Laman Webantu KM2A1: 4920 File Size: 34.1 Kb * |
TAG SP 197: Peperangan Jijik Di Aceh Tajaan ExxonMobil By Cheryl Seal 9/7/2001 5:33 pm Mon |
[Rencana ini merungkai kenapa ramai pejuang Aceh terbunuh
dan siapakah sebenarnya yang menjadi tuan di Indonesia. Bukan
pejuang Aceh sahaja menjadi mangsa malah pemimpin NGO dan hak
asasi manusia juga disembelih sama. Apa yang berlaku di sana
turut dibaca oleh Mahathir sehingga dia menceduk beberapa idea.
Lagipun Henry Kissinger adalah sifu lamanya....
- Editor] Artikel ini seharusnya menyedarkan kita orang Melayu khasnya, kepada
beberapa persoalan:
Fikirkan baik-baik dan bacalah artikel yang baik di bawah ini untuk
memikirkan betapa jauhnya Mahathir tersasar dalam menegakkan apa yang
diajarnya kepada orang UMNO sebagai ketuanan Melayu.
(ExxonMobil's dirty little war in Aceh)
Oleh: Cheryl Seal Akhirnya ada juga peluang untuk mengenakan Exxon (ExxonMobil) ke muka
pengadilan kerana segala kerja zalim yang bersistem, pembunuhan dan
kemusnahan yang dilakukannya secara terus ataupun melalui orang suruhannya.
Inilah kerja-kerja bajingan yang menzalimi pribumi yang menghuni sekitar
kawasan pengeluaran gas cecair asli di Arun yang terletak dalam provinsi
Aceh, Indonesia. Sehingga hari ini, berita bahawa syarikat gergasi ini sedang dihadapkan ke
mahkamah sengaja diperam di Amerika Syarikat. Kisah berikut ini telah
diperam dengan kemasnya sehingga ia dapat diselongkar untuk siaran melalui
'US Indy Newswire.' ExxonMobil mempunyai pangkalan pengeluaran gas cecair (LNG) yang bernama
PT Arun di Utara Sumatra, di satu kawasan yang dikenali sebagai
Lhokseumawe di daerah Aceh Utara. Pangkalan ini pada dulunya dimiliki oleh
Mobil Oil Indonesia. Pada awal 1960-an, sejurus terjumpanya simpanan gas asli yang besar itu
syarikat ini telah memeteraikan satu perjanjian dengan Pertamina untuk
mengambil-alih semua kawasan yang luas itu dengan mengnyahkan secara
ganasnya segala penduduk yang menghuni kawasan itu.
Inilah satu senario yang berulang-ulang beberapa kali sebelum itu lagi
ketika terjumpanya gas ataupun minyak di dunia ini sejak dulu kali. Baik
di Oklahoma hinggalah ke Afrika. Sebagai reaksi kepada pembantahan Aceh itu, pihak angkatan tentera
Indonesia yang bertindak sebagai proksi Mobil, untuk menumpaskan bantahan
itu dengan ganasnya. Contohnya apabila segelintir penentang Aceh berusaha
mensabotaj pembinaan saluran paip pada 1977, pihak tentera telah membunuh
secara bersistem sekitar 900 penduduk di situ.
Dibunuh, diseksa Apabila Gerakan Aceh Merdeka (GAM) dilancarkan pad 1980, kerajaan
bertindak dengan mengenakan kuatkuasa ketenteraan di sana. Di tahap
awalannya lagi, Mobil (yang kini bertukar menjadi ExxonMobil) telah
menyokong kekejaman pihak tentera. Kebanyakan keganasan jenayah telah dilaksanakan dalam kawasan kepunyaan
syarikat itu oleh 'pegawai keselamatan' yang digaji oleh syarikat. Dua
berek tentera telah dibina oleh Mobil untuk menampung satu ketumbukan
gerak gempur elitis ketenteraan untuk mempertahankan pangkalan LNG yang
diberi nama Post 13 dan Rancong Kem.
