Laman Webantu KM2A1: 4914 File Size: 8.3 Kb * |
TJ SP MGG: S/U Politik Yg Terperangkap Di dlm Komplot Jahat & Misteri By M.G.G. Pillai 9/7/2001 12:21 am Mon |
[Mahathir nampaknya mengambil seorang yang agak asing dan
bermasalah serta janggal sebagai setiausaha politik Cinanya.
Ini agak luarbiasa - tentunya untuk tujuan luar biasa juga.
Mahathir memerlukan silap mata yang lebih menyakinkan untuk
memperdaya masyarakat Cina yang semakin sukar diputar minda
mereka. Sudah banyak kali Mahathir tidak memihak kepada pandangan
masyarakat Cina dan pelantikkan kali ini pun serupa.
Matthias Chang mempunyai banyak persamaan dengan Vincent Tan
dari segi ugama, nama, muslihat, dan cara mengerjakan sesuatu
perkara. Patutlah Mahathir memilihnya....
- Editor] Setiausaha Politik Yang Terperangkap Di dalam Komplot Jahat
Dan Misteri (A Political Secretary Wrapped In Intrique and Mystery)
Oleh: MGG Pillai Perdana menteri, Dato' Seri Mahathir Mohamed, berfikiran, menjelang
tiga dekad tempoh pemerintahannya, dengan kesulitan yang dihadapinya
bersama masyarakat Cina, dengan masalahnya yang lebih dari biasa,
adalah lebih baik beliau menggunakan khidmat seorang setiausaha
politik berbangsa Cina. Maka seorang peguam yang tidak berapa
dikenali berusia 51 tahun, Encik Matthias Chang, mengangkat sumpah
untuk memulakan tugas. Akhbar-akhbar Cina tidak dapat memutuskan
bagaimana untuk menulis namanya di dalam bahasa Cina dan setiap satu
darinya mengenengahkan sesuatu yang berbeza di antara satu sama
lain. Ini tidak akan berlaku sekiranya seorang tokoh yang popular di
dalam masyarakat Cina diambil. Presiden MCA, Dato' Seri Ling Liong
Sik, merasakan yang ia adalah satu pilihan yang bijak; sehinggakan
beliau langsung tidak menghiraukan yang setiausaha politik Cina
Perdana Menteri yang pertama itu bukanlah ahli kepada MCA,
barangkali beliau sudah cukup berpuas hati yang ia bukannya dari
Gerakan Rakyat Malaysia. Selain itu, beliau mungkin tidak dirujuk
sama sekali tentang perlantikan tersebut.
Siapakah Encik Chang tidak pula kita diberitahu. Beliau merupakan
seorang freemason yang aktif, ahli kepada beberapa rumah
persinggahan di Lembah Kelang, tetapi disingkirkan dari salah
satunya kerana perlakuan yang tidak bersesuaian. Beliau adalah anak
didik Ketua Besar itu tetapi tersingkir kerana orang tua itu tidak
mahu memberikan laluan kepadanya. Beliau menuntut gantirugi di
mahkamah, kalah dan telah membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan.
Beliau adalah di antara peguam yang pertama yang bersimpati dengan
Tan Sri Eusoffie Abdoolcader, selepas penyingkirannya dari Mahkamah
Agong di dalam peristiwa Tun Salleh Abas. Beliau begitu lantang di
dalam mesyuarat-mesyuarat majlis peguam, menyampaikan hujah-hujahnya
dengan bernas sekali, dan, tidak seperti hakim yang disanjungi itu,
relevan pada kebanyakan masa. Beliau merupakan bekas rakan kongsi
perundangan Hakin Ariffin Jaka, yang telah menjatuhkan hukuman
kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato'Seri Anwar Ibrahim,
sebanyak sembilan tahun di atas kesalahan mel***t. Di kalangan
masyarakat perundangan menyebut Encik Chang, semasa perbicaraan ini,
sebagai 'saluran yang berguna dan boleh dipercayai' tetapi saya
kurang pasti walaupun saya boleh mengagaknya.
