Laman Webantu KM2A1: 4904 File Size: 15.8 Kb * |
TAG SP 194: Jangan Biarkan Rafzan Berjuang Bersendirian By Salbiah Ahmad 8/7/2001 10:18 am Sun |
[Apakah siswa dan siswi akan semakin berdiam dan me-layu
setelah kerajaan semakin mengganas terhadap mereka? Tidak
semestinya. Anwar telah dipukul hampir separuh mati tetapi
dia tetap bernyawa dan masih menghantui Mahathir sampai hari
ini. Anwar telah menjadi ikon perjuangan reformasi dan mungkin
Rafzan juga begitu jua. Kalau Bahirah menjadi simbol kebangkitan
kaum hawa, tidak mustahil Rafzan dan Khairul mencetus kebangkitan
pelajar di negara ini. Mahathir nampaknya belum cukup belajar....
bukankah Anwar dulu seorang pelajar? Bukankah bukan senang untuk
menundukkan kaum pelajar kerana bisa mereka amat jauh terpancar?
- Editor] Terjemahan: SPAR-09-014
Jangan Biarkan Rafzan Berjuang Bersendirian
(Let not Rafzan walk alone) Oleh: Salbiah Ahmad Apa yang kelihatan sebagai sesuatu yang sangat tidak adil buat
Rafzan Ramli adalah penyingkirannya dari universiti kerana
dikatakan terlibat di dalam bantahan aman luar kampus terhadap
Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 8 Jun lalu.
Beberapa teman seniornya yang telah berdemo terhadap Israel tahun
lalu, telah dilepaskan dengan hanya dikenakan denda. Senior-senior
tersebut sedang menamatkan pengajian mereka pada minggu yang sama
beliau disingkirkan. Kita mungkin dapat mengutip sesuatu dari
kisah ini, di mana bantahan ISA terbukti tidak boleh diterima sama
sekali. Sesungguhnya, penyingkiran kerana menggunakan hak untuk membantah
secara aman terhadap undang-undang yang tidak disenangi ramai
tidak difahami. Rafzan Ramli telah memulakan langkah dengan
mengemukakan satu aduan kepada SUHAKAM, pada 23hb. Jun.
Semenjak akhir tahun 1998, pelajar-pelajar universiti telah
menghadapi tindakan disiplin dan sesetengahnya disingkirkan
kerana pendirian politik mereka. Tiada sebarang kes penyingkiran
yang telah dibawa ke muka pengadilan di mahkamah tinggi. Terlalu
sedikit maklumat setakat ini, sama ada hak-hak pelajar telah
benar-benar dipertahankan di dalam kes-kes perbicaraan disiplin
ini. Aduan kepada SUHAKAM itu mungkin akan menyerlahkan sesuatu
yang tidak menyenangkan. Pelajar-pelajar juga telah mengemukakan kepada SUHAKAM, berkenaan
aduan keganasan polis semasa perhimpunan aman pada 8hb. Jun dan
tentang mereka yang telah ditangkap. Rombongan pengiring pelajar
telah bertembung dengan seramai 50 anggota FRU yang berkelengkapan
pencegah rusuhan dan bilangan yang sama banyak atau lebih
polis-polis berpakaian biasa di pintu masuk utama ke SUHAKAM pada
30hb. Jun. Pihak polis tidak akan membiarkan begitu sahaja.
Penguatkuasa disiplin universiti yang tertentu dan pihak polis
kelihatan sepakat dalam menunjukkan siapa yang lebih berkuasa.