Mengikut laporan pengamat yang mahukan pemantauan dan siasatannya, Post 13
itu pernah digunakan sebagai pangkalan untuk mendera dan menyoal-siasat.
Sejak 1980, ratusan rakyat Aceh telah dibunuh dan/ataupun dizalimi ataupun
menghilang begitu sahaja. Dianggarkan antara 15,000-20,000 kanak-kanak
telah menjadi yatim piatu pada waktu yang sama hasil kerja-kerja jijik
'pasukan pelindung' Mobil. Operasi penyelenggaraan pangkalan LNG itu telah menjejaskan kualiti
kehidupan manusia dan mencemarkan persikataran alam. Syarikat gergasi itu
kerap mencemarkan air yang diperlukan untuk penanaman padi dan juga
kolam-kolam udang yang menjadi punca pencarian dan makanan orang kampung.
Tidak pernahpun syarikat itu menawarkan pampasan kepada segala pencemaran
itu. Malahan pada 1972, penduduk Pu'uk telah menyaman syarikat itu kerana
mencemar perkampungan mereka. Namun, Mobil telah menggunakan kuasa
sekumpulan peguamnya yang berjaya mengalahkan penduduk kampung yang papa
kedana yang tidak mampu berbuat apa-apa.
Pada 1997, sekitar 1,600 penduduk kampung terpaksa berpindah-randah
apabila telaga LNG meledak dan terbakar, memuntahkan bertan-tan lumpur dan
lahar bumi ke rumah persekitarannya. Ada juga satu peristiwa apabila empat
orang penduduk kampung telah menyaman syarikat itu kerana merampas tanah
mereka tanpa bayaran pampasan yang sepenuhnya dan kerana mengambil-alih
satu kawasan perkuburan untuk dijadikan landasan pesawat udara untuk PT
Arun. Seperti biasa, sekali lagi penduduk kampung itu kalah di mahkamah. Senarai
segala perkosaan yang menyerlah (terminologi yang sama digunakan terhadap
Exxon oleh seorang peguam di Alabama apabila syarikat itu kerugian US$
3.4billion dalam satu kes penipuan) sabit hak asasi manusia dan etika
pencemaran alam yang dilaksanakan oleh Mobil, Exxon dan Exxon Mobil, yang
sememangnya menakjubkan. Ini adalah kisah sebuah syarikat Amerika.
Bayangkan apabila cerita ini tercetus pada era abad ke 20 dan 21 ini.
Kuburan Manusia Para penentang kekejaman ini telah dilayan dengan zalim sekali. Memanglah,
Mobil dan Exxonmobil telah membuat tuntutan betapa mereka tidak tahu
menahu akan keganasan yang berlaku, walaupun sering menerima aduan dan di
sebalik bayaran berjuta dollar yang dilakukan oleh Mobil(ExxonMobil)
kepada angkatan tentera Indonesia setiap tahun. Pembayaran itu adalah untuk
tenaga tentera untuk melindungi kerja-kerja penggemblengan alat-alat
jentolak yang menggali lubang besar untuk dijadikan kubur raksasa untuk
menampung manusia yang tidak lagi bernyawa ataupun untuk membuka jalan
mengangkut para banduan dan mengangkut mayat-mayat yang mati
bergelimpangan. Lubang perkuburan yang besar-besar telah digali menggunakan peralatan
Mobil di Bukit Sentag dan Bukit Tengkorak di Utara Aceh pada 1998 dan
telah ditemui oleh penyiasat hak asasi manusia. Ini menunjukkan betapa
syarikat itu telah menguasai keadaan sehingga mencetuskan huru hara dan
menyebabkan kerja-kerja produksi tergendala.
Pada 1998, aktiviti Mobil itu terus membuak hingga mendorong pencantuman
Exxon dan Mobil untuk bergelar ExxonMobil. Dengan itu, dunia luar terutama
mereka yang berada di Amerika Syarikat, nama baru ExxonMobil itu tentulah
diharapkan sebagai satu jenis syarikat yang baru yang mempunyai warna yang
baru juga. Untuk mengharumkan suasana ketika itu, Exxon telah melancarkan satu kempen
'we're so good to the environment' (jasa kami kepada persekitaran alam)
dengan melancarkan kempen 'Selamatkan Harimau'. Bayangkanlah, betapa
manusia yang prihatin ini boleh bertindak begitu ganas dengan melakukan
segala kerja bajingan terhadap penduduk Aceh?
