Laman Webantu KM2A1: 4883 File Size: 16.5 Kb * |
Kebangkitan Hakim-Hakim - Mahathir Bakal Terkenc*ng By CDB 4/7/2001 5:36 pm Wed |
[Hakim Augustine Paul yang ingin lari dari keaiban kini teraib juga akhirnya.
Dan kali ini ia terlalu dahsyat kerana ia terpahat dalam lembaran sejarah
kehakiman negara ini. Dia bagai sudah 'mati' walaupun masih 'bernyawa' lagi.
Keputusan bertulis tiga hakim yang mengadili Zainur menunjukkan Hakim Augustine
sudah tidak 'hakim' lagi - sebaliknya seseorang yang amat bersalah dan perlu
dihakimi. Bukan itu sahaja - ia juga telah mempertikaikan bekas AG Mohtar dan
PP Gani secara halus dan lembut atau berkias yang mungkin akan menggegarkan
negara tidak lama lagi. Itu bergantung kepada hakim yang berani oleh itu
rakyat perlu memberi dorongan dan semangat buat mereka sebagai satu perang
saikologi. Nampaknya seorang demi seorang yang berkonspirasi mula teraib sekarang ini.
Yang menariknya mereka dihukum oleh Mahathir awal-awal lagi melalui pengunduran
secara diam-diam ubi. Kini sudah ada khabar angin mengatakan Hakim Paul 'mabuk'
ketika mengadili kes Anwar tempoh hari agar Mahathir terlepas lagi... Khabar
seperti itu jugalah yang membuat Daim pergi cuma mabuknya pada wang yang semakin
sukar dicari.... Sudah hampir dua bulan saya tidak menulis. Mulanya rasa macam malas sikit
nak menulis. Lepas tu demam pulak. So, bila bercampur keduanya, maka tak
terkeluarlah tulisan-tulisan saya seperti biasa. Kali terakhir saya menulis
ialah pada 10 Mei lepas, iaitu satu surat terbuka kepada Ketua Hakim Negara.
Pembaca boleh merujuk semula tulisan saya itu di
http://members.nbci.com/_XMCM/xumno/feu_cd_bahaman_19.html dimana dalam
surat terbuka tersebut saya telah menyentuh secara menyeluruh betapa
perlunya hakim-hakim bangkit kembali dengan suatu tahap keberanian dan
kejantanan seperti di era kegemilangan institusi kehakiman dahulu, sebelum
ianya dilacurkan oleh Mahathir. Zaman keberanian Tun Salleh Abas dan
rakan-rakannya. Dalam surat itu saya juga telah menyeru para hakim agar
mengembalikan semula maruah mereka dan institusi yang selama ini begitu
disanjung dan dijunjung tinggi oleh rakyat itu.
Selepas tersiarnya tulisan saya kepada Ketua Hakim Negara itu, walaupun
sebenarnya saya tujukan kepada kesemua hakim-hakim, muncul seakan-akan suatu
momentum di kalangan hakim-hakim untuk 'bangkit' kembali dari lena panjang
mereka selama ini. Saya merasa amat bersyukur kepada Allah s.w.t. andainya
surat saya itu telah membangunkan hakim-hakim dari mimpi panjang mereka
akibat kegersangan sikap berani dan semangat jantan yang telah dipadamkan
oleh pihak eksekutif selama hampir 15 tahun ke atas mereka! Saya tidak
mengharapkan pujian sesiapa andainya surat saya itu telah menyedarkan
hakim-hakim dan KHN untuk mengembalikan maruah mereka yang telah, bukan
sahaja tercemar malah kelihatan jijik dan memualkan. Apatah lagi ketika
Eusoff Chin dan Hamid Omar menjadi KHN, institusi kehakiman seolah-olah
menjadi seperti sarang pelacuran orang-orang politik yang jijik dan
menghinakan. Mungkin tidak salah jika dikatakan bahawa Hakim Datuk Mohd Hishamuddin Yunus
dari Mahkamah Tinggi Shah Alam merupakan 'hero' baru yang pertama muncul di
