Laman Webantu KM2A1: 4889 File Size: 24.4 Kb * |
TAG SP 190: Kenapa Mahathir Tendang Daim [FEER] By Terrence Gomez 4/7/2001 11:37 pm Wed |
[Mahathir mempengerusikan PNB yang menguasai Maybank. Maybank
telah membeli PhileoAllied Bank milik Mokhzani dengan kos RM1.3
bilion setelah tawaran asal RM1.2 bilion ditolak dengan alasan
tidak memadai. Mokhzani sudahpun mengundurkan namanya (namun
tangannya masih ada) dari beberapa syarikat besar yang dimilikkinya
untuk menyelamatkan bapanya. Tetapi dia telah mengalihkan syarikat
itu kepada orang bukan melayu sedangkan syarikat itu mendapat
projek besar berdasarkan melayunya dan bumiputeranya. Mengapa pihak
berkenaan tidak menegurnya menjadi satu tanda tanya.
Dengan Daim tiada lagi di sisi, Mahathir sudah menjadi amat berkuasa
sekarang ini kerana dia menguasai kunci khazanah negara. Semua perlu
melutut dan menyembah kepadanya - khususnya hartawan Umno yang sudah
tercekik oleh krisis ekonomi. Dengan bank di tangannya semua pemimpin
Umno yang sakit tenat terpaksa juga mengampunya jika tidak akan muflislah
mereka. Mungkin MCA berani membeli Nanyang kerana wang boleh diminta
darinya bila-bila masa jika sudah tiada.... Nampaknya yang asyik untung
dan kaya raya adalah Mahathir dan anak-anaknya sahaja dan yang asyik
tertipu oleh silap-mata adalah orang melayu juga...
- Editor] FEER Edisi 5 Julai, 2001. (Why Mahathir Axed Daim) Oleh: Terrence Gomez Walaupun Daim Zainuddin sudah menyerahkan surat peletakan jawatannya
sebagai menteri kewangan Malaysia, pada awal Jun dulu, ramai pengamat
bersikap berpihak-pihak beranggapan apakah sudah tercetus satu perbalahan
antara beliau dengan perdana menteri Mahathir Mohammad. Oleh kerana
Mahathir dan bekas sahabatnya yang paling setia, Daim, enggan menyatakan
secara terbuka sebab musabab pengunduran Daim itu, makin semaraklah
spekulasi mengenai dalil-dalil menyebabkan pengunduran beliau.
Beberapa peristiwa yang berkisaran dalam dunia korporat memberikan gambaran
betapa perbalahan itu memang begitu serius dan berkemungkinan besar
mempunyai hubung-kait dengan beberapa urusan niaga yang membabitkan anak
lelaki kedua perdana menteri, Mokhzani Mahathir. Secara khususnya,
pembabitan Mokhzani dalam rencana penggabungan bank yang dikatakan telah
menjejaskan beberapa bidang perniagaan peribadi kepunyaan Daim.
Sebelum tercetusnya krisis kewangan pada 1997 dulu, kerajaan memang
berminat menggabungkan sektor perbankan tempatan, yang ketika itu berjumlah
lebih 50 institusi kewangan. Apabila kerajaan bertindak memaksakan
penggabungan itu dan merancangkan kewujudan enam bank peneraju pada 1999,
tercetuslah pelbagai bantahan daripada masyarakat perbankan.
Masyarakat Cina menjadi tersentuh apabila mendapati banyak bank kepunyaan
usahawan Cina ditelan dan terhakis dalam proses penggabungan itu. Ketika itu
pula pemilu sudahpun menghampiri masanya dan Mahathir semakin tertekan
dengan hakikat betapa perlunya sokongan pengundian orang bukan-Melayu,
terutama sekali pengundi Cina untuk memenangkan mereka menguasai parlimen
semula. Kerana itu kerajaan bertindak menambah jumlah bilangan bank
peneraju itu daripada 6 menjadi 10. Desas-desus mula berterbangan betapa
keputusan itu telah mencetuskan satu pergeseran antara Mahathir dan Daim.
