Laman Webantu KM2A1: 4862 File Size: 16.2 Kb * |
TJ SP MGG: Persidangan UMNO Membenci Orang Asing By M.G.G. Pillai 1/7/2001 9:05 am Sun |
[Perhimpunan agung Umno yang lepas lebih merupakan satu
'rekod pita rakaman' lama yang ditayang semula yang lebih
menguntungkan Mahathir sahaja - bukannya ahli Umno dan
bukannya Umno. Sepatutnya halatuju Umnolah yang terlebih utama -
bukannya presidennya dan bukannya orang asing atau pembangkang
yang ada. Tidak mungkin kepupusan Umno adalah kerana orang lain belaka.
Selagi Umno asyik berpandangan begitu selagi itulah ia tidak
akan mampu membaiki dirinya dan kelemahan dan masalah itu akan
tetap melekap pada dirinya. Selalunya sikap sebegini akan
mempercepatkan ia reput dan mampus dari dunia sambil diiringi
dengan gelak dan ketawa di seantero dunia. Memang anih - di antara
banyak pemimpin Umno, Mahathir amat lantang dan begitu banyak melakar
wawasan serta mendapat puji-pujian tetapi Umno semakin pula kecundang
dan kepupusan. Persidangan UMNO Membenci Orang Asing
(Malay Xenophobia at the UMNO Meet) Persidangan UMNO yang berlangsung selama tiga hari pada 20-23 Jun yang lalu,
menampakkan sekali lagi kepintaran Perdana Menteri, Dr. Mahathir memukau
para perwakilan, yang turun untuk diceriakan, disakat oleh para pemimpin
mereka, dan diberitahu betapa mereka gagal memenuhi agenda kebangsaan untuk
memuaskan hati Perdana Menteri mengenai kejayaan mereka. Memang tidak ada
yang perlu dibincangkan selama tiga hari itu. Walaupun berlaku satu
peristiwa dramatik membabitkan pengunduran bendahari parti yang memegang
jawatan selama 17 tahun, dan melepaskannya hanya tiga minggu sebelum
perwakilan berhimpun. Perkara itu tidakpun diungkitkan, apalagi perkara yang
lain-lain. Dr. Mahathir telah menjadikan perhimpunan tahunan UMNO itu sebagai majlis
istimewa putar-belitnya. Selepas menguasai parti selama 20 tahun, sudah
tentu dia pakar menaikkan semangat para perwakilan untuk membenci orang
asing. Dia memberitahu mereka apa yang mereka suka dengar sedangkan tidak
ada satu pun mesej ucapannya itu yang laku untuk dipakai. Itulah caranya
tahun demi tahun. Dia berucap kepada persidangan untuk memukau mereka agar
terus memberikan sokongan kepadanya.
Semua perdebatan adalah lakonan yang mengikut skrip yang disediakan. Para
pendebat dipilih kerana keupayaan mereka untuk menghiburkan dan menjadikan
tajuk perbualan harian menjadi isu perdebatan, untuk menceriakan para
perwakilan agar mereka pulang dengan hati yang gembira betapa semua perkara
hidup ini ditangani dengan sempurna. Setiap kali suasana bertukar menjadi
mencabar, seperti yang berlaku di awal tahun ini, dia akan melencongkan
perhatian semua dengan cara menyerang orang asing dan kaum Cina dan juga
India. Xenophobia ialah sejenis penyakit membenci orang asing yang sudah
dijadikan satu pilihan alternatif oleh Mahathir untuk menjentik perasaan
orang Melayu agar mereka bangkit dengan marah secara melulu. Persidangan
UMNO yang terbaru memang tidak dikecualikan daripada jangkitan wabak itu.
