Laman Webantu KM2A1: 4916 File Size: 9.6 Kb * |
TAG SP 196: Kerajaan Lancar Serangan Baru Terhadap Laman-Laman Web Yang 'Merbahaya' By Tong Yee Siong 9/7/2001 7:25 am Mon |
[Ada setengah pihak mengatakan tulisan penulis siber
tidak kemana-mana dan gagal memberi kesan yang sepatutnya.
Tetapi mengapa kerajaan sekarang sudah menggelepar pula?
Tidakkah itu bermakna tulisan berbisa itu sudah mengena
sasarannya? Tindakbalas kerajaan ini bermakna pengorbanan dan penat jerih
penulis siber tidaklah sia-sia. Kerajaan sudah tidak mampu
menepis hujah penulis kerana ia logik dan ada benarnya.
Ucapan Rais Yatim itu menunjukkan kerajaan SUDAHpun cuba
menundukkan laman web pro reformasi namun ia bukan sahaja
gagal malah semakin mempopularkannya pula. Rais Yatim sepatutnya
menonton cerita Pearl Harbor kerana di sana ada permata kata
yang disemat di dada juruterbang pengebom sebelum mereka
berlepas menuju sasaran mereka: "Perjuangan yang dilakukan dengan penuh sukarela itu lebih
hebat daripada mana-mana perjuangan sekalipun".
- Editor] Malaysiakini Kerajaan Lancar Serangan Baru Terhadap Laman-Laman Web Yang 'Merbahaya'
(Government to launch upgraded missiles on dangerous websites)
Oleh: Tong Yee Siong 5 Julai : Kerajaan akan melepaskan serangan lain terhadap
penerbitan-penerbitan internet yang mengancam keselamatan negara dan
kali ini ia sudah pasti akan mengenai sasarannya, kata Menteri di
Jabatan Perdana Menteri, Dr Rais Yatim hari ini.
Penerbitan-penerbitan di Internet sedang meningkat jumlahnya di
Malaysia dan 'mesej-mesej berbau kebencian, tulisan-tulisan yang
menghasut dan email yang menganjurkan pertentangan agama dan lain-lain
lagi' semakin menjadi-jadi, katanya.
Menteri tersebut berucap di satu seminar antarabangsa tentang
undang-undang siber di Kuala Lumpur.
'Oleh kerana komitmen kerajaan untuk tidak melaksanakan sebarang
penapisan, serangan yang dilancarkan pada awal dahulu kelihatan bukan
sahaja tidak dapat memburu musuh tetapi telah melantun semula ke arah
kita. Walau bagaimanapun, saya yakinkan anda, pencipta serangan
bukanlah tidak dapat berfikir atau mencari jalan keluar,' katanya.
Walaubagaimanapun, Rais enggan menjelaskan tentang ciri-ciri serangan
yang dirancangkan dengan berkata, 'Saya akan menyimpan rahsia tersebut
sehingga pada suatu ketika apabila kita telah bersedia untuk melepaskan
satu lagi serangan yang pasti akan kena pada sasarannya.'
Di bawah kajian : Pada satu sidang media kemudiannya, menteri itu mengatakan bahawa
undang-undang yang berkenaan dengan jenayah di alam maya perlu
diperkemaskan lagi bagi berjalan seiring dengan senario yang sering
berubah. 'Pelaku-pelaku kesalahan ini fikir yang mereka akan terlepas dengan
undang-undang yang sedia ada, tetapi kita akan dapat menyaingi mereka,'
beliau memberi amaran. Walau bagaimanapun, Rais tidak pula memberikan satu jangka masa yang
spesifik tentang bilakah 'undang-undang' baru itu akan siap sedia untuk
digunakan dan hanya mengatakan satu badan bertindak telahpun mengkaji
perkara tersebut. Beliau juga menafikan kritikan bahawa undang-undang baru tersebut
mencabuli polisi tiada-penapisan kerajaan sebagaimana yang disebutkan
di dalam Rang Undang-Undang Jaminan Koridor Raya Multimedia (MSC).
Rang undang-undang itu telah didrafkan bersempena dengan pelancaran MSC
empat tahun yang lalu. '10 perkara yang disebutkan di dalam rang undang-undang itu masih
dikekalkan. Dua minggu yang lalu, Australia telah memperkenalkan
undang-undang anti-perjudian di Internet. Adakah itu satu penapisan?'
menteri itu bertanya. Penapisan telah sekian lama menjadi satu isu yang kontroversial di
antara pihak berkuasa tempatan dan kumpulan-kumpulan awam. Disebabkan
oleh undang-undang yang terlalu ketat mengawal percetakan dan penyiaran
media, ramai yang beralih kepada internet untuk menerbitkan
pandangan-pandangan yang kritikal terhadap kerajaan.
Berita tentang rancangan kerajaan untuk mengawal laman-laman web yang
tidak disenanginya mula-mula sekali keluar apabila Perdana Menteri Dr.
