Laman Webantu   KM2A1: 4835 File Size: 16.7 Kb *



TJ SP MGG: Politik Dalam Susun Atur Kehamilan
By M.G.G. Pillai

27/6/2001 11:36 am Wed

[Mahathir dan menteri pilihan terbangnya semakin menimbulkan masalah dan liabiliti buat BN. Ia cuba menjuarai kaum wanita tetapi ia menyalahkan mereka pula kerana bersalin ketika musim bukan cuti sekolah. Aziz mahu guru wanita merancang dan mengambil giliran untuk bersalin agar melahirkan anak pada musim cuti kerana sudah kekurangan guru. Ini merupakan satu campurtangan 'asing' dalam satu keluarga guru. Ia akan menyebabkan profesyen guru semakin tidak popular kerana bersalin pun mesti mengikut waktu. Inikah hadiah kerajaan buat kaum guru wanita yang amat berjasa mendidik rakyat negara ini?

Sebenarnya ada banyak cara untuk menghadapi masalah kekurangan guru tanpa perlu mengacau hidup dan hak individu seorang guru. Sepatutnya Aziz yang merupakan bekas guru tidak berfikiran sehaprak itu. Inilah bahananya melantik seseorang yang tidak cukup membaca buku dan pendek aqal memegang teraju. Dia asyik mempersalahkan orang lain bila buntu dan segala-galanya mahu dikuasai termasuk hidup seorang guru.

Mahathir perlu menghantar Aziz ke bangku sekolah agar sedikit cerdik dulu, jika tidak akan semakin kronik masalah sekolah dan kekurangan guru. Krisis ini menunjukkan orang pilihan Mahathir memang tidak bermutu kerana tidak dilantik kerana itu. Malangnya orang Umno tidak pula mempersoalkan lantikkan itu kerana merekapun turut haprak lagi dungu.... - Editor]


Terjemahan: SPAR-01-022


Malaysiakini Chiaroscuro 26

Politik Yang Menerankan Masalah Kehamilan Guru

(Politician goes into labour over pregnant teachers)

BN yang masih bertegas dengan projek MSC (lebuhraya multimedia), kini mencari jalan yang lebih kreatif lagi untuk menunjukkan betapa manusia itu boleh dikotak-katikkannya. BN percaya tanpa proses regimentasi, tidak ada yang boleh dijayakannya. Inilah yang mahu dirodokkannya pada pemikiran rakyat dengan cara penderaan ini. Setidak-tidaknya inilah tanggapannya.

Kerana itu muka selamba seorang bekas guru yang kemudiannya menjadi setiausaha politik dan seterusnya dijentik ke atas lagi menjadi timbalan menteri pendidikan sedang cuba mempraktikkan pemikiran ini. Dia mahu menunjukkan betapa satu bentuk regimentasi boleh dilaksanakan, setidak-tidaknya di media massa. BN mahu menekankan betapa setiap cadangan harus dianggap serius tidak kiralah cadangan itu haprak bentuknya dan keluar daripada mulut seorang menteri, timbalannya setiausaha parlimen ataupun setiausaha politik parti.

Tidak berapa lama dulu setiausaha politik kepada Perdana Menteri telah mencadangkan satu kursus wajib untuk mengkaji 'Pemikiran Mahathir' di pusat pengajian tinggi Malaysia. Setelah melihatkan betapa pemikiran Mao Zedung berjaya merangsang China, dia mengharapkan 'Pemikiran Mahathir' akan menjadikan Malaysia menjadi begitu berdisiplin untuk menerima dengan penuh kerelaan segala sampah sarap karya itu.

Rakyat marhaen tentu masih ingat cerita purba betapa seorang maharajah yang tidak pun berpakaian seutas benang pun sehinggakan segala cadangan maharajah itu dibincangkan dengan penuh hilai ketawa dan sebarang keputusan diperlekehkan sahaja.

Kini, mantan setiausaha poltik Mahathir, Aziz Shamsuddin, sudah pun membuat cadangan yang difikirkannya bijaksana tetapi tongong dan haprak sahaja sebenarnya. Dia telah mencadangkan agar guru-guru melahirkan anak mereka hanya d waktu cuti sekolah sebagai satu cara menyelesaikan masalah kekurangan guru. Jelas, kerajaan mahu mendalangi cara hidup guru-guru di negara ini.


