkan orang lain atau negara lain semasa kemerosotan
ekonomi negara mereka. Selain dari tidak habis-habis
melaungkan slogan seperti 'Hidup Melayu' semasa Perhimpunan
Agong Umno, mengapa tidak memperlengkapkan diri mereka dengan
pendidikan yang lebih tinggi dan kecekapan untuk terus
bertahan ditahan era globalisasi? Saya rasa sudah terlalu banyak penekanan tentang politik
dibuat di dalam negara kita. Setiap sektor, termasuk badan
kehakiman, polis dan ekonomi, dipenuhi dengan politik. Saya
rasa setiap badan perlu membebaskan diri masing-masing dari
campurtangan badan politik. Para hakim perlu di berikan hak
mereka untuk menjalankan penghakiman tanpa rasa takut.
Polis perlu diberi kuasa untuk menggunakan kuasa mereka
seperti yang digariskan oleh undang-undang. Ekonomi negara
perlu dibenarkan berkembang di bawah peraturan undang-undang
ekonomi yang boleh diterima. Seandainya aktiviti-aktiviti perniagaan dikuasai sepenuhnya
oleh politik, mengapa kita memerlukan bantuan dari pakar-pakar
ekonomi? Bukankah kita boleh sahaja memperkenalkan berbagai
kursus berkaitan politik di universiti-universiti kita supaya
orang akan melabur di dalam ekonomi berdasarkan pemahaman
mereka tentang senario politik Malaysia. Menyedihkan, bukan?
Namun ianya sangat benar. Di dalam bidang pendidikan, oleh kerana tiada sesiapapun yang
memberikan perhatian kepada janji-janji dan
keputusan-keputusan dari Kementerian Pendidikan (memandangkan
semua keputusan penting dan kritikal dibuat oleh PM sendiri),
mengapa kita memerlukan sebuah Kementerian Pendidikan pula?
Bagi saya, ia hanyalah satu lagi cara untuk membazirkan wang
rakyat. Jika negara kita tidak mengambil sebarang usaha untuk
menekankan konsep meritokrasi di dalam berbagai bidang, apalah
gunanya pula meminta agar generasi muda kita mencapai
keputusan akademi yang lebih baik? Hakikatnya, semua rakan saya lebih suka bekerja di mana-mana
sahaja melainkan Malaysia selepas mereka menamatkan pengajian
mereka dari universiti-universiti awam dan swasta; alasan
mereka? Tiada gunanya bekerja di satu tempat yang keupayaan
dan pengetahuan tidak dihargai.
Saya ingin mengusulkan satu cadangan yang tidak sepertinya
kepada mereka yang dipanggil pemimpin-pemimpin negara. Silalah
keluar dan cari sendiri apa yang sebenarnya rakyat mahukan,
dan bukannya apa yang anda mahukan untuk memimpin negara ini.
Di sebalik berbagai usaha untuk menjadikan parti-parti politik
anda lebih tidak relevan kepada rakyat, mengapa tidak
memberikan fokus kepada berbagai masalah dan isu-isu yang
benar-benar memberi kesan kepada kehidupan berbagai komuniti
di dalam negara ini? Terjemahan SPAR-09-010 Saturday June 23 Speeches that go nowhere Egghead 1:31pm, Sat: It seems to be that it is another sad day for the rakyat.
Listening to the speeches by Dr Mahathir Mohamad and Hishammuddin
Hussein during the Umno annual general assembly, I can really understand
the Malay community's frustration with the so-called leading party of the
country. Analyse the duo's speeches carefully and we can see that instead of
focusing on the real problems faced by the Malay community, both Umno
president and Umno Youth president brought up non-relevant issues
despite it being such an important meeting.
In the eyes of the public, there is no doubt that the Malay community is
lagging behind other communities in terms of academic and economic
achievement. Ask any Tom, Dick and Harry on the street and you will know
what the Malay community really needs.
Instead of encouraging the Malay community, especially the youth, to
participate fully in the field of business and economy without depending on
the affirmative action provided by the government, all Hishammuddin can
do is encourage more Malays to join Umno Youth as well as Umno.
Why is so important for the Malay community to join Umno? Is joining
Umno going to bring prosperity to the Malays? Is the competency of the
Malay community in all areas be improved drastically just by joining Umno?
Although our country achieved independence four decades ago, our
leaders obviously have not. Instead of blaming other people for our weak
economy, why can't our ruling leaders find ways to restructure the
country's economy? I do not see countries like Singapore blaming other people or countries
during its economic recession. Instead of harping on slogans such as
'Hidup Melayu!' during the Umno general assembly, why not encourage
the Malay community to further equip themselves with higher education
and competency to survive in the era of globalisation?
I think there is already too much emphasis on politics in our country. Every
sector, including the judiciary system, police and economy, is filled politics. I
think each body should be allowed its own independence from the
interference of political bodies. Judges should be given their own right to
conduct hearings without fear. Police should be empowered to exercise their powers within the limits of
the law. The country's economy should be allowed to grow under the
logical economic laws. If the business activities are fully dominated by politics, why do we need
the help from experts on economy? We should just introduce various
political courses in our universities so that people will invest in economics
based on their understanding of Malaysia's political scenario. Pathetic,
isn?t it? But still so true. In the education field, since no one pays attention to the promises or
decisions from the education ministry (as all the critical and major decisions
are being made by the PM himself), why do we need an education ministry
anyway? To me, it is just another way to waste the public's money.
If our country does not make an effort to emphasise on the concept of
meritocracy in various fields, what is the point of asking our younger
generations to achieve better academic results?
As a matter of fact, all my friends prefer to work everywhere but Malaysia
upon their graduation from local and private universities; their reason? No
point working in a place where skills and knowledge are not appreciated.
I have a humble suggestion to all those so-called leaders of the country.
Please go and find out what the rakyat really needs, and not what you
need to run the country. Instead of various efforts to make your political
parties more irrelevant to the rakyat, why not focus on various problems
and issues that are really affecting the lives of various communities in the
country? |