[Reaksi Azalina menghantar memorandum menunjukkan beliau begitu
marah dan kecewa sekali ekoran tragedi kebakaran dewan UM itu.
Apa tidaknya, kerana hasrat untuk menambah si Puteri turut terbakar
sama. Sayang marahnya sedikit terlebih sehingga ia tempias kepada
pemimpin tertinggi Umno kerana orang besar UM itu adalah lantikkan
yang direstui oleh bapak Puteri Umno. Sabar sedikit Cik (Puan?)
Azalina... jangan tendang seikut suka nanti diri sendiri tertendang
kan nanya? Belum setahun jagung mengikat kain pun masih tidak kena
inikan pula untuk memimpin sekalian Puteri di seluruh Malaysia. Belum
lagi cukup besar sudah nak mengetuk kepala orang tua....
Umno amat memerlukan sokongan golongan muda - sebab itulah Puteri
menjelma. Capaian Wanita Umno tidak memuaskan hati memanda kerana
banyak yang tua dari yang muda akibat pendekatan yang tidak kena.
Hanya Puteri yang muda mungkin mampu menggoda pelajar - sebab itulah
Mahathir memilih mereka.
Apa yang menarik Mahathir menutup dan Dollah membuka. Nampak sangat
kebimbangan sesuatu melayang diudara menghempap muka. Tektik sebegini
membolehkan Mahathir menambah tukang sorak agar Dollah tergaru kepala...
kenapa si tua itu lebih popular sedangkan dia mengulang-ngulang benda
yang sama dan lama.
- Editor]
Siri 5: Oh Malaysiaku.....!!!!!
Perjuangan Yang Tak Akan Selesai
Pembakaran Dewan Tunku Canselor UM yang dikatakan sebab khianat itu
telah menyerlahkan banyak tekateki yang sudah pasti tidak diduga lebih
awal oleh para penulis skrip 'Drama Menara Gading' di Babak Pertama
itu.
- Tulisan 'Kebakaran Yang dipentaskan' oleh Dr.Nologareng menunjukkan
betapa rakyat bukannya bodoh untuk mengagak siapa sebenarnya yang
membakar dewan itu. Orang kampung di pendalaman pun tahu sebelum PM
ataupun TPM tiba di sesuatu kampung, orang jabatan khas sudah lama
berkampung di situ dulu. Apatah lagi di UM.
- Rahim Tamby Chik dan Dasuki sanggup menyengehkan muka terpampang di
akhbar dengan memegang 'risalah menghasut' yang diedarkan di merata
kampus. Sekaligus, risalah itu dikatakan bertanggungjawab untuk
mengerakkan orang membakar dewan. Sekaligus tuduhan dikiaskan kepada
'pelajar militan' yang bertindak membakar. Siapakah pelajar militan
itu sehinggakan terpaksa menunggu kemunculan Mahathir membakar dewan
mereka? Apakah mereka tidak ada otak untuk membakar tempat mereka
berkampung? Sampai begitukah tongongnya pelajar Melayu sehingga sanggup
membakar dewan kerana marahkan Mahathir. Padahal mereka cuma belajar
membakar kelambu kerana bencikan nyamuk?
- Apakah yang dibuat oleh Rahim Tamby Chik dan Dasuki? Melibatkan
diri mereka dengan pelajar untuk berpolitik? Bukankah UMNO dan
Mahathir tidak mahu pelajar berpolitik? Bukankah Mahathir menekankan
agar pelajar tumpukan tenaga kepada pelajaran? Kalau itulah tema
ucapan Mahathir kenapa khaskan ucapan itu hanya pada 1,000 pelajar
pilihan? Kenapa tidak bercakap diTV dan diedarkan TV itu kepada
segenap IPT untuk didengar oleh semua golongan pelajar? Kemudian
siarkan ucapan itu secara bersisi agar ibubapa pelajar boleh turut
mendengarnya? Kalau tujuan Mahathir ialah untuk menasihati pelajar,
kenapakah program itu tidak diuruskan sendiri oleh universiti, dan
Mahathir menunggu hingga Ogos ini ketika universiti itu mengadakan
konvokasinya? Apa sebenarnya tujuan pembabitan Rahim TC dan Dasuki?
- Memberi syarahan khas dan membabitkan pelajar kepada syarahan
itu sedangkan sebilangan besar pelajar lain tidak pun terlibat,
membawa banyak konotasi. Ibubapa harus mempertikaikan program semacam
ini, kerana ini tidak termasuk dalam agenda pembelajaran universiti.