Alangkah hapraknya cadangan itu

Alangkah hebat kenyataan itu yang datang daripada mulut seorang pegawai kerajaan. Apabila seorang timbalan menteri membuat kenyataan seperti ini, tentulah ramai yang beranggapan bahawa inilah satu dasar rasmi kerajaan. Dasar-dasar kerajaan memang selalu diumumkan secara bersahaja seperti yang dilaksanakan oleh Aziz Shamsuddin. Jika tidak, martabatnya sebagai timbalan menteri memang boleh diperlekehkan juga. Kerana itu tindakannya memang mendapat sokongan menterinya dan perdana menteri.

Aziz Shamsuddin seolah-olah mempunyai dalil yang besar dengan cadangannya itu. 65 persen guru-guru terdiri daripada kaum wanita. Apabila ada yang mengambil cuti bersalin dua bulan diperlukannya. Pengganti jawatannya semakin sukar untuk dicari hingga merumitkan masalah anak-anak sekolah. Dia tidak pula memanjangkan cadangannya yang haprak itu meminta guru-guru wanita menyatakan pada setiap awal tahun apakah mereka bercadang mengandung pada tahun itu ataupun memberitahu semua guru bila kandungannya itu dijangka akan keluar melihat dunia.

'Kita semakin sangsi apabila sesuatu sekolah menghadapi keadaan di mana terlalu ramai guru yang mengambil cuti bersalin pada sesuatu masa ataupun ada antara mereka yang kerap mengambl cuti bersalin.' Demikian kenyataannya menggambarkan betapa kerana terlalu lama meninggalkan kerja perguruan itu membuatkan otaknya bergelumang dengan idea haprak sehingga tidak mampu berfikir kenapa kerjaya perguruan sudah lama terpinggir.

Cadangan yang bongok ini telah mencetuskan satu reaksi mendadak daripada Persatuan Guru-guru Kebangsaan yang tidak kurang lucunya juga. Setiausaha Agong persatuan itu, N. Siva Subramaniam. berpendapat bahawa masalah kehamilan haruslah menjadi penentuan sesuatu keluarga dan bukan oleh Menteri Pendidikan.


Kekurangan Guru

Subramaniam bertegas Kementerian Pendidikan mestilah mengusahakan guru gantian seandainya berlaku cuti bersalin ini. Tambahnya lagi, guru-guru mesti diberi masa untuk menyusukan bayi-bayi mereka. Nampaknya sudah muncul satu lakonan di sini. Pihak persatuan guru dan juga Jabatan Pendidikan, nampaknya tidak berapa berminat untuk menangani masalah yang dihadapi oleh guru-guru, termasuklah masalah guru cuti bersalin dan sebagainya.

Aziz Shamsuddin memang sudah tidak menonjol di dada akhbar untuk satu waktu yang agak lama. Adalah menjadi satu kemestian bagi seorang ahli politik, walaupun yang begitu berpengaruh seperti beliau, mendapat tempat di dada akhbar sentiasa untuk menentukan rakyat Malaysia menyedari yang dia masih lagi bernyawa.

Usaha besarnya untuk membebaskan tebusan malaysia daripada pejuang Abu Sayaff di Mandanao dulu, menjadi begitu mencelaru sehinggakan dia tidak dapat menonjolkan dirinya seperti yang amat diingininya. Penyakit yang menyerangnya ketika berlangsungnya mesyuarat bahagian UMNO dulu, nyaris-nyaris menghumbankan ketokohannya.

Kekalahannya di pemilihan bahagian Gopeng dulu, menyebabkan UMNO cuba membetulkan keadaan dengan menangani politik wang sebagai satu alasan. Ramai orang kuat UMNO yang tergantung keahliannya ataupun disingkirkan daripada parti sebagai bahana untuk menentukan Aziz Shamsuddin menjadi ketua Bahagian Gopeng seperti yang sudah pun disapunya.