Sebelum penggabungan bank itu mula dicadangkan, para kroni Daim telahpun
menguasai Multi-Purpose Bank (MPB) daripada T.K. Lim yang pada satu ketika
itu memang rapat dengan bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan
Anwar Ibrahim. Di tahap awalan dulu, Multi-Purpose Bank telah direncana agar
bergabung dengan PhileoAllied Bank yang dikuasai oleh Tong Kooi Ong, yang
juga rapat dengan Anwar Ibrahim. Walaupun Tong mula menceburi dunia
perbankan pada 1994, dia berjaya memajukan PhileoAllied Bank menjadi sebuah
bank yang sungguh dinamik, berteknologi inovatif di Malaysia. Apabila
rencana penggabungan itu disemak semula, PhileoAllied Bank telah dicabut
daripada cadangan asal untuk bergabung dengan MPB untuk diregukan pula
dengan Malayan Banking, ataupun kumpulan Maybank. Kumpulan Maybank adalah
dikuasai oleh Perbadanan Nasional, ataupun PNB yang dipengerusikan
oleh Perdana Menteri. Seorang lagi pemegang saham (terbesar) PhileoAllied Bank ialah anak
Mahathir, Mokhzani, yang memang sudah lama mempunyai pegangan berpada
sebelum rencana penggabungan dicadangkan. Ada sebuah syarikat Mokhzani yang
tersenarai di BSKL, Tongkah Holdings, yang mempunyai pegangan bersilang
dengan sebuah lagi syarikat tersenarai, Pantai holdings. Pantai dan Tongkah
mempunyai milik bersama setakat 28 persen saham Phileo Land, yang juga
tersenarai. Phileo Land merupakan pemegang saham terbesar kerana mempunyai
18.4% saham dalam PhileoAllied yang merupakan pemilik PhileoAllied Bank.
Phileo Land kemudiannya menukar namanya menjadi Avenue Assets.
Satu ketika dulu Mokhzani memang rapat dengan Daim, namun Tong dilaporkan
liat dengan rencana menggabungkan banknya dengan MPB. Mengikut rencana
penggabungan yang disemak semula itu, Maybank telah menawarkan Avenue Assets
satu rencana tukar pegangan saham (share swap) bernilai 1.2 bilion ringgit
(US $316 million) untuk mengambil-alih PhileoAllied Bank. Tawaran itu
ditolak oleh Avenue Assets kerana lembaga pengarahnya berpendapat harga
saham PhileoAllied bank sengaja diturunkan harganya, dan tidak pula ada
tawaran bayaran dana tunai dalam cadangan itu. Avenue Assets mahukan
cadangan yang lebih lumayan dan akhirnya bersetuju menerima tunai sebanyak
1.3 bilion daripada Maybank sebagai bayaran saham bank itu. Dengan penjualan
itu PhileoAllied menjadi sebuah syarikat induk yang kaya-raya.
Dengan penjualan PhileoAllied Bank pada bulan Januari itu, Suruhanjaya
Sekuriti yang tertakluk kepada Kementerian Kewangan, memberi para pemegang
saham PhileoAllied, yang termasuk juga Avenue Assets, memberitahu bahawa
mereka tidak boleh melepaskan pegangan saham di dalam syarikat yang kaya
dengan wang tunai ini. Mereka juga tidak dibenarkan menukar jumlah pegangan
tanpa mendapatkan kebenaran awal Suruhanjaya.
Peraturan ini belum pernah dikuat-kuasakan oleh Suruhanjaya Sekuriti ke atas
mana-mana syarikat Malaysia dalam sejarahnya. Ia menjadi lebih menarik
kerana peraturan yang serupa tidak pun dikenakan terhadap Tajuddin Ramli
yang merupakan rakan kongsi Daim, ketika syarikat beliau, Naluri menerima
sejumlah 1.8 bilion ringgit daripada penjualan saham MAS kepada kerajaan.
Sedangkan proses jual beli itu berlaku pada waktu yang sama proses yang
sama dilakukan oleh PhileoAllied Bank.
