Laman Webantu KM2A1: 4877 File Size: 14.5 Kb * |
TAG SP 188: Pembelian Sebuah Syarikat Akhbar By Harun Rashid 3/7/2001 5:43 pm Tue |
[Pembelian Nanyang nampaknya lebih banyak tidak berguna daripada
berguna untuk MCA. Ia mungkin akan memufliskan MCA dan Nanyang itu
sendiri. Baru sahaja beberapa hari ia sudah muflis beberapa editor
dan penulis penting dalam Nanyang. Mereka sudahpun cabut lari kerana
tidak sanggup untuk bersekongkol menipu bangsa sendiri.
Pengambil-alihan Nanyang juga telah menyebabkan MCA tercedera dan dimarahi
oleh majoriti masyarakat Cina - baik di dalam atau di luar MCA. Ling telah
membuat keputusan ala diktator terlebih dahulu tanpa berbincang dan
mendapat restu ahli dan AJK pelaburan parti. EGM tempoh hari itu hanyalah
gimik untuk menunjukkan dia mendapat izin melalui demokrasi padahal dia
telah melangkah 'seorang diri' untuk membeli sambil dipimpin oleh
presiden Umno yang sakit hati sejak tertewas di Lunas tempoh hari.
Ling telah membeli dahulu dan bertanya kemudian. Apabila ditegur barulah
dia menggelabah sakan memberi pelbagai alasan. Rencana ini menunjukkan
semuanya tidak menguntungkan - sebaliknya ia mungkin melingkupkan MCA
sendirian. Jun 23, 2001 Pembelian Sebuah Syarikat Akhbar
(Worldview: Buying A Newspaper) Oleh : Harun Rashid Pertama sekali marilah kita mengkaji pembelian itu sebagai satu transaksi
perniagaan. Terdapat mereka yang terdiri daripada para pembaca, atau
sekurang-kurangnya pernah terdapat pembaca-pembaca. Dan terdapat juga para
pengiklan, atau sekurang-kurangnya pernah terdapat pengiklan-pengiklan. Para
pembaca dan pengiklan ini menyumbangkan wang kepada perniagaan itu. Hasil
penjualan keseluruhan sepatutnya mencukupi untuk membayar gaji para pekerja
dan kos pencetakan akhbar tersebut. Sepatutnya juga ada baki wang yang dapat
melunaskan bayaran sewa dan utiliti. Akhbar merupakan sebuah syarikat awam. Adakalanya para pemegang saham
mendapat habuan dividen dan adakalanya mereka tidak pula mendapatnya. Ini
adalah risiko yang diambil oleh setiap ahli perniagaan. Di dalam pembelian
yang terbaru ini terdapat banyak sekali wang tunai yang di dalam laci wang,
yang meningkatkan satu penilaian berdasarkan aset-aset nyata secara bersih.
Pembeli yang berkenaan pasti menjangka untuk mendapat pulangan wang tunai
yang lumayan ini. Tetapi itu mungkin tidak berlaku kepadanya.
Membeli satu perniagaan menggunakan satu-satunya jumlah wang yang anda
miliki ada risikonya, kerana sebahagian modal perlu diperuntukkan untuk
menjalankan operasi perniagaan tersebut. Membeli satu perniagaan
keseluruhannya dengan wang pinjaman adalah kurang berisiko, kecuali anda
bercadang untuk membayarnya semula. Jika anda tidak berniat demikian, maka
masalah itu akan dibebankan kepada si pemberi pinjaman. Meminjamkan wang
untuk membeli akhbar mempunyai risikonya sendiri. Meminjamkan kesemua wang
untuk membeli akhbar membawa risiko yang lebih tinggi lagi. Namun dengan
adanya badan kerajaan yang bersedia untuk mengambilalih suatu pinjaman yang
teruk akan dapat membebaskan risiko ini.
