Laman Webantu KM2A1: 4925 File Size: 2.5 Kb * |
Mesej Ringkas Untuk Kak Wan By CDB 10/7/2001 9:50 am Tue |
[Mahathir nampaknya semakin tidak berhati perut sehingga
siswa pun ingin dicekiknya dengan ISA - inikan pula Anwar.
Jangan Mahathir menyangka orang melayu dalam negara ini
akan terus menikus sahaja dicengkam sebegitu rupa kerana
darah pahlawan terbilang memang ada dalam zuriat orang
melayu - jika tidak semua petua dan ilmu sudahpun lenyap
ditelan waktu. Bukankah sejarah merakam orang melayu kerap
mengejutkan dunia bila sesuatu itu dipisahkan dari mereka?
"Bunga-bunga yang dipetiknya dari hutan sekitar itu kini
menimpa dan melorot dari kepala nisan, serentak mengejutkan
rama-rama dan pepatung tadi. (A. Samad Said - Daerah Zeni)
- Editor] Saya tak pasti samada cadangan ini praktikal ataupun tidak, tetapi demi
keselamatan dan nyawa Abang Anwar, saya rasa lebih baik Kak Wan menjemput Dr
Hoogland untuk datang membedah Anwar di salah sebuah hospital swasta di
negara ini yang boleh dipercayai integritinya. Ataupun kalau mungkin dan
dibenarkan, salah sebuah hospital di Singapura, sebagai jiran terdekat.
Mengharapkan belas ihsan dari musuh seperti Mahathir umpama menunggu mentari
bersinar di waktu malam. Selagi si bedebah tua tu hidup, apalah nak diharap
akan belas dari hatinya yang kering bagai serigala itu. Keadaan Abang Anwar
makin kritikal, kita mengalah atau berundur setapak ke belakang bukan
bermakna kita kalah, tapi berundur untuk mengatur seribu langkah ke hadapan.
Jika Anwar mati atau lumpuh, mungkin akan kelamlah perjuangan ini. Jadi,
demi untuk memelihara nyawanya, alangkah moleknya kalau kita beralah
seketika dari bertegang dengan penguasa yang tidak mempunyai bukan sahaja
nilai kemanusiaan, malah nilai kebinatangan pun mereka tidak punya. Rasanya
Dr Hoogland atas dasar simpati, tidak keberatan untuk membawa peralatannya
ke sini atau Singapura. Mungkin warder-warder Penjara Sungai Buloh boleh
dikerah untuk menjaga Anwar ketika beliau dibawa ke Singapura, kalaupun
mungkin. Soal kos pembedahan rasanya kalau disumbang seringgit seorang
daripada kalangan rakyat pun sudah memadai. Kak Wan tolong sampaikan salam
saya kepada Abang Anwar ~ Berundur selangkah bukan bererti kita kalah !
Yang Pilu dan Hiba, Cucu Datuk Bahaman
|