Laman Webantu KM2A1: 4843 File Size: 14.4 Kb * |
TAG SP 185: Likas: Penghinaan Mahkamah By Anonymous 28/6/2001 5:24 pm Thu |
[Teguran Mahathir kepada Hakim Kamil adalah sesuatu yang
tidak wajar kerana komen peribadi hakim itu adalah satu SINDIRAN
yang memang wajar. Jika Mahathir tidak berpuas hati dia sepatutnya
berdiri di dalam mahkamah kerana di situlah tempat sebenar - bukannya
di luar sana. Itu kurang ajar (atau menghina mahkamah) namanya.
Hakim Muhd Kamil telah melakukan apa yang sepatutnya. Dia tidak
mendedahkan nama pemanggil dan sudah melapurkan kepada Dzaiddin,
Ketua Hakim Negara. Tidak perlu dia memberitahu Mahathir kerana
masa berada di tangannya dan itulah yang sebaiknya.
Dengan melentingnya Mahathir dalam isu ini ia membawa petanda dia
sudah kepanasan telinga. Dia sudah menunjukkan siapakah dirinya
yang sebenarnya. Jika dia cerdik sedikit dia sepatutnya menyuruh
pihak ketiga mempertikaikannya. Malangnya mungkin sudah tiada orang
lain lagi yang mahu menjadi hamba suruhannya. Atau mereka mungkin
merusakkan lagi namanya. Sedarlah Mahathir - kalau sudah berat tidak
akan terpikul juga walaupun seribu datang untuk mengangkatnya.
Siapakah yang sanggup patah tengkuk dengan percuma?
- Editor] [Artikel asal ada di MR2, Minda Rakyat 26 Jun, 2001]
(Contempt of Court) Sepanjang pemerintahannya sebagai seorang perdana menteri, badan
kehakiman negara telah diaibkannya sehinggakan martabat badan
kehakiman itu jatuh begitu haprak sekali sampai menggugat
keupayaannya melaksanakan keadilan. Kejijikan ini bermula dengan
kaedah Mahathir mengisi badan kehakiman itu dengan insan yang
taksub kepada kepimpinannya seperti Hamid Omar dan Eusoffe
Chin. Melalui hakim-hakim bajingan yang haprak seperti inilah
membolehkan Mahathir mendalangi kerja-kerja jijik badan kehakiman
itu. Bajingan yang korup seperti ini kemudiannya melantik beberapa
khadam seperti Lamin, Ahmad Fairuz, Mohtar Sidin, Augustine Paul,
Ariffin Jaka, RK Nathan, dan beberapa hakim haprak lagi untuk
menguasai keseluruhan badan kehakiman itu. Sememangnya, kini
mereka dicampuri pula oleh si bedebah Mohtaar Abdullah.
Mahkamah Rayuan yang kerap mendengar rayuan daripada mahkamah
rendah dan mahkamah tinggi selalunya diketuai oleh Lamin yang
dibantu oleh bedebah seperti Ahmad Fairuz dan Mohtar Sidin.
Mereka bertiga ini selalunya akan menentukan semua kes
membabitkan Mahathir dan kerajaannya akan dihakimi dengan
memihak kepada kepentingan Mahathir. Memang tidak ada peluang
lagi mendapatkan keadilan kerana rayuan seterusnya kepada
Mahkamah Persekutuan akan tersekat dengan kehadiran si bedebah
Eusoff Chin. Eusoff dan Lamin sudah pun bersara. Mohtar tidak lagi memegang
jawatan Ketua Peguam Negara. Para hakim kini mengadili kes
mengikut keluhuran undang-undang dan sumpah setia jawatan
mereka. Para hakim kini melaksanakan tugas mereka tanpa takut-takut
dan rasa tergugat. Inilah yang manakutkan Mahathir. Sesaorang yang
korup selalunya menjadi takut apabila adanya manusia yang jujur
dan ikhlas menjalankan tugas mereka mengikut kedaulatan
undang-undang. Sesaorang yang jujur dan ikhlas adalah insan
yang tidak mudah disogok dan dipengaruhi.
Senarai sejarah dosa-dosa Mahathir merakamkan kecenderungan
beliau melantik orang yang korup di jawatan penting negara. Selain
badan kehakiman, kita boleh melihat betapa perkara yang serupa
berlaku juga di banyak perkhidmatan kerajaan. Dia telah melantik
Abul Hassan yang rakus sebagai gabenor bank Negara dan kini
menjadi salah seorang penasihat kewangannya. Dia sengaja
mengekalkan dan memberikan sokongannya kepada politikus yang
korup seperti Rafidah, Khalil, Ling Liong Sik, Sammy dan ramai
lagi. Dia melantik khadam-khadam mengepalai perkhidmatan Polis
dan Tentera dan juga KWSP. Senarai itu memang tidak ada hadnya.