Rakyat Malaysia tidak menyedari apa yang berlaku kepada wang mereka. Ia
telah disembunyikan dari mereka seperti satu rahsia rasmi. Dan sungguhpun
apabila mereka, dalam keadaan yang amat jarang sekali, menyedarinya, mereka
hanya naik marah untuk tempoh beberapa hari. Dan para pencuri pun akan terus
menyimpan wang itu, tanpa perlu mengucapkan terima kasih kepada
parti-yang-berkuasa dan Perdana Menteri, yang telah menikuskan pihak polis
dan Badan Pencegah Rasuah. Jauh sekali kepada Menteri Kewangan. Beliau telah
pun menyerahkan keupayaannya menjana wang dan pergi bermewah-mewah. Tetapi
itu sudah menyimpang pula. Satu perniagaan yang membuat keuntungan, dan diharapkan untuk terus membuat
keuntungan yang sama, boleh dinilaikan berdasarkan pendapatan yang
diperolehinya. Dalam kes ini, akhbar tersebut meraih pendapatan sekitar RM4
juta setahun. Bon-bon tanpa risiko akan memberikan pulangan lebih 5% dengan
tidak memerlukan sebarang pengurusan, maka satu jangkaan yang munasabah
adalah pulangan sebanyak 10-12% di atas perbelanjaan modal yang telah
dilaburkan. Pendapatan masakini mewakili pulangan 10% pada RM40 juta, jadi
itu adalah satu tawaran harga permulaan yang berpatutan. Jika anda berkeras
untuk mendapatkan pulangan yang lebih baik, maka harganya akan menjadi
kurang. Harga yang telah dibayar (atau hampir dibayar, kelihatannya) dikatakan
berjumlah RM230 juta, dan ini hanya untuk lebih kurang 73% dari pegangan
saham. Seandainya kesemua saham-saham itu dibeli, harga keseluruhan akan
menjadi sekitar RM310 juta. Jumlah wang sebanyak ini dibelanjakan untuk
membeli akhbar yang memberi pulangan tahunan sebanyak RM4 juta. Kadar
pulangan adalah di dalam lingkungan 1.3%. Pulangan yang sebegitu rendah
bukanlah satu urusan perniagaan yang menarik, dan sesiapa sahaja yang cuba
memberitahu anda perkara sebaliknya umpama seseorang yang sudah ketinggalan
kapal. Kadar faedah ke atas pinjaman bank akan menjadi sekurang-kurangnya RM15 juta
setahun, tanpa sebarang bayaran ke atas pinjaman pokok. Anda mungkin
terfikir dari mana datangnya semua ini. Setakat ini transaksi perniagaan
yang mudah memerlukan tambahan kemasukan modal sekurang-kurangnya RM10 juta
setahun, dan mungkin dua atau tiga kali ganda dari itu.
Orang yang menjual akhbar itu ketawa riang dengan begitu kuat sekali
sehinggakan boleh didengar dari Hong Kong ke Kuala Lumpur. Beliau bukan
sahaja memperolehi wang tunai dari penjualan itu, beliau telah membayar
kepada tabung simpanan (lebih kurang RM45 juta) dalam bentuk dividen khas,
di mana beliau menjadi penerima faedah secara langsung ke atas 73% darinya.
Pembeli yang baru, merasa kecewa dan diperbodohkan, merenung jauh ke luar
jendela, sambil memikirkan apa yang telah terjadi.
Tiada sesiapa pun yang boleh menceritakan apa yang difikirkan oleh pemberi
pinjaman, namun ia mudah untuk diteka. Sebagai cagaran kepada pinjaman itu
si pemberi pinjaman telah mengambil akhbar The Star, bersama-sama saham
akhbar yang baru. Memandangkan adalah tidak mungkin si pembeli akan dapat
membayar kadar faedahnya, apatah lagi pinjaman pokoknya, si pemberi pinjaman
mempunyai peluang yang besar untuk memperolehi sesuatu yang amat lumayan
dengan langkah pelaburan yang tidak begitu tinggi.