barisan depan untuk membawa kembali hakim-hakim yang masih menjunjung tinggi
nilai moral, keadilan dan kebenaran ke landasan yang betul sepertimana
dahulu. Keberanian Hakim Hishamuddin melawan arus dan memecahkan 'tradisi'
lembu dicucuk hidung hakim-hakim selama 15 tahun di bawah regim Mahathir
telah menyinari alam baru institusi kehakiman dengan menelurkan suatu
suntikan semangat yang sukar digambarkan dan perasaan gembira yang bukan
kepalang di kalangan rakyat yang selama ini seperti berada di dalam gua
kegelapan yang tak kunjung padam. Bukan setakat membenarkan permohonan
hearbus corpus Gobala dan Ghani Harun, malah Hishamuddin telah mencabar
kesombongan para pemimpin bebal seperti Rais Pembakar Jambatan dan Mahathir
sendiri selaku penjenayah kehakiman yang paling berkuasa ketika ini, dengan
mengkritik undang-undang draconian ISA dan mencadangkan ianya disemak semula
oleh Parlimen. Keberanian Hishamuddin ini telah membuatkan regim diktator
itu tersentak dan terpukul sehinggakan melatahlah beruk-beruk dan ungka yang
masih bergentayangan di dalam parti usang itu.
Selepas Hishamuddin menjadi 'pemula' kepada kebangkitan semula hakim-hakim,
ianya diikuti oleh Hakim Datuk Muhammad Kamil Awang dalam kes petisyen
pilihanraya Likas. Kamil bukan sahaja membatalkan keputusan pilihanraya 1999
bagi kerusi berkenaan, malah turut dengan beraninya mendedahkan kedurjanaan
Eusoff Chin yang menelefonnya meminta supaya kes tersebut dibatalkan tanpa
dibicarakan. Malah Kamil juga turut menghentam kebejatan orang-orang politik
yang mewujudkan pengundi-pengundi hantu semata-mata untuk memenangi
pilihanraya. Dalam soal ini, saya teringat bagaimana ketika pilihanraya umum
1999 lepas, keputusan pilihanraya telah diumumkan sebegitu awal, iaitu
sekitar jam 7.30 petang dan 8.00 malam walhal peti undi baru sahaja ditutup
pada jam 6.00 petang. Mengapa ini boleh terjadi? Adakah jin-jin turut
membantu BN mengira undi di kedua buah negeri berkenaan sehinggakan dalam
masa 1 - 2 jam kesemua peti-peti undi telah selesai dikira? Jadi, apa yang
didedahkan oleh Hakim Muhammad Kamil tersebut bukan sahaja jelas dan nyata
malah dapat menjawab segala kemusykilan kita selama ini mengapa dan
bagaimana BN dapat membolot majoriti kerusi-kerusi dalam pilihanraya Sabah
dan Sarawak dalam pilihanraya umum lalu.
Keberanian dua orang hakim yang muncul sebagai hero rakyat dan kebenaran
tersebut seterusnya memberikan suntikan pula kepada hakim-hakim Mahkamah
Persekutuan untuk 'menyanggah adat' kesukaan Mahathir apabila mereka sepakat
untuk membebaskan Zainur Zakaria daripada hukuman penjara 3 bulan yang
dijatuhkan oleh Hakim 'tengkorak' si keparat celaka Augustine Paul kununnya
kerana menghina mahkamah. (menghina kepala bapak dia !). Bukan sahaja
membebaskan Zainur daripada hukuman yang dikenakan oleh Augustine Paul,
malah mereka sempat pula melanyak Si Tengkorak keparat itu sehingga
mendatangkan aib besar kepadanya.
Ketiga-tiga segmen yang diperlihatkan oleh 5 orang hakim tadi telah membawa
harapan baru kepada rakyat yang selama ini begitu merindui sinar keadilan
setelah sekian lama ia dijahannamkan oleh si Mamak Tongkang bangsat itu.
