Laman Webantu KM2A1: 4841 File Size: 13.2 Kb * |
TJ SP MGG: Hakim Telah Melaksanakannya By M.G.G. Pillai 28/6/2001 5:41 pm Thu |
[Kerajaan BN sudah keresahan dengan keputusan hakim Md Kamil
sehingga cuba memperlekehkan beliau melalui media sedangkan itu
bukan saluran yang sepatutnya. Oleh kerana hakim Md Kamil sudah
pun bersara, sebarang komen darinya kini sudah tidak boleh diguna
pakai (not binding anymore). Pendeknya semua ini takkan kemana
tetapi keaiban pula yang mungkin tiba. Hakim Kamil jangan terjerat
oleh mainan kata. Kerajaan BN sudah menngelupur sekarang ini. Keputusan Hakim Kamil
telah mengaibkannya. Ia membawa implikasi parlimen Gaya pun perlu
dikosongkan segera. Oleh kerana pengundi Cina adalah kaum majoriti
di sana, bahang isu Nanyang mungkin akan tertempias dan menggugat BN.
Lagipun siapa lagi mahu mengundi kerajaan yang telah pernah menipu
rakyat melalui pilihanraya? Inilah isu sebenar - kerajaan sudah
MENIPU rakyatnya dan SPR TIDAK CEKAP dan seperti memihak kepada
kerajaan sahaja. Catatan 'Obiter dicta' hakim Kamil itu sebenarnya
adalah satu SINDIRAN kepada SPR, JPN dan lain-lainnya yang #@!#@!@!..
(isikan perkataan yang sesuai mengikut kemarahan anda!)
- Editor] Hakim Telah Melaksanakannya (The judge did it) Tindakan Hakim Muhammad Kamil Awang membatalkan keputusan pemilu DUN Likas
dan kemenangan mantan ketua menteri Yong Teck Lee, sebagai tidak sah, dia
sebenarnya telah mencetuskan gegaran pada kerajaan negeri.
Apabila dia menyebut bahawa bekas Ketua Hakim Negara pernah cuba
mempengaruhi agar mengenepikan petisyen itu, ia mendedahkan banyak perkara
yang memang ramai orang yang sudah lama menjangkakannya. Para hakim kerap
ditekan dan dipengaruhi untuk melaksanakan arahan terhadap kes-kes yang
mereka hakimi. Sudah jelas, betapa intipati penghakiman, yang membuktikan adanya daftar
pengundi yang songsang, yang tidak mahu diperbetulkan oleh Suruhanjaya
Pilihanraya (SPR) walaupun terdapat aduan mengenainya, malahan calon sendiri
yang terlibat dengan kesalahan pilihanraya, telah diketepikan dengan
sengaja. Yang pentingnya beliau ada mengatakan bahawa masalah seperti itu merupakan
aduan setiap parti pembangkang pada masa yang lalu. SPR terlalu tidak berlaku
adil kepada mereka itu. Inilah pertama kalinya seorang hakim mengatakan
betapa wujudnya kesahihan dalam semua aduan itu.
Obiter dicta Kini dia diperlekehkan kerana isu 'obiter dicta' kerana mengaitkan masalah
peribadinya dalam memberikan penghakimannya itu. Dia menjawab, perkara itu
sengaja didedahkannya dengan tujuan menyerlahkan betapa para hakimpun mudah
dikotak-katikkan. Bagaimana pula gamaknya dengan rakyat marhaen? Namun
demikian, seandainya kerajaan merasa tertekan dengan penghakiman itu, kerana
memikirkan wujudnya dalil yang dianggap laku, kerajaan harus membatalkan
penghakiman itu berasaskan sikap hakim yang cenderung berpihak dalam
pengadilannya. Adalah penting, untuk diterima setiap keputusan yang telah dihakimkan.
Lainlah kalau keputusan itu dikira tidak sah. Mengutuk seseorang hakim tidak
akan menjernihkan kekeruhan. Malahan, oleh kerana hakim itu sudahpun
bersara, dia sepatutnya diam membisu dan biarkan keputusannya menjadi
penentu. Sebaliknya hakim itu sengaja mengundang masalah dengan menonjolkan muka di
sidang akhbar untuk menjadikan isu itu semakin besar. Itu bukannya tugasnya
lagi dan penghakimannya itu seharusnya dikira laku dan bukannya
penjelasannya selepas itu. Tetapi, kerajaanpun tidak merasa senang dengan keputusan itu. Menteri haprak
kehakiman Rais Yatim, mahu mewujudkan mahkamah rayuan untuk kesalahan
pilihanraya. Mahathir pula menyebut bahawa hakim berkenaan sepatutnya
berjumpa beliau apabila ditekan oleh bekas ketua hakim negara itu. Takkan
dua kesilapan boleh membetulkan keadaan.