Sebagai satu transaksi perniagaan, pembelian tersebut adalah baik buat
penjual dan juga pembeli. Bagi pembeli tidak salah lagi, ia sudah tentu
akan menggunakan wang orang lain. Setiap pembeli biasanya merasai
kegembiraan sebanyak dua kali, sekali apabila ia membeli dan sekali lagi
apabila ia menjual. Di antara keduanya ini seringkali yang timbul adalah
kesengsaraan yang asli. Dalam kes ini mungkin terdapat lebih kesengsaraan
dari kebiasaan. Namun kini kita diberitahu yang ia adalah satu keputusan penting politik
yang strategik. Justifikasinya perlu berkait dengan politik. Itu bermakna
pembeli adalah seorang ahli politik, dan beliau mempunyai sesuatu di fikiran
yang berkaitan dengan politik yang strategik. Ada baiknya juga menunggu
untuk melihat apakah kemungkinan itu. Tidak perlu lagi bersusah-payah
memikirkan faedah kewangan yang bagaimana boleh didapati dari pembelian itu,
kita kini boleh mengalihkan perhatian kepada apa yang diluahkannya kini
sebagai sebab sebenar yang menjurus kepada pembelian itu. Mungkin juga
beliau bercadang untuk mendidik kakitangan yang berkaitan dengan kerja-kerja
penyuntingan tentang prinsip-prinsip partinya yang mengkagumkan itu.
Rupa-rupanya tidak, beliau telah membungkus mereka semua keluar.
Barangkali beliau bercadang untuk memujuk para penulis menyediakan
cerita-cerita yang digemari kepada para pembaca. Tetapi tidak juga, beliau
tidak pun berbincang tentang hal ini bersama mereka, dan kerana merasa
curiga dengan campurtangannya di masa hadapan terhadap kebebasan kreativiti
mereka, mereka semua mengundurkan diri. Tidak mengapa. Penyunting-penyunting
dan penulis-penulis baru boleh sahaja dibeli dari The Star. Mereka pun sudah
usang dan mudah dilentur di sana. Apa yang tinggal hanyalah pandangan para pembaca. Bolehkah para pembaca
memahami muslihat halus di sebalik pembelian itu, yang kini didedahkan
sebagai satu langkah politik yang strategik? Bagi kebanyakannya jawapannya
adalah jelas sekali TIDAK! Para pembaca ini telah mengejutkan, menolak
cadangan tersebut sama sekali. Bersama-sama mereka perginya para pengiklan,
membantah terhadap apa yang dilihat sebagai cuba mengubah apa yang telah
ditentukan. Apa yang sudah terjadi kepada orang-orang Cina yang selama ini
sering mengikut kata? Jika para penyunting tidak boleh menyunting, para penulis tidak boleh
menulis, dan para pembaca tidak boleh membaca, maka adalah sukar untuk
memahami bagaimana rancangan politik yang bijak itu boleh diteruskan. Dan
sekiranya para pengiklan menarik diri dari memberikan sokongan, kemungkinan
harganya akan menjadi lebih tinggi dari sekarang. Ini adalah kerana para
pembaca dan pengiklan The Star juga akan mengasingkan diri berikutan langkah
politik yang suka mengawal ini. Ahli-ahli parti politik tersebut telah dipanggil berhimpun di dalam satu
bilik esok untuk memberikan persetujuan mereka ke atas kedua-dua langkah
pembelian dan pinjaman itu. Tidaklah dapat dipastikan sama ada persetujuan
mereka benar-benar diambil berdasarkan kepada transaksi perniagaan atau
muslihat politik yang strategik. Ini terpulang kepada pemimpin mereka, Ling,
seorang lelaki dengan pengalaman yang panjang dan luas dalam menguruskan
wang orang-orang Cina. Bantahan kuat yang lantang kedengaran terhadap pembelian tersebut sungguh di
luar dugaan, berkata seorang ahli politik veteran yang usang. 'Saya telah
memberikan lampu hijau kepadanya,' katanya. 'Kami telah pun membeli sebuah
akhbar Melayu beberapa tahun yang lalu, dan orang-orang Melayu tidak pernah
bersuara walau sepatahpun.' Orang-orang Cina, nampaknya, telah dijolok,
bagaikan sarang tebuan yang dijolok, dengan ciri-ciri di mata umum sebagai
'pengganas dan Komunis'. Mereka telah dikecam sebagai tidak patriotik kerana
mempertahankan hak-hak sekolah mereka, dan tidak berterima kasih kerana
mendesak penjelasan bagi kedudukan sumbangan derma awam yang bertujuan untuk
mengurangkan beban para penternak khinzir Cina. Dengan menyentuh isu akhbar
kegemaran ini menjadikannya satu penghinaan yang muktamad.