Cara pihak polis menguruskan bantahan pada 8 Jun dengan
menggunakan kekerasan dari memilih untuk berunding itu adalah yang
pertama berlaku dari bulan April hingga Jun. Bantahan ISA yang
serupa oleh kumpulan-kumpulan persatuan awam dan parti-parti
politik yang dijalankan dalam tempoh yang sama didapati agak bebas
dari keganasan dan gangguan polis. 'Double Jeopardy' : Sesungguhnya, Akta Universiti dan Kolej Universiti, 1971 (AUKU)
menganggap pelajar dan kakitangan seolah-olah seperti
'separa-rakyat', memandangkan hak-hak mereka di bawah Artikel 10
Perlembagaan Persekutuan untuk bersuara, berhimpun dan
berpersatuan telah dikurangkan lagi dengan pindaan kepada AUKU
pada 1975. Ini dikenali dengan nama lainnya sebagai 'double
jeopardy'. Beberapa institusi pengajian tinggi mempunyai undang-undang yang
seakan-akan sama dengan AUKU yang digunakan ke atas mereka.
Undang-undang induk ini membenarkan perlaksanaan
ketetapan-ketetapan dan peraturan-peraturan tentang disiplin,
terpulang kepada budibicara pihak berkuasa universiti sendiri
dalam menentukan keperluan untuk mengenakan tindakan penalti
termasuk penyingkiran dari universiti.
Secara ringkasnya , AUKU dan undang-undang yang seangkatan
dengannya menyatakan bahawa para pelajar dan kakitangan tidak
mempunyai hak untuk bersuara, berhimpun dan berpersatuan kecuali
dengan kebenaran pihak berkuasa universiti. Sekali tersingkir,
seseorang pelajar itu tidak akan mendapat kebenaran untuk memasuki
mana-mana universiti di Malaysia atau universiti dari mana ia
disingkirkan kecuali Menteri Pendidikan secara bertulis menyokong
kemasukannya dengan atau tanpa syarat.
Ciri-ciri kejam penyingkiran yang telah menafikan hak seorang
rakyat Malaysia terhadap pendidikan seharusnya menuntut penumpuan
dan perhatian yang mendalam tentang undang-undang keadilan yang
sebenar, kesamarataan dan hati nurani yang baik. Apa sahaja yang
kurang dari ini perlu dinilai semula dari segi undang-undang.
Autonomi universiti : Pindaan 1975 yang semua sedia maklum dibuat berikutan dari
penangkapan beberapa orang pemimpin-pemimpin pelajar di bawah ISA
dalam tahun 1974, termasuk bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar
Ibrahim nampaknya tetap bertahan. Ia telah berjaya menghadapi
sekurang-kurangnya dua pergerakan reformasi (pergerakan menuntut
perubahan) dari ahli-ahli akademik sebelum itu.
Gelombang reformasi yang pertama tercetus apabila Piagam
Universiti 1978 diumumkan secara rasmi, dibangkitkan oleh para
kakitangan akademik dari lima buah universiti yang ada. Gelombang
kedua bermula dengan sebuah memorandum dikemukakan kepada Menteri
Pendidikan, yang pada masa itu disandang oleh Anwar Ibrahim pada
tahun 1980an. Usul untuk reformasi itu adalah selari dengan tahap kebebasan
akademik dan autonomi universiti yang sedang berkembang. Terdapat
beberapa deklarasi (pengisytiharan) berkaitan dengan isu kebebasan
dan autonomi universiti, deklarasi-deklarasi dasarnya terdiri dari
Deklarasi Lima 1988, Deklarasi Dar Es Salaam 1990 dan Deklarasi
Kampala 1990. Perlulah difahami bahawa ketiga-tiga dokumen ini
datangnya dari dunia ketiga dan menggambarkan kerumitan
negara-negara selepas merdeka (dunia ketiga) yang menghadapi
pertentangan dengan masyarakat awamnya.
