Laman Webantu KM2A1: 4884 File Size: 22.6 Kb * |
TJ SP MGG: Julangan Api Kemarahan Belia? By M.G.G. Pillai 4/7/2001 7:10 pm Wed |
[Jika para pelajar mahu membakar DTC mereka tidak perlu
mencetak poster kerana itu merugikan kertas sahaja. Tentunya
poster itu dibuat untuk menyambut kedatangan diktator agar
dia teraib keseluruh negara. Sikap menuduh melulu oleh Pemuda
dan Puteri Umno menunjukkan mereka sudah terlalu geram sehingga
mahu 'membakar' pelajar yang anti-kerajaan melalui memorandum
yang berunsur tuntutan dan campurtangan agar tiada kritikan
langsung ujud di kampus mengkritik pemimpin kerajaan.
Kebakaran itu jelas telah menjadi batu loncatan untuk mengaibkan
pelajar. Siapakah yang suka mengaibkan orang secara luarbiasa
dan terancang jika tidak seseorang yang sudah biasa melakukannya?
Lagipun membakar dewan sehingga gersang memerlukan kepakaran
luarbiasa yang selalunya dimiliki oleh orang terlatih sahaja
- bukannya orang yang sedang belajar. Yang peliknya Azalina yang
belajar undang-undang seperti belum habis belajar... sehingga polis
pula terpaksa datang untuk mengajar. Itulah - lain kali kalau
tidak pakar berpolitik jangan bingkas menunjuk pintar - nanti diri
sendiri yang akan terbakar.... Terjemahan SPAR-01-026?
(Raging Fire of Youthful Anger?) Lima jam selepas berlakunya kebakaran pada jam 3 pagi itu, seluruh
kampus telah dipenuhi oleh poster-poster yang mahukan beliau undur,
dan menuduh pihak berkuasa universiti kerana kebakaran itu. Yang
anihnya, penduduk di persekitaran tidak pun sedar akan kebakaran
yang telah meranapkan bangunan tersebut. Mereka hanya sedar
pemberitaan itu melalui radio dan TV di pagi hari.
Tidak ada sesiapa termasuk pihak polis yang menafikan kisah ini.
Malahan, pihak berkuasa sedang semakin digelumang perasaan
tertekan untuk membina semula auditorium yang musnah itu. New Straits
Times melancarkan satu tabung untuk membinanya semula. Perdana
Menteri Mahathir telah pun menderma RM600 diikuti oleh segelintir
menteri. Setiap usaha dilancarkan untuk memesongkan persoalan apa
sebenarnya menyebabkan dewan itu terbakar: kemarahan siswa-siswi
yang marah dengan Perdana Menteri itu.
Itukah penyebab sebenar DTC itu dibakar? Perkara ini serba mungkin,
namun ia memerlukan perasaan yang melebehi idealisma dan darah
muda untuk menjahanamkan bangunan konkrit yang begitu kukuh
seperti DTC. Pada 1933, sebaik sahaja Adolf Hitler menjadi Cahnselor
Jarman, satu kebakaran telah memusnahkan Reichstag, bangunan
Parlimen negaranya tanpa sesiapa mengetahui apakah punca
kebakaran itu. Peristiwa ini memberikan Hitler satu alasan istimewa
untuk mengganyang dan menangkap mereka yang memusuhinya,
kumpulan sosialis dan komunis, dan dia telah menuduh sorang
komunis berbangsa Belanda sebagai punca kebakaran itu. Hanya
selepas berakhirnya Peperangan barulah orang sedar bahawa
kebakaran itu dirancang dan dilaksanakan oleh parti Nazi.
Ramai pengkritik berbisa Mahathir Mohamad sedang berada di
universiti-universiti. Dia dijadualkan menghadiri upacara penutup satu
simposium khas untuk siswa-siswi, yang bertujuan mempamerkan
betapa dia adalah seorang pemimpin Malaysia yang disayangi oleh
bakal pemimpin negara. Para penaja majlis ini, yang termasuk juga mantan ketua menteri
Melaka, Rahim Tamby chik, tidak dapat memikirkan tempat yang lebih
baik untuk menyerlahkan hasrat agenda mereka itu, namun mereka
amat curiga kalau-kalau berlaku peristiwa ejekan, sorakan dan gelagat
benci terhadap beliau dalam perjalanannya memasuki ruang dewan.