Saya percaya keberanian 5 orang hakim tersebut akan mula menetaskan imej
baru terhadap citra institusi kehakiman yang begitu buruk dan hodoh selama
ini kesan bangsat dan hinanya perilaku Ketua Hakim Negara sebelum ini yang
bukan sahaja kaki rasuah, malah sanggup melontarkan prinsip kebenaran dan
keadilan ke dalam tong taik yang busuk lagi membusukkan. Sekurang-kurangnya,
buat masa terdekat ini rakyat beroleh sedikit kegembiraan dan rasa harap
yang tinggi untuk melihat maruah dan wibawa para hakim dijernihkan kembali
dari daki-daki hitam yang dicemarkan oleh mereka yang sanggup menjadi anjing
dan diperanjingkan oleh tuan-tuan politik mereka.
APA REAKSI MAHATHIR ? Sebagai reaksi kecewa dan marahnya beliau terhadap keputusan Hakim Muhammad
Kamil, Mahathir sekali lagi, bukan setakat menghina mahkamah (kerana beliau
sedar beliau teramat kebal) malah mengutuk Hakim tersebut seraya berkata
yang mahkamah kini sukar lagi dipercayai. Betulkah mahkamah kini sukar
dipercayai? Atau sudah menjadi sukar dipercayai kerana ianya tidak lagi
memihak kepada kerajaannya? Kalau selama 15 tahun lepas, adakah mahkamah
sangat boleh dipercayai kerana ianya sentiasa memihak kepada kerajaan?
Adakah hanya apabila sesuatu keputusan mahkamah itu memihak kepada kerajaan,
maka barulah mahkamah boleh dipercayai? Atau cuma apabila hakim-hakim
sanggup menjadi beruk suruhan seperti Augustine Paul dan Ariffin Jaka, maka
segala keputusan mahkamah sangat benar dan sangat dipercayai ? Dan apabila
ada hakim-hakim yang kelihatan mahu berdiri sendiri dengan keputusannya
serta tidak mahu membuat keputusan yang menggembirakan hati kerajaan, maka
dengan mudahnya mahkamah tersebut 'dihukum' selepas menghukum?
Melihat penghinaan dan kemarahan Mahathir terhadap mahkamah yang membuat
keputusan yang tidak menggembirakannya itu, tidaklah menghairankan kerana
beliau adalah satu-satunya Perdana Menteri Malaysia yang mula-mula sekali
menyerang bidang kehakiman. Misalnya dalam tahun 1986 dahulu, Committee for
Human Rights dalam buku kecilnya bertajuk 'Assault On The Judiciary' telah
menyifatkan Mahathir sebagai orang yang pertama menyerang bidang kehakiman.
Manakala majalah Malaysian Business dalam satu wawancara dengan Mahathir
pada 1 Januari 1988 telah menyebut betapa Mahathir telah menghentam bidang
kehakiman dengan kata-katanya yang pedas seperti berikut;
'There are black sheep in every group who want to be fiercely
independent. When you want to be independent, you are implying that you'd
forget your duty to be just and fair. You stretch things a bit. You have to
prove that you can hammer the government'
Ha tu dia. Kepala bapak punya PM. Cabul macam perempuan jalang sahaja
mulutnya. Dari zaman muda hingga tua nak mampus pun pasal cabul mulut,
Mahathir dah boleh masuk Guiness Record. Pasal mencari dan mencipta musuh
juga Mahathir masih belum boleh ditandingi oleh mana-mana tokoh. Jadi,
serangannya ke atas Hakim Kamil tersebut merupakan suatu siri sambungan dari
amalannya sejak berbelas-belas tahun yang lalu.
