Laman Webantu KM2A1: 4913 File Size: 8.5 Kb * |
TAG SP 195: Hentikan Taktik Kasar dan Penindasan Hak-hak Pelajar By PPRM 8/7/2001 11:41 pm Sun |
[Mengapa kerajaan Mahathir begitu agresif sekarang ini
sehingga pelajar pun mahu ditangkap juga tetapi tidak berbuat
apa-apa kepada pemuda Umno yang ingin membakar dewan kerana
marahkan Suqui. Bukan Pemuda Umno sahaja, malah ADUN Umno
sendiri menampar ADUN DAP satu ketika dulu. Dan bukan ADUN
sahaja samseng, malah MP mereka pun sama sehingga mencabar
Mahfuz untuk bertumbuk di parlimen ekoran tragedi Kesas tahun
lalu. Ahli Umno mengganas bukan terhadap pembangkang sahaja
malah mereka bercakaran sesama sendiri sehingga membaling
kerusi dan bertumbuk dalam mesyuarat peringkat bahagian lagi.
Inilah budaya Umno yang tiada dalam kamus reformasi tetapi
tidak pula mereka diapa-apakan sehingga hari ini. Yang peliknya
aktivis reformasi asyik menjadi mangsa tangkapan dan dihukum ISA
tanpa dibicarakan sama sekali. Pelajar tidak sebodoh itu mahu
membakar dewan kerana ia akan membakar diri mereka sendiri.
Tetapi yang pastinya ada pihak yang terbakar hanya oleh
tulisan-tulisan berbisa di majalah Varsiti. Tangkapan ISA
menunjukkan mereka sudah tewas untuk mematikan hujah penulis
reformasi. Hentikan Taktik Kasar dan Penindasan Hak-hak Pelajar
(Stop The Rough Arm Tactics and Trampling of Student Rights)
Oleh: Pemuda Parti Rakyat Malaysia Angkatan Pemuda Parti Rakyat Malaysia (APPRM) merasa terkejut
apabila ISA yang terkenal zalim itu sekali lagi digunakan ke atas
mangsa yang terbaru, pelajar yang bernama Khairul Anuar Ahmad
Zainuddin. Kami menggesa pihak kerajaan untuk menghentikan
tindakannya menyalahgunakan hak-hak pelajar untuk menyuarakan
penentangan mereka terhadap kerajaan masakini sejajar dengan amalan
demokrasi. Khairul Anuar Ahmad Zainuddin patut dibebaskan dengan
segera memandangkan ketiadaan fakta-fakta yang kukuh dan pertuduhan
terhadapnya. Khairul, yang lebih dikenali di kalangan teman-temannya sebagai
Jonna, bahkan telah diganggu berkali-kali oleh polis cawangan khas
(SB) sejak sebelum penahanannya lagi. Sepucuk surat telah dihantar
ke kolejnya memberikan laporan terperinci tentang apa yang dikatakan
'aktiviti-aktivitinya' dan mendesak agar beliau disingkirkan. Ini
telah menyebabkan pihak kolej mengeluarkan satu surat tunjuk sebab
kepadanya. Sebelum itu beliau merupakan seorang pelajar Universiti
Putra Malaysia (UPM) tetapi meninggalkannya selepas dikeluarkan dari
asrama dan dikenakan pelbagai bentuk tekanan. Satu lagi insiden yang
melibatkan tindakan rasmi kerajaan untuk menafikan hak mendapat
pendidikan kepada aktivis-aktivis pelajar bermula dua hari lalu
apabila Menteri Pendidikan mengisytiharkan bahawa pelajar-pelajar
yang disingkirkan tidak boleh diterima masuk ke dalam
institusi-institusi pengajian tinggi di negara ini berikutan
penyingkiran Rafzan, seorang pelajar UiTM disebabkan penahanannya di
hadapan Masjid Negara. Kedua-dua individu ini adalah ahli kepada kumpulan pelajar,
Universiti Bangsar Utama (UBU). UBU, ekoran daripada gerakan
Reformasi telah mengenengahkan idea untuk menggiatkan gerakan
reformasi melalui teater, salah satunya yang paling popular 'Tok
Ampoo' di samping mara ke hadapan secara terbuka dalam menyuarakan
keperihatinan mereka tentang masalah-masalah yang melanda negara
ini. Kumpulan UBU juga begitu aktif memberikan khidmat tiusyen
percuma kepada pelajar-pelajar sekolah menengah di dalam komuniti
kelas bekerja di sekitar rumah-rumah pangsa dan kuarters kakitangan
KTM berdekatan Bangsar Utama. Pegawai-pegawai kerajaan pada semua peringkat telah menafikan hak
pelajar-pelajar untuk menyuarakan bantahan terhadap korupsi dan
keperihatinan mereka secara aman dan mengikut undang-undang. Para
pelajar telah digertak semasa sessi temuramah biasiswa disebabkan
penglibatan keluarga mereka di dalam parti-parti pembangkang,
undang-undang yang menindas digubal untuk mengawal hak