Baru-baru ini syarikat yang sama telah memberikan berjuta dollar derma
terhadap kajian malaria. Besar sungguh pengorbanan mereka!!! Lagipun
malaria adalah satu penyakit yang menjadi masalah besar kepada syarikat
itu kerana kekerapan menghantar manusia bertugas di kawasan hutan
belantara yang belum pernah dimasuki manusia.
Harta kekayaan Syarikat Akan tetapi kalau kita amati sejarah syarikat ia akan mendedahkan satu
perkara yang sungguh menyerlah: syarikat bedebah ini tidak pernah
melaksanakan sesuatu yang tidak mempunyai kepentingan dirinya.
Lagipun penggabungan dua syarikat itu dulu belum lagi dapat melupakan
kesan pertumpahan darah yang mengorbankan banyak nyawa di Utara Aceh dulu.
Pada tahun lalu, seorang petugas hak asasi manusia bernama Jafar Sidiq
Hamzah yang lahir di Aceh dan menetap untuk seketika di Queens New York,
telah menerima banyak ugutan yang mengancam nyawa, sebaik sahaja dia
mulakan siasatan kepada keganasan Mobil itu.
Tidak lama kemudian dia telah diculik. Satu bulan kemudiannya, dia telah
dizalimi dan mayatnya yang dizalimi dengan kejamnya telah dijumpai bersama
dengan empat lagi petugas hak asasi manusia. Tidak berapa lama selepas
terbongkarnya tragedi ini, Safwan Idris, seorang calon berwibawa untuk
pemilihan jawatan Gabenor Aceh, telah dijumpai terbunuh juga. Para penyiasat hak asasi manusia telah mengutuk syarikat itu dan juga
kerajaan Amerika Syarikat kerana bersubahat, secara terus ataupun
sebaliknya dalam pertumpahan darah itu. Indonesia Democracy Japan (sebuah
pertubuhan di Jepun) telah mengecam dengan tegasnya betapa Amerika
Syarikat 'telah bersekongkol dan turut bersalah dengan segala perkosaan
hak asasi manusia.' Sepanjang 1990-an, satu per empat (25%) pendapatan Mobil di peringkat
global datangnya daripada pangkalan perniagaanya di Aceh
Utara. (MasyaAllah.....!!!!!!) Seorang timbalan presiden korparat itu telah
menyebut betapa pangkalan di Aceh itu merupakan butiran permata di
mahkota-niaga syarikat itu. Ia seolah-olah bernilai laksana berlian yang
bernama 'Hope' itu. Lombong Emas Kissinger Di waktu yang sama kerajaan Indonesia menyauk sekitar US 2 bilion per
tahun daripada pangkalan Mobil itu. Kita mungkin menganggarkan betapa
keadaan sudah menjadi kelam sejak satu tahun setengah yang lalu. Pada 20
Oktober, 1999, Wahid Gus Dur dilantik menjadi presiden Indonesia Oleh
Dewan Perundangan Rakyat (bukannya oleh rakyat, jangan lupa fakta ini..)
Dengan pantasnya, Wahid merencana agar diluluskan satu resolusi
membenarkan firma asing seperti ExxonMobil daripada peraturan mendapatkan
dulu kelulusan kerajaan. Kemudian, pada 28 Februari 2000, empat bulan
selepas menduduki kerusi empuk Presiden Indonesia, Wahid telah melantik
Henry Kissinger, salah seorang musibat yang bertanggungjawab dengan
kemusnahan negara itu, sebagai penasihatnya.