Pembakaran DTC itu melencongkan perhatian dan ini membolehkan
beliau berucap tanpa sebarang bangkangan.
Agen provokatur Oleh kerana agen-agen provokatur mudah dilihat berkeliaran disetiap
himpunan reformasi, dan majlis tajaan pihak pembangkang, adalah tidak
mudah menafikan pembabitan kumpulan ini dalam episod pembakaran
itu. Apatahlagi ketika Mahathir sedang menghadapi tentangan yang
seiras dengan tentangan yang pernah menghantui Hitler satu ketika
dulu. Memang tidak dinafikan, beberapa 'pesalah' akan ditangkap,
dipenjarakan dan dinyahkan. Ini tidak akan menghakiskan tanggapan
para penentangnya betapa dia sudah tidak relevan lagi sedangkan
perkara ini kalau ditangani dengan bijak, dapat diselesaikan dengan
saksama. Sesiapa sahaja yang memusnahkan bangunan itu perlu mempunyai
pengalaman teknikal yang lebih canggih lagi daripada bidang
'pyrotechnics' bertahap mainan bunga-api, dan telah merancangnya
dengan begitu rapi. Pengetahuan dua bidang ini tidak mungkin
dipunyai oleh golongan pelajar universiti yang tidak pun berpadu dan
kumpulan reformis yang bersifat serupa itu. Ini tidak bererti kumpulan
pelajar itu tidak terlibat, cuma mereka terpaksa menghadapi rintangan
yang bukan kepalang besarnya. Apabila diambilkira kisah betapa pantasnya perkara ini dikutuk dan
semua orang bersungguh-sungguh mahukan seluruh negara mengutuk
sama terhadap kemusnahan satu bangunan yang bersejarah ini oleh
kumpulan bangsat (seperti yang saya dipengaruhi untuk
mempercayainya), sudah tentu ia menyerlahkan sesuatu yang tidak kena.
Apabila sebuah bilik komputer musnah terbakar di Universiti Pertanaian
Malaysia, pihak polis bertindak cepat mengatakan kebakaran itu bukan
disebabkan khianat, ia memberi satu andaian betapa dua episod ini
seolah-olah terjadi lebih melewati sifat 'secara kebetulan'.
Sementara itu, reaksi Mahathir terhadap episod ini memang amat
mengecewakan; dia berkata bahawa dia bebas seperti orang lain
untuk memasuki kawasan universiti itu. Tidak ada sesiapa yang boleh
menegahnya. Dengan kenyataan itu, secara tidak langsung dia
memperakukan betapa dialah punca kenapa dewan itu dibakar. Menteri
pendidikan, Musa Ahmad, yang sepatutnya bertanggungjawab dengan
perkara itu, diam membisu, melainkan menyebut rencana membina
sebuah odotorium baru yang dua kali lebih besar daripada bangunan
yang musnah. Kecuali segelintir pemimpin tertinggi UMNO tidak ramai
yang berani bersuara untuk membuat komen mengaitkan Mahathir
dalam kisah ini. Lagipun, satu minggu baru berlalu selepas
berlangsungnya persidangan UMNO di mana Mahathir dengan
angkuhnya memberitahu ahli-ahli UMNO betapa mereka terpaksa setia
kepadanya kalau tidak mahu kantul dalam kehidupan mereka.
Melayu Yang Berfikir Kerajaan mahathir sengaja meminggirkan segala masalah warga
pelajar universiti, sambil memberi penekanan bahawa mereka harus
belajar sahaja dan menyerahkan segala masalah mereka untuk
ditangani oleh kerajaan. Sememangnya inilah kerajaan yang dipilih
oleh rakyat, dan setelah terpilih, rakyat seharusnya diam membisu
membiarkan mereka melaksanakan apa yang mereka mahu. Sebagai
pedomannya, rakyat Malaysia tidak boleh melibatkan diri untuk
berpolitik, kecuali sebagai seorang ahli sebuah institusi politik,
apatah lagi sebagai seorang pembangkang parti kerajaan. Akan tetapi,
warga pelajar universti mahukan Mahathir bertanggungjawab keatas
segala tindakannya, sedangkan inilah yang memang mahu dinafikannya.
