Laman Webantu KM2A1: 4893 File Size: 13.3 Kb * |
TAG SP 191: Tenaga Bertahan [Asiaweek] By Arjuna Ranawana 5/7/2001 7:42 am Thu |
[Pelancaran Puteri Umno adalah bertujuan untuk mendekati dan meraih
sokongan golongan muda yang telah lama tidak diberi fokus oleh Umno
dengan sedikit lainnya. Pengalaman interaksi dua hala ala NGO Azalina
cukup berguna untuk Umno menggoda sasarannya kerana Umno kelihatan
aktif secara bermusim sahaja. Penubuhan Puteri telah menempelak Wanita
Umno kerana itu petanda Wanita sudah gagal berfungsi sebaiknya dan tidak
boleh diharap lagi untuk menjamin kemenangan Umno. Rakyat perlu didampingi
sentiasa agar dapat memahami kehendak mereka. Dengan itu Umno akan dapat
mengubah rentak mengikut irama semasa. Disinilah Azalina memainkan
peranannya kerana Wanita Umno lebih kelihatan bersendiri sesama mereka
sahaja. Besar kemungkinan Puteri dilancarkan untuk mencuri kaum hawa yang
mungkin cenderung untuk memasukki parti keADILan..... kerana mereka
yang condong kepada PAS tentu sukar untuk menerima Azalina sebagai
pemimpin teladan. Tenaga Bertahan (Defense Force) Oleh: Arjuna Ranawana Azalina Othman Said tiba di bilik itu untuk menghulurkan tangannya sambil
senyuman menguntum di wajahnya. Di bahagian belakang beliau dalam bilik gym
pusat kemasyarakatan di Kuala Lumpur itu, terdapat beberapa wanita muda yang
bergiat mengangkat berat. Yang lainnya melakukan pergerakan tae-kwondo.
Azalina ialah seorang peguam, dan mempersilakan kami memasuki sebuah
pejabatnya yang kecil sahaja ruangnya tetapi merupakan ibupejabat sementara
Puteri, pergerakan sayap politik terbaru dalam UMNO. Beliau sudahpun berusia
37, ketika dipilih sendiri oleh Mahathir untuk mengetuai sayap terbaru parti
itu agar mampu menarik minat wanita muda untuk menyokong parti. Kemasukannya
secara melonjak itu telah dicemuh oleh ramai wanita UMNO yang lain, dan
diperhatikan dengan sindiran oleh pihak pembangkang. Malahan sudah muncul
soalan terbuka mengenai seksualitinya dalam akhbar. Dia telah menafikan
bahawa dia mempunyai kecenderongan seorang yang bernaluri l#####n, 'Saya
tahu betapa besar risikonya,' kata Azalina. Memang, bukan dia seorang yang
beranggapan begitu. Ketika Mahathir melancarkan perang terhadap politik wang menjelang
perhimpunan tahunan UMNO pada 21-23 Jun dulu, ramai perwakilan yang tertarik
dengan usaha itu. Para pemimpin 'sudah pun mula sedar,' kata Zulkifli Alwi,
timbalan setiausaha Pemuda UMNO. UMNO kini mampu bersidang tanpa banyak
ketegangan untuk para perwakilan memberikan tumpuan terhadap masalah parti
kekurangan sokongan dan merencana satu strategi untuk memenangi pemilu 2004.
Namun, setelah berjaya memintas sebarang usaha mencerca kepimpinannya,
Mahathir telah berpaling kepada satu tema yang biasa dijadikannya tajuk
ucapannya kepada para perwakilan. Orang Melayu itu kumpulan yang tidak tahu
berterima kasih, pemalas, korup dan tidak bersatu, demikianlah katanya.
Malahan bukan itu sahaja, dia telah menyatakan pendirian untuk terus
berkhidmat dan tidak akan bersara selepas pemilu nanti.