Jawatan yang penting tidak diisi dengan manusia yang berwibawa
tetapi oleh khadam yang rakus dan lemah yang mudah
dikotak-katikkan kerana mereka mudah datang menyembah. Inilah
caranya beliau memerintah Malaysia dan bagaimana dia terlepas
daripada pendakwaan terhadap jenayahnya dan segala kerja jijik
berkaitan korupsi dan salahguna kuasa. Dia putar-putarkan polis,
jabatan ketua hakim negara dan badan kehakiman untuk
melumpuhkan para penentang politiknya. Dia berjaya dengan
putarbelit itu kerana semua jabatan ini dikepalai oleh bedebah yang
lemah yang telah dilantiknya. Semua bedebah ini tidak mempunyai
sebarang semangat bertugas untuk negaranya dan untuk kepentingan
bangsanya. Manusia bedebah dan haprak ini menyalahgunakan kuasa untuk
terus melantik manusia yang sama hapraknya di semua tempat dan
jawatan penting dalam perkhidmatan awam. Strategi beginilah yang
menjaminkan dia mendapat kesetian membabibuta daripada mereka
semua. Mahathir pernah melindungi Eusoff menangani dua krisis
yang besar. Pertama ialah dakwaan korupsi yang dikemukakan oleh
mantan hakim Syed Aidid terhadap Eusoff dan yang lagi satu ialah
episod New Zealand-Lingam yang telah mencemarkan martabat badan
kehakiman negara. Mahathir memang gembira dengan dua episod ini
kerana ia membolehkan beliau mengetatkan tali penjerut yang
membelit leher Eusoff untuk diputarbelitkannya. Raja bedebah ini
tidak ambil pusing akan martabat badan kehakiman negara selagi
badan kehakiman itu dapat dikotak-katikkannya dan mengikut sahaja
kerakusannya. Seandainya badan kehakiman negara mahu mengembalikan
kegemilangan martabatnya yang telah lama hancur itu, seharusnya
mengheret si bedebah Mahathir ini ke muka pengadilan kerana
segala kritikannya terhadap penghakiman Hakim Muhamad Kamil
dan cara beliau memperlekehkan hakim itu. Serangannya yang
haprak itu telah menjejaskan martabat badan kehakiman negara.
Dia harus dikenakan dakwaan menghina mahkamah dan diarahkan
membuat penjelasan akan gelagatnya itu. Sebagai Ketua Penguasa,
seandainya dia mempunyai sebarang masalah terhadap sesiapa di
kalangan hakim yang bertugas, perkara itu harus dikemukakan
kepada Ketua hakim Negara yang bertanggungjawab melaksanakan
tindakan mengikut keluhuran undang-undang. Kenyataannya yang
haprak seperti memerlukan Hakim Kamil melaporkan masalah beliau
kepadanya menunjukkan betapa beliau memang tidak faham akan
perjalanan sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di
Malaysia, dan peranan kehakiman sebagai jentera kerajaan.
Terpulanglah kepada para hakim terutama Mahkamah Persekutuan
menghukum Mahathir. Mungkin penjara selama 6 bulan memadai untuk
menghukum bedebah haprak ini. Inilah masa yang baik untuk tujuan
itu memandangkan ketidakupayaan agensi penguatkuasa yang lain
dan juga Ketua Peguam Negara untuk mendakwa beliau di
mahkamah kerana gelagat rasuah dan salahguna kuasanya.
Oleh kerana Hakim Kamil sudah pun bersara dan tidak boleh
mendakwa Mahathir kerana menghina mahkamah, saya harap rakyat
Malaysia akan mengalu-alukan tindakan Mahkamah Persekutuan
mengambil tindakan terhadap Mahathir dan mendakwa beliau kerana
menghina mahkamah. Bedebah ini sudah menjadi seorang petualang
negara. Kita seharusnya takut kepada kuasa pencipta Yang Maha
Esa dalam menjalankan tugas kita. Mahathir sebenarnya adalah
seorang bedebah dan penjenayah yang tidak perlu diberikan
sebarang kehormatan, simpati dan kedudukannya. Para hakim
seharusnya menganggap beliau dengan jijiknya dan mendakwa
beliau berasaskan segala tindakannya yang salah dalam usaha
menghancurkan badan kehakiman yang satu ketika dulu sungguh
dihormati. Tamat Asal: Mindarakyat (MR2) http://mindarakyat0.tripod.com/2001jun/2001-1946.htm
Corrupt Mahathir should be cited for contempt of court
Mahathir, the most corrupt Malaysian Prime Minister, should be
hauled up by the Federal Court for committing contempt of court.
