Laman Webantu KM2A1: 4838 File Size: 17.9 Kb * |
TJ SP MGG: Kemenangan Presiden MCA Yang Tidak Berbaloi By M.G.G. Pillai 27/6/2001 7:22 pm Wed |
MGG 1301 [Sejak dari awal lagi langkah membeli Nanyang itu tidak
disenangi oleh masyarakat Cina termasuk ahli MCA sendiri.
Keputusan EGM itu membayangkan Nanyang dan MCA akan kepupusan
hampir separuh pembeli dan pengundi. Malah MCA sendiri telah
retak dan mungkin muflis dengan tindakkan ini kerana sudah tiada
lagi penulis dan editor yang hebat dalam Nanyang. Mereka sanggup
cabut pergi dan tidak bergaji dari bersekongkol memutar dan
membunuh minda anak bangsa sendiri.
Isu Nanyang menunjukkan Ling mengikut kehendak SEORANG presiden
Umno dan membelakangkan RAMAI ahli dan masyarakat Cina negara ini.
EGM itu sebenarnya cuba mengabui tindakkan Ling yang membeli dulu
tanpa merujuk kepada peraturan dan AJK pelaburan parti. Dia menerajui
MCA bagai 'membuat dulu kemudian kira' - bukannya berkira dan merujuk
dulu. Walaupun Ling menang, dia telah mendedahkan siapakah dirinya
yang sebenarnya. Dia tidak mendengar suara di dalam dan diluar parti
kerana dia sudah 'beristeri' dengan perdana menteri. Jika tidak dia
dan anaknya akan masuk penjara menangis dan teraib seantero negeri.
Dia lupa agaknya pengundi dan masyarakat Cina yang lebih ramai itulah
yang akan menentukan hidup mati semua - termasuk dirinya dan pemimpin
Umno yang menjadi 'isteri'nya. Kemenangan Presiden MCA Yang Tidak Berbaloi
(The MCA President's Phyrric Victory)
Presiden MCA, Ling Liong Sik, tentu mengidamkan hari di mana dia
mampu mempengaruhi masyarakat Cina, agar mampu melaksanakan apa
yang diingininya ke atas mereka. Inilah kesilapan yang telah dilakukan
oleh presiden parti yang mendahuluinya, Lee San Choon, Neo Yee Pan,
dan Tan Koon Swan. Mereka tidak berjaya bertahan memimpin parti itu,
Ling Liong Sik akan menerima nasib yang sama juga. Apatah lagi setelah
munculnya beberapa tuntutan guaman melibatkan urusan niaga yang
membabitkan anak lelakinya dan kemarahan masyarakat Cina yang
semakin membara yang menganggap beliau bukan lagi sahabat mereka.
Kejatuhan Ling, diperhebatkan oleh tindakannya membeli Nanyang Press
tanpa persetujuan menyeluruh jawatankuasa pusat parti. Dia membelinya,
dengan merujukkan perkara itu kepada jawatankuasa pusat selepas
tercetusnya bantahan terhadap urusan itu. Dia bertegas bahawa adalah
menjadi haknya berbuat demikian, dan sesiapa yang berani
menyanggahnya adalah dianggap seteru masyarakat bangsanya yang
seharusnya dimusnahkan sama. Demikianlah anggapannya yang berlagak laksana seorang diktator yang
mesti diikuti oleh masyarakatnya tanpa sesiapa yang mempersoalkannya.
Dia pernah mengancam meletakkan jawatan, tetapi menariknya semula
apabila presiden UMNO tidak merestuinya. Dia terpaksa memungkiri
janjinya terhadap timbalannya sendiri. Apabila dia membeli kumpulan
akhbar itu, mereka yang menentangnya telah bernekad menghumbankannya
juga. Mesyuarat agong luarbiasa kelmarin, memberikan kemenangan tipis
kepada Ling - dia mengharapkan kemenangan pada kadar 60 hingga 70
persen, tetapi mampu merangkul cuma 53 persen sahaja, dan inilah yang
menghenyaknya. Namun, dia berlagak kemudiannya dengan mengatakan,
walaupun dia menerima hanya kelebihan 10 undi, satu kemenangan itu
tetap menjanjikan makna yang serupa. Dia telah memenangi pertempuran
tetapi tidak semesti peperangannya. Ling sudah menang sorak tetapi
besar kemungkinan telah menggadaikan kampungnya. Hanya masa yang akan
menentukannya. Kini, Nanyang Press sudah pun berada dalam cengkaman UMNO walaupun
UMNO tidak perlu memilikkinya. Pemilikan itu memang tidak perlu kalau
presiden UMNO mampu mengeluarkan arahannya sahaja. Presiden UMNO
telah menyebutkan alasan yang paling kukuh kenapa MCA harus memilikki
Nanyang Press; dua akhbar yang terbabit memang terlalu kritis terhadap
Barisan Nasional ketika pilihanraya Lunas dilangsungkan.