Pada awal April, Daim menyuarakan hasratnya mahu bercuti panjang, dan tidak
lama kemudiannya, Mokhzani mengumumkan niatnya melepaskan semua pegangan
korporatnya. Oleh kerana pegangan korporatnya secara terus berada pada
Pantai dan Tongkah, yang mempunyai sebahagian besar saham Avenue Assets, dia
tidakpun mencela syarat-syarat yang ditentukan oleh Suruhanjaya Sekuriti
ketika membuat penjualan tersebut. Mokhzani mengumumkan penjualan semua pegangan korporatnya itu dicetuskan
oleh pelbagai tohmahan yang dihumbankan kepada ayahnya yang berbentuk tidak
berasas. Untuk menjaga nama baik bapanya itulah dia bertindak mahu
memberikan tumpuan kepada politik. Ketika itu dia merupakan bendahari
Pergerakan Pemuda UMNO. Pada bulan Jun, dia melepaskan juga jawatan itu.
Oleh kerana menjual sahamnya dengan kerugian, ada beberapa faktor lain yang
telah mempengaruhi tindakannya untuk keluar daripada dunia perniagaan.
Ketika Mokhzani melepaskan pegangan sahamnya untuk menumpukan perhatian
kepada politik, Daim mengeluarkan satu kenyataan agar rakyat menghormati
keputusan Mokhzani itu. Yang lebih menarik, bekas menteri kewangan Razaleigh
Hamzah, yang satu ketika dulu merupakan pengkritik hebat terhadap pembabitan
anak-anak perdana menteri dalam dunia perniagaan, telah mengeluarkan
kenyataan betapa Mokhzani sepatutnya memegang terus saham-saham korporatnya.
Ada desas-desus mengatakan bahawa Razaleigh memang sudah lama memasang
harapan agar dilantik menggantikan jawatan Daim itu, dan memberi ruang
kepadanya untuk timbul semula dalam hiraki kepimpinan UMNO.
Mokhzani telah mengalihkan saham penguasaan Pantai kepada Lim Tong Yao,
seorang peniaga yang tidak menonjol yang menguasai sebuah syarikat pembuatan
sabun, Paos Holdings. Lim menyatakan bahawa Pantai mempunyai ruang yang
luas untuk membesar dalam bidang barangan kesihatan. Lagipun syarikat itu
mempunyai pegangan berpada dalam syarikat yang banyak hutangnya, Tongkah.
Pantai kemudiannya melepaskan sekitar 1,2% daripada sejumlah 16% pegangan
saham dalam Tongkah, sementara Tongkah menjual pula pada kadar kerugian, 12
persen daripada pegangannya sebanyak 32.5 persen saham Pantai untuk
mengurangkan bebanan hutang. Tongkah masih mempunyai bon bernilai 462.5 juta
ringgit yang matang pada 2004. Pada akhir Mei, perkhidmatan pos kerajaan, Pos Malaysia telah dijual kepada
PhileoAllied. Sebelum itu tidak pun ada sebarang isyarat daripada kerajaan
akan cadangan menjual institusi yang menguntungkannya itu untuk penswastaan
ataupun mendapatkan peluang penyenaraiannya di BSKL dengan cara menyuntiknya
kepada PhileoAllied. Malahan, adalah bukannya sukar untuk Pos Malaysia
memasuki pasaran berasaskan kekuatannya sendiri, namun ahli lembaga syarikat
itu dikatakan tidak berminat menyenaraikan syarikat itu pada tahun ini
kerana keadaan pasaran yang lengang.