Deklarasi Kampala sebagai contohnya mempunyai beberapa peruntukan
yang menyentuh tentang campurtangan kerajaan dalam kebebasan
akademik dan autonomi universiti. Muqaddimahnya (sebahagian
darinya) menyebut bahawa ?perjuangan untuk kebebasan intelektual
merupakan bahagian yang penting dari perjuangan rakyat kita untuk
hak-hak asasi manusia.? Dokumen Dar Es Salaam menyediakan muqaddimah yang berbunyi
sebahagiannya sebagai, ?Oleh kerana kewujudan kebebasan dan
kemerdekaan rakyat dipertikaikan, mereka mula mempersoalkan
tentang kewujudan politik yang tidak bebas dan tidak berhaluan
kanan. Kami sebagai ahli-ahli akademik, intelek dan
penyalur-penyalur pengetahuan mempunyai kewajipan kemanusiaan dan
tanggungjawab sosial terhadap perjuangan bangsa kami untuk
mendapatkan hak, kebebasan, perubahan sosial dan pembebasan
berkenaan manusia. Ketiga-tiga deklarasi itu menekankan tentang hak untuk bersuara,
berhimpun dan berpersatuan kepada kaitangan dan pelajar-pelajar
sebagai sebahagian dari kebebasan dan autonomi institusi-institusi
pengajian tinggi dan kebebasan dari campurtangan pihak kerajaan.
Pemegang amanah pelajar-pelajar : Deklarasi-deklarasi ini dan beberapa lagi yang lain di Eropah
Timur adalah sebahagian dari dokumen-dokumen yang dirujuk oleh
Unesco (Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan kebudayaan
Bangsa-Bangsa Bersatu) untuk Seminar Dunianya tentang Pendidikan
Tinggi dalam tahun 1998, yang membawa kepada Deklarasi Dunia
tentang Pendidikan Tinggi untuk abad ke-21 : Wawasan dan
Tindakan. Dokumen Unesco mengisytiharkan sebagai tindakan utama pada
peringkat kebangsaan yang menyatakan bahawa, termasuk
kerajaan-kerajaan negara mereka, parlimen-parlimen dan lain-lain
pihak yang terlibat dalam menentukan satu-satu keputusan itu
perlulah mengiktiraf pelajar-pelajar sebagai pusat tumpuan bagi
pendidikan tinggi dan salah seorang dari pemegang amanahnya.
Para pelajar sepatutnya dilibatkan dalam menggubal polisi termasuk
perubahan kurikulum dan pelajar-pelajar mempunyai hak untuk
membentuk diri mereka sendiri secara autonomi (tanpa sebarang
kawalan dari mana-mana pihak). Perubahan tidak adapat dielakkan lagi. AUKU dan undang-undang yang
seangkatan dengannya tidak lagi selaras dengan tahap dan kelaziman
hak-hak asasi manusia yang baru. Bahkan undang-undang ini juga
tidak selaras dengan alat dasar antarabangsa iaitu Deklarasi
Hak-Hak Asasi Manusia Sejagat tahun 1948! (UDHR)
Mujur juga UDHR dapat memberikan garis panduan kepada SUHAKAM bagi
mempertimbangkannya di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia
Malaysia, 1999. Aduan Rafzan Ramli itu tidak seharusnya dibiarkan untuk dihadapi
oleh dirinya bersendirian. Ia adalah satu gambaran tentang semua
perjuangan kita dan dari itu kita perlu bersama-sama menyusuri
perjalanan bagi mendapatkan kebebasan tersebut.
http://www.malaysiakini.com/ Column/2001/07/2001070201.php3
Monday July 2 Let not Rafzan walk alone MALAYA!
Salbiah Ahmad 1:51pm, Mon: What appeared most unfair to Rafzan Ramli was his
expulsion from university for allegedly participating in a peaceful protest
off-campus against the Internal Security Act (ISA) on June 8.
Several of his seniors who had demonstrated against Israel last year,
were let off with only a fine. These seniors were graduating the same
week he was expelled. One may glean from this tale, that an ISA protest
is evidently not kosher. Indeed, the expulsion for exercising the right of peaceful protest against
an unpopular law is incomprehensible. Rafzan Ramli had set the pace with
a complaint lodged with the Human Rights Commission, Suhakam, on
June 23. Since the end of 1998, university students have faced disciplinary action
and some expelled for their political beliefs. No case of expulsion has
gone for judicial review to the High Court. There is very little information
thus far, as to whether the rights of students are adequately
safeguarded in these disciplinary hearings. The Suhakam complaint could
be opening a can of worms. Students have also lodged with Suhakam, complaints of police violence
on the June 8 peaceful assembly and of those arrested. The student
entourage was met by some 50 FRU personnel in riot gear and an equal
number or more police in plainclothes at the main entrance to Suhakam
on June 30. Police will not let up. Certain university disciplinary
authorities and police appear to be in consensus in the show of force.