Pergerakan Pemuda UMNO telah bersuara lantang mahu dihentikan rencana
membina sekolah Tamil dan Cina. Perdana Menteri yang merangkap Presiden UMNO
cuba menafikannya. Pada waktu yang sama dia mengipas bara xenophobhia dengan
menyerang akhbar-akhbar Cina kerana menyebabkan kekalahan Barisan Nasional
di Lunas pada pilihanraya kecil yang lalu. Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri,
Dato' Seri Abdullah Badawi memberitahu bagaimana kementeriannya memantau
semua akhbar. Kalau ada yang melanggari undang-undang, para pengarang akhbar
dipanggil untuk diberikan amaran. Ketika Mahathir menghentam akhbar-akhbar Cina itu, ia bukannya sebarangan
hentaman. Ia memang bertujuan untuk menaikkan kemarahan para perwakilan
untuk mempercayainya bahawa kekalahan BN di Lunas dulu adalah disebabkan
oleh akhbar-akhbar Cina. Sebenarnya kekalahan itu disebabkan UMNO gagal
mendapatkan sokongan pengundi Melayu. Pemimpin pergerakan Pemuda UMNO,
Hishamuddin Hussein, merupakan ketua yang bertanggungjawab dengan kempen BN
ketika itu. Dia 'bungkus' lari di pertengahan kempen untuk memenuhi agenda
percutian yang lebih penting lagi untuk keluarganya di luar negara.
Keangkuhan UMNO yang digambarkan oleh puluhan Mercedes Benz, dan BMW yang
ditayangkan di Lunas, disulitkan lagi oleh kesilapan besar memilih calon.
Apatahlagi dengan kegagalan menandingi usaha kempen pihak lawan, telah
menyebabkan kekalahan itu. Undi orang Cina memang penting tetapi tidaklah
sepenting undi orang Melayu. Apabila UMNO gagal mendapatkan undi orang
Melayu, mereka kantul dengan pertempuran politik di situ. Jika tidak, dan
seandainya pengundi Cina tidak memulaukan mereka, segala aduan Perdana
Menteri itu tidak akan begitu berbisa.
Hakikatnya kini, setiap kali undi Melayu menjadi undi penentu kepada UMNO,
akan muncullah masalah penyakit xenophobia. Itu sebabnya Mahathir menyerang
akhbar Cina. Tidak pula dia memberitahu kenapa dia diam membisu ketika
akhbar Cina berperangai songsang, dulu. Malahan, kalau betullah mereka
berlagak begitu, sudah tentu kerajaannya yang bertindak dulu. Tidak pula
berlaku perkara itu. Ini membayangkan betapa cadangan Perdana Menteri itu
terhadap Nanyang Siang Pau dan China Press adalah gambaran betapa dahsyatnya
gelagat orang Cina apabila mereka suka dan apabila tiba masanya.
Tidak ada sesiapapun yang bercakap mengenai masalah UMNO dan kenapa
keangkuhannya selama ini yang sedang diserang oleh rakyat marhaen bukan
sahaja di kalangan masyarakat Melayu malahan daripada semua lapisan
rakyatnya. PAS diserang kerana mendekati rakyat marhaen dan bermesraan
dengan masyarakat Melayu. UMNO memang kerap bercadang mendekati akar umbi
untuk memerangi cabaran yang semakin membesar terhadap ketuanannya.
Ramai di kalangan barisan pemidato yang diperlukan untuk menjawab pelbagai
kempen pembangkang. PAS telah dicemuh kerana pandangannya terhadap ajaran
Islam, yang mengikut Mahathir bukannya amalan Islam sebenarnya kerana PAS
menutup pintu hatinya terhadap pembangunan. Tetapi, selagi pemimpin UMNO
berdegil untuk bergaya dengan Mercedez mereka di majlis ceramah di kampung
yang terpinggir sedangkan orang PAS terus selesa berbasikal sahaja, sokongan
Cina yang bertambahpun tidak akan mampu menyelamatkan mereka semua.
Daripada membincangkan masalah ini untuk mendapatkan jalan penyelesaiannya,
para perwakilan diberitahu betapa orang lain - MCA, MIC, PAS, Keadilan,
DAP, orang Cina, India, kumpulan India yang anti-UMNO, Dato Seri Anwar
Ibrahim - semuanya makhluk dan kumpulan ini mahukan UMNO dan juga Barisan
Nasional kehilangan kuasanya. UMNO adalah yang terunggul daripada kalangan
parti komponen BN dan hanya UMNO yang mempunyai kunci hikmat yang
memperkasakan segalanya. Semua yang lain adalah anti kebangsaan.