Hubaya, hubaya adanya program putaran minda oleh UMNO. Mahathir
bukan menghadiri program khas itu sebagai Perdana Menteri, tetapi
sebagai Presiden UMNO. Sampai bilakah rakyat marhaen mahu ditipu?
- Penglibatan Puteri UMNO dan juga Pergerakan Pemuda UMNO dalam
perjumpaan itu adalah bukti bahawa itu adalah program UMNO untuk
memikat golongan pelajar universiti, terutama sekali golongan siswazah
untuk menganggotai Puteri dan Pemuda UMNO. Puteri UMNO mempunyai
sasaran untuk menarik sekitar 1,000,000 (satu juta) ahli menganggotai
pergerakannya, sebelum pelancaran rasmi. Pemuda UMNO diberikan
taklimat khas supaya setiap pemuda menarik 5 orang pemuda lain
menganggotai parti. Kerana itu sasaran dibuat untuk menjemput
wakil-wakil pelajar daripada semua universiti dan institusi pengajian
tinggi. Untuk melicinkan proses menyauk ahli baru ini Paklah membuka
bengkel khas itu dan Mahathir menutupnya. Ini adalah satu 'reverse
proceedings' yang jarang dilakukan dalam protokol diplomasi, tetapi
kerana UMNO sudah nazak, ia dipraktikkan juga.
- Rahim TC adalah insan yang merupakan sebahagian sejarah hitam
UMNO. Tanya ibubapa kepada ahli persatuan anak Melaka di ibukota.
Tentu ada kisah gadis sunti Melaka yang 'termengandung' dan dibiayai
oleh seorang pemimpin politik UMNO Melaka. Ini bukan cerita
melibatkan seorang gadis Melaka yang menjadi GRO ataupun adiknya yang
akhirnya mengandungkan anak luar nikah yang diisytiharkan di mahkamah
Melaka sebagai hasil kerja sepuluh 'budak kaki dadah' yang mengaku
menyondolnya. Ramai lagi gadis Melayu Melaka yang menerima pengalaman
yang sama sehinggakan ada beberapa gadis Melayu itu mencari
'perlindungan' di gereja dan akhirnya bertukar agama. Cerita aib ini
tidak terbongkar kerana terlalu aib hingga mampu mendorong seorang
dua golongan ibu dan bapa di Melaka membunuh diri sendiri. Tetapi,
kini perkara ini terpaksa didedahkan sedikit. Kalau begitulah taktik
UMNO yang terbaru untuk mendapatkan keahlian barunya terutama sekali
dengan pembabitan Azalina Othman, Rahim TC, Dasuki dan Aziz Shamsuddin
eloklah Pergerakan Wanita UMNO mengambil peranan sebelum terlambat.
Wanita UMNO harus kipaskan isyarat kepada semua ibu-ibu Melayu yang
mempunyai anak-anak gadis di menara gading agar menjauhi suasana
seperti ini kerana bahananya nanti adalah lagi gadis sunti di menara
gading itu yang akan retak mahkotanya. Rahim Tc dan Dasuki bukannya
pelahap sembarangan. Begitu juga Aziz Shamsuddin.
- Sebaik sahaja berita kebakaran DTC disiarkan oleh akhbar Azalina
Othman sudah pun menyiapkan memorandum Puteri UMNO yang mahukan Naib
Chanselor UM, Dato' Dr. Anuar meletakkan jawatan. Alasan Azlina ialah
Dr.Anuar gagal menjalankan tugas. Gesaan Azalina itu disokong oleh Aziz
Shamsuddin tanpa mengambil kira siasatan polis yang belum selesai.
'Kalau pendapat Azalina berasas kita sokong bukan untuk saya, saya tak
akan jadi NC kerana orang yang akan jadi NC ialah orang yang
layak memimpin untuk kepentingan negara,' katanya.
Beliau juga berkata; 'Saya menghormati cadangan yang baik, kalau kita
pilih NC yang lebih bertanggungjawab dan boleh memberi prestasi yang
lebih baik kepada universiti kita cari.'
