Laman Webantu KM2A1: 4850 File Size: 9.6 Kb * |
TJ SP MGG: IWK Gunakan Pengutip Hutang By M.G.G. Pillai 28/6/2001 9:08 pm Thu |
[IWK kini mengupah agen pengutip hutang untuk mendapatkan
tunggakan bil sedangkan ia tidakpun mempunyai apa-apa perjanjian
dengan pengguna. Ia seperti terdesak kerana sudah sesak. Sepatutnya
ia melantik satu badan menyiasat kenapa bil itu enggan dibayar -
bukannya ingin memeras agar ia terbayar. Rakyat sebenarnya tidak
puas hati kerana kerap menjadi seorang pembayar sedangkan Mahathir
mengatakan Malaysia amat kaya, makmur, maju dan lain-lainnya.
Jikakita pergi ke negara luar seperti Australia (kerana Mahathir
mengutuk negara ini - kita ambil contohnya di sini), hanya bil
elektrik yang perlu dibayar. Tiada bil air dan tidak ada cukai
pintu. Itu semua percuma. Malah ada imbuhan jika tidak bekerja.
Bukan itu sahaja, ada sistem perubatan percuma Medicare pula untuk
rakyat yang tidak mampu. Kerajaan Australia telah memberi wang
kepada rakyat - bukan sebaliknya. Sepatutnya kerajaan Malaysia
yang angkuh ini bertindak serupa. Malangnya asyik kroni yang mendapat
wang pula... (IWK engages debt collectors) Oleh: MGG Pillai Satu ketika dulu, Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK)
merupakan salah satu bahagian empayar niaga seorang peniaga
yang tidak ada tolok bandingnya seantero dunia, Vincent Tan
namanya. Semakin ketara kini, apa yang satu ketika dulu
dianggap cengkaman kuasa peniaga hebat itu, sudah pun semakin
terlepas daripada genggamannya. Kecuali McDonalds dan
segelintir syarikat pilihan yang masih mengeluarkan telur
emasnya. Empayar niaganya sudah semakin dihentak ancaman Akta
Syarikat, lebih deras daripada yang dijangkakan.
Satu ketika dulu; IWK bertukar tangan dalam proses penswastan
laksana seorang bayi yang tidak ada yang betul-betul
meminatinya disebabkan dua perkara: harga pembelian mereka
dulu begitu tinggi sekali sehingga tidak mungkin dapat
menebus modalnya. Kedua, IWK beranggapan bahawa ia mempunyai
kuasa munisipal sebaik sahaja ia mengambil alih perkhidmatan
munisipal yang diswastakan itu. Akhirnya IWK menunjukkan
proses penswastaan yang gagal segagal-gagalnya, kerana ia
bukannya diilhamkan untuk berjaya dan terpaksa dipulangkan
kembali kepada Kementerian Kewangan Diperbadankan (Ministry
of Finance Incorporated). IWK tidak pernah menjalin perjanjian kontrak dengan tuanpunya
rumah yang kini mereka kejar untuk dapatkan bayaran kepada
khidmat kumbahan. Kini ia menggunakan kaedah kesamsengan
untuk mengugut bayaran itu sambil mengancam memotong bekalan
air kalau bil kumbahan itu tidak dilunaskan. Ia juga terus
mengeluarkan bil kepada penghuni rumah yang tidak wujud dan
enggan memberikan penjelasan bagaimana mereka menghitung caj
yang dikenakan itu. Saya terperanjat membaca satu artikel di New Straits Times
bertarikh 26 Jun, 01 - betapa IWK yang kini di bawah
pengurusan baru (kerajaan) telah mendapatkan khidmat pengutip
hutang untuk melunaskan sejumlah RM260 juta yang bertapuk
selama ini. Mulai 1 Julai, kita akan ditageh hutang oleh IWK
walaupun kita tidak berhutang kepadanya. Saya telah menerima
tiga bil daripada mereka dengan menggunakan tiga nama, tidak
satu pun merupakan nama saya, tetapi hutang tertunggak itu
terus ditambah juga. Saya telah meminta mereka menunjukkan
kontrak perjanjian saya untuk perkhidmatan mereka itu. Mereka
gagal menunjukkannya. Khidmat pelanggan IWK seperti yang disediakan oleh tuanpunya
yang lalu, memang bersedia menunjukkan ugutan seandainya anda
culas membayar. Kalau kerajaan mengarahkan anda membayarnya,
anda tidak mempunyai pilihan lain. Tidak perlu diwujudkan
perjanjian. Lagi tinggi tahap pangkat orang yang anda temui
untuk menyelesaikannya, lagi mudah anda berbalah sehingga
mencetuskan kemarahan juga. Anda akan diberi khutbah mengenai
semangat nasionalisma dan pengajaran mengenai kekurangan
bekalan air. Tetapi, apakah kaitan semua itu dengan keperluan
membayar bil perkhidmatan yang tidak pernah saya minta,
adalah sesuatu yang memeningkan kepala. Memang lebih mudah
bercakap kepada dinding. Lagipun mereka enggan memberitahu
kenapa tidak ada sebarang pernjanjian dengan saya seperti
yang wujud di antara saya dengan TNB, Telekom, Maxis dan
pelbagai penyumbang perkhidmatan yang lain.