Mahathir Mohamed mencadangkan supaya diadakan satu penilaian semula
terhadap undang-undang media yang sedia ada seperti Akta Mesin Cetak
dan Penerbitan (PPPA) dua bulan yang lalu.
Lanjutan dari ini, Rais telah mengatakan bahawa undang-undang baru akan
diperkenalkan untuk membersihkan Internet dari bahan-bahan provokasi
dan pornografi (bahan-bahan lucah).
Minggu lalu, Pengerusi Eksekutif Koperasi Pembangunan Multimedia (MDC)
Dr. Othman Yeop Abdullah berkata kerajaan mungkin hanya akan
mengusulkan satu 'Code of Content' (Kod Kandungan) yang akan
menyediakan satu garispanduan kepada laman-laman web.
Jangan 'terlebih gubal' : Presiden Majlis Peguam Malaysia Mah Weng Kwai, yang juga hadir di
seminar pada hari ini, apabila ditanya menyatakan beliau bersetuju
bahawa peningkatan teknologi siber sesungguhnya akan mengatasi
peruntukan- peruntukan di bawah undang-undang yang sedia ada.
Walau bagaimanapun, beliau menekankan bahawa undang-undang baru
mestilah tidak menjejaskan kebebasan-kebebasan asas dan hak-hak asasi
manusia. 'Kita tidak boleh terlebih gubal. Pihak pendakwa sudah tentu mahukan
seluruh susunan undang-undang berada di belakangnya bagi memastikan
yang ia akan dapat mensabitkan si pesalah, tetapi adakah itu akan
menjejaskan kebebasan-kebebasan asas seperti kebebasan untuk bersuara?'
Mah bertanya. Seminar dua hari itu akan membincangkan kekurangan undang-undang
masakini di dalam menguruskan jenayah-jenayah siber dan penetapan
standard (piawai) bagi bukti mahkamah di dalam kes-kes seumpama itu.
Terjemahan: SPAR-09-017 Asal: http://www.malaysiakini.com/News/ 2001/07/2001070502.php3
Thursday July 5 Gov't to launch upgraded 'missiles' on dangerous websites Tong Yee Siong
2:25pm, Thu: The government will 'unleash another set of missiles' on
Internet publications which threaten the country's security and this time
around it will definitely hit the target, said minister in the Prime Minister's
Department, Dr Rais Yatim today. Internet publications are on the increase in Malaysia and as such 'hate
messages, seditious writings and e-mail advocating religious dissent and
others' are becoming common, he said.
The minister was speaking at an international conference on cyber laws in
Kuala Lumpur. 'Due to the government's no-censorship commitment, the initial missiles do
not seem to follow the enemy but has ricocheted towards us. However, I
assure you, the missile's inventor is not without imagination or recourse,' he
said. However, Rais remained mum on the nature of the planned assault saying, 'I
will keep that a secret until such time when we are ready to unleash another
set of missiles which will surely hit the target.'
Under study At a press conference later, the minister said that laws pertaining to crimes in
virtual space have to be streamlined to catch up with the rapidly changing
scenario. 'These perpetrators think they can get away with the existing laws, but we
can catch up with them,' he warned. However, Rais did not give a specific time frame as to when the new 'law'
would be ready and merely said a task force is already studying the matter.
He also refuted criticism that the new legislation infringes the government's
no-censorship policy as stated in the Multimedia Super Corridor (MSC) Bill
of Guarantee. The Bill was drafted in conjunction with the launch of the MSC four years
ago. 'The 10 points mentioned in the Bill still stand. Two weeks ago, Australia
introduced an anti-gambling law on the Internet. Is that censorship?' the
minister asked. Censorship has long been a controversial issue between local authorities and
civil groups. Due to strict legislation governing the print and broadcast media,
many have resorted to the Internet to publish views critical of the
government. News of the government's intention to curb unfavourable websites first
came about when Prime Minister Dr Mahathir Mohamad proposed for a
review of the existing media laws such as the Printing Presses and
Publications Act (PPPA) two months ago.
Following this, Rais had said that the new laws would be introduced to
cleanse the Internet of provocative materials and pornography.
Last week, Multimedia Development Corporation (MDC) executive chairman
Dr Othman Yeop Abdullah said the government is only likely to propose a
Code of Contents to serve as a guideline for websites.
Don't 'over-legislate' Malaysian Bar Council president Mah Weng Kwai, who was also present at
today's conference, when asked said he agreed that the advancements in
cyber technologies are indeed overtaking the provisions under existing laws.
However, he stressed that the new laws must not impinge on fundamental
liberties and civil rights. 'We should not over-legislate. The prosecutor will want a whole array of laws
behind him to make sure that he will get the offender, but would that impinge
fundamental liberties such as the freedom of speech?' Mah questioned.
The two-day conference will discuss the inadequacy of current laws in dealing with cyber crimes and the standardisation of court evidence in such cases. |