Lihat, kenyataan haprak seorang menteri yang separuh gila.,tetapi
amat besar kuasanya untuk memutarkan minda Mahathir. Kerananyalah tujuh
pemimpin UMNO (termasuk seorang exco Negeri Kedah) terpaksa
dikorbankan dengan tuduhan rasuah. Kerananya guru-guru wanita terpaksa
memikirkan bila mahu susun jadual mengandungkan anak. Inilah juga manusia
yang merancang pengaiban Anwar Ibrahim sehingga Mahathir sanggup
menangkapnya dan mengaibkannya.
Apakah status Aziz Shamsuddin kalau bukan sebagai Menteri Pelajaran
yang sebenarnya. Cuma jawatan itu diproksikan kepada Dr. Musa. Kerana
itu, apabila dewan di universiti itu terbakar, menteri pelajaran
rasmi tidak buat apa-apa komen sedangkan dia ada dalam negara. Aziz
Shamsuddin yang mengatakan dewan itu dibakar dan sokong apa yang
dicadangkan oleh Azalina Othman.
- Kebakaran yang dipentaskan itu secara tidak langsungnya merupakan
sambutan 'bunga api' satu fenomena baru dalam aktibiti UMNO. Aziz
Shamsuddin sudah mengisytiharkan pengganti kepada Umi Hafilda yang
dulu merupakan primadona Episod Anwar Ibrahim. Besar kemungkinan
Azalina Othman akan menjadi satu 'primadona' terbaru untuk
menjahanamkan siapa pula? Kalau rencana terkini ialah untuk
menjatuhkan Paklah, tentu Aziz Shamsuddin telah mengambil kira
kewujudan saki-baki Nasrul Haq sebuah persatuan silat yang dulunya
dinaungi oleh Paklah.
- Apabila DTC di UM terbakar, Azalina Othman dengan pantas menyiapkan
memorandum meminta NC Anuar meletakkan jawatannya. Tetapi dalam
masa dua puluh empat jam sebuah dewan metamatik dan komputer
terbakar di UPM. Kenapakah Azalina Othman dan Aziz Shamsuddin tidak
menghantar memorandum meminta NC di sana meletakkan jawatan? Ada dua
jawapan dalam tekateki ini: Satu, kebakaran di UPM adalah kebakaran
biasa sebagai pengajaran daripada Allah agar orang Melayu sedar
akan erti satu kebenaran ketika memantau episod DTC. Kedua, Aziz
Shamsuddin berjaya meletakkan patung politik bikinannya di UUM dan
memindahkan NC yang dulu ke Tanjung Malim. Ini bererti, Aziz
Shamsuddin ada niat jahat untuk memperalatkan keseluruhan institusi
menara gading sebagai satu 'force' untuk didalanginya dalam masa yang
terdekat. Memang licik si bedebah ini sehinggakan orang UMNO
sendiri takut kepadanya dan jijik mahu meletakkannya sebagai ketua
bahagian. Terpaksalah disembelih ketua bahagian yang menerima undi yang
terbanyak untuk membolehkan Aziz menang secara tipu muslihat.
- Persidangan Tahunan UMNO baru sahaja selesai. Bil-bil pembelian
yang dibayar melalui kad kredit oleh para pemimpin, tentu belum
dilunaskan sepenuhnya. Tetapi, kita nampak satu agenda terbaru UMNO
sudah pun bermula. Pada persidangan di PWTC dulu, majlis hanya berupa
'Majlis Pok-amai-amai' sahaja. Tidak ada sesuatu yang menarik selain
kisah Melayu yang malas, dungu, tidak pandai belajar, tidak tahu
bersyukur dan mudah pelupa. Semua itu dirumuskan dalam satu sajak
haprak 'Melayu Mudah Lupa'.
Selangor baru sahaja selesai melaksanakan Konvensyen UMNO ke-10 yang
'menggariskan pelbagai resolusi berhubung politik,ekonomi, sosial,agama
dan pendidikan yang perlu diberi perhatian bagi menetapkan sistem
masyarakat sesebuah negara.' Demikianlah orang Melayu ditipu dan
dipukau lagi. Apakah gunanya satu resolusi untuk sistem masyarakat
sesabuah negara selepas dilangsungkan persidangan tahunan? Kenapa
tidak tunggu melaksanakannya tahun hadapan sebelum persidangan tahunan
yang baru? Ini adalah satu gambaran betapa Persidangan tahunan di
PWTC hanya untuk bertemu muka dan bersuka-suka.