In criticising Judge Muhamad Kamil's decision in the Likas
election petition and in castigating Muhamad Kamil, he has brought
the image of the judiciary into disrepute, public odium and
scandal. Mahathir has clearly overstepped the limit of his boundary
and the Judiciary should not take this very lightly.
During Mahathir's premiership, the Malaysian judiciary had been
brought to such a low level that its integrity and its ability to
mete out and dispense justice is very much suspect. This is
because Mahathir packed the judiciary with servile-like creatures
with the like of Hamid Omar and Eusoffe Chin who are completely
beholden to him. It is through these corrupt weaklings that
Mahathir was able to manipulate and direct the judiciary. These
corrupt weaklings in turn appointed several servile-like creatures
like Lamin, Ahmad Fairuz, Mohtar Sidin, Ausustine Paul, Arrifin
Jaka, RK Nathan and a few others to control the whole judiciary.
Of course they are now joined by the serviled Mohtar Abdullah.
The Court of Appeal which hears appeals from the lower and High
courts are always headed by Lamin supported and packed by the like
of Ahmad Fairuz and Mohtar Sidin. These trio would ensure that all
cases involving Mahathir and his government would be decided in his
favor. There is practically no chance to get justice since further
appeal to the Federal Court would be met by Eusoff.
Both Eusoff and Lamin are now gone. Mohtar is no more the AG.
Judges are now dispensing justice in accordance with the law and
their oath of office. Judges are now performing their actual
judicial role without fear and favor. This is what frightens
Mahathir. A corrupt man is always frightened when honest and
righteous man does their job in accordance with the law. An upright
and honest individual would be difficult to manipulate and control.
A record of Mahathir's misdeeds shows his tendency to put corrupt
people in important public posts. Apart from the judiciary, we
could see this in other areas of government service. He put the
corrupt Abul Hasan as the Central Bank governor and now one of his
financial advisor. He retained and supported corrupt politicians
in his cabinet like Rafidah, Khalil, Ling Liong Sik, Sammy and the
rest. He put servile creatures to head the Police,the Army and the
EPF. The list is endless. Key posts are filled not by meritorious
individuals but by corrupt weaklings which he could manipulate and
dictate. This is how he governed Malaysia and how he escaped
criminal prosecutions for his massive corruption and abuse of
power. He abuses and misuses the police, the AG chambers and the
judiciary to fight and finish off his political opponents. He gets
away with it because these institutions were headed by corrupt
weaklings, appointed by him. These weaklings have no sense of
public duty and committment towards national interest.
This man in fact abuses his public office by putting and supporting
corrupt individuals in important public post. It is through this
strategy that he managed to exact complete loyalty from these
creatures. He protected Eusoff through two big crisis. One is the
corrupt allegations made by former judge Syed Aidid against Eusoff
and the other is the New Zealand- Lingam's affair which brought the
image of the judiciary in disrepute. Mahathir in fact was overjoyed
by these incidents because this gives him the opportunity to
tighten his stranglehold on Eusoffe more tightly. This man
couldn't give two hoots about the image of the judiciary as long as
the judiciary could be manipulated and does his bidding every time
he wants. The judiciary in order to regain its once prestine role as
enshrined in the constitution should display great judicial courage
in hauling up Mahathir in court for the disparaging remarks he made
against the judgement of Judge Muhamad Kamil and for his
unwarranted remark on the Judge itself. His mindless attack has
smeared the reputation of the judiciary. He should obviously be
cited for contempt and asked to explain for his unwarranted
remarks. As head of the executive, if he has any grievance or
dissatisfaction with a particular judge, this should be brought to
the head of the Judiciary who should take action in accordance with
established judicial principles. His unwarranted remarks like
Judge Kamil should report to him shows his lack of understanding of
the system of parliamentary democracy as practiced in Malaysia, and
the role of the Judiciary as one of the organs of the government.
This man has no respect for the Malaysian constitution and is a
danger to this country and the future generation.
It is for the judges especially the Federal Court to put him in
place. Perhaps a 6 month prison sentence would be a good dose for
this corrupt creature. This would be a good time to bring him to
court considering the inability of other enforcement agency and the
AG to charge him in court for his corruption and abuse of power.
As Judge Kamil had already retired and could not cite Mahathir for
contempt, I think most Malaysians would welcome the Federal Court
to take upon the simple judicial duty of citing Mahathir for
contempt and to put him in his proper place. This man is a real
menace to his own country. We should fear god in discharging our
duty. Mahathir is nothing but a rotten and corrupt criminal who
deserve no respect, courtesy and sympathy. Judges should treat him
with disdain and contempt for all the wrongful acts which he has
done in gradually destroying the once respected institution.
|