Laman Webantu KM2A1: 4837 File Size: 13.8 Kb * |
TAG SP 184: Mahathir Yang Terdesak Memperbodohkan Perwakilan By Spirit Of Truth 27/6/2001 5:22 pm Wed |
[Ucapan Mahathir yang berjela itu kelihatan lebih menyasarkan
kepada pengundi - bukannya para perwakilan yang menghadirkan diri.
Dengan melemparkan tuduhan kepada orang lain bertubi-tubi dia
sebenarnya mempamirkan sikap ingin melepaskan diri. Seolah-olah
orang luar dan sikap orang melayulah puncanya segala kemerosotan
imej Umno selama ini. Dan seperti yang dijangka ahli Umno telah
tertipu oleh lakunannya yang siap dengan sebak tangis ini.
Soalnya mengapa Umno begitu kuat satu ketika dulu dan hanya jatuh
bila Anwar diaibkan dan disisihkan daripada parti? Bukankah tektik
mengaibkan orang ini bermula oleh presiden yang berdebah ini? Inilah
orang yang sama yang digelar "batu api" oleh bapak Umno sendiri. Dan
dialah juga orang yang mencetuskan beberapa tragedi sehingga nyawa
sudah tiada nilainya lagi. Bukankah banyak kematian misteri pemimpin
pembangkang dan ahli mereka berlaku dalam era kekuasaan Mahathir
selama ini? Malah pemimpin Umno sendiri banyak yang mati identiti
kerana dapat menyaingi presiden sendiri. Bukankah itu bermakna Mahathir
lebih sayangkan diri sendiri daripada parti. Akibatnya Umno sekarang
sudah kepupusan kepimpinan untuk menandingi lawan. Malah Umno masih
tidak menang walaupun sudah 1,000 hari Anwar diaibkan, sudah berpuloh
ditahan di demo jalanan dan sudah diISAkan beberapa pemimpin reformasi
yang mengancam. Mahathir sudah memilikki segala-galanya tetapi masih
belum menang kerana hati manusia tidak boleh dibeli walaupun dengan
wang, ugutan, mahupun lakunan - biarpun ia melibatkan kematian. Rakyat
sebenarnya sudahpun pandai menelah keadaan sehinga Mahathir dan Umno kini
kebingungan dan meracau membebel ketidak-tentuan.
- Editor ] Mahathir Yang Terdesak Memperbodohkan Perwakilan
(Frustrated Mahathir Stupefies A domesticated UMNO Delegate 'HERD')
Belum pernah terjadi dalam sejarah negara ini apabila rakyat Malaysia disaji
dan dihidangkan satu ucapan perdana seorang presiden yang sungguh haprak
seperti yang disaksikan pada Persidangan Tahunan UMNO 2001. Intipati ucapan
dasar dan juga ucapan penangguhan oleh presiden yang memenangi jawatan yang
tidak boleh dipertandingkan itu, tidak membawa sebarang kualiti kerana ia
penuh dengan sampah sarap yang dipenuhi pembohongan dan penipuan belaka.
Ucapannya itu memberikan bayangan yang amat jelas betapa beliau sudah
menjadi seorang pemimpin yang terdesak dan sedang ketakutan yang amat sangat
kerana dibenci oleh rakyat jelata. Inilah dia seorang pemimpin yang terlalu
dihenyak oleh kebencian rakyatnya. Ucapannya itu memperakukan betapa beliau
sudah semakin nyanyuk sambil usianya yang mencecah 76 tahun itu menyebabkan
dia menghadapi situasi antara rahang harimau yang sedang menganga dan jerung
buas yang sedia menantinya. Segala jenayah dan dosa politiknya membuatkannya
takut dengan bebayangnya sendiri, sehingga semakin biul pertimbangannya,
sehingga mendorong beliau menuturkan kata-kata haprak dan tongong yang
memperlekehkan maruahnya sendiri.
Keengganan Melepaskan Kuasa Akan Membinasakan UMNO
Ketegasan Mahathir untuk terus mencengkam kuasa ketika sudah berusia 76
tahun, akan menjadikan UMNO sebuah parti yang lemah dan mereput seperti juga
pemimpinnya yang mempunyai kualiti kenyanyukan, kesewelan, mudah terusik
perasaannya dan taksub kepada sejarah sehingga kerap mengulang-ulang yang
sudah-sudah, penuh keangkuhan dan kedegilannya. Di sebalik segala senarai
yang melumpuhkan martabat itu, kepimpinan Mahathir yang berterusan akan
meneruskan pengekalan segala kejijikan rasuah dalam UMNO, budaya politik
wang, dan ideologi perkauman yang ketinggalan zaman. Lambang kemusnahan UMNO
ialah Mahathir, politik penipuannya, putar-belit, pukauan, sogokan, ugutan,
penderaan dan kezaliman akan menjerumuskan Umno ke kancah kehinaan yang akan
mengheretnya menjadi satu parti yang akan ditelan zaman dan akhirnya pupus
tanpa pusaranya. Tidak ada pun perkara yang boleh diberikan pujian daripada
intipati ucapannya yang penuh dengan penipuan, fitnah, putar-belit dan
pukauan massa yang mahukan kesetiaan membabi-buta daripada perwakilan yang
telah dicucuk hidungnya sehingga menjadi jinak sejinak-jinaknya disebabkan
ketakutan yang amat sangat daripada seorang penyangak berhati syaitan.