UMNO sudah jauh tersasar daripada matlamatnya. Ada tanggapan haprak bahawa
kuasa yang begitu lama di tangan sudah memberikannya satu kuasa kekebalan
daripada serangan yang kini mencabarnya. Inilah yang menonjol ketika mantan
timbalan perdana menteri Dato Sri Anwar Ibrahim diaibkan, dihenyak dan
dilebamkan matanya sehingga beliau kini terpenjara. Inilah yang meletupkan
kemarahan rakyat marhaen Melayu apalagi setelah suara mereka diperam,
melainkan dalam suasana yang terkawal.
Para pemimpin UMNO yang bertaraf khazanah purbakala mempunyai pelbagai
jawapan kepada masalah mereka dan menuduh sesiapa sahaja melainkan diri
mereka sendiri. Mereka enggan mengakui betapa merekalah masalahnya. Pemimpin
UMNO dan Barisan Nasional sudah ketinggalan zaman. Seolah-olah ada satu
semangat berlumba-lumba antara pemimpin UMNO dan Barisan Nasional siapa yang
mampu lebih bertahan lama memimpin negara.
Akan tetapi, cucu-cicit kepada para pejuang kemerdekaan dulu sudah begitu
tetinggal oleh keadaan hidup yang jauh bezanya dengan keadaan 1955, dulu.
Dr. Mahathir adalah ahli UMNO sejak penubuhannya pada 1946. Penyambung
kuasanya tidak akan datang daripada golongan yang seangkatan dengannya.
Mahathir adalah sebahagian masalah UMNO seperti juga beberapa faktor yang
lain. Namun, dia tidak mempercayainya dan UMNO yang sedang dikuasainya tidak
akan mendesaknya untuk mundur dan bersara.
Adalah lebih penting untuk Perrdana menteri menyambungkan kepimpinannhya
daripada melepaskan kuasa, buat kepentingan negara. Cengkamannya yang
autokratik memang amat menyeluruh namun dia semakin terpinggir. Tidak ada
pun sebarang tanda perubahan itu boleh berlaku. Jadi, xenophobia UMNO akan
menjadi satu perkara kelaziman pada tahun tahun yang mendatang. Hubungan
kaum akan menjadi satu masalah besar di tahun yang mendatang. UMNO perlu
berjuang bermati-matian untuk memperkasakan sokongan akar umbi Melayu.
Penyebab utama semua itu sudah tentulah orang lain sahaja. Sindrom menafikan
kebenaran inilah yang menyebabkan segala masalah itu terus menggelegak
Inilah perkara yang tidak semestinya digembar-gemburkan dengan pujian kita.
MGG Pillai Terjemahan SPAR-01-025 Asal: Harakah 01-15 July 01 COLUMN Xenophobia at the UMNO meet By M.G.G. Pillai Dr Mahathir has turned UMNO general assemblies into one of
his own creation. With 20 years experience of it, he has become
a past master in directing the delegates to rise up in xenophobic
support. He tells them what they want to hear. None of his
speeches at these gatherings can stand close muster. In fact, he
has had the same theme year after year. He talks to the gallery,
and they rise in enthusiastic support.
The debates are scripted to the last detail. Speakers are
chosen for their ability to entertain, to make irrelevant
comments on issues of the day, to send the delegates home happy
in the belieft that everything is in safe hands. When the going
gets rough, as this year when too many issues he did not want
discussed had to be sidetracked, he attacked the foreigner and
the Chinese and Indians. Xenophobia is an attractive option in
any Malay crowd to rouse them to injured anger. This UMNO meet
was no exception. UMNO Youth calls to stop building Chinese and Tamil schools.