PhileoAllied perlu membayar kerajaan sebanyak 800juta ringgit untuk membeli
Pos Malaysia - 550 juta ringgit dalam bentuk tunai dan bakinya setara 5%
melalui bon terbitan pinjaman jenis boleh-tukar daripada kerajaan. Kerajaan
boleh tukar pinjaman itu menjadi saham ekuiti, bererti kerajaan
berkemungkinan menjadi pemegang saham terbesar di PhileoAllied pada satu
masa dalam tempoh lima tahun. Oleh kerana Pos Malaysia diswastakan ketika Daim
sedang bercuti, keputusan mengalihkan kuasa kepada PhileoAllied sudah tentu
bukan keputusannya. Beberapa isu yang membabitkan PhileoAllied, rencana penggabungan bank dan
penswastaan Pos Malaysia telah mencetuskan banyak persoalan mengenai
pentadbiran kerajaan dan korporat di Malaysia. Kenapakah PhileoAllied dijual
kepada Maybank, yang tidak berapa berminat dengan penggabungan itu kerana ia
mempunyai peluang untuk bergabung dengan satu ataupun lebih bank peneraju
kecilan yang berjumlah sembilan semuanya itu? Apakah sebenarnya kriteria
yang menentukan bank peneraju dan rakan gabungan mereka? Kenapakah
Suruhanjaya Sekuriti mengenakan syarat terhadap PhileoAllied tetapi tidak
pula terhadap Naluri sedangkan kedua syarikat ini menerima bahagian besar
wang kerajaan ketika menjual asset mereka?
Kenapakah Pos Malaysia dijual secara tergesa-gesa tanpa sebarang notis,
kepada sebuah syarikat yang akhirnya dikuasai oleh seorang manusia yang
telah membeli syarikat-syarikat milik Mokhzani? Mungkinkah putar-belit
perniagaan ini mempunyai satu kaitan kepada tergugatnya kemesraan antara
Daim dan Mokhzani? Yang lebih menarik lagi, perbalahan yang tercetus antara
Mahathir dan Anwar dulu berpunca daripada penentangan Anwar terhadap
cadangan kerajaan untuk mengambil-alih aset daripada syarikat yang dibebani
hutang kepunyaan anak Mahathir yang bernama Mirzan Mahathir.
Semua sepak terajang politik untuk menguasai aset korporat memang
menunjukkan kepada beberapa pembangunan penting sejak 1998. Apabila Anwar
diaibkan dan tercampak daripada UMNO, segala aset korporat yang pernah
dimiliki oleh para penyokongnya telah pun diambil-alih oleh manusia yang
tidak menyokongnya. Para peniaga yang mempunyai hubungan baik dengan Daim
telah meraih keuntungan besar daripada pengagihan semula segala aset itu.
Bersabit dengan itulah tercetusnya pelbagai perbalahan antara kelompok
elitis politik dan perniagaan dan mendedahkan Daim kepada kritikan yang
berbisa yang membabitkan juga ahli partinya. Yang lebih pening lagi, cubaan
Daim untuk mencengkam pengaruh yang besar ke atas industri perbankan yang
digabungkan itu menjadi satu punca perbalahan yang hebat antara beliau dan
Mahathir. Walaupun Daim yang sungguh berpengaruh itu sudah pun tertendang, adalah
tidak mungkin kerajaan akan mengamalkan satu pentadbiran yang telus dan
lebih bertanggungjawab. Kerajaan sudah pun mengumumkan 10 bank yang
digabungkan itu akan dikenakan satu proses penggabungan lagi. Hanya empat
hingga lima bank besar sahaja yang akan muncul daripada perencanaan terbaru
itu nanti. Walaupun Daim tidak berkemungkinan mempunyai kuasa pemilik
terhadap satu ataupun lebih lagi daripada satu daripada hasil penggabungan
itu nanti, namun tidak ada sebab kenapa rakyat marhaen mampu beranggapan
semua bank itu tidak akan dicemari lagi di masa depan.
Tanpa pemeriksaan dan seliaan kerajaan nampaknya segala rencana reformasi
Mahathir tidak akan menyuntik sebarang keyakinan kepada sektor korporat
Malaysia. Sebaliknya, tumpuan utama akan terfokus kepada cara mana Mahathir
mahu menangani segala perniagaan para juak dan jongos Daim termasuklah
segala aset dan hutang berkarat yang masih lagi dalam penguasaan mereka
semua. Terjemahan SPAR-03-031 Asal: http://www.feer.com/_0107_05/p050shroff.html
FEER Daim Resignation Suggests Rift With PM
By Terence Gomez Even after Daim Zainuddin submitted his resignation as finance
minister of Malaysia in early June, most analysts remained
divided over whether a rift had emerged between him and Prime
Minister Mahathir Mohamad. Since Mahathir and his once
most-trusted ally Daim have refused to state explicitly the
reasons for the latter's resignation, speculation is rife over
the factors that led to the finance minister's departure.