Mahathir Mengaibkan Melayu Sebagai Pemalas dan Dungu
Adalah sesuatu yang malang mendengarkan suara seorang pemimpin Melayu yang
telah berkuasa dua puluh tahun lamanya, yang menuduh orang Melayu sebagai
dungu dan malas. Ini hanya membuktikan betapa kepimpinan Mahathir itu yang
gagal segagal-gagalnya apabila dibandingkan dengan kemajuan orang Melayu
secara keseluruhannya. Seharusnya dia memikul bebanan terbesar kerana
mengecewakan harapan orang Melayu, memperlekehkan sebahagian besar harapan
orang Melayu di luar bandar, sambil berusaha mencipta satu warga Melayu yang
kaya raya di kalangan sukusakat, pak-pacak dan jongosnya sambil mengenepikan
majoriti bangsanya. Jelas, Mahathir gagal sebagai seorang negarawan,
disebabkan sikapnya yang kuat berbohong dan menipu sebagai amalan hidupnya
selama ini. Kerana pintar menelah perwatakan orang Melayu yang berlemah
lembut, bersopan santun dan beradab dalam cara hidup mereka, dia telah
merancang pelbagai cara untuk memutar-belitkan perwatakan itu untuk
menjinakkan mereka sehingga mereka sanggup berdiam membiarkan segala rencana
jenayah besarnya tanpa sebarang halangan yang menyekat salah guna kuasa.
Memang amat malang sekali, apabila majoriti Melayu sanggup merelakan segala
kejijikan itu terus berleluasa dilaksanakan oleh pemimpin mereka.
Minda pemimpin UMNO yang sudah dipukau oleh Mahathir
Pemimpin UMNO sudah dipukau sehingga menjadi bisu dan tidak lagi mampu
berfikiran bebas. Setiap gerak-geri mereka, betapa kecil pun tindakannya,
rencananya, dan keputusannya mesti difikirkan dan diluluskan oleh si
penyangak ini. Tidak ada seorang pemimpin UMNO pun yang mampu berfikir
sendirian tanpa gangguannya. Mereka telah dipukau untuk mengikuti arahannya
dan setia kepada segala keputusannya. Kalau pemimpin mereka menyuruh mereka
makan tahi pun mereka akan akur arahan itu. Kalau pemimpin mereka menegah
mereka berfikir lagi, mereka pun akan berhenti untuk berfikir. Apabila
pemimpin mereka berkata yang hitam itu adalah putih, mereka akan percaya
cakapnya itu. Beginilah keadaan pemikiran para pemimpin UMNO setelah dipukau
oleh Mahathir sehinggakan otak mereka sudah terpalit dengan tahi.
Kereputan UMNO Yang Semakin Nyata
Kerelaan mematuhi seorang pemimpin yang semakin nyanyuk dan ternyata
kesewelannya, yang kini mahukan sokongan dan kesetiaan yang tidak
berbelah-bagi, dan kerelaan meneruskan budaya politik wang dan korupsi, UMNO
sebenarnya memilih jalan menuju kepupusannya. Kini, semakin meluap kebencian
marhaen Melayu terhadap Mahathir ekoran ucapannya yang mengaibkan orang
Melayu. Semakin ramai orang Melayu yang menganggotai Keadilan ekoran tuduhan
beliau mengatakan Melayu itu malas dan dungu. Mereka semakin sedar Mahathir
sudah gila, takut dan tertekan, dan mahu menyelamatkan dirinya bertopengkan
UMNO. Kedegilan Mahathir ini akan menjejaskan masa depan UMNO. Sebenarnya
Mahathir telah mengaibkan UMNO dengan memperakukan betapa selepas 44 tahun,
UMNO hanya berjaya mencipta Melayu yang malas dan haprak.
