Laman Webantu KM2A1: 4867 File Size: 10.2 Kb * |
OH 4: Apa Lagi Yang Sudah Terbakar? By Graduan 69 1/7/2001 11:48 pm Sun |
[Dewan yang terbakar itu sudahpun padam, tetapi cerita yang
berkisar masih panas menyala dan tidak padam-padam. Kehadiran
sampai lima buah kereta bomba dan penggunaan skylift menggambarkan
ini satu kebakaran luarbiasa. Dan dengan akhbar kroni menulis dalam
prasangka nampak jelas apa yang ingin dibakar sebenarnya - bukannya
dewan tetapi orang-orang tertentu secara pengaiban.
Apa yang menarik di sini kenapa Menteri Pelajaran begitu diam dalam
isu ini. Malah beliau tidak diajakpun untuk bersama dalam simposium
itu. Apa perlunya PM dan TPM untuk hadir di UM jika tidak untuk
berkempen? Jika kerajaan BN boleh berkempen di dalam kampus begitu
terang-terangan mengapa para pelajar berkempen pula tidak dibenarkan?.
Sebagai peguam dan jaguh tekwondo, Azalina sepatutnya pandai sedikit
menendang kerana hayunannya itu mengena pucuk pimpinan parti sendiri
yang 'lebih berwawasan'. Apakah dia tidak malu nanti terjatuh dan
ditertawakan kerana polis sendiri masih belum dapat membuat kepastian?
- Editor] Azalina Othman ketua Puteri UMNO telah menyerahkan satu memorandum
mahukan Naib Canselor Universiti Malaya, meletakkan jawatannya.
Demikian yang dilaporkan di muka depan Harian Metro bertarikh Sabtu
30 Jun, 2001. Alasan desakan itu adalah kerana Dr. Anuar 'gagal
menyekat kempen anti-pemimpin kerajaan di kampus itu'
Alangkah anehnya, apabila memorandum itu dihantar oleh seorang
pemimpin Puteri UMNO yang belumpun dirasmikan pergerakannya, tetapi
sudah berani mendahului pemimpin lain dalam UMNO mengeluarkan
memorandum itu. Adakah Azalina 'menerima arahan? dari atas
kepimpinan parti? Sanggupkah pucuk kepimpinan parti mengendos gesaan
beliau itu sedangkan jawatan Naib Chanselor adalah berasaskan selera
pucuk pimpinan parti? Apakah asas tuduhan kempen anti-pemimpin kerajaan?
Menurut Azalina, imej UM terjejas berikutan penerbitan risalah
Varsiti 2001 yang mengandungi kecaman terhadap pemimpin kerajaan
yang diedarkan dengan meluas di kampus itu serta kebakaran Dewan
Tunku Canselor. Puteri UMNO menggariskan lima perkara dalam
memorandum itu:
Salinan memorandum itu dihantar kepada Menteri Pendidikan, yang
Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UM (MPPUM), Ketua Pemuda UMNO,
Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi dan Setiausaha Agung UMNO.
Sebagai seorang yang berkelulusan guaman, Azalina telah menulis memorandum itu dengan jelasnya. Ada beberapa perkara pokok di situ: yang mendesak Dr. Anuar meletakkan jawatannya:
Utusan Malaysia: Dewan Tunku UM Dibakar.
B. Harian: Kebakaran dewan UM disyakki angkara khianat;
Harian Metro: Puteri Meradang: Gesa Naib Canselor UM letak jawatan
Berita Harian menunjukkan tajuk yang mempunyai kesangsian betapa
dewan itu 'mungkin' terbakar kerana adanya angkara khianat. Utusan
Malaysia lebih berani lagi mengatakan Dewan itu DIBAKAR. Kerana
kebakaran itu Harian Metro terus memberi penekanan kepada memorandum
yang mahukan Dato' Dr. Anuar melepaskan jawatannya.
'Beberapa pengawal keselamatan cuba memadam kebakaran yang dikesan
di kiri pintu 'M' sebelah pentas Dewan TC sebelum menghubungi bomba
apabila api semakin marak. Api marak denan cepat dan menyambar
peralatan pentas, lebih 3,000 kerusi, alat audio video dan jubah
konvensyen. 'Seorang pengawal keselamatan mengesan api marak di dewan itu
kira-kira jam 3.40 pagi dan memanggil rakannya untuk membantu
memadamkan kebakaran. Selepas gagal, mereka panggil bomba pada 3.50.
Bomba tiba jam 3.55 pagi. Lima minit kemudiannya lima kereta bomba
dan jentera 'skylift' bomba tiba. Bagaimanapun api sudah marak
termasuk beberapa letupan kecil yang kedengaran.