UMNO sudah terjebak dalam perangkap bikinan sendiri. Ketuanan
Melayu, yang merupakan falsafah politik, yang dicerna selepas
tercetusnya rusuhan kaum Mei 1969 dulu, kini sudah tidak dapat
dipertahankan lagi. Malahan, sudah muncul satu perubahan dalam
percatuan politik negara betapa peniga Cina sudah tidak lagi bersedia
menjamin Ketuanan Melayu itu berasaskan syarat-syarat yang
dilakar oleh Mahatihr ataupun oleh UMNO. Semua itu sebenarnya
adalah dalam jangkauan Mahathir kalaulah dia pandai menjananya
secara terperinci. Malangnya, inilah yang dibiarkan sahaja oleh
Mahathir untuk mereput sebaik sahaja dia menjadi presiden UMNO
dan perdana menteri negara yang keempat.
Sebaliknya Mahathir lebih berminat mencengkam negara dan partinya,
sambil memperlekehkan kritikan dan bertegas dia mahu melaksanakan
cengkaman itu mengikut istilah acuan 'My Way' beliau yang haprak
itu. Dia memperlekehkan kabinet, kerajaan dan rakyat sambil bertegas
betapa kaedah mara ke hadapan untuk menjadi sebuah negara maju
ialah dengan mengheret orang Melayu melompat memasuki gerbang
abad ke-21 sedangkan dia sedang hidup senang-lenang ala
kehidupan abad ke-18. Dia amat bencikan pembangkang.
Rancangannya hanya difikirkan boleh barjaya kalau dia terus
mengapikan suasana poltik negara. Umpan dan Rotan Mahathir mahu terus menjajah mengikut hukum-hakamnya sahaja. Dia
telah melupakan segala pergolakan yang membolehkannya menguasai
UMNO. Ketika mahkamah mengharamkan UMNO pada 1987, Ketuanan
Melayu sudah tergugat. Mahathir beranggapan, kejayaan orang
Melayu akan menyelesaikan masalah itu. Anggapannya itu tidak pula
berlaku. Dasar Ekonomi Baru adalah lebih daripada bidang ekonomi,
kerana ia bertujuan untuk mengampu orang Melayu memasuki dunia
moden yang baru. Inilah rencana yang memberikan orang Melayu satu
tanggapan yang baru, dengan ruang yang bebas untuk berfikir
sendirian dan secara tepatnya inilah yang telah pun berlaku.
UMNO dan Mahathir telah mengcop bangsa Melayu seperti itu
sebagai golongan yang tidak bersyukur apabila kumpulan ini
menyanggahnya dan dia mahu mereka ini didera. Ketika Tengku
Razali Hamzah mencabar Mahathir bagi jawatan presiden UMNO
pada 1987, para penyokongnya telah diganggu-gugat oleh sistem
perbankan. Demikianlah bahana yang menanti sesiapa juga yang mahu
mencabar ketuanan Melayu bikinan Mahathir. Itulah yang dialami oelh
para penyokong Musa Hitam ketika dia melepaskan jawatannya. Itulah
juga yang ditanggung oleh para penyokong Anwar Ibrahim setelah dia
diaibkan. Kini, para penyokong Daim Zainuddin mula merasakan
bahangnya pula. Tetapi, rencana Mahathir terhadap Anwar tidak pun berjaya
sepenuhnya. Masyarakat Melayu yang sudah muak dengan gelagat
'mesti ikut perintah' itu, bangkit untuk membantah. Pergerakan
reformasi adalah hasil kebangkitan masyarakat muda-mudi yang
sebahagian besarnya adalah warga pelajar universiti. Pada 1970-an
dulu, Anwar melancarkan kebangkitan pelajar, bersama Ibrahim Ali dan
ramai pelajar lagi, berasaskan kemiskinan di (Baling) Kedah
sehinggakan beliau dipenjarakan di bawah ISA selama dua tahun.
Kebangkitan itu boleh dianggap kecilan sahaja jika dibandingkan
dengan cetusan kebangkitan masakini. Para pemimpin UMNO dan menteri-menteri kabinet kerap berucap
kepada warga pelajar universiti di Malysia dan juga di luarnegara.
Mereka menjadi rimas dengan beberapa isu yang dikemukakan kerana
mengharapkan isu itu boleh lenyap begitu sahaja. Apabila timbalan
perdana menteri Abdullah Badawi memasuki kampus Universti Malaya
satu ketika dulu (1999?) dia terpaksa berucap sambil diejek-ejek oleh
para pelajar seperti yang mereka lakukan juga kepada menteri yang
lain. Kumpulan pelajar itu tidak akan begitu mudah bersikap selembut
itu terhadap Mahathir. Membina Semula Dewan Tunku Chanselor
Kerajaan akan menghadapi masalah untuk mencuci tangannya dalam
episod ini. Marilah kita sama-sama lihat berapa ramai manusia yang
akan menderma kepada New Straits Times yang telah memulakan
tabung dana membina semula dewan itu. Kita boleh menjangkakan,
semua para kroni, walaupun mereka pemandu lori ataupun agen
insuran yang muda-muda yang menderma kepada dana ini.