Inilah yang membuat UMNO kucar-kacir. Aziz memang terlalu peka dengan keadaan ini kerana itulah caranya dia masih bernafas lagi. Tetapi, Aziz Sahamsuddin selalu sangat cuba menongkah arus. Apabila Perdana menteri terpaksa bersuara lantang selalu untuk berbincang dengan segala seteru Aziz itu, yang akan menjadi mangsa keadaan itu akhirnya ialah Aziz Shamsuddin sendiri.

Itu sebabnya Aziz cuba mengemukakan cadangan yang haprak dan dungu. Setidak-tidaknya Mahathir tidak akan melupakannya seandainya timbul isu yang lebih serius nanti.


Anak-anak yang dilahirkan untuk kepentingan negara:

Dengan adanya pengampu seperti Aziz, UMNO tidak perlu seteru lagi. Dia telah menyudikan isu politik yang hebat kepada PAS untuk berhujah betapa BN tidak menghormati budaya kekeluargaan; bahwasanya sesiapa juga yang mengahwini seorang guru, walaupun si suami itu bukannya seorang guru, mestilah menghormati kepentingan negara tajaan kerajaan. Ini memerlukan mereka merancang keluarganya mengikut agenda kebangsaan. Mengahwini sesaorang guru sekarang ini mengharuskan satu peraturan hidup yang dikuasai oleh satu agenda yang lebih besar.

Ini memberi tanggapan bahawa keluarga yang kecil sudah menjadi agenda kerajaan dan dikiaskan untuk mereka di kawasan bandar. Baru-baru ini saya bertemu seorang sahabat lama yang merupakan seorang professional Melayu yang datang di persidangan UMNO yang terkini. Dia merungut kerana harapannya untuk mempunyai sedozen anak tidak kesampaian. Walaupun mempunyai tiga orang isteri, harapannya tertahan pada lapan orang anak sahaja, sedangkan dia baru berusia 63 tahun sahaja.

Peraturan kerajaan mengenai hak guru wanita melahirkan anak-anak mereka, akan menjadi satu penghalang besar yang saya fikir menyebabkan kerjaya sebagai seorang guru dicemuh oleh kaum wanita. Perguruan bukannya disulitkan oleh kaum wanita yang menjadi bakal ibu, masih banyak masalah yang lain lagi. Dasar kerajaan yang tidak memberi kepentingan kepada bidang perguruan membuatkan ramai professional yang merasa dingin terhadap kerjaya itu. Seperti dengan gelagat UMNO yang menyalahkan orang lain kerana masalahnya, Aziz telah menyalahkan kaum wanita kerana terdapatnya kekurangan warga perguruan.

Konsep 'Pemikiran Mahathir' dan rencana kelahiran mengikut agenda kebangsaan adalah penunjuk yang jelas betapa kerajaan sudah semakin haprak dalam perjalanannya. Mahathir telah berjaya menarik nafas yang panjang selepas berakhirnya persidangan UMNO. Namun, bahaya yang lebih besar yang menghantuinya ialah segala kelakonan para juak dan penyokongnya menjalankan tugasan mereka yang sungguh jelek dan haprak semuanya. Kepada semua keangkuhan mereka itu kini kita tambah satu lagi: kebiulan. Semua ini gara-gara betapa biulnya dan hapraknya si Aziz Shamsuddin.

Tamat.


Terjemahan: SPAR-01-022




Asal:


Malaysiakini (Tuesday June 26)

Politician goes into labour over pregnant teachers

CHIAROSCURO

MGG Pillai

12:54pm, Tue: The Barisan Nasional (BN), stuck with its Multimedia Super Corridor (MSC) project, looks for creative ways to show the people can be regimented. It believes without regimentation, nothing would succeed. It wants everyone to get used to this with it cracking the whip. At least that is what it thinks it can do.

So, the straight face with which the outlandish suggestion of the teacher-turned political secretary-turned deputy minister for education is proof that at least in the media, some form of regimentation works. It should take seriously any suggestion, however stupid, from a minister, deputy minister, parliamentary secretary or political secretary.

The Prime Minister's political secretary suggested a compulsory course in'Mahathir Thought' in Malaysian universities. As Mao Zedong thoughts galvanised China, he hoped 'Mahathir Thought' would make Malaysia so regimented that such rubbish would be gratefully accepted.