Police use of force instead of negotiated management of the June 8
protest is the first in the months of April to June. Similar ISA protests
by civil society groups and political parties around this time were
relatively free of police violence and agitation.
Double jeopardy Indeed, the University and University Colleges Act, 1971 (Uuca) deem
students and staff as some kind of 'sub-citizens', as their rights under
Article 10 of the Federal Constitution on speech, assembly and
association are additionally curtailed by the 1975 amendments to the
Uuca. Its double jeopardy by any other name.
Several institutions of higher learning have similar laws akin to the Uuca
applicable to them. These parent laws allow the making of rules and
regulations on discipline, according a wide discretion to university
authorities in the meting out of penalties including expulsion.
In brief, the Uuca and related laws say that students and staff have no
right to speech, assembly and association except with approval of
university authorities. Once expelled, a student is not be allowed
admission to any other university in Malaysia or the university from
which he was expelled from unless the Minister of Education approves
admission in writing with or without conditions.
The draconian nature of expulsion thus depriving a Malaysian of his right
to education would demand scrupulous attention and application of the
laws of natural justice, equity and good conscience. Any detraction
thereof must invite judicial review. University autonomy The notorious 1975 amendments coming in the wake of several ISA
arrests of student leaders in 1974, including the former Deputy Prime
Minister Anwar Ibrahim appear resilient. It has withstood at least two
reform movements from the academia before this.
The first wave of reform came with the promulgation of the University
Charter 1978, drawn by the academia of the existing five universities.
The second wave began with a memorandum to the Minister of
Education, then Anwar Ibrahim in the 1980's.
The proposals for reform were in line with developing standards of
academic freedom and university autonomy.
There are several declarations on the issue of university freedom and
autonomy, the principal declarations being the Lima Declaration of 1988,
the Dar Es Salaam Declaration of 1990 and the Kampala Declaration of
1990. It is to be noted that these 3 documents emanated from the Third world
and reflect the complexities of the post-independent (Third world) state
at odds with its civil society. The Kampala Declaration for instance has several provisions addressing
the state's interference in academic freedom and university autonomy. Its
preamble (in part) states that ?the struggle for intellectual freedom is an
integral part of the struggle of our people for human rights?.
The Dar Es Salaam document has a preamble which reads in part, ?As
people's free and independent existence is in question, they are
beginning to question the existence of unfree and right-less politics. We
as academics, intellectuals and purveyors of knowledge have a human
obligation and a social responsibility towards our people's struggles for
rights, freedom, social transformation and human emancipation.?
All three declarations emphasised the right of speech, assembly and
association of staff and students as part of freedom and autonomy of
higher institutions and freedom from state interference.
Student stakeholders These declarations and several others in Eastern Europe were part of the
documents referred by Unesco (United Nations Educational, Scientific
and Cultural Organisation) for its World Conference on Higher
Education in 1998, culminating in the World Declaration on Higher
Education for the 21 Century: Vision and Action.
The Unesco document declares as a priority action at the national level
that states, including their governments, parliaments and other
decision-makers should recognise students as the centre of attention of
higher education and one of its stakeholders.
Students should be involved in policy decisions including curriculum
reform and students have the right to organise themselves
autonomously. Change is inevitable. The Uuca and its related laws are not in sync with
new human rights standards and norms. These laws are not even in sync
with the principal international instrument that being the Universal
Declaration of Human Rights of 1948! (UDHR).
The UDHR fortunately guides Suhakam in its deliberations under the
Human Rights Commission of Malaysia Act, 1999.
Rafzan Ramli's complaint is not his alone to bear. It is a reflection of all
our struggles and in that we should walk the journey for freedom
together.
|