Dr. Mahathir telah memberitahu rakyat marhaen kenapa MCA harus
membeli dua akhbar itu. Dia juga yang memberitahu MCA adalah wajar
mereka menjual sebahagian besar saham akhbar itu sambil menyimpan
sebahagian kecil sahaja. Apa juga tindakan MCA terhadap saham
syarikat yang dibelinya itu, tentunya tidak ramai yang percaya ia
dilaksanakan oleh sebab-sebab yang diluar kepentingan sendiri.
Adalah bukannya satu hal yang besar kalau Ling menyebut bahawa
Huaren Holdings bukannya milik MCA yang sah dan kerana itu, soal
mencagarkan aset parti tidak perlu dipertikaikan. Jika demikian, apa
perlunya dicetuskan mesyuarat agong luarbiasa itu? Seandainya
Huaraen Holdings tidak punyai hubungan dengan parti kenapa perlunya
segala keributan ini? Semua itu adalah usaha melencongkan perhatian
daripada masalah yang dihadapinya. Tetapi, dia berlagak seolah-olah dia mempunyai banyak kuasa sedangkan
kuasa itu tidak ada di tangannya. Tekanan untuk menyingkirkannya sudah
semakin bertambah setiap hari. Sepatutnya dia mengambil langkah
berhati-hati, sebaliknya dia mencabar mereka pula. Mereka pun menyambut
cabarannya itu membuatkan dia menggelupur laksana ikan yang tersadai di
atas darat. Apabila tekanan semakin berbahang, dia cuba bertahan dengan
menggunakan senjata perundangan. Malahan pada mesyuarat
jawatankuasa pusat pada hari Sabtu, dia telah mendapatkan bantuan
seorang peguam India sebagai penasihat korporatnya untuk memberi
nasihat mengenai soal perundangan. Dia berjaya menegah soal
perundangan dibincangkan pada mesyuarat tergempar itu. Walaupun isu
itu merupakan perkara berat, perjalanan mesyuarat dikendalikan dengan
pintarnya. Ling telah kalah. Untuk memperlekehkan para pengkritiknya dia
sepatutnya mendapatkan sekurang-kurangnya majoriti dua pertiga. Tetapi,
dia hanya mampu menang tipis sahaja.
Apabila pergeseran semakin hebat, Ling telah diasak ke satu sudut.
Masyarakat Cina sudah menunjukkan penentangan mereka. Pergerakan
pemuda telah sebulat suara menolak urusan itu menandakan mereka
memihak kepada kumpulan tua yang semakin curiga akan terhakisnya
budaya mereka sehingga menjerut MCA di dua hujung kuasanya. Inilah
yang semakin meminggirkan MCA. Pemboikotan akan berterusan, walaupun MCA dapat mencari pembeli
untuk mengambilalih sebahagian saham Nanyang. Adalah sukar untuk
MCA meminta pemboikotan itu ditarik semula. Lebihlagi kalau saham
yang dibeli itu masih dalam simpanannya. Ling tidak pula memberi
penjelasan kenapa MCA membeli hampir 75 persen saham Nanyang
Press sedangkan ia bercadang menjual kepada pihak yang mesra
dengannya kemudian kelak. Malahan, penjelasan yang ini pun muncul
setelah penentangan terhadap tindakannya itu semakin menonjol.
MCA boleh berbaik semula - walaupun ketika Ling masih menjadi
presiden mereka - menyebabkan berlakunya keretakan dalam parti.