(Hooohooohooo, bukankah musibat ini yang memperkenalkan Mahathir untuk
menjual Proton di Amerika? Apa jadinya dengan segala kereta yang dikirim
untuk ujian kelulusan Amerika itu, selepas didapati tidak sesuai untuk
digunakan di jalanraya Amerika...? - penterjemah)
Pada waktu yang sama dan di hari yang sama, Wahid telah mengumumkan
nama-nama sekitar enam penjawat baru di Pertamina dan industri mineral
(galian) - satu industri yang bersamaan dengan lombong emas Indonesia yang
amat diminati oleh Henri Kissinger (dinamakan juga sebagai lombong hitam
kerana minyak diiktiraf dunia sebagai the 'black gold' (emas hitam).
Pelbagai jenis mainan yang berbahaya pun bermula, apalagi sejak Bush
dilantik menjadi Presiden Amerika terbaru, dan mainan itu semakin rancak
menggila. Cuba kita menyorot ke belakang dan lihat akan semua mainan itu. Pada Mac
tahun lalu, kedutaan Amerika telah melaporkan betapa kawasan LNC di Utara
Sumatra sedang diganggu-gugat dan dijangkakan pada 2001, beberapa operasi
di situ akan dihentikan. Laporan yang sama melaporkan projek yang baru dan besar yang direncana di
kawasan lain, termasuk di Iran Jaya (di satu tempat di mana terletaknya
lombong kepunyaan peribadi Henri Kissinger). Tambahan pula ada pihak
Amerika yang berminat untuk melipat-gandakan pengeluaran arang batu di
Sumatera dalam masa lima tahun yang akan datang.
Sokongan Amerika Kalau dianalisa semua maklumat ini dan anda rumuskan segala rancangan
pembangunannya, tentu kita akan dapat melihat satu laporan yang
dipengaruhi konsep Machiavelli (yang menghalalkan cara). Cuba teliti cara
permainan ini: Pertama, dicetuskan satu krisis di pangkalan LNG di Aceh Utara dengan
menggambarkan wujudnya aktiviti pengganas sehingga mengganggu keselamatan
pembekalan bahan tenaga itu. (Menuduh pembabitan pengganas memang sudah merupakan kerja lama Kissinger
dan CIA pada 1966 untuk menjatuhkan Sukarno. Begitu juga dengan masalah di
Timor pada 1975, di Chile, di Congo, di Bangladesh, memang hebat penipuan
semua itu.) Tetapi, satu penelitian mesti menjaminkan agar kerajaan
Amerika tidak masuk campur dan menjahanamkan semua itu.)
[Hoohoohoo!!!, bukankah itu taktiknya sekarang ini di Malaysia? Anasir
asing, kumpulan militan yang mempunyai bom dan pelancar roket, dan
berpengalaman 'berjihad' mengikut tafsiran Mahathir kerana dia fikir
'berjihad' itu adalah laksana gerakan polis hutan yang mabuk menyerang
rumah Ibrahim Libya dulu. Henri Kissinger mempunyai 'lodge' tersendiri
dalam pergerakan Freemason di mana ramai pemimpin dunia Ketiga adalah ahli
istimewanya - penterjemah] Kedua, mulakan ugutan kenaikan harga bahan bakar
Ketiga, tutup dulu pangkalan operasi LNG dan menjerit minta bantuan kerana
tergugatnya keselamatan. Di waktu yang sama, tentukan kawasan lain yang
baru mahu dimulakan, seperti perairan North Ace di mana sudah didapati
simpanan minyak yang banyak. Tidak ada sesiapa yang tahu kecuali orang
tertentu akan kedudukan sebenar North Ace itu.
Keempat: Mainkan terus dengan penuh semangat akan 'bahaya' militan itu
sambil berdiam membisu melihat lebih ramai lagi wirawan bangsa yang
terkorban nyawa mereka. Inilah caranya untuk menakutkan kumpulan pejuang
bangsa yang lain yang ingin mempertahankan hak mereka di kawasan yang mahu
diteroka. Demikianlah, betapa senario di atas terdedah satu persatu laksana
perjalanan perakam waktu. Pada Februari dan Mac tahun ini, ExxonMobil mula
membuat aduan akan ancaman GAM yang dianggap semakin memuncak. Sebaliknya,
GAM yang memang tidak bermasalah untuk menerima pujian kerana pencabulan
itu terhadap tentera dan Mobil seandainya mereka bersalah, tidak pula
mengaku akan tuduhan itu. Pada awal Mac, Exxon telah mengadu betapa seorang pejuang Aceh telah
melontar sebiji bom tangan ke arah pengkalan mereka secara berahsia.