Beliau adalah penganut agama Kristian, seorang 'bible basher' bak
kata salah seorang rakannya, kurang mahir ataupun tidak tahu
langsung berbahasa Cina. Beliau sangat lantang di dalam
mesyuarat-mesyuarat majlis peguam, memberikan pandangannya dengan
penuh semangat dan keyakinan. Para pengumpatnya, bahkan
rakan-rakannya sendiri, mengatakan yang ia menonjolkan dirinya lebih
dengan keyakinan yang diperlihatkan dari apa yang diperjuangkannya.
Beliau dilantik untuk memberikan nasihat kepada Perdana Menteri
berkaitan dengan perkembangan di dalam masyarakat Cina, tetapi
mampukah ia melakukannya dengan pengalaman politik dan
kebudayaannnya yang serba kekurangan itu?
Selain itu, adakah wajar bagi Perdana Menteri melantik seseorang
yang tidak dapat dipisahkan, sekalipun jika ianya bukan secara
langsung, dengan masalah politik yang terbesar yang dihadapinya :
Dato' Seri Anwar. Insan yang terpenjara ini telah menyebabkan
Perdana Menteri berada di dalam ketakutan politik yang tidak
kunjung padam. Encik Chang tidak akan dapat menolong melepaskan
dirinya dari keadaan itu. Beliau sendiri mempunyai masalah yang yang
tidak kurang beratnya dengan masyarakat Cina. Encik Chang tidak
mungkin boleh berada di sini juga. Beliau datang dengan beban yang
sudah cukup besar kini untuk lebih menghalang dari membantu. St.
Matthias, atau, sepertimana yang dikenali secara rasminya, St.
Mattathias, telah dipilih oleh nasib untuk menggantikan Judas
Iscariot yang khianat, adakah Matthias yang di kemudian hari
terpilih dengan cara yang sama? Terjemahan: SPAR-09-016 Asal: A Political Secretary Wrapped In Intrigue And Mystery
The Prime Minister, Dato' Seri Mahathir Mohamed, thinks, into his
third decade in office, with his difficulties with the Chinese
community, with his more than usual share of problems, he is
better off with a Chinese political secretary. So a little-known
51-year-old lawyer, Mr Matthias Chang, is sworn in. The Chinese
newspapers could not decide how his name should be written in
Chinese and each had its own variation. This would not have
arisen if he was a popular figure in the Chinese community. The
MCA president, Dato' Seri Ling Liong Sik, thought it a good
choice; it did not bother him that the Prime Minister's first
Chinese political secretary is not an MCA member, perhaps only
glad he is not from the Gerakan Rakyat Malaysia. Besides, he
probably was not consulted about the appointment.
Who Mr Chang is we are not told. He is an active freemason,
a member of several lodges in the Klang Valley, but sacked from
one for conduct unbecoming. He was a protege of the District
Grand Master but fell out when the old man would not make way for
him. He sought redress in the courts, lost, and has appealed to
the Court of Appeal. He was amongst the first lawyers to
sympathise with Tan Sri Eusoffie Abdoolcader, after his dismissal
from the Supreme Court in the Saleh Abas affair. He is vocal in
meetings of the Bar, makes his points succintly, is, unlike the
esteemed judge, relevant most of the time. He is the former
legal partner of Mr Justice Ariffin Jaka, who sentenced the
former deputy prime minister, Dato' Seri Anwar Ibrahim, to nine
years jail for s###my. Legal circles mention Mr Chang, during
this trial, as a "useful and reliable conduit" but for what I
could not ascertain though I can guess.
He is a Christian, "a bible basher" in the words of one of
his friends, knows little or no Chinese. He is vocal in Bar
meetings, putting his point of view with verve and confidence.
His detractors, even his friends, say he promotes himself with
more self-confidence than the causes he espouse. He is appointed
to advise the Prime Minister of developments in the Chinese
community, but could he with his political and cultural
handicaps? Besides, was it wise of the Prime Minister to appoint one
linked inextricably, even if not directly, with the biggest
political problem he faces: Dato' Seri Anwar. The prisoner puts
the prime minister in mortal political fear. Mr Chang cannot
help him with that. He has an equally pressing problem with the
Chinese community. Mr Chang could not here either. He comes
with enough baggage on him now to be more hindrance than help.
St Matthias, or, as he is formally known, St Mattathias, was
selected by lot to replace the treacherous Judas Iscariot, Was
the latter day Matthias chosen the same way?
M.G.G. Pillai
|