Laman Webantu KM2A1: 4861 File Size: 4.3 Kb * |
BG: Kembalikan Hak Pendidikan Rafzan By Fong Po Kuan 30/6/2001 5:59 am Sat |
[Pemimpin BA harus melancarkan kempen BESAR-BESARAN mendesak dan menekan
kerajaan agar menarik balik keputusan memecat Rafzan, pelajar tahun kedua UiTM
kerana berhimpun membantah ISA di hadapan Masjid Negara pada 8hb Jun lepas.
Bukan itu sahaja, seluruh pelajar IPT harus mogok dengan tidak menghadiri kuliah
sehingga hak Rafzan dikembalikan. Sudah tiba masanya untuk kaum pelajar di negara
ini bertindak bersepadu. Persatuan pelajar-pelajar perlu mengerah ahli dalam hal
ini dan ini amat mudah dirancang dan dilakukan dengan menggunakan kemudahan
internet masakini. Belum cuba belum tahu. Mungkin ia amat berbisa sehingga pihak
yang menindas akan tergaru. Jika tidak teruskanlah hidupmu yang asyik terbelenggu.
- Editor] Kembalikan hak pendidikan Rafzan
Kenyataan Akhbar oleh Fong Po Kuan, Ahli Parlimen kawasan Batu Gajah dan
Pengerusi DAP Wanita Negeri Perak pada 27.6.2001.
Menteri Pendidikan Harus Mengambil Tindakan Mengembalikan Hak Pendidikan
Kepada Rafzan Tanpa Keperluan Mempertimbangkan Surat Rayuannya
Menteri Pendidikan seharusnya bertindak dalam kadar yang segera dengan
mengembalikan hak pendidikan kepada Rafzan Ramli, pelajar tahun kedua
jurusan Kejuruteraan Elektrik UiTM yang dilapurkan telah dipecat oleh
Lembaga Tatatertib Unviersiti Teknologi tanpa hak pembelaan diri di beri
kepada pelajar tersebut. Rafzan Ramli bersama enam pelajar yang lain telah ditangkap polis di depan
Masjid Negara pada 8 Jun 2001 kerana berhimpun secara aman untuk menyuarakan
bantahan terhadap undang-undang yang zalim, Akta Keselamatan Dalam Negeri
(ISA). Perhimpunan ini telah dianjurkan oleh gabungan 12 persatuan pelajar
pusat pengajian tinggi tempatan. Rafzan Ramli yang telah dibebaskan selepas ditahan semalam di Balai Polis
Dang Wangi dengan jaminan polis sehingga ke hari ini masih belum didakwa di
mahkamah. Adalah dilapurkan Pihak Lembaga Tatatertib Universiti Teknologi Mara yang
mendapati Rafzan bersalah tanpa memberi hak pembelaan diri kepadanya dan
seterusnya memecatnya sebelum beliau didakwa ataupun dihukum oleh mahkamah
adalah satu keputusan yang tidak adil dan amat berat.
Seseorang adalah dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah (one
is presumed innocent until proven guilty) serta kegagalan untuk memberi hak
pendengaran (right to be heard) atau hak membela diri adalah satu bentuk
perlanggaran hak asasi manusia. Keputusan yang tidak adil ini yang telah menafikan Rafzan hak untuk
pendidikan juga perlanggaran hak asasinya. Article 26 of the Universal
Declarations of Human Rights antaranya memperuntukkan " Everyone has a right
to education" Rafzan dilapurkan telah mengemukakan surat rayuannya kepada Jawatankuasa
Tatatertib Universiti semalam, 26.6.2001 dan dikatakan keputusan rayuan itu
boleh diketahui dalam masa tiga minggu.
Tindakan segera yang patut diambil oleh Menteri Pendidikan adalah
mengembalikan hak pendidikan kepada Rafzan dengan mengembalikan status
Rafzan sebagai pelajar UiTM. Menteri Pendidikan tidak patut membiarkan
badan perayu mempertimbangkan serta mendengar rayuan Rafzan. Isu di dalam
kes ini adalah penafian hak pembelaan diri oleh pihak Lembaga Universiti.
Jika pertimbangan diteruskan ke atas surat rayuan Rafzan, Menteri Pendidikan
akan menjadi pakatan kepada penyalahgunaankuasa kepada perlanggaran hak
asasi manusia dengan pihak Lembaga Universiti yang seterusnya meninggalkan
satu contoh kes yang buruk, (set a bad precedent) di dalam sistem Pendidikan
Malaysia. Akhir kata, tindakan pihak Universiti dengan mengambil keputusan memecat
Rafzan adalah terlalu berat dan tidak adil. Sebaliknya pihak UiTM
seharusnya berbangga kerana mempunyai pelajar yang tahu serta berani
menggunakan hak kebebasan berkumpul serta bersuara mereka untuk membantah
undang-undang zalim, ISA. |