Tetapi tidak pula sebarang catatan akan berlakunya kematian ataupun
kecederaan dalam 'serangan' ini. Timbalan ketua GAM Tengku Sofyan Daud,
telah marah dengan tuduhan itu. 'Kami tidak pernah mengancam syarikat itu
dan kami tidak pernah meminta mereka menutup operasi itu.'
Pada 8 Mac, ExxonMobil telah menutup pangkalan operasi mereka seiring masa
Gus Dur mengumumkan ugutannya untuk menaikkan harga minyak. Sementara itu,
Bush telah menyatakan sokongannya terhadap tindakan tentera Indonesia
terhadap para wirawan marhaen Aceh. Ketika itu pula, Collin Powell telah
membuat kenyataan bahawa dia tidak mahu adanya hubung kait antara hak
asasi manusia dengan penjualan senjata (jadi, apakah lagi ada hubung-kait
antara dua isu itu, bukan?). Pada bulan April Wahid telah mengarahkan dilancarkan satu serangan
menyeluruh terhadap rakyat Aceh, dan kali ini menyeluruhi masyarakat
marhaen. Semakin banyak mayat yang bergelimpangan, para pegawai Exxon
semakin diam membisu, melepaskan tangan menyaksikan semuanya berlaku;
merelakan tercetusnya pengorbanan manusia yang tidak berdosa itu.
Sejak Februari, sekurang-kurangnya 400 marhaen Aceh telah terkorban, ada
antaranya masih bayi, mati dengan dahsyat sekali. Di waktu yang sama,
terpampang di laman webnya, Pertamina mengeluarkan kenyataan memberi
nasihat kepada para pengusaha minyak betapa 'kekacauan' yang berlaku itu
bersifat sementara dan sudah tentu tidak akan menjejaskan prestasi mereka
seluruhnya. Laman web yang sama mengulang-ulang kenyataan majlis keselamatan PBB
keluaran 1953, yang mencatatkan kesanggupan melancarkan 'tindakan wajar'
seandainya syarikat minyak dihalang untuk beroperasi.
Pemegang Saham Yang Membisu Yang lebih menakutkan saya - seperti yang sepatunya menakutkan juga semua
warga Amerika - ialah betapa negara kita ini sedang dikendalikan oleh para
eksekutif - manusia yang datang daripada kelab yang sama dianggotai oleh
para perompak besar-besaran ExxonMobil di Indonesia itu.
Semakin jelas kin betapa semua manusia ini mempunyai sikap yang serupa.
Kini diulang tayang kembali episod lama yang menjatuhkan Sukarno dan
melonjakkan nama Suharto yang kemudiannya mengeluarkan upahan tinggi
kepada mereka yang membantunya. Konsortium Bush-Cheney, kini tidak pun
membuang masa untuk menunjukkan hadiah yang digantung tinggi-tinggi,
meminta dikendurkan segala peraturan, mahukan dibenarkan kerja-kerja
penggerudian yang lebih bebas, memomokkan ugutan adanya krisis kekeringan
bahan tenaga dan menaikkan harga minyak di pam bekalan. Di waktu yang sama
segala kawasan dara dikaut dan sauk peluang yang ada untuk memperkenalkan
perundangan negara agar tanah persendirian pun boleh diambil-alih untuk
kerja-kerja penggerudian minyak. Beberapa peristiwa kebakaran di kilang penapisan minyak dan peristiwa
kegelapan yang sering berlaku adalah fenomena yang tidak banyak bezanya
dengan kisah misteri adanya bom tangan yang dicampakkan.