Sememangnya, setiap kali tercetusnya masalah yang berkaitan dengan
masyarakat Cina, MCA kerap mengambil kedudukan yang menentang
mereka. Tidak kiralah apa masalahnya, sekolah wawasan, Nanyang
Press, budaya Cina. Apakah masyarakat Cina boleh menyokong MCA di
bawah kepimpinan Ling? Masyarakat Cina, seperti juga masyarakat Melayu dan sebahagian besar
masyarakat India, sudah semakin berpecah-belah disebabkan ideologi
politik dan kefahaman budaya mereka. Penentangan terhadap MCA
bukannya muncul daripada DAP, tetapi daripada para penyokong MCA
itu dulu yang kini sudah tidak lagi sanggup meneruskan sokongan
mereka disebabkan pelbagai alasannya.
Parti politik wujud di negara ini untuk menyokong presidennya samada
ia benar ataupun sebaliknya. Sesiapa yang menentang presiden
dihumbankan keluar. Seandainya presiden itu mahu dihumban ia
memerlukan isu yang akan mencetuskan kemarahan masyarakat itu
seluruhnya. Keanggotaan sesabuah parti politik tidak memberikan hak
sesaorang untuk menyatakan pendapatnya, kerana dia harus mengikut
pendapat ketuanya sahaja. Para pemimpin mesti dipatuhi dengan penuh
kesetiaan. Malahan sesaorang tidak punyai hak untuk menarik diri dan
menjadi ahli kepada sebuah parti yang lain. Tanggapan ini bukan sahaja
terhad kepada parti komponen Barisan Nasional. DAP, sebagai contohnya,
amat berang apabila ada bekas ahlinya yang menganggotai Keadilan.
Ling Liong Sik membesar dalam suasana seperti ini. Kalaulah dia ligat
seperti Mahathir tentu sekali dia mampu mencapai apa yang
dikehendakinya. Tetapi, dia tidak mampu berbuat begitu, kerana dia
bergantung harap kepada kepintaran Mahathir untuk terus berkuasa.
Inilah yang menjeratnya apabila Mahathir pun berdolak dalik. Pada satu
ketika Mahathir kata dia merestui pembelian akhbar itu sedangkan pada
satu hari yang lain pula dia menafikannya. Mahathir pernah berkata dia
bersetuju kalau sayap pelaburan MCA membeli akhbar itu. Kemudian dia
memburukkan keadaan lagi dengan tuduhan Nanyang Press menulis
laporan yang menyebabkan pengundi cina menarik diri daripada Barisan
Nasional. Dengan kemenangannya itu, bukan sahaja Nanyang Press yang menjadi
serbasalah, malahan Ling pun turut gelabah sama. Kini dia tidak boleh
berkata, disebabkan Huaren Holdings adalah berbeza daripada MCA,
parti itu sepatutnya tidak perlu sibuk-sibuk dengan prestasinya. Apa juga
pun dan betapa dia cuba mempertahankannya, Ling sudah melangkaui
kuasa yang diamanahkan kepadanya. Kalaulah dia merancangnya
dengan teliti adalah amat mudah dia membeli Nanyang Press sambil
mewarisi segala kehebatannya yang ada.
Kini, Ling berdepan dengan luka yang masih besar parutnya. Tentu dia
sedar kini sebaik sahaja perang diishtiharkannya, mereka yang telah
menyokong timbalan presiden Lim Ah Lek adalah insan-insan yang
menentangnya secara peribadi. Dia telah tersilap congak kekuatan kuasa
yang menyanggahnya. Ketika presiden UMNO masuk campur, masalah Ling sudah pun ada di
atas bara. Lagi lama dia berkubu sebagai presiden parti itu, lagi banyak
masalah yang akn menjelma yang menjejaskan pengaruh MCA dan juga
masyarakat yang diwakilinya. Kemenangan Ling yang tidak berbaloi itu
kini menjerut lehernya sendiri.
M.G.G. Pillai Pillai@mgg.pc.my Terjemahan: SPAR-01-023 Asal: 25 June 01 CHIAROSCURO MGG Pillai Ling's fall accelerated when he bought Nanyang Press without
his central committee on board with him. He bought it, consulted
it only when opposition was raised to the deal. He insisted it
was his right to do as he did, any who questions are enemies of
the community, and ought to be destroyed.
But he is a fading dictator so full of himself that what he
says the community must accept without question. He threatened
to resign, but pulled back when the UMNO president did not want
him to. He broke promises made to his own deputy president.