pelajar-pelajar dan tindakan disiplin diambil terhadap mereka yang
gagal mengikut arahan yang dikeluarkan. Tindakan-tindakan ini adalah
bertentangan dengan hak sebagai rakyat negara ini. Akhir-akhir ini,
pertuduhan-pertuduhan yang tidak sah telah dilemparkan terhadap
aktivis-aktivis pelajar berikutan kejadian kebakaran di Dewan Tunku
Canselor di Universiti Malaya. Kami tidak akan terkejut sekiranya
cerita yang tidak munasabah direka-reka terhadap Jonna berdasarkan
aspek ini. APPRM mendapati insiden-insiden ini dengan seriusnya melanggari
hak-hak asasi manusia di dalam negara ini dan menggesa pihak
kerajaan agar menghormati hak pelajar-pelajar di dalam negara ini.
SUHAKAM sebagai pembela hak-hak asasi manusia di dalam negara ini
perlulah segera meneliti perkara-perkara ini dan tampil ke hadapan
dengan penuh persediaan untuk menghentikan pemangsaan dan penindasan
terhadap hak-hak pelajar. HENTIKAN PENGANIAYAAN HAK-HAK PELAJAR!
BEBASKAN JONNA DAN SEMUA TAHANAN ISA!
Muhammad Ali Syed Hussein Terjemahan: SPAR-09-015 Asal: Stop the Rough Arm Tactics and Trampling of Student Rights
Parti Rakyat Malaysia Youth Wing (APPRM) is appalled that the
notorious ISA has again been used on its latest victim, student
Khairul Anuar Ahmad Zainuddin. We call the government to stop its
abuse of the rights of students to voice their opposition to the
current government in accordance to the democracy. Khairul Anuar
Ahmad Zainuddin should be released immediately in absence of firm
facts and charges against him. Khairul, more familiarly known among his friends as Jonna, has
been harrassed by the special branch even before his detention. A
letter was sent to his college detailing his alleged ?activities?
and demanding for his dismissal. This resulted in the college
issuing a show cause letter to him. Previously he was a student
of Universiti Putra Malaysia (UPM) but left after being removed
from the hostel and subjected to various pressures. Another
incident involving official government action to deny the rights
of education to student activists came two days ago when the
Education Minister declared students expelled should not be
accepted into institutions of higher learning in the country in
relation to the expulsion of Rafzan ,an UiTM student for his
detention in front of Masjid Negara. Both individuals are members of a student group, University
Bangsar Utama (UBU). UBU, in the wake of the Reformasi movement
have promoted the idea of reform through theater, one of which is
the very popular ?Tok Ampoo? as well coming out openly in voicing
their concerns of the problems of the country. The UBU group has
also been very active in giving free tuition to secondary school
students in the working class community around the flats and KTM
staff quarters near Bangsar Utama. Jonna is the principal of this
tuition group. Government officials at all levels have been denying the rights
of students to voice opposition to the corruption and their
concerns in a legal and peaceful manner. Students have been
harrassed during scholarship interviews due to their family
involvement in opposition parties, repressive laws enacted to
curb the rights of students and disciplinary action taken against
those failing to toe the line. These actions are againts their
right as citizens of the country. Lately, unsubstantiated
allegations have been hurled against students activist in
relation to the fire in Dewan Tunku Canselor in Universiti
Malaya. We would not be surprised if a tall tale is concocted
against Jonna in relation to this aspect.
APPRM finds these incidents serious breach in human rights in the
country and call for the government to respect the rights of the
students in the country. SUHAKAM being a defender of human rights
in the country should immediately look into these matters
immediately and come out strongly to stop the victimisation and
trampling of student rights STOP THE ABUSE OF STUDENT RIGHTS! Muhammad Ali Syed Hussein
|