Mampukah mereka melakukannya? Betapapun UMNO mencuba menyorokkan masalahnya dengan
masyarakat Melayu itu sebagai masalah dalaman, ia mudah terdedah
juga seperti yang berlaku kini. Pertelingkahan ini adalah lebih serius
daripada yang pernah dialaminya yang melibatkan Anwar Ibrahim. Ini
adalah satu cabaran terbuka agar masyarakat Melayu kembali
semulake pangkuan UMNO. Inilah satu cabaran yang sudah hilang
semua bisanya. Dari satu segi, Dewan Tunku Chanselor telah menjadi satu tangkal
azimat untuk menyelesaikan satu masalah tempatan. Ia memerlukan
satu usaha besar untuk meyakinkan semua pihak betapa warga
pelajar universiti yang bertangggungjawab dengan kerja bedebah ini.
Sudah tentu ia memerlukan barang bukti yang lebih meyakinkan lagi
daripada apa yang telah disogokkan kepada kita semua. Selagi semua
itu tidak didedahkan, peristiwa kebakaran di Reichstag pada 1933
dulu dan Dewan Tunku Chanselor pada 2001 memang mempunyai
banyak kesamaannya berbanding apa yang telah diasap-perabunkan
di depan mata. pillai@mgg.pc.my Terjemahan SPAR-01-026? Asal: 02 July 01 Five hours after the fire at 3 am, the campus was awash with
posters demanding his removal, and blaming the university
authorities for it. Curiously, residents in the neighbourhood
did not know of the fire, which razed the building to the ground,
until they heard it on the radio and television in the morning.
No one, not the police, has denied this account. Indeed,
official panic is writ in the rush to rebuild the gutted
auditorium. The New Straits Times opens a fund to rebuild it,
the prime minister, Mahathir Mohamed, throws in a RM600 donation;
few ministers have followed his example. Every attempt is made
to divert what caused it: undergraduate anger at the Prime
Minister himself. Is that why Dewan Tunku Canselor was gutted? While not
impossible, it requires more than youthful anger and idealism to
pull down a massive concrete building as the Dewan Tunku
Canselor. In 1933, shortly after Adolf Hitler became the German
Chancellor, the Reichstag, Parliament, was gutted in an
unexplained fire. It gave Hitler the raison d'etre to crack down
on those who opposed him, the socialists and the communists, with
a Dutch communist, blamed for it. It became clear, after the
war, the Nazi party was behind it. The prime minister, Mahathir Mohamed's most vehement critics
now are in the universities. He was to deliver the closing
speech at a Malaysian conference of undergraduates, one to show
he is Malaysia's belowed leader who has the trust of her future
leaders. Its organisers, who include the former Malacca chief
minister, Rahim Tamby Chik, could find no better venue to reflect
it, but would have had their noses tweaked and worse if he had
been badgered, hectored or insulted en route to the hall. The
gutting of the Dewan Tunku Canselor diverted attention away from
students, and he gave his speech withouth opposition.
Agent provacateurs Since agent provacateurs are seen in reformasi gatherings,
and other areas of opposition discussions and action, it is not
fanciful to reflect on their role in this fire. Especially when
Mahathir now faces as intractible an opposition as Hitler then.
No doubt "culprits" would be arrested, jailed and expelled. It
would not resolve his irrelevance to his opponents, but if
handled well, as it was not, it could have been pulled off.
Whoever set to gut this building needed more than a working
technical knowledge of pyrotechnics, and planned it meticulously.
Both are beyond the capacity of the still disorganised
undergraduates and reformasi elements. This, of course, does not
mean the students could not have been involved, only that they
would have had to overcome hurdles they normally could not.