So, when he bought the newspaper group, those who opposed it also
wanted to throw him out. So, the extraordinary general meeting yesterday gave
him a wafer thin majority -- he had expected 60 to 70 per cent,
but got only 53 -- and put him on notice. He said a win is a win
even if by ten votes. But he won the battle to lose the
war. For lose the war he would. It is a matter of time.
At UMNO's bidding Now the Nanyang Press is firmly in UMNO hands. UMNO need
not own it. Why should it when its president can instruct? The
UMNO president gave the most convincing reason why the MCA should
own the Nanyang Press: the two newspapers were most critical of
the National Front during the Lunas by-election.
It is Dr Mahathir who tells Malaysians why it is all right
for MCA to own the two papers. It is he who tells MCA that it is
all right to sell most of the shares and keep a small portion for
itself. Whatever MCA does with its shares, few will believe it
is done for reasons other than self-interest.
So, it does not matter if Ling now claims Huaren Holdings is
not legally the MCA, and therefore mortgaging party assets does
not arise. If this is correct, why then was this EGM held? If
Huaren Holdings is not linked to the party, why all this
fuss? It was an attempt to divert attention from his problems.
But he assumed a power he did not have. The pressure to
force him out as president rises by the day. Instead of watching
his back, he dared them to do their worst. They did. And he is
now a fish out of water. Indian adviser As the pressure grew, he resorted to legal niceties.
Indeed, at the central committee meeting on Saturday, he brought
in a leading Indian corporate lawyer to advise him on legal
issues; and promptly forbade the raising of legal issues at the
EGM. For an issue as serious as this, the EGM was stage managed.
He lost. For him to damn his critics, he had to have at least a
two-thirds majority. He barely scraped through.
When the battle lines were drawn, Ling was forced into a
corner. The Chinese community objected vehemently. The Youth
wing unanimously rejected the deal, indicating that it aligns
community elders worried about the erosion of culture to squeeze
MCA from both ends. The MCA stands alone.
The boycott would continue, even if the MCA could find
buyers for the majority of the Nanyang shares. The MCA cannot
call for the boycott to be removed. Not so long as it officially
holds shares in it. Ling has not explained why it bought nearly
three quarters of the Nanyang Press share capital if it was to
divest itself to friendly parties later on. But this explanation
only came after the community's opposition became marked.
The MCA can close ranks -- if that is ever possible with
Ling as president -- but the damage is done. In every issue dear
to the Chinese community, the MCA holds a contrary position. It
does not matter what the issue is: visions schools, Nanyang
Press, Chinese culture. So, could the Chinese community rally
behind the MCA under Ling? Politics versus culture The Chinese community, like the Malay and increasingly the
Indian, is split seemingly irrevocably between its political and
cultural components. The opposition to the MCA does not come
from the DAP, but from those who once supported it but cannot for
a myriad of reasons. Political parties exist in Malaysia to support its president
right or wrong. Those against are forced out. And it requires
issues which anger the community to force him out. Membership in
political parties does not give you the right to an opinion, only
to echo the sentiments of the leaders. The leaders must be
obeyed without question. It is not even an option for you to
resign and join another party. This view is not confined to
National Front parties. The DAP, for intance, is annoyed that
ex-DAP members join Keadilan. Ling Liong Sik grew up in this environment. If he is as
agile as Dr Mahathir is, he can force his way through. But he is
not. He depends upon Dr Mahathir to survive. So, he is thrown
to the winds when Dr Mahathir himself says one day he approved
the sale and an another he did not, he only agreed to the
propriety of the MCA buying a newspaper. Then he spoils it all
by accusing Nanyang Press of writing reports which made the
Chinese voters to desert the National Front.
Huaren is not MCA is not Huaren is ...
Now that Ling has won, it is not only Nanyang Press that is
on tenterhooks. He also is. He cannot now say that since Huaren
Holdings is a different entity from the MCA, the party is not
bothered by how it does. All in all, whatever the justification,
he overshot his limits. If he had considered the matter
seriously, he could well have bought the Nanyang Press and
retained much of the goodwill. All Ling can now do is lick his wounds. He must have
realised that once the battle began, aligning with the deputy
president Lim Ah Lek's faction were those who were against him
personally. He miscalculated the force of that combination.
When the UMNO president stepped in, Ling's goose was cooked.
The longer he remains in office, the more problematic MCA's
influence in the National Front, let alone the Chinese community
it claims to represent. Ling's pyrrhic victory earned him an
albatross around his neck. M.G.G. Pillai
|