Events that have occurred in the corporate sector suggest,
however, that the rift is serious and may be partly linked to
the business affairs of Mahathir's second son, Mokhzani
Mahathir. Specifically, Mokhzani's involvement in the
bank-consolidation exercise seems to have affected Daim's
private business interests. Long before the onset of the financial crisis in 1997, the
government had been keen to consolidate the domestic banking
sector, then comprising more than 50 banks and financial
institutions. When the government decided to forcibly merge
Malaysia's financial institutions into just six anchor banks in
1999, there was considerable protest from the banks.
The Chinese business community was upset that the merger of some
of the most enterprising Chinese-owned banks would diminish its
presence in the industry. A general election was looming and
Mahathir was aware that his ruling coalition needed non-Malay,
especially Chinese, support to secure a strong presence in
parliament. So the government decided to raise the number of
anchor banks from six to 10. It was widely reported that this
decision sparked a rift between Mahathir and Daim.
Before the bank-consolidation exercise was first proposed,
Daim's allies had taken control of Multi-Purpose Bank from T.K.
Lim, who had been closely associated with former Deputy Prime
Minister and Finance Minister Anwar Ibrahim. Multi-Purpose Bank
was originally supposed to be merged with PhileoAllied Bank,
controlled by Tong Kooi Ong, who was also closely associated
with Anwar. Although Tong only ventured into banking in 1994, he
quickly developed PhileoAllied Bank into one of the most
dynamic, technologically innovative banks in Malaysia. When the
bank-consolidation exercise was revised, PhileoAllied Bank was
re-assigned from Multi-Purpose Bank to the Malayan Banking, or
Maybank, group. Maybank is controlled by Permodalan Nasional, or
National Equity Corp., also known as PNB, which is chaired by
the prime minister. Another shareholder of PhileoAllied Bank was Mahathir's son,
Mokhzani, who had acquired an indirect stake in the bank before
the consolidation exercise was first proposed. Mokhzani's
publicly listed company, Tongkah Holdings, had cross-holdings
with another quoted company, Pantai Holdings. Pantai and Tongkah
jointly owned a 28% stake in Phileo Land, a listed company.
Phileo Land, with 18.4%, was the single largest shareholder in
PhileoAllied, the owner of PhileoAllied Bank. Phileo Land was
later re-named Avenue Assets. Although Mokhzani was then close to Daim, Tong was reportedly
reluctant to merge his bank with Multi-Purpose Bank. Under the
revised bank-consolidation scheme, Maybank offered Avenue Assets
a share-swap deal valued at 1.2 billion ringgit ($316 million)
to take over PhileoAllied Bank. Avenue Assets rejected Maybank's
offer as its directors felt that PhileoAllied Bank's equity was
underpriced and the deal involved no cash. Avenue Assets held
out for more, and eventually ensured that PhileoAllied got 1.3
billion ringgit in cash from Maybank for the bank's equity. With
the sale of its bank, PhileoAllied became a cash-rich shell
company. In January, soon after the sale of PhileoAllied Bank, the
Securities Commission, under the control of the Finance
Ministry, informed PhileoAllied's shareholders, which included
Avenue Assets, that they could not divest their interests in
their now cash-rich shell company. Nor could they make any
changes in substantial shareholding without the prior consent of
the commission. This stipulation by the Securities Commission was unprecedented
in Malaysian corporate history. It was also noteworthy because
similar conditions were not imposed by the Securities Commission
on Tajuddin Ramli, Daim's former business partner, whose
company, Naluri, controversially received 1.8 billion ringgit
for the sale of Malaysia Airlines to the government, a takeover
implemented around the same time as the PhileoAllied Bank sale.
In early April, Daim voiced his intention to take long leave,
and not long after, Mokhzani announced that he intended to
divest himself of all his corporate interests. Since Mokhzani's
direct corporate holdings were in Pantai and Tongkah, which
owned a sizeable chunk of Avenue Assets, he did not violate the
conditions imposed by the Securities Commission when he sold.