Kalau kita cuba memperhatikannya, rencana bahan bakar Bush ini telah
diceduk dengan bulat-bulat daripada laporan Baker Institute yang berjodol
'Strategic Energy Policy Challenges for the 21st Century Report'. Inilah
laporan yang disediakan oleh satu pasukan petugas yang termasuk dua dozen
pakar industri minyak dan juga Kissinger Associates (yang kini bertukar
nama menjadi McCarty Kissinger).
Bagaimanakah mungkinnya menghalang raksasa (itulah perkataan yang
digunakan oleh seorang penulis Indonesia sebagai menggambarkan kerajaan
yang diransang oleh industri minyak) bajingan ini? Persoalan yang mendesak
agar dikemukakan ialah: Kenapakah para pemegang saham diam membisu
terhadap segala jenayah yang dilakukan oleh syarikat mereka sedangkan
mereka mempunyai hak ke atas kepentingan itu?
Kenapakah masih ada lagi manusia yang sanggup memegang saham Exxon setelah
mengetahui akan segala jenayah ini? Apakah wang sudah menjadi begitu
penting - walaupun sudah ternyata kebajingannya - sehingga perkara
kebajingan itu didiamkan sahaja? Tibalah masanya untuk semua rakyat yang
berfahaman demokrat yang kini merupakan parti pembangkang, menyedari
betapa adalah sukar berkompromi dalam hal ini. Malahan bersekongkol dengan
penjenayah yang kaya raya ini akan membawa padah yang amat besar
bahananya. Cheryl Seal ialah seorang penulis bebas Amerika. Tulisannya ini harus
mencelikkan mata kita, rakyat Malaysia akan episod penyerahan ketua
pejuang marhaen Aceh dan kepada beberapa pembunuhan pendatang Aceh yang
mencari perlindungan di negara ini. Yang lebih penting harus difikirkan ialah segala taktik yang dipelopori
oleh Henri Kissinger sudah masuk meresap untuk menghantui keharmonian
negara ini. Kissinger nampaknya sudah berjaya mengirimkan rencana dan
sumber tenaga untuk mempertahankan rakan sekongkolan Pergerakan Freemason
yang juga merupakan Presidennya di Malaysia.
Asal: http://sydney.indymedia.org/front.php3?article_idH57&group=webcast
by Cheryl Seal cherylseal@hotmail.com ExxonMobil's Dirty Little War By Cheryl Seal In response to the Aceh resistance, the military, acting on behalf of Mobil,
beat down the opposition with a brutal fist. For example, when a handful of
Achel rebels tried to sabotage a gas pipeline in 1977, the military
systematically killed an estimated 900 natives. When the Aceh freedom
movement GAM (Gerakan Aceh Merdeka) was officially launched in 1980, Aceh
was promptly placed under military occupation. From the start, Mobil (and
now ExxonMobil), has supported and condoned the military's atrocities. Many
such crimes have, in fact, been committed on the company's own land, by
'security officers' on the company's payroll. Mobil built two military
barracks for the elite security division the Indonesian military sent them
to protect the LNG facility.: Post 13 and Camp Rancong. According to
eyewitness reports recounted to human rights investigators, Post 13 was on
at least one occasion used as a torture/interrogation facility.
Since 1980, hundreds of Aceh natives have been murdered and/or tortured or
have disappeared. An estimated 15,000-20,000 children have been orphaned
during this same period as a direct result of Mobil's 'protective forces.'
The company's operation of the LNG facility has taken a direct toll on the
quality of human life and the integrity of the environment. The company
repeatedly contaminated the crucial rice paddies or shrimp farms the
villagers relied on for food. Not once did the company offer fair
compensation for these transgressions. In fact, in 1992, when the village of
Pu'uk sued the company for contamination of its land, Mobil marched out its
high-powered battery of lawyers and (surprise, surprise!) defeated the poor
villagers. In 1997, 1,600 villagers were displaced when LNG wells erupted,
dumping tons of contaminated mud on their homes. In another case, four
villagers sued the company for seizing their land without adequate
compensation and for taking over a village cemetery for use as an airstrip
for PT Arun. Of course, once again, the villagers lost their case. The list
of egregious violations (the same terminology recently applied to Exxon by a
lawyer in Alabama when the company recently lost a $3.4 billion fraud case)
of human rights and environmental ethics perpetrated by Mobil, Exxon, and
ExxonMobil is astounding. This is supposed to be an American company?Hell,
this is supposed to be the 20th/21st century!