'Bomba mengawal keadaan pada jam 5 pagi dan memadamkan api
sepenuhnya padam 7.45 pagi.' 'Lebih 90 peratus barang dalaman dewan musnah, kecuali struktur
konkrit, manakala langsir, kerusi, bumbung musnah dalam kebakaran
itu dan 1,800 jubah akademik untuk konvensyen.
'Majlis konvensyen yang dijadualkan pada 1 hingga 3 Ogos akan
ditangguhkan untuk merangka perancangan baru membabitkan tempat
pilihan dan persediaan jubah kira-kira 5,800 graduan.
Polis menyiasat adanya unsur khianat dalam kebakaran yang
memusnahkan Dewan TC. Ini berikutan dakwaan Pengerus Yayasan
Pergerakan Wawasan, Rahim Thamby Kecik bahwa beliau mengsyaki pihak
tertentu membakar dewan itu untuk menggagalkan satu simposium
anjurannya (RTC) selama dua hari ini di dewan itu.
Simposium 'Arahtuju Idelalisme mahasiswa Di Alaf baru' dijadualkan
dirasmikan Timbalan Perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi dan
ditutup oleh Perdana Menteri Mahathir Mohammad.
Tuduhan adanya sabotaj adalah satu tuduhan yang serius. Tetapi,
bagaimanakah Rahim Tamby Chik dan Dasuki Ahmad sebagai Setiausaha
Politik Perdana Menteri sanggup membuat tuduhan itu dan tergamak
memegang apa yang dikatakan risalah hasutan pelajar untuk dirakamkan
dan disiar oleh Harian Metro pada muka surat 2 akhbar itu?
Timbalan Ketua Polis Negara Jamil Johari ada menyatakan polis turut
menyiasat kes itu dari unsur khianat dan meminta semua pihak jangan
membuat sebarang andaian mengenai kejadian itu. Apakah Jamil Johari
akan bertindak terhadap Dasuki Ahmad dan Rahim TC kerana tuduhan
mereka itu? Tindakan Azalina boleh dipertikaikan kerana dia sengaja
mengapi-apikan keadaan. Apakah dia turut yakin bersama Rahim Tamby
dan Dasuki Ahmad bahawa dewan itu terbakar kerana khianat? Apakah
buktinya nanti mesti disokong oleh pegawai penyiasat dengan
kenyataan 'Ya, bangunan terbakar kerana khianat...' ?
Kita tidak mahu membuat andaian lain selain berkata bahawa adalah
satu idea haprak yang datang daripada otak desperado sahaja yang
sanggup mendahului keputusan siasatan itu. Apabila dilihat akan
keadaan kebakaran yang didahului dengan terjumpanya risalah
'menghasut' itu adalah tidak sukar untuk pasukan siasatan
'menjumpai' barang bukti bahawa bangunan itu sengaja dibakar seperti
yang dirumuskan oleh Utusan Malaysia.
Soalnya sekarang kenapakah simposium pelajar universiti mahu ditaja
oleh orang politik seperti Rahim Tamby Chik yang sebenarnya tidak
ada sebab dan maruah utnuk menjadi pemimpin lagi? Oleh kerana Dasuki
Ahmad terbabit sama adakah simposium itu satu permulaan untuk
'memperkasakan' minda pelajar dengan ?Pemikiran Mahahtir? ala ?The
Thoughts of Presiden Mao?. Kalau simposium itu perlu dihadiri oleh pelajar IPT kenapakah
dilaksanakan ketika sebahagian besar pelajar harus berada di kampung
halaman bercuti selepas peperiksaan akhir semester mereka. Apakah
perkara ini tidak diambil kira? Kenapakah Azalina begitu celupar untuk mahukan Dato Dr. Anuar
melepaskan jawatannya. Apa akan jadi kalau pelajar berdemo di kampus
menyanggah memorandum Azalina itu nanti?
Soalnya sekarang kalau ada unsur khianat, siapakah yang membuatnya?
Apakah tidak mungkin ia dilakukan oleh penyokong Mahathir kerana
tidak selesa melihat beliau menutup peristiwa yang dibuka oleh
timbalannya. Cuba tunjukkan majlis yang dibuka oleh timbalan
pemimpin ulung dan ditutup oleh pemimpin ulung itu di dunia ini?
Nampak sangat kerajaan Mahathir terdesak, sehinggakan lakonan
sandiwara yang mahu dilaksanakan tidak mengikut skrip yang jitu
walaupun Dasuki terkenal sebagai produser drama TV. Kepada mereka
ini semua kita ingatkan jangan suka sangat bermain api. Lihat apa
lagi yang sedang terbakar gara-gara lakonan membakar sebuah dewan.
- Graduan Agric. Engineering 1969. |