Mahathir mesti ingat, 15 tahun dulu mungkin rakyat masih rabun dan buta
dengan tindakannya meskipun PAS terutamanya, ketika itu begitu lantang
membela hakim-hakim yang disingkirkan secara zalim oleh Mahathir dalam
Tragedi Tun Salleh Abas dan 5 orang hakim Mahkamah Agung ketika itu. Namun
kini, sikap dan tindakan yang bakal diambil oleh Mahathir untuk menganiayai
para hakim yang berani menyanggah 'kegembiraan' regim diktator itu bakal
mengundang penentangan massa seperti mana tentangan rakyat terhadap ISA.
Dulu, di tahun 1988 apabila Tun Salleh Abas disingkirkan oleh diktator itu,
tiada rakyat yang berani bangkit berarak di jalan-jalanraya, tetapi kini
bukan sahaja penyokong-penyokong parti pembangkang yang berani berarak,
malah kanak-kanak berumur 5 - 6 tahun pun akan turut serta menyatakan
sokongan terhadap demonstrasi. Mahathir patut sedar akan hal ini. Jadi,
hakim-hakim kini patut menjadi lebih berani lagi kerana mereka didokong oleh
majoriti rakyat yang akan berdiri teguh di belakang mereka jika apa-apa
berlaku dan cuba dilakukan oleh regim Mahathir.
APA KESUDAHAN NASIB ANWAR? Apabila Mahkamah Persekutuan membuat keputusan yang Zainur Zakaria tidak
bersalah dan menempelak Augustine Paul kerana kebebalannya menghukum Zainur
tanpa mengikut prinsip-prinsip perundangan, maka ianya mendatangkan kesan
yang begitu signifikan kepada kes rayuan Anwar bersabit hukuman penjara 6
dan 9 tahunnya. Kes Zainur tidak dapat dipisahkan sama sekali impaknya
dengan kes Anwar kerana ianya saling berkaitan meskipun berlainan.
Pembebasan Zainur daripada hukuman songsang yang dibuat oleh Augustine Paul
bererti telah membenarkan fakta kes yang terdahulu iaitu bagaimana tuduhan
yang dibuat oleh peguam Manjeet Singh yang menyebut betapa pendakwaraya
dalam kes Anwar dahulu telah memaksanya mereka-reka bukti dan pengakuan
jahat dan palsu terhadap Anwar. Jika Mahkamah Persekutuan telah membersihkan
Zainur, maka secara tidak langsung pendakwaan ke atas Anwar telah membawa
kepada singkapan yang semakin jelas bahawa ianya adalah pendakwaan paling
keji dan kotor yang dipaksakan oleh regim Mahathir selama ini.
Suatu sebab yang mudah difahami mengapa Mahathir bertindak menyerang Hakim
Muhammad Kamil baru-baru ini sambil menuduh mahkamah sudah sukar dipercayai
ialah kerana wujudnya kebimbangan yang semakin mendekati dirinya bersabit
dengan kes rayuan Anwar di Mahkamah Persekutuan itu. Apabila kes Anwar
telah dibawa ke Mahkamah Persekutuan yang akan didengar oleh beberapa orang
hakim, maka agak sukar untuk Mahathir 'menelefon' kesemua hakim-hakim
tersebut. Apatah lagi jika Ketua Hakim Dzaidin kini sudah semakin berani dan
sanggup 'menghempas' gagang telefon apabila Mahathir membuat panggilan
nanti. Atas sebab inilah maka Mahathir telah mengarahkan Ariffin Jaka si
Jakun itu supaya melambat-lambatkan penghakiman bertulisnya ke atas kes
liwat Anwar supaya rayuan tidak dapat dibuat dalam masa yang singkat.
Rentetan dari kebimbangan itu juga menyebabkan Mahathir kehilangan sifat
sebagai manusianya dengan tidak membenarkan Anwar dibedah di luar negara
kerana bimbang Anwar yang sihat akan menelanjangkannya lagi di mahkamah
nanti. Rasional penarikan semula 5 lagi pertuduhan ke atas Anwar dua bulan
lepas di Penjara Sungai Buloh juga mempunyai pertalian dengan hal ini.