Tidak ada Hak Eusoff Chin memang sepatutnya tidak menghubungi hakim itu secara terus,
kerana itu adalah di bawah bidang kuasa Ketua Hakim Sabah dan Sarawak (Hakim
Besar Borneo). Apakah Mahathir kini memberi kiasan bahawa para hakim boleh
mengenepikan ketua-ketua mereka dan berhubungan terus dengannya? Apakah dia
akan melayan hakim yang berkenaan setelah mengambil kira keadaan sebenarnya?
Keresahan kerajaan itu bukannya disebabkan seorang hakim membabitkan masalah
peribadi dalam penghakimannya. Ia lebih disebabkan sikap SPR yang tidak
berlaku adil dan menunjukkan sikap berkecuali dalam semua hal. Apabila
daftar pengundi Likas boleh dipertikaikan, ia membawa makna semua daftar
pengundi bagi kawasan pilihanraya yang lainpun boleh dipertikaikan juga.
Parti pembangkang, Parti Bersatu Sabah (PBS), kini mempunyai satu senarai
panjang yang mempersoalkan daftar pengundi yang akan dikemukakannya di
mahkamah. Permintaan agar pilihanraya kecil diadakan semula sebaik sahaja daftar
pengundi diperbetulkan, adalah satu pertanda kepada masalah yang lain pula.
Kalau Yong Teck Lee didapati bersalah di Likas, apakah ini akan menjejaskan
kedudukannya sebagai ahli parlimen kerusi Gaya?
Likas ialah sebahagian wilayah parlimen Gaya, dan pilihanraya persekutuan
dilaksanakan selepas selesainya pilihanraya peringkat negeri. Ini bermakna
kedudukan beliau itu tergugat juga, tetapi bergantung kepada wujudnya satu
bantahan terhadap pemilu itu dan kerusi itu dikira kosong semula.
Faktor KeCinaan Kerajaan semakin gelabah kini kerana Likas ialah kawasan yang majoriti
pengundinya adalah orang Cina. Kerajaan menjadi tertekan selepas tercetusnya
kemelut Nanyang Press yang berkemungkinan mendorong pengundi Cina memilih
pihak pembangkang. Persidangan UMNO minggu lalu menunjukkan betapa UMNO
sudah kehilangan sokongan padu orang Melayu. Episod Nanyang Press
menunjukkan tekanan yang serupa menghantui MCA pula.
Seperti yang dirasai oleh Sarawak, pendidikan Cina dan beberapa isu budaya
yang lain menyebabkan kerajaan dihantui kerunsingan.
Satu pilihanraya kecil terpaksa dilaksanakan di Likas. Rais Yatim
beranggapan perlu diwujudkan satu mahkamah rayuan untuk mengahalang
keputusan yang berbahaya yang menghenyak martabat kerajaan. Yang lebih
dipentingkannya ialah satu kod etika yang perlu dikenakan terhadap hakim
yang mengadili kes pilihanraya. Mereka mesti mengadili rayuan dalam masa
yang tertentu selepas petisyen dikemukakan, dan membuat penghakiman dalam
masa tiga bulan sahaja. Tetapi kenapakah para hakim mesti dikhususkan kepada petisyen pilihanraya?
Apakah kerja itu tidak boleh dibiarkan terbuka kepada semua hakim yang ada?
Nampaknya sudah ada satu usaha untuk menyulitkan keadaan di sebalik
pengalaman pahit masa yang lampau.
Hakim pilihanraya mengumumkah penghakiman mereka beberapa tahun selepas
berlakunya pilihanraya itu, sehingga menjadikannya satu bahan lelucon
semata. Harus diingatkan di sini, Hakim Kamal mengeluarkan penghakimannya
dua tahun selepas berlangsungnya pilihanraya itu, walaupun pada dasarnya
tindakannya itu masih boleh dikira cepat juga.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya mencadangkan agar mereka yang mencapai
usia 21 tahun didaftarkan secara automatis. Ini bererti ada tambahan 500,000
pengundi baru setiap tahun dalam daftar pengundi.