Sampailah masa orang Melayu bangkit dan sedar untuk meninggalkan UMNO dan
menganggotai Keadilan untuk menendang UMNO ke pusaranya sebagai usaha untuk
menyelamatkan Malaysia daripada kehancuran dan keaiban. Malaysia memerlukan
satu parti politik yang dianggotai pelbagai kaum yang tidak mengirakan
fahaman perkauman dan feudalisma. Marilah kita alu-alukan percantuman PRM
dan Keadilan dan memasuki satu era baru dalam suasana politik yang terbaru
di mana penduduk negara ini daripada pelbagai kaum dan agama dihormati,
dikasihi dan dilindungi. -Semangat Kebenaran- Terjemahan SPAR-06-005 Asal: FeU http://members.nbci.com/_XMCM/xumno/feu_a_sot_85.html
Never ever before Malaysians witnessed a more rotten UMNO General Assembly's
presidential address as that of the year 2001. The contents of both the
opening and the closing address by the unelected UMNO President Mahathir was
nothing more than rhetoric garbage clothed with deceit and lies. The address
in no uncertain terms reflected the gross fear and desperation of a leader
hated by the people, a leader who is entrenched in deep trouble with his
people and himself. The speech confirms the growing senility of the 76 year
old tyrant who is caught "between the devil and the deep blue sea". His
accumulated political sins and crimes, has made him shit scared of his own
shadow, benumbed his rational faculties, forcing him to utter words which
only makes him not only stupid but paranoid and dumb.
Mahathir's refusal to give up power will devastate UMNO
Mahathir's insistence to remain power at 76 , will make UMNO old and weak,
just like the leader it will acquire qualities of a senile dictator,
paranoid, irritable, obsessed with history, dwelling in the past, arrogant
and stubborn. Adding to this list of paralysing damage, Mahathir' s
continued leadership will only preserve the corrupt image of UMNO, its money
hungry organisational culture, its outmoded racist ideology, and its lost of
social relevance to the need of times. UMNO's death warrant is Mahathir, his
politics of deceit, trickery, illusion, bribery. intimidation,threat,
punishment and torture all will throw UMNO into greater and greater
disarray, leading it to a state of total irrelevance, and eventually to
ultimate ignominy and rupture.There was nothing in the presidential address
that was worthy of praise, it was lies, slander, mesmerisation, demanding
blind loyalty from a "castrated delegation" domesticated by a treacherous
tyrant in utmost fear. Mahathir's humiliated the Malays by saying they are lazy and dumb
It was tragic to hear from the Malay leader for twenty years, that Malays
are still dumb and lazy, it only proves that Mahathir's leadership was a
total failure with respect to the overall development of the Malay race.He
must singly take the full responsibility for letting the Malays down,
neglecting the major portion of rural and ordinary Malays, and creating a
handful of artificial billionaires among his kith, kin and cronies, leaving
the majority of Malays in the lurch. It is clear that Mahathir is not a
capable statesman, nay he is more of a profound political trickster, with
lying as his second nature. Having realised that the Malays are gentle race,
feudal in their mindset, he figured out ways and means to exploit this
nature to subdue, manipulate and keep them domesticated and servile,
allowing him to do the greatest of crimes and yet get away unscathed through
the gross abuse of power. It is tragic that the Malays , despite decades of
independence, still cannot see the wrongdoings of their own leader.
UMNO leaders mentally incapacitated by Mahathir
UMNO leaders have been silenced to a point that they are unable to even
think for themselves, every move, every small decision, every act, every
plan, and every programme must be conceived and decided by the tyrant
Mahathir. No UMNO leader has now have the mental capacity to exercise their
minds and brain. They have been conditioned to a state of "obey the leader
and be loyal to him at all cost". If the leader says, eat shit they must eat
shit, if the leader says, stop thinking they must stop thinking, if the
leader says, black is white they must believe it as gospel truth. Such is
the miserable state of affairs of the UMNO leaders, who having arse licked
Mahathir, have nothing in their head except Mahathir's stinking shit.
UMNO's doom coming to a reality
By helplessly harbouring a senile half mad leader, who demands forcefully
for loyalty and support, by keeping a corrupt dictator as their leader, and
by perpetuating a political culture of corruption and deception, UMNO has no
other way but invite its own doom. There is greater hatred for Mahathir
after the UMNO Assembly, his speech made the Malays furious, disappointed
and disgusted. More and more Malays are joining KeADILan after Mahathir
malicious attack on the Malays calling them names, and branding them lazy
and dumb.They have realised that Mahathir is mad, scared and desperate, he
wants to save himself at the expense of UMNO. Mahathir personal survival ,
costs UMNO is whole future. Mahathir dealt the mortal blow for UMNO by
admitting that UMNO for the last 44 years, ended up creating lazy and stupid
Malays. Malays must now wake up, desert UMNO, join KeADILan and bury the
capitalistic feudal UMNO for good, in order to save Malaysia from utter
destruction and doom. Malaysia needs a full blooded multiethnic party,
beyond the limitations of outmoded racism and feudalism. Let us hail the
merger of PRM and KeADILan and move into a whole new era of unified politics
where people of all races and creeds are respected loved and protected.
- Spirit of Truth -
|