Ketua pengarah IWK, Suhaimi Kamaralzaman, pernah berkata: IWK
akan melancarkan kempen kebangsaan mengenai kepentingan
kumbahan...'untuk mendidik bagimana sistem kumbahan yang
pincang akan menjejaskan rakyat jelata.... dengan cara
pencemaran punca bekalan air.' Dia akan menggalakkan para
pelanggan melunaskan bil tertunggak mereka. Tetapi,
bagaimanakah dia mempunyai pelanggan sedangkan mereka tidak
pernah merelakan diri menjadi pelanggannya? Bagaimana caranya
beliau mendapatkan mereka? Saya hanya menjadi pelanggan IWK dengan kerelaan saya.
Suhaimi tidak boleh bertegas saya seorang pelanggannya tanpa
kerelaaan saya. Kalau wujud kontrak antara saya dengan IWK,
lainlah ceritanya. Tetapi, saya tidak mempunyai perjanjian
itu, bagaimana pula saya berhutang kepada mereka.? Walaupun
kerajaan ataupun beberapa menteri berfikiran begitu. IWK
masih tidak dapat memberikan penjelasan kenapa saya dan
berjuta rakyat negara ini mesti membayar hutang sedangkan
tidak ada sebarang perjanjian mengenainya. 'Caveat emptor'
adalah hukumnya. Selagi anda tidak menandatangani sebarang
perjanjian dengan IWK, anda tidak berhutang apa-apa.
Seandainya ada pengutip hutang yang berlagak bagak untuk
menageh hutang, laporkan sahaja di balai polis yang
berdekatan. M.G.G. Pillai Terjemahan SPAR-01-025 Asal: Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK), once in the empire of that
internationally known business man of unquestioned repute, one
Tan Sri Vincent Tan, is in the news again. It goes without
saying that what was once in the great man's domain would no
longer be in it, unless it is a fast food restaurant like
McDonalds and other cash cows. His empire is on course for
protection under the Companies Act. It might be earlier than you
think. IWK was handed down, like an unwanted child, to successive
business men who could not turn into the black for two reasons:
the price they paid for it was too high and virtually
unrecoverable, and IWK assumed that it assumed municipal powers
when it acquired privatised municipal services. IWK is yet
another privatisation that failed, was not meant to succeed, and
has now returned into the Ministry of Finance Incorporated.
IWK signed no contracts with householders from whom they
demand payment for sewage services. It used thuggish methods to
force people to pay, threatening to cut off water supply if
sewage bills were unpaid, issuing bills to non-existent
residents, and refusing to explain how the charges were arrived
at. We still do not know. So, it is with surprise I learn today -- from the New
Straits Times (26 June 01, p5) -- that IWK under new (government)
management engages debt collectors to recover RM260 million
"owed". From July 1, you are going to be dunned for not paying
what you do not owe but IWK insists you do. I have been sent
bills in three names, none of which mine, but the sum due are
added on to the next. I asked them to show me a contract with
IWK for the service it provides. They have yet to.
The IWK customer service, under its previous owners, was
there to tell you perdition awaits if you did not pay. If the
government orders you to pay, you have no choice but to. There
is no need for a contract. When you went higher, you got more
convoluted arguments and shorter tempers, and given a lesson in
civic consciousness, nationalism and a civic lession in the
coming shortage of fresh water. How all this had to do with why
I should bills for a service I did not ask for escaped me. But
it was easier talking to a brick wall. But they would not tell
you why it does not have a contract with me, as I have with the
Tenaga Nasional, Telekom Malaysia, Maxis and other service
providers. The IWK chief executive officer, Mr Suhaimi Kamaralzaman,
says IWK would have a nationwide campaign on the importance of
sewage ... "to stress on how an improper sewage system will
affect citizens ... by way of polluting water sources". He would
also ask customers to settle their sewage bills. How does he
have customers if they have not agreed to be his customers? How
did he get them? I am an IWK customer only if I want to be. Mr Suhaimi
cannot insist I am when I am not. If I have an agreement with
IWK, fine. If I do not, how do I owe IWK money, even if some
cabinet minister or government decide I do? IWK still has not
explained why I, and millions of others, must pay it when it does
not have a contract with them. Caveat Emptor is still the rule.
If you have signed no contract with IWK, you do not owe it
anything, whatever it might say. If debt collector harass you,
go to the police stations and file a report.
M.G.G. Pillai |