Laman Webantu KM2A1: 4896 File Size: 5.7 Kb * |
TAG SP 192: Kenyataan Hadi Sejajar Dengan Manifesto BA By Penyokong BA 5/7/2001 5:13 pm Thu |
[Pihak BA perlu membuang apa yang keruh dan mengambil apa yang
jernih. Tetapi itu semua bukannya di dada akhbar milik Umno yang
penuh dengan agenda. Selain itu jangan lupa setengah yang keruh itu
berada di dalam parti sendiri juga mungkin kerana tiada usaha yang
serius untuk mengikisnya atau mereka telah terpedaya oleh putarbelit
pemimpin Umno. Mungkin perkataan berbalah atau bertengkar itu tidak sesuai. Ia cuma
satu silap faham sahaja yang dibesar-besarkan oleh pihak tertentu.
Sepatutnya pihak BA tidak terikut oleh rentak itu dan tidak membiarkan
pemimpin bawahan membuat kenyataan secara melulu.
- Editor] Terjemahan SPAR-09-013
(Hadi's statement consistent with BA manifesto)
Oleh: Penyokong BA Perbalahan tersebut bermula daripada satu kenyataan yang dikeluarkan
oleh Ustaz Hadi Awang (PAS), sebagaimana yang disebut oleh beberapa
akhbar pada minggu yang lalu dan bagi saya kesahihannya amat
diragukan. Ia telah membangkitkan respon yang keras dari Karpal Singh
(DAP). Namun apa sebenarnya yang telah diperkatakan oleh Hadi? Dari maklumat
yang dapat saya kumpulkan, Hadi telah membuat kesimpulan bahawa
seandainya sebuah kerajaan baru dapat didirikan oleh BA selepas tahun
2004, PAS akan secara beransur-ansur memperkenalkan undang-undang
Islam kepada orang-orang Islam - iaitu menukarkan undang-undang sivil
yang masakini kepada undang-undang Syariah bagi mentadbir orang-orang
Islam atau memperkenalkan Hudud untuk menggantikan undang-undang
jenayah masakini yang dikenakan terhadap orang-orang Islam.
Bagi orang-orang bukan Islam pula, mereka boleh memilih untuk terus
ditadbir oleh undang-undang jenayah dan sivil yang sedia ada. Dengan
lain perkataan undang-undang Islam dan undang-undang yang sedia ada
akan berkuatkuasa bersama-sama, seperti juga di bawah sistem masakini
yang tidak memaksakan undang-undang Syariah ke atas orang-orang bukan
Islam. Saya merasakan bahawa apa yang difikirkan oleh Hadi adalah untuk
memperkenalkan undang-undang Islam di kalangan orang-orang Islam
sahaja dan bukannya untuk menubuhkan sebuah Negara Islam semata-mata.
Dari itu kenyataan Hadi adalah sejajar dengan manifesto BA iaitu
''..untuk mewujudkan satu persekitaran yang lebih baik melalui
penyediaan infrastruktur, pendidikan dan perundangan ke arah
memperkukuhkan Islam sebagai satu cara hidup di kalangan orang-orang
Islam, di samping memastikan hak-hak orang-orang bukan Islam untuk
terus mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing..''
Maka biarlah kewarasan akal terus diamalkan di kalangan para pemimpin
BA kita. Saya merayu kepada mereka agar menyelesaikan isu yang
mengelirukan ini secepat mungkin agar perpaduan kita tidak akan
tergugat dalam menghadapi musuh kita yang satu, BN.
Asal: http://www.malaysiakini.com/Letter/2001/07/2001070409.php3
Wednesday July 4 Hadi's statement consistent with BA manifesto BA Supporter
3:35pm, Wed: As a strong supporter of Barisan Alternatif, I do not
want the ongoing row between DAP and PAS over the issue of the
Islamic state to escalate to the detriment of BA's solidarity in facing
Barisan Nasional. In this regard I would like to offer some thoughts
with the hope of clearing some air on the issue.
The row started over a statement made by Ustaz Hadi Abdul Awang
of PAS, quoted by several newspapers last week and the
authenticity of which I strongly doubt. It evoked a strong response
from DAP?s Karpal Singh. But what was really said by Hadi? From what I gleaned, Hadi was
inferring that should a new government be set up by BA after 2004,
PAS will gradually introduce Islamic laws to the Muslims - i.e.
replacing the present civil laws to Syariah laws governing the
Muslims or even introduce Hudud to replace the present criminal
laws that Muslims are subject to. As for the non-Muslims, they can opt to be governed by the
present criminal and civil laws. In other words the Islamic laws and
the present laws will co-exist, just like under the current system
which does not subject the non-Muslims to Syariah laws.
I think what Hadi had in mind is the introduction of Islamic laws
governing the Muslims only and not the creation of an Islamic state
per se. Thus Hadi's statement is consistent with the BA manifesto
which is "...to create a favourable atmosphere through the provision
of infrastructure, education and legislation towards affirmation of
Islam as a way of life among Muslims, while ensuring the rights of
non-Muslims to practice their respective religion or beliefs..."
So let common sense prevail among our BA leaders. I am appealing
them to clear up this misunderstood issue quickly so as not to
jeopardise our solidarity in facing our common enemy, the erstwhile
BN. |