The Prime Minister and UMNO president, Dato' Seri Mahathir
Mohamed, denies it, but fans the xenophobic flames by attacking
Chinese newspapers for ensuring the National Front's defeat in
the Lunas byelection. The home minister, Dato' Seri Abdullah
Ahmad Badawi, says his minister tracks all newspapers and if any
breaches the law, their editors are hauled up and told.
So, when Dr Mahathir attacked the Chinese newspapers, it was
more than the bearer of bad tidings attacked; it was to rouse
the gathering to believe that its electoral failure in Lunas was
caused by Chinese newspapers. The National Front lost Lunas
because UMNO's failed to bring in the Malay vote. The UMNO youth
leader, Dato' Hishamuddin Hussein, was in charge of the National
Front campaign there, but he deserted it mid-way to answer a
pressing need for a holiday with his family overseas.
The UMNO and National Front arrogance, compounded with more
Mercedes Benzes and BMWs seen in Lunas, the wrong choice of
candidate, and unable to counter the opposition's smooth
campaign, caused its defeat. The Chinese vote was important, but
it was not as important as the Malay. When UMNO could not
deliver the Malay vote, the battle was all but lost. If it had,
and the Chinese had not, the Prime Minister's complaints would
have been valid. The long and short of it is when the Malay vote is critical
to UMNO, xenophobia surfaces. So, Dr Mahathir attacks the
Chinese newspapers. He did not explain why he did nothing when
the newspapers did. Indeed, if they had, his government would
have acted quickly. It did not. Which suggests that the Prime
Minister's remarks about Nanyang Siang Pau and China Press was to
show how rascally the Chinese can be when it suits them.
None at the UMNO general assembly spoke of what was wrong
with UMNO, and how its arrogant prescription on how Malaysia
should be governed is now under attack, not just from the Malay
community but from Malaysians in general. PAS is attacked for
going to the ground and nurturning the Malay community. UMNO
talks of going down to the ground to counter the growing
challenge to its governance. It talks of a cadre of speakers who could answer the
opposition campaigns. It attacks PAS for its Islamic worldview,
which in Dr Mahathir's view is not Islamic at all for it "shuns"
development. But so long as UMNO leaders insist on attending
ceremahs in remote villages in their Mercedes Benzes and PAS men
on their bicycles, no amount of Chinese support can save them.
Instead of addressing these issues, the delegates were told
the others -- MCA, MIC, Gerakan, PAS, Keadilan, DAP, the Chinese,
the Indians, the anti-UMNO Indians, Dato' Seri Anwar Ibrahim --
want to see UMNO and the National Front out of power. UMNO, more
than the National Front, alone has the key to national wisdom.
All others are anti-national. UMNO loses sight of its goals. The glib belief that long
years in office gives it immunity from attacks is now challenged.
This came to the surface starkly in how the former deputy prime
minister, Dato' Seri Anwar Ibrahim, was humiliated, battered and
jailed. It released the pent-up anger of the Malay community
whose voice could not be heard, except in controlled sequences.
The geriatric UMNO leaders had an answer for every problem,
and blamed everyone else for it but themselves. They did not
accept they are the problem. UMNO and National Front leaders are
out of touch with the rising generation. There seems to be a
race amongst UMNO and National Front leaders who would remain
longest at the helm. But the grandchildren of the fathers of independence are out
of touch with the National Front that has been in power since
1955. Dr Mahathir was a member of UMNO at its formation in 1946.
His successor can never be, but that he is is as much the problem
in UMNO as other factors. But he does not see it that way, and
UMNO is in his absolute control for it to want to ask him to
retire. It is more important for the Prime Minister to continue at
the helm than give way in the larger interests of the country.
His autocratic hold is near total, but he is also isolated.
There is no sign of this changing yet. So, the UMNO xenophobia
is bound to be an important feature of the coming years. Race
relations is headed for a rocky patch in the coming years. UMNO
must fight to earn its support from its support base, the
Malays. The cause for that is, of course, every one else. It is
this denial syndrome that raises the ante. It is not one we
should laud. M.G.G. Pillai
|