Especially when when you take into account the speed with
which it was condemned, and everyone rushing hither and thither
to get the country incensed at this horrifying spectacle of a
national monument (so I am led to believe it is and now was)
burned down by miscreants, something clearly is amiss. When the
police quickly blame the burning down of a computer room at the
Universiti Putra Malaysia, not to arson but something else, that
must be more than coincidence. Mahathir's own response is pathetic: he says he is free as
any to come to the university. No one can stop him. By so
saying, he admits offhandedly that he is at the centre of why
Dewan Tunku Canselor burned down. The education minister, Musa
Ahmad, who should take ultimate responsibility, is silent, except
to call to build an audoitorium double that of the burnt
building. None apart from high UMNO officials ventured to
comment on this huge slap on Mahathir within a week of the UMNO
general assembly, where he arrogantly told UMNO members that
theirs is to obey him or die. The thinking Malay The Mahathir government deliberately ignores what ails the
undergraduates, insisting they should study and let it worry
about their concerns. Indeed, it is elected by the people, and
once elected, they should shut up and let it do what it wants to
do. Malaysians, as a rule, cannot be involved in politics,
except as a member of a political party or political body, more
so if against the official position. But the undergraduates
demand a right to hold him to account, which he denies them.
UMNO is caught in a trap of its own making. The Malay
Dominance, as a political philosophy, in place after the May 1969
racial riots, cannot be sustained. More than that, in a further
twist to Malaysia's tangled politics, the Chinese business man is
no more prepared to guarantee Malay Dominance on his, or UMNO's
terms. He would have if it had been nurtured and fine-tuned.
But Mahathir left it to rot after he became UMNO president the
country's fourth prime minister. He went on to stamp his image on the country and party,
ignoring criticism and insisting his is the only way. He rode
roughshod over his cabinet, government and country, insisting
that the only way to move forward into the first rank of nations
is to frogmarch the Malay into the 21st century when he is most
comfortably living in the 18th century. He brooked no
opposition. It could work only if he could keep the political
fire burning. Carrot and stick That he could not, nor would he, except on his terms. He
ignored the political prime pumping to keep UMNO in control.
When UMNO was declared illegal in a court action in 1987, Malay
Dominance was on notice. He thought economic success would
overcome that. It could not. The New Economic Policy was more
than economics, it was to nudge the Malay to the modern world.
It gave him a fresh worldview, allowed him to think for himself,
and, what is more, did. UMNO and Mahathir branded them ungrateful when they opposed
him, and made them pay for it. When Tengku Razaleigh Hamzah
challenged Mahathir for the UMNO presidency in 1987, his aides
and backers were harassed by the banks. Anyone who challenges
the UMNO president's view of Malay Dominance is so treated. When
Mahathir's first deputy prime minister, Musa Hitam, resigned, his
people went through the same hassles as those of Anwar Ibrahim
and, now, Daim Zainuddin. But with Anwar it did not work. The Malay, fed up with
being told what to do, rose in revolt. The reformasi movement
was fuelled by the youngsters, many of whom undergraduates. In
the 1970s, Anwar rose in revolt, with Ibrahim Ali and others,
over a famine in Grik in Kedah, and spent two years in detention
under the Internal Security Act. But that was minor compared to
the current upheaval in the universities.
Few UMNO politicians and cabinet ministers would address
undergraduates in Malaysian or overseas campuses. They cannot
stand close questioning of issues they would rather hope would
disappear into the woodwork. When the deputy prime minister,
Abdullah Ahmad Badawi, came to the University of Malaya campus
(EDITOR: CDST CHECK DATE FOR THIS, THINK IT WAS IN 1999, BUT NOT
SURE), he was forced to talk to the undergraduates who heckled
him and other government ministers. They would not have been as
accommodating with Mahathir. Rebuilding Dewan Tunku Canselor
The government will be hard put to rid itself out of this
mess. Let us also see how many people would contribute to this
New Straits Times fund to rebuild Dewan Tunku Canselor. One
should expect all the cronies, even if they were lorry drivers or
insurance agents in their early life, to contribute handsomely.
But would they? For however hard UMNO tried to keep its problems with the
Malay community to itself, it is now out in the open. This clash
is more serious than the one it has over Anwar Ibrahim. It is an
open challenge to the Malay community that it should return to
the fold. But it can no more threaten any more.
In a sense, the Dewan Tunku Canselor fire became a
convenient deux et machina to sidestep an expected local problem.
It would take a lot more convincing to blame it on the students.
And it needs more incontrovertible evidence than we have been
offered so far. Until that is forthcoming, the fires at the
Reichstag in 1933 and the Dewan Tunku Canselor in 2001 have more
in common than would seem at the surface.
M.G.G. Pillai |