Kesannya, ialah kekelaman parti yang semakin mereput walaupun kegiatannya
masih wujud. Mereka yang menunggukan giliran - terutama sekali Timbalan
Perdana Menteri Abdullah Badawi - mendapati tempoh percubaan (aperantis)
dilanjutkan tanpa ada tepiannya. Yang lebih teruk lagi, persepsi bahawa
Mahathir sudah tidak lagi berpegang dengan bumi nyata terhadap budaya
politik Melayu itu terus bertiup kencang. 'Kami membazirkan terlalu banyak
masa menuntut kesyukuran generasi muda,' kata Zulkifli. 'Orang melayu telah
melalui anjakan paradigma. Mereka mahu serbatahu apa yang telah berlaku, dan
menyalahkan mereka sudah tentu tidak akan laku.' Sememangnya perwakilan
tidak mendengar bagaimana Mahathir bercadang menangani masalah keresahan
warga muda luar bandar, ataupun bagaimana mahu membetulkan ekonomi negara
yang dikatakan akan semakin merosot tahun ini. 'Lagi banyak UMNO membebel
akan sejarah silam, lebih besar kemungkinannya UMNO sendiri akan menjadi
kelam," kata P. Ramasamy, seorang professor sains politik di Universiti
Kebangsaan. Jadinya, Azalina merupakan salah satu caranya bagaimana UMNO merancang untuk
memancing undi. Mungkin Mahathir telah terdengar gema suaranya sendiri dalam
jiwa 'gadis' yang lantang bersuara ini. Apapun perlantikan beliau adalah
satu muslihat politik. Lebih separuh daripada pengundi di Malaysia adalah
wanita dan pada 2004 nanti, 26% penduduk negara adalah di kalangan mereka
yang berusia antara 21-35 tahun. Ramai wanita profesional takut akan
kebangkitan PAS, yang mempunyai ideologi yang tidak dianggap mesra terhadap
wanita di khalayak ramai. 'Sebenarnya kami memang takutkan PAS,' kata
Masnita Abdullah, seorang pegawai syarikat di Kuala Lumpur. Azalina ada
berkata: 'Cabaran terbesar saya ialah menyarankan agar golongan muda -
golongan wanita - menerima UMNO sebagai sebuah parti yang masih relevan.'
Ini bukannya satu kerja yang mudah. Sebagai anak kepada pegawai kerajaan,
Azalina menceburkan diri dalam pergerakan wanita sebaik sahaja pulang
selepas menggenggam ijazah sarjana dalam perundangan daripada London School
of Economics. Dia menganggotai UMNO sepuluh tahun yang lalu, dan bersikap
lantang mengkritik sistem pemerintahan - terutama sekali mengenai hak asasi
wanita. Pada 1995, dia daftar sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Women's
Sport dan Fitness Foundation. Sejak itu dia menjadi semakin dikenal sebagai
juara tae-kwondo yang bertali-pinggang hitam dan seorang peguam mahkamah
syariah. 'Saya mahu lakukan sesuatu untuk memperkasakan wanita dan bukan
bercakap sahaja mengenainya.' Demikian keyakinan Azlina. Ivy Josiah daripada
kumpulan aktivis WAO ada berkata: 'Azalina telah menjadikan peralihan
daripada seorang peguam kepada seseorang yang mahu melaksanakan reformasi
dalam perundangan.' Para pengumpat berkata bahawa Azalina hanya merupakan bahan menceriakan
suasana. Dia tidakpun mempunyai sokongan akar umbi dalam parti, dan juga di
kalangan kumpulan wanita yang sudah berusia. Pergerakan wanita sudah
mencemuhkan usahanya. Pas menganggap kerja-kerja Azalina sebagai 'satu
usaha desperado' yang tidak akan berjaya. Pemimpin wanita Keadilan, Fuziah
Salleh, berpendapat cara pendekatan Azalina yang garang tidak melayakkannya
menjadi sebagai pemimpin contoh untuk wanita Islam. Para pengkritik dalam
UMNO berpendapat, walaupun Azalina mampu menarik hati kumpulan muda di
bandar-bandar, dia tidak akan mampu mempengaruhi penduduk di perkampungan.
Dina Zaman, seorang kolumnis Malaysiakini, berkata kumpulannya memang
mengkagumi Azalina, tetapi masih ragu akan pendekatan politiknya. 'Kami
memerhatikannya di tepian dan memerlukan masa untuk berfikir sebelum turut
serta,' kata beliau lagi. Mahathir terus menggalakkan Azalina - sepertimana dia menyokong aktiviti
anaknya Marina dalam kegiatan bidang pencegahan AIDS. Puteri UMNO akan
dilancarkan secara rasminya pada bulan hadapan. Azalina sudahpun dilantik
menganggotai Majlis Tertinggi UMNO. 'jangan hakimi saya berasaskan pakaian
ataupun rupa saya,' kata beliau. "Hakimilah saya berdasarkan kerja yang saya
laksanakan.' Ramai pengamat berkata, kata-kata Azalina seperti itu merupakan
asas apa sebenarnya akan terjadi kepada UMNO pada masa hadapan.
Tamat Terjemahan SPAR-03-032 Asal: http://www.asiaweek.com/asiaweek/ magazine/nations/0,8782,165852,00.html
Defense Force One of Mahathir Mohamad's hopes for rebuilding his party is an
uncompromising feminist with a love of martial arts.