Any protestors against this reign of terror are treated viciously. Of
course, Mobil and ExxonMobil have claimed total ignorance of such abuses,
despite repeated complaints, despite the fact that Mobil (ExxonMobil) pays
the military millions of dollars each year for the use of the military,
despite the fact that their own earth-moving equipment has been used to dig
mass graves and its roads have been used as regular routes for transporting
prisoners and bodies. Mass graves dug with Mobil equipment were identified
at Sentag Hill and Tengkorak (Skull) Hill in North Aceh in 1998 by human
rights investigators. Bottom line: the company is ultimately in complete
control of the situation, as was clearly pointed up by the chaos their
recent suspension of production caused.
It was in 1998, during the increasing controversy over Mobil's activities
that Exxon and Mobil merged, becoming ExxonMobil. Now, to the outside world,
especially to the U.S., which, alas, rarely pays attention to the details of
what is happening beyond its own borders, the name 'ExxonMobil' would seem
like a whole new horse of a different color. As a 'nice touch,' around the
same time, Exxon started pushing its touchy-feely 'we're so good to the
environment' Save the Tiger PR campaign (how could these nice people ever do
those awful things the Aceh accuse them of?). The company has recently also
donated millions of dollars to malaria research. So self-sacrificing!
Especially, since malaria will be a major problem and (God forbid!) expense
for the company as it deploys workers into new unexploited mosquito-laden
forests in Indonesia. But a look through the company's history reveals one
clear point: this monster does nothing that is not completely motivated from
self-interest. In any case, the merger hasn't abated the carnage centered around the North
Aceh facility. Last year, a human rights worker named Jafar Siddiq Hamzah,
who was born in Aceh and lived for a while in Queens, NY, began receiving
death threats after he started investigating Mobil's transgressions. Soon
after, he was kidnapped. A month later, his tortured, mutilated body was
found, along with those of four other human rights workers. Within days of
this tragedy, Safwan Idris, a promising candidate for Aceh governor, was
found murdered as well. Human rights investigators have condemned the
company and the U.S. for their complicity, direct or indirect, in the
bloodbaths. Indonesian Democracy Japan has asserted that the U.S. 'by
association, is guilty of major human rights violations.'
No wonder they don't want us on the UN human rights commission.
But human rights apparently pale in comparison to the stakes for which Mobil
and the Indonesian government are playing. Through the 1990s, one-fourth of
all Mobil's global revenue came from the North Aceh facility. One corporate
VP calls the facility 'the jewel in the company's crown.' If so, it is like
the gory Hope diamond. Meanwhile, the Indonesian government scoops in an
estimated $2 billion per year from the plant.
Things have, if one can imagine it, gotten worse in the past year and a
half. On October 20, 1999, Wahid was elected the new President of Indonesia
by the People's Consultiuve Assembly (not by the PEOPLE, mind you). Almost
immediately, Wahid sought to pass legislation to release foreign firms like
ExxonMobil from regulatory approval requirements. Then, on February 28,
2000, just four months after being named Pres., Wahid appointed Henry
Kissinger, one of the original authors of the nation's ongoing woes, as his
advisor. On the same day, in fact the same hour (undoubtedly because the two
things are so intimately intertwined), Wahid announced half a dozen new
appointments to Pertanima and the mineral industry - an industry close to
Indonesian gold mine majority stock holder Kissinger's 'heart' (or the black
hole where one may once have been). All sorts of deadly games are being played out now, games which, since Bush
was elected, have become increasingly more vicious.
Let's back track and look at these games. In March of 2000, a US embassy
report states that LNG gas fields in Northern Sumatra are being played out
and that by 2001, some production will be discontinued. The same report
mentions major new LNG and oil projects that are being planned for other
areas, including Irian Jaya (the same area where Kissinger's mine is
located). In addition, U.S. interests have expressed their intention to
double coal output in Sumatra in the next five years.