The Emperor wears no clothes, so that suggestion of his was seriously discussed amidst much private laughter and derision, and quietly dropped.

Now, this PM's former political secretary, Aziz Shamsuddin, comes up with his asininely brilliant and laughable proposal for teachers to give birth only during school holidays to resolve the scandal of a teacher shortage. The government now wants to run the personal lives of teachers as well.

Dignified stupidity

The government did I say? Yes. When the deputy minister makes a statement like this, one must assume it is official policy. Government policies are always announced offhandedly as Aziz did. Otherwise, his standing as deputy minister is in question. He stands in dignity at his post, so it must have the support of his minister and his prime minister.

He has all the answers for it: 65 percent of teachers are women, when they get pregnant, they take two months maternity leave, replacements are hard to find, schoolchildren are left in the lurch. He did not extend this idiotic suggestion further to ask all women teachers to state at the beginning of they year if they intend to be pregnant that year and teachers are told when the stork should come.

"We are afraid that a school will face a scenario where too many teachers go on maternity leave at one time or some of them might take maternity leave too often," he says, showing that his years away from teaching has given him a fine vocabulary of gobbledygook and forgot why teaching is in the dumps.

This idiotic suggestion is taken up immediately by the National Union of Teaching Profession (NUTP), which believes the 'teaching profession' gives teachers a grander presence. It is equally idiotic in its response. Its secretary-general, N Siva Subramaniam, portentously but irrelevantly insists pregnancy is determined by the family and not the Education ministry.

Teacher shortage

And adds irrelevantly that the Education Department must find the teachers if there are too many pregnancies. More than that, he wants teachers to be given time off to breast feed their babies. The advertisement must always come on. Neither NUTP nor the Education Department, it seems to me, are interested in the plight of teachers, pregnant or otherwise.

But Aziz has been out of the newspapers awhile. It is important for a politician, even for one as well connected as he, to be in the newspapers often so that Malaysians would not forget he exists.

His yeoman efforts to get the Malaysian hostages released from the Abu Sayaff rebels in Mindanao were so murky he could not get the wide coverage he would have liked. His illness during the Umno divisional elections did not help.

His defeat in the Gopeng divisional elections caused Umno to address money politics in typical knee-jerk faction. All those Umno stalwarts who were suspended or dismissed had to be to make sure Aziz Shamsuddin was the Gopeng chief, as he now is.

It threw Umno out of gear. Aziz is used to that. He alone survives. But he tempts fate once too often. With the Prime Minister, Dr Mahathir Mohamed, finding it politic to talk to representatives of his nemesis, one of the eventual casualties of a rapprochement between the two is Aziz Shamsuddin.

So he fashions himself in the public eye as best he can by talking rubbish. At least, he must ensure Mahathir would not forget him when the talks become serious.

Children born in national interest

But with stalwarts like Aziz, Umno does not need enemies. He has landed PAS with a perfect political campaign that the BN does not honour the family, that anyone who marries a teacher, even if he is not one, must accept the government's national interest and have children to a national schedule. Marrying a teacher now comes with a codicil of family life subject to a higher agenda.

This belief that small families is a government prescription and is believed by those in the urban areas. I met a well-educated, Malay professional during the recent Umno meet, an old friend whom I had not met for years. He bemoaned that he had wanted a dozen children, had only eight from three wives, and at 63, he could not any more.

Children by official dicta is the surest way I know to make teaching an endangered profession for women who want to settle down. Teaching is not frustrated by women becoming pregnant; it is more than that. It is the government's policy to reduce teaching to an irrelevant profession that few would venture into it. Like Umno blaming everyone else for its problems, Aziz blames women for the shortage of teachers.

But 'Mahathir Thought' and children to a national agenda is the surest indication that the government has lost its way. Dr Mahathir has earned himself a reprieve after the Umno meet, but the biggest danger, in the public eye, to his continued survival is the combined efforts of his own team to show how stupid they are. To the arrogance, we must now add stupidity. No thanks to Aziz Shamuddin.

M.G.G. Pillai
pillai@mgg.pc.my