But can Azalina kick hard enough? By ARJUNA RANAWANA Azalina Othman Said strides across the room and extends a strong hand
backed by a warm smile. Behind her, in a Kuala Lumpur community center
gym, young women work out with weights. Others practice taekwondo
moves. Azalina, a lawyer, leads the way briskly to her small office -
the temporary headquarters of Puteri, the newest wing of Malaysia's
ruling party. At 37, she has been called the new face of the United
Malays National Organization, hand-picked by Prime Minister Mahathir
Mohamad to lead Puteri and to attract young women into the fold. Her
sudden elevation has drawn sniping from other UMNO women, dismissive
snorts from the opposition and an open questioning of her sexuality in
the press. She has denied she is gay. "I know I am risking a lot,"
says Azalina. She's not the only one. When Mahathir declared war on money politics on the eve of the June
21-23 UMNO general assembly, most delegates were impressed. Leaders
"have gone out of the denial mode," said Zulkifli Alwi, deputy chief
of UMNO Youth. UMNO could now sit down soberly over the remaining
assembly days, take stock of its waning popularity and devise a
strategy for winning the 2004 general election. But having ambushed
any complaints about his leadership, Mahathir then returned to a more
familiar theme when he addressed delegates. Malays were ungrateful,
corrupt, lazy and disunited, the prime minister said. Not only that,
he was thinking of sticking around for a while rather than retiring
after the next poll. The resulting party gloom was discreet, but palpable. Those awaiting
their turn in power - particularly Deputy Prime Minister Abdullah
Badawi - saw their "apprenticeships" extended indefinitely. Worse, the
perception of Mahathir as out of touch with the Malay body politic was
merely enhanced. "We are wasting too much time demanding gratitude
from our younger generation," says Zulkifli. "The Malays have gone
through a paradigm shift. They want an accounting, and faulting them
is not going down too well." Indeed, the assembly heard very little
about how Mahathir plans to staunch a rising tide of rural and youth
dissatisfaction, or how to turn around a shaky economy that is
forecast to deteriorate further this year. "The more UMNO harps on
history, the more it might be history," observes P. Ramasamy, a
political science professor at the National University of Malaysia.
Azalina, then, represents one of the few UMNO moves that might
conceivably translate into votes. Perhaps Mahathir heard an echo of
himself in this unconventional, outspoken Malay woman. In any case,
her appointment was canny politics. More than half of Malaysia's
voters are women and, by 2004, 26% of the population will be aged
21-35. Many professional women dread the rise of leading opposition
group Parti Islam SeMalaysia (Pas), whose ideologues look askance at
women in public life. "Frankly we are terrified of Pas," says Masnita
Abdullah, a company executive in Kuala Lumpur. Says Azalina: "My
biggest task is to make young people - young women - see UMNO as a
party that is still relevant." It's a tough job. The daughter of civil servants, Azalina plunged into
Malaysia's fledgling feminist movement soon after gaining her Master's
in law from the London School of Economics. She joined UMNO 10 years
ago, but has been bold enough to criticize the system - especially
over women's rights. Since forming a non-government group called the
Women's Sports and Fitness Foundation in 1995, the black belt
taekwondo master also has won considerable respect as a civil and
Islamic litigator. "I wanted to do something to empower women, not
just talk about it," says Azalina. Remarks Ivy Josiah from the
activist group Women's Aid Organization: "Azalina has made the
transition from being just another lawyer to someone who wants to
actually make reforms in the law." Detractors say Azalina is mere UMNO window dressing. She has no power
base in the party, and even the senior women's group, Wanita, has been
hostile toward her. Pas calls Azalina a "desperate measure" that won't
work. The women's leader of opposition party Keadilan, Fuziah Salleh,
claims Azalina's hard-line feminist stance makes her a poor role model
for Muslim women. Critics in UMNO think that while she might appeal to
urban youth, she will have trouble reaching rural people in the
villages. Dina Zaman, a columnist for Internet newspaper Malaysiakini,
says her peers admire Azalina but are wary of her politics. "We're
waiting on the sidelines and thinking before we jump in," she adds.
Mahathir continues to encourage Azalina - just as he supports his daughter Marina, a high-profile AIDS activist. Puteri-UMNO will be officially inaugurated next month, and Azalina already has been appointed to the UMNO Supreme Council. "Don't judge me by what I wear and how I look," she says. "Judge me by my work." Upon that verdict, some say, hinges much of UMNO's future. |