Apakah pentingnya konvensyen ke-10 itu jikalau dibandingkan dengan
Kongres Kebangsaan Sains dan Teknolgi Melayu yang dilangsungkan hanya
satu bulan yang lalu di Shah Alam di mana 16 resolusi telah
diumumkan? Kongres ini ditaja oleh UMNO dan menyeluruhi negara kerana
pembabitan Ahmad Sarji dan Pergerakan Pemuda UMNO Pusat? Sila lihat
Utusan Malaysia Rabu 30 Mei muka surat 11, ada disebutkan segala
resolusi yang berjumlah 16 semuanya.
Kalau semua pelajar Melayu di universti mahu diperkasakan mindanya,
kenapakah mereka tidak ditaja untuk melibatkan tenaga fikir mereka
dalam KKSTM itu dulu?
Jawapan kepada beberapa soalan di atas ialah kerana UMNO mahu
menambahkan keahlian yang semakin terhakis. Semua usaha untuk meraih
sokongan Melayu kini ditumpukan kepada warga mahasiswa dan siswi dan
semua belia yang akan menjadi pengundi pada 2004 nanti.
- Kini, Mahathir membabitkan dirinya dalam setiap majlis bersama
rakyat. Tidak kira untuk membukanya lagi, cukup setakat menutup majlis
sahaja. Kenapa? Taktik ini ada satu muslihat menentukan jumlah
penonton yang bersesuaian tetap ada untuk mendengar bebelan seorang
diktator nyanyuk dan separuh gila. Dia akan bercakap dengan tajuk
'Perjuangan yang Belum Selesai'. Ini adalah satu tajuk yang menjadi
kuncikata untuk memukau dan memutarbelitkan fakta sejarah Melayu.
Melayu tulen di seluruh negara tahu perjuangan mereka baru sahaja
bermula selepas diculik dan diliwat oleh kumpulan malbari yang
disokong oleh golongan atasan Melayu yang rakus dan berpura-pura
dengan ajaran Allah. Kalau mereka ini betul-betul bertakwa mereka tentu
sudah lama sedar bahawa dalam hidup ini sesuatu perjuangan itu
hanya selesai apabila si pejuangnya masuk ke liang lahad. Apakah
anihnya dengan cogankata 'Perjuangan yang Belum Selesai?' Ini hanya
satu kuncikata untuk terus memukau dan memperlekehkan Bangsa Melayu.
Inilah cogankata yang menipu bangsa Melayu sejak dua puluh tahun yang
lalu.
Kuncikata yang menipu dan memukau inilah membuatkan Melayu menjadi satu
bangsa yang semakin bingung dan mencelaru. Contoh terbaik ialah
kenyataan Hisyamuddin Husein yang mahu mendedahkan bukti adanya
pelajar yang menentang kerajaan. Benarkah ini? Apakah salahnya kalau
ada pelajar yang tidk sehaluan dengan pemikiran kerajaan? Kalau itu
dianggap salah, kenapa tidak ditangkap sahaja semua ahli parti
pembangkang. Bodoh sangat Hishammudin ini rupanya. Dia terpukau
dengan kuncikata 'perjuangan yang belum selesai' sehingga terlupa
betapa dia naik hasil 'telunjuk dan undi nostalgia' sahaja. Dia
mengkiaskan apabila DTC terbakar, pelajar yang tidak sehaluan dengan
UMNO mesti ditangkap. Kenapa tidak ditangkap timbalannya yang mengugut
membakar sebuah Dewan perhimpunan Cina?
UMNO bikinan mamak malbari yang memperkasakan budaya malbari (seperti
tulisan Amin Sapiro) mempraktikkan apa sahaja untuk memperkasakan
ketuanan UMN Baru(a) yang ada. Ini diperkokohkaan dengan kuncikata
'Perjuangan yang Belum Selesai'. Kini ia diperkasakan oleh sejak
'Melayu yang Mudah lupa'. Sebenarnya Melayu tidak mudah lupa walaupun
sudah 20 tahun perjuangan Mahathir belum selesai. Cuma, Melayu
terus bersabar mengunggu harinya. Orang Melayu tulen sudah lama sedar
betapa perjuangan yang belum selesai itu sudah sampai ke tepian
kerana negara sudah semakin muflis dan tidak ada lagi yang boleh
dibanggakan. Fikirkanlah dalilnya dulu dan sambunglah kisah
ini..........
Qalam Kencana
2 Julai, 2001
|