Mokhzani said he was getting rid of all his corporate holdings
because his involvement in business was giving rise to baseless
allegations of nepotism. To protect his father's name, he had
decided to focus on his involvement in politics -- he was then
treasurer of the youth wing of the ruling United Malays National
Organization, or Umno Youth. But in June he relinquished that
post, too. Since Mokhzani sold his assets at a loss, other
factors could have influenced his decision to get out of
business. When Mokhzani divested his equity holdings, ostensibly to
concentrate on politics, Daim issued a statement that the public
should respect his decision. Interestingly, former Finance
Minister Razaleigh Hamzah, once a strong critic of the
involvement of the prime minister's children in business, made a
statement that Mokhzani should retain his corporate interests.
Razaleigh is widely believed to harbour hopes of being appointed
Daim's replacement in the Finance Ministry, thus providing him
with an avenue to make a comeback in the Umno hierarchy.
Mokhzani divested his controlling stake in Pantai to Lim Tong
Yong, a little-known businessman who controls a listed
soap-making company, Paos Holdings. While Lim has pointed out
that Pantai has a potentially profitable interest in the
health-care sector, the company also has a large stake in
debt-ridden Tongkah. Pantai subsequently divested 1.2 percentage
points of its 16% equity in Tongkah, while Tongkah sold off, at
a loss, 12 percentage points of its 32.5% equity in Pantai to
help reduce debts. Tongkah also has 462.5 million ringgit worth
of bonds due in 2004. In late May, the government's postal service, Pos Malaysia was
sold to PhileoAllied. There was no prior disclosure by the
government of its intention to privatize the profitable Pos
Malaysia or to secure a backdoor listing for it by injecting it
into PhileoAllied. In fact Pos Malaysia could have secured a
public listing on its own merits, but its board of directors had
reportedly decided not to list the company this year because of
poor market conditions. PhileoAllied is to pay the government 800 million ringgit for
Pos Malaysia -- 550 million ringgit in cash, and the balance
through a five-year, 5% convertible loan from the government.
The government can convert its loan into equity, so it has the
option of becoming a major shareholder in PhileoAllied at any
time over the five years. Since Pos Malaysia was privatized
while Daim was on leave, the decision to transfer control to
PhileoAllied is unlikely to have been his.
These issues involving PhileoAllied, the bank-consolidation
exercise and the privatization of Pos Malaysia raise many
questions about corporate and public governance in Malaysia. Why
was PhileoAllied Bank sold to Maybank, which was reportedly not
keen on this merger, when it could have been merged with one of
the other nine smaller anchor banks? What, indeed, were the
criteria for determining the anchor banks and their merger
partners? Why did the Securities Commission impose conditions on
PhileoAllied but not on Naluri when both firms received huge
sums of government money from the sale of assets?
Why was Pos Malaysia sold, without notice, to a company that is
ultimately controlled by a person who bought out the firms owned
by Mokhzani? Were these corporate manoeuvrings linked to an
apparent souring of the relationship between Daim and Mokhzani?
Interestingly, the differences between Mahathir and Anwar were
due to the latter's opposition to a proposed government
acquisition of the assets of a debt-ridden company owned by
Mahathir's eldest son, Mirzan Mahathir.
All this political manoeuvring for control of corporate assets
does, however, point to important developments since 1998. With
Anwar out of the frame following his expulsion from Umno,
corporate assets owned by his allies have been taken over by men
not aligned to his faction. Businessmen linked to Daim appear to
have benefited most from redistribution of these assets. That,
in turn, precipitated disputes between political and business
elites and exposed Daim to severe criticism from even his own
party members. More important, Daim's attempt to secure
overwhelming influence over the consolidated banking industry
was a major cause for the rift between him and Mahathir.
Although the influential Daim is out of favour, it is unlikely
that the government will practise a more transparent,
accountable form of governance. The government has announced
that the 10 anchor banks will be put through another
consolidation exercise. Only four or five banks are expected to
emerge from this new consolidation. Although it is unlikely that
Daim will secure control or ownership of one or more of these
enlarged financial institutions, there is no reason why the
Malaysian public should believe that these banks will not be
abused in future.
|