Kerajaan menjadi runsing dengan tanda-tanda yang akan tercetus. Kemarahannya
sudah dihalakan kepada kesan penghakiman yang ada dan bukannya kepada
gelagat hakim yang mencetuskannya. Ia sudah nampak akan masalah yang perlu
dihadapinya dan yang pasti tidak mudah dapat ditanganinya.
Asal: Malaysiakini http://202.56.157.37/Column/2001/06/2001062701.php3
The judge did it CHIAROSCURO MGG Pillai 12:22pm, Wed: When Justice Muhammad Kamil Awang declared the
Likas state assembly seat in Sabah vacant, and found the assemblyman,
former chief minister Yong Teck Lee, guilty of election offences, he sent
shivers down the government's spine. When he alleged that the former chief justice pressured him to dismiss
the petition, it revealed what many had suspected; that undue pressure
is brought on judges to give the judgement expected.
Typically, the guts of the judgement - that the electoral list is flawed,
that the Elections Commission (EC) did not address the complaints,
the candidate himself had committed an election offence - were
conveniently ignored. But what he said is the complaint of every opposition party over the
years. The EC is unfair to them. For the first time, a judge says there is
merit in those complaints. Obiter dicta But he is flayed for his obiter dicta: that he brought in his personal
problems into the judgement. He says he did to show that if judges
could be pushed around, what then the common man. Be that as it may,
if the government is so horrified at this judgement - and I believe it has
a good case - it should act to nullify it on the grounds of the judge's
apparent bias. It is important judicial decisions must be accepted, unless overruled.
Sniping at the judge is neither here nor there. The judge, since retired,
should not have elaborated on his judgement, which should have stood
by itself. He opened the floodgates against him with his press conferences and
explanations. It is not his business to do so, and his judgement should
be what he delivered and not his later explanations.
But the government would not leave well enough alone either. The de
facto law minister, Rais Yatim, wants an appeal court for election
offences. Mahathir says the judge should have come to him if he had
been pressured by the former Chief Justice. But two wrongs do not
make one right. No right Eusoff Chin should not have had any direct contact with the judge, only
the Chief Justice of Sabah and Sarawak could. Is Mahathir now saying
that judges and others should bypass their superiors and go straight to
him? Would he have entertained the judge considering the
circumstances? The government's discomfiture is not that the judge brought personal
matters into his decision, but that the Elections Commission has shown
itself to be not fair and impartial. If the Likas electoral rolls is
questioned, so should that for every constituency. The opposition Parti
Bersatu Sabah (PBS) has a long list of questionable electoral rolls it
would now bring to court. That there were calls for the by-election to be held after the electoral
rolls are corrected is a sign of future problems. In any case, if Yong Teck
Lee is guilty of an electoral offence in Likas, would it affect his position
as the Member of Parliament for Gaya?
Since Likas is part of the Gaya parliamentary constituency, and federal
elections held later than the state assembly, it should, but only if there
was an election petition against that election and the seat is declared
vacant. The Chinese factor The government acts in heat because Likas is a Chinese-majority seat,
and it is worried the Nanyang Press fiasco could make the Chinese
voters vote for the opposition. The Umno convention last week
reflected Umno's uncertain hold on the Malay community and the
Nanyang Press fiasco MCA's. Like in Sarawak, Chinese education problems and other cultural issues
put the government in some fear. A by-election must be held in Likas. Rais Yatim thinks there should be
an electoral court of appeal to prevent ?capricious? decisions which
upset the government's sanguinity. More important though, to have the
judicial code of ethics brought to bear upon the election judges. They
should hear the appeals within months of the petitions being filed, and
decisions within three months. But why should judges be specially assigned to hear election petitions?
Could not every judge hear election petitions, acting as an election judge
when he does? We have incredible experience in making things more
difficult than they are. Election judges release judgements years after the election, making a
mockery of the process. It must not be forgotten Justice Kamal handed
down his judgement two years after the election, though by the
standards of others, it is quick enough.
The Elections Commission chairman suggests that those attaining 21
are automatically registered. This would mean 500,000 new voters every
year to the electoral rolls. The government is uncertain and frightened what this forebodes. Its
anger is directed at what the judgement represents, not the judge's
foibles. It sees the future staring in its face and cannot cope with it.
|