Now, put those pieces and recent developments together and what you come up
with is truly Machiavellian. Here's how the game goes:
First, you create a crisis in the LNG situation in North Aceh by making it
appear that terrorists are escalating and threatening the security of the
energy supply. (Hey, blaming terrorists worked for Kissinger and the CIA in
1966 to get rid of Suharno, in Timor in 1975, in Chile, in the Congo, in
Bangladesh?it's a great scam). But better make sure the U.S. government
doesn't step in and muck things up. Second, start threatening higher energy prices
Third, shut down your LNG operation and scream about needing more security,
while keeping your eye on other places you'd REALLY like to exploit, like
the waters off North Aceh where a rich oil reserve has been found. Almost no
one but you knows your Aceh facility is on the way out anyway.
Fourth, play the terrorism card to its end and stand aside wringing your
hands as rebels are massacred, thereby daunting any other rebels who might
try to make life difficult for you in other areas you plan to exploit.
Just like clockwork, the above scenario has unfolded. In February and March,
2001, ExxonMobil began complaiing of escalating terrorism by GAM. GAM, on
the other hand, which has never had any trouble claiming credit for its
incursions against the military or Mobil when they WERE guilty, denies the
charges. In early March, Exxon security claims an Aceh rebel lobbed a hand
gredande into the facility - mysteriously, I could find no record or a death
or injury from this 'attack.- Tengku Sofyan Daud, deputy of GAM, was angered
by the charge. 'We never threatened the company and we never told them to
close down the plant.- On March 8, ExxonMobil closes down the plant and around the same time, Wahid
threatens to jack up fuel prices. Meanwhile, in early March, G.W. Bush
expresses his support for the Indonesian military's tough stance against the
rebels, while, Colin Powell makes it plain he does not want to link human
rights issues to arms sales (I mean, what POSSIBLE link could there be
between the two, right?). By April, Wahid has called for an all-out assault
on the Aceh natives, this time specifically targeting civilians. As the
bodies mount up, ExxonMobil officials stand on the sidelines wringing their
hands and saying and doing nothing - condoning the slaughter by their very
inaction. Since February, at least 400 Aceh civilians have bee murdered, some, like
the baby in Part I, horribly. Meanwhile, on its website, Pertanima reassures
prospective oil entrepreneurs that the current 'unrest- is temporary and
won't affect their ability to do business. The same site echoes the National
Security Council's 1953 statement in which it indicates it will take
'appropriate action- to insure companies are unimpeded.
Most frightening to me - as it should be to all Americans - is that our
country is now RUN by oil executives - men from the very same club to which
the ExxonMobil's Indonesian robber barons belong?men with, it is becoming
obvious, the very same attitude. In a reined-in repeat of the Suharno Coup
and post-coup corporate feeding frenzy in which Suharto richly rewarded all
those who aided him, the Bush-Cheney consortium has lost no time handing out
the prizes, seeking to reduce regulations, promoting wholesale drilling,
creating a phoney energy crisis and driving up fuel prices, stalking
unspoiled wildlands and even trying to push for legislation to allow the fed
to seize private land for energy interests. The series of coincidental fires
at oil refineries and the rolling blackouts aren't so different from
mysteriously lobbed hand-grenades. And lest we overlook it, the basic Bush energy plan appears to have been
taken almost it for tat from the Baker Institute's 'Strategic Energy Policy
Changes for the 21st Century- report - a report created by a task force that
includes two dozen major oil/energy moguls and also Kissinger Associates.
(now McCarty Kissinger) How can the behemoths (as one Indonesian writer described the American
corporate-fueled government) be stopped? The question that screams to be
asked is: Why are the stockholders silent on the crimes of the company in
which they hold a material interest? For that matter, why are there still
any stockholders in Exxon at all, in the face of such crimes? Is money so
important that nothing - however evil - matters any more?
It is time for the Democrats, as the only opposition party to the new
leadership, to realize that compromise is not only impossible with these
robber barons, it would be suicidal. |