Laman Webantu KM2A1: 4908 File Size: 5.5 Kb * |
TDPWN 1: Prakata - Manusia Berhati Syaitan - Anak Didik Raja Penyangak By Khalid Jafri 8/7/2001 9:37 am Sun |
[Setengah pihak mungkin merasa sedikit anih mengapa kami menyiarkan
tulisan Khalid Jafri mengenai Daim. Memang kami ada jawapannya - kerana
setiap maklumat (benar atau palsu atau luarbiasa) mestilah ada yang
memberinya. Khalid Jafri adalah penulis yang kurang cerdik kerana dia
telah mendedahkan dengan siapa dia bekerja sebenarnya.
Khalid seperti mendapat maklumat dari pihak tertentu yang sudah lama
bekerjasama dengannya - malah mereka memberi lebih banyak kerjasama
dengannya daripada pihak yang sewajarnya (seperti BPR misalnya). Kenapa
agaknya dan siapakah yang memberinya jika tidak seorang yang memang
tahu belaka kerana dialah raja segala raja yang tidak boleh dilanggar
titahnya? Khalid Jafri adalah penulis terbuang yang tidak bermaruah yang akan
diambil oleh orang yang terbuang dan tidak bermaruah juga - cumanya
mereka masih belum dibuang sahaja. Tulisannya berciri mengaibkan orang
secara luarbiasa dan berleluasa - sebiji serupa dengan cara 'sidia itu'
bekerja. PRAKATA Manusia Berhati Syaitan - Anak Didik Raja Penyangak
Dengan tabah dan sabar mahathir menjinakkan Anwar sehingga muncul
perwatakan pemimpin yang jitu dan ideal untuk menjadi pemimpin
utama negara. Rupa-rupanya Mahathir memelihara musang yang berbulukan ayam.
Bukan saja ayam betina jadi sasaran, ayam jantanpun dikebasnya.
Jika di hulu airnya keruh, tak dapat tidak di hilirnya keruh
juga. Bagi Mahathir mahu menyempurnakan maksudnya. Jika tak lalu dandang
di air, di gurun di rangkakkan. Beliau mahu penggantinya juga seorang
yang amanah dan jujur bukan saja pada dirinya tetapi kepada bangsa
dan negaranya. Selepas kekecewaan beliau terhadap Anwar, kini muncul pula masalah
baru. Masalah penyangak wang negara. Mahathir yang memberi tanggungjawab kepada Tun Daim Zainuddin untuk
memikul amanah kewangan negara telah disalah-gunakan sehingga boleh
mengakibatkan negara jatuh miskin. Tun, keluarga dan kroni-kroninya
bertambah kaya raya. Rupa-rupanya Mahathir telah memelihara dua ekor musang yang cuba
dijinakkan, akhirnya membaham semua ayam di kandang.
Dari kriteria kelayakan, Daim tidak layak menjadi Menteri
Kewangan untuk mengendalikan kewangan negara kerana dia pernah
bangkrap sewaktu berniaga garam dahulu. Ini bererti Daim tidak
tahu berniaga sehingga menjadi bankrap. Kerana itu beliau menjadi
gelojoh dan rakus seperti kudung mendapat cincin apabila diberi
kuasa mengendalikan kewangan negara.
Dari seorang bankrap Daim kini menjadi multi-bilionaire dengan
menyimpan wang dan harta-bendanya di luar negara dalam bank-bank
kepunyaan sendiri di Switzerland, Poland, Hungary, Maurititus,
Namibia, Mozambique, Myanmar dan Cambodia.
Kalau Soros dianggap sebagai penyangak matawang antarabangsa,
maka Daim pula penyangak wang negara dan pengganas ekonomi.
Kita amat terharu dan simpati kepada PM yang berjaya memprojekkan
Malaysia sebagai destinasi pelaburan sehingga ramai pelabur asing
menanam modal di Malaysia. Mahathir juga banyak jasa kepada rakyat negara dengan mewujudkan
peluang perniagaan dan pekerjaan yang meletakkan kedudukan
ekonomi kita terkukuh di rantau ini (hoooohooohooo!!!)
Kita juga berbangga dengan kebijaksanaan beliau meletakkan
Malaysia di mata dunia sebagai pusat IT yang tercanggih di Asia
melalui projek MSC (hoooo hooo hooo!!!)
Dari kepimpinan beliaulah menjadikan kedudukan politik Malaysia
sebagai negara yang paling stabil di rantau ini (hoohoo hoooo!!!)
Tetapi malangnya segala usaha Perdana Menteri itu dimusnahkan
oleh penyangak wang negara dan pengganas ekonomi yang mengambil
kesempatan dari kemantapan politik dan kemajuan ekonomi negara
yang dipelopori oleh Mahathir. Kita ditipu dan tertipu oleh
penjenayah kolar putih yang bergelar Tun.
Rakyat negara menggesa agar kerajaan bertindak pantas bukan saja
membawa Tun Daim ke muka pengadilan tetapi merampas segala harta
bendanya termasuk harta keluarga dan kroni-kroni beliau yang
mendapat kekayaaan menerusi projek kerajaan.
Perdana menteri akan dianggap adil dan dihormati sekiranya Daim
disiasat dan dibawa ke muka pengadilan sama seperti dakwaan
terhadap Anwar Ibrahim. Jangan kerana Daim sahabat karib Mahathir maka beliau dilepaskan
begitu sahaja asalkan Daim mahu mengalah dengan melepaskan
jawatan-jawatannya dalam kerajaan dan parti.
Bila ini berlaku rakyat pasti akan menuduh PM tidak adil dan
bersifat berat sebelah kerana hanya Anwar sahaja dihukum
sedangkan kawannya terlepas daripada segala dosa pebuatannya
menjadi penyamun dan penyangak wang negara yang merupakan wang
rakyat. Rakyat tidak akan mengampunkan perbuatan Daim, keluarga dan
kroni-kroninya sehingga pendakwaan dilakukan.
Khalid Jafri |