Melihat kepada perkembangan terkini 'kebangkitan' yang ditunjukkan oleh
beberapa orang hakim-hakim, maka peluang Anwar untuk dibebaskan adalah
teramat cerah. Malah saya mendengar kabar terbaru mengatakan bahawa Anwar
akan melepasi rayuannya nanti di Mahkamah Persekutuan kerana sudah jelas dan
nyata keputusan Augustine Paul dan Ariffin Jaka sama sekali tidak
mempunyai 'nilai undang-undang' dan tidak boleh dijadikan rujukan oleh
mana-mana mahkamah dan budak-budak universiti yang belajar undang-undang.
Pembebasan Zainur mungkin petunjuk awal bahawa kes Anwar juga terlalu rapuh
untuk dijadikan asas menghukumnya selama 15 tahun! Agak seronok untuk
meneka apa yang bakal diperkatakan oleh hakim-hakim Mahkamah Persekutuan
nanti ke atas Augustine Paul dan Ariffin Jaka dalam penghakimannya ke atas
kes Anwar dahulu. Saya cukup yakin, nasib Anwar akan berubah sekiranya
hakim-hakim Mahkamah Persekutuan menjadi anak jantan dan berani berkata
'TIDAK' kepada Mahathir apabila mereka meneliti kes rayuan Anwar nanti.
Sampai bila mahu diperkudakan ? Sebenarnya Mahathir sudah mula mencium akan kebangkitan hakim-hakim ini
semenjak akhir-akhir ini. Sebab itulah beliau cepat-cepat menuduh bahawa
mahkamah sudah sukar dipercayai, semata-mata untuk mewujudkan kesangsian di
kalangan rakyat terhadap apa-apa keputusan yang bakal dibuat oleh mahkamah.
Tapi beliau harus ingat bahawa rakyat kini sudah terlampau cerdik berbanding
beliau sendiri. Keputusan Mahkamah Rayuan terhadap Anwar nanti akan menjadi
bom nuklear buat Mahathir kerana ianya akan memalukan beliau di seluruh
dunia. Pembohongannya ke atas Anwar selepas beliau memecat Anwar akan
terjawab dengan sendiri. Kerajaannya akan hilang wibawa dan tidak akan
dipercayai lagi. Paling dibimbanginya ialah kalau-kalau parti-parti komponen
BN seperti MCA, MIC dan Gerakan akan keluar dari Barisan Nasional dan
menyertai BA ekoran hilang percaya terhadap ketua kerajaan. Mahathir akan
berbuat apa sahaja untuk menghalang perkara ini dari berlaku. Namun saya
merayu kepada kesemua hakim-hakim yang masih mempunyai nilai insan dan masih
menjunjung tinggi prinsip keadilan dan kebenaran agar jangan sekali-kali
takut dan jadi penakut dengan Mahathir. Jika tuan-tuan mendapati sesuatu kes
itu tidak memihak kepada kerajaan Mahathir berdasarkan bukti-bukti yang
kukuh, maka katakanlah TIDAK. Jangan jadi pak turut dan pondan celaka macam
Augustine Paul dan Ariffin Jaka itu kerana tuan-tuan akan dikutuk dan
disumpah seranah sepanjang hayat oleh rakyat. Jadilah orang yang berani
menegakkan yang hak. Katakanlah yang hak itu hak dan yang bathil itu bathil.
BANGKITLAH WAHAI HAKIM-HAKIM YANG ARIF LAGI BIJAKSANA. Rakyat berdiri teguh
di belakang anda ! Ayuhlah, kita pencilkan diktator yang tidak pernah sedar
diri itu ! HARUMILAH NAMA ANDA SEPANJANG ZAMAN DENGAN TINTA EMAS YANG
TERPAHAT DARI UKIRAN KEADILAN YANG ANDA LAKARKAN !
Salam hormat, salam perjuangan Cucu Datuk Bahaman
|