Cakap-cakap di belakang tabir pula adalah: Sebagai hukuman kerana memilih
untuk mengundi menentang penjawat masakini di Lunas, maka akhbar ini
diambil. Dalam pilihan raya akan datang anda akan terdesak untuk menerima
kedua-duanya, di sebelah kiri akan dihujani dengan bahasa Inggeris, dan di
sebelah kanan penulisan bahasa Cina. Kami akan tunjukkan siapa yang
sebenarnya memiliki negara ini. Sama ada menyokong kami atau balik semula ke
China. Kami benar-benar nekad untuk meresahkan dan menggugat hantu-hantu itu
sehingga anda akan terkencing di dalam seluar. Di lain masa anda akan tahu
siapa yang perlu diundi. Sekarang mari sini dan sokong pembelian ini!
Berikan undi anda sekarang dan akan ada sesuatu untuk anda ..satu kerusi,
sebuah pejabat, atau mungkin pengurniaan pangkat Datuk! Tentanglah kami dan
kami akan tetap mengingati diri anda. Penjual tersebut, didatangi untuk membeli semula akhbar itu, membuat tawaran
untuk membayar sebanyak RM100 juta sahaja. Apabila didesak untuk memberikan
penjelasan, ia berkata, 'Begini, saya telah menjual kepada anda sebuah
perniagaan yang berdaya maju. Kini apa yang berlaku? Para kakitangan
kerja-kerja menyunting saya telah disingkirkan, para penulis telah berhenti
kerja, para pembaca telah memboikot akhbar ini, dan para pengiklan telah
meminggirkan diri mereka dan menarik balik sokongan mereka. Anda telah
memusnahkan akhbar saya, dan kini anda mahu saya membelinya semula. Anda
sepatutnya gembira yang saya sanggup memberikan anda RM100 juta.'
Pemimpin-pemimpin parti itu berpecah dengan seriusnya terhadap isu tersebut,
dan mungkin akan terjadi pertumpahan darah kemudiannya, tidak kira bagaimana
pembelian akhbar itu berlangsung. Buat ahli-ahli parti, jika mereka
menyokong pembelian itu bermakna mereka membeli sesuatu yang tidak
memberikan apa-apa keuntungan pada harga tinggi yang tidak masuk di akal,
sesuatu yang mereka tidak mampu. Bagi menjayakan rancangan ini, mereka
mempertaruhkan harta milik mereka yang begitu berharga, The Star. Pembelian
itu memerlukan jumlah wang yang begitu besar yang akan memakan masa bertahun
lamanya ke masa hadapan. Untuk apakah semua ini? Apakah para pembaca akan
kembali semula? Apakah para pengiklan akan memberontak terhadap akhbar
beradik, The Star, juga? Apakah akhbar baru ini akan dapat menarik semula
undi orang-orang Cina, sebagaimana yang dirancangkan? Apakah undi menyokong
itu akan membawa makna kemuflisan buat MCA?
Namun, seandainya mereka mengundi untuk membakulsampahkan transaksi
tersebut, harga yang mahal juga akan terpaksa dibayar. Pemimpinnya, Ling,
menjadi mangsa kemarahan, dan barangkali ia dan semua rakannya akhirnya akan
dipaksa keluar dari MCA. Parti itu sendiri akan kehilangan maruah di
kalangan komuniti Cina dan rakyat Malaysia secara amnya. Para menteri yang
menentang pembelian itu telah pun dimaklumkan akan nasib mereka yang telah
pun dicorakkan. Mereka mesti berjaya untuk terus berkuasa. Komuniti Cina
dilihat berdiri di belakang mereka. BN tidak dapat bertahan tanpa undi
orang-orang Cina. Buat parti-yang-berkuasa ia adalah satu keadaan yang
begitu terdesak dan serius. Ia pasti akan menjadi satu perjumpaan yang
menarik. Terjemahan : SPAR-09-011 Link Reference : Harun Rashid Worldview: Buying A Newspaper |