Laman Webantu KM2A1: 4929 File Size: 24.9 Kb * |
SAUK 4: RAW 3 - Meneka Identiti Imam Besar By Panglima Sauk 10/7/2001 11:58 pm Tue |
[Mahathir gemar mengejutkan orang dengan kisah dan berita
yang luarbiasa sahaja yang disiarkan keseluruh negara. Itulah
yang berlaku kepada Anwar dan Ku Li melalui beberapa gambar
dan ilustrasi yang sengaja mahu mengaibkan. Sekarang kebakaran
DTC pula membuka peluang - kali ini pemimpin pelajar pula menjadi
sasaran. Sudah ada yang berpendapat inilah Sauk Versi kedua
yang menggunakan api pula sebagai senjata agar ISA dapat mencekup
pelajar pula. Fokus Sauk lebih tertumpu kepada ajaran yang sesat supaya PAS dapat
dilibatkan secara tempias melalui amanat Hj Hadi. Kemenangan PAS
di Terengganu membuat Mahathir amat sakit hati. Kemungkinan Kedah
menjadi negeri ketiga rebah semakin menghantui Umno kerana dengan
pengundi hantu pun Umno tertewas juga.
Jangan lupa Ustaz Shamsuri telah dihilangkan beberapa hari untuk
tujuan tertentu yang nampaknya tidak menjadi. Dan jangan lupa juga
Mahathir ke Burma dulu bukan sekadar bercuti....
- Editor] FeU http://members.nbci.com/_XMCM/xumno/feu_panglima_sauk03.html
Episod Regimen Askar Wataniah Meneka Identiti Imam Besar Oleh: Panglima Sauk Hari ini masuk hari yang ke-5 episod rompakan kelengkapan perang.
Orang yang merompak sudah pun dikesan; sedang sesak nafas di hutan
Jenalik Hulu. Kemana perginya sebahagian besar kelengkapan perang
itu, masih belum ada sesiapa yang tahu. Pihak polis cuma mampu tahu
akan keadaan dua orang perisik polis yang kini menjadi tebusan
perompak yang terkepung. "Mereka dalam keadaan selamat," kata polis.
Tetapi, bagaimana polis boleh tahu sedangkan pihak perompak itu tidak
pun pernah berurusan telefon dengan pihak kerajaan? Ataupun sudahkan
ada satu usaha berbalas-ucapan dan perundingan untuk menyelesaikan
keadaan 'impasse' itu tanpa diketahui oleh para pemberita akhbar
yang berpusu di situ? Nampaknya episod rompakan kelengkapan perang ini lebih rumit dan
kelamkabut daripada apa yang disangkakan selama ini. Terlalu banyak
teka-tekinya kerana terlalu banyak muslihatnya. Soalnya sekarang siapakah
yang menimbulkan teka-teki dan siapakah sebenarnya yang menerajui operasi
mengepung kumpulan bajingan itu. Pihak PDRM kah ataupun pihak Atm kah?
Memang, semakin bertambahnya hari pergolakan di Jenalik Hulu itu, semakin
ramai rakyat di negara ini yang tertanya-tanya "Apa sebenarnya kisah benar
episod RAW ini?". Ada yang masih tidak percaya dengan cerita yang disiarkan
walaupun semua cerita yan diterbitkan di media perdana adalah daripada
sumber yang sama. Semua jalan cerita itu seirama dan sehaluan sahaja, semakin
ramai rakyat yang tidak percayakannya. Kenapa? Bukankah di kawasan hutan
itu semakin kuat bunyi dentuman yang kedengaran dan semakin galak pula
tembakan yang jelas didengar? "Ah.......sesiapa pun boleh melakukan skrip
tembak menembak....Tembak sahaja arah ke atas, peluru yang naik meninggi,
semangat pun naik sama.." Demikian kata seorang veteran perang dunia
ke-dua yang mengikuti perjalanan episod itu melalui telefon dengan saudaranya
di Kampong Ngor. Siapa yang Lebih Cekap: Polis ataupun ATM
Kalau ada satu soalan cepumas yang perlu dikemukakan dalam episod ini ialah
'Siapa yang Lebih Cekap: Polis ataupun ATM?' Inilah satu soalan yang amat
mencurigakan beberapa pihak di negara ini. Kes yang berlaku adalah satu episod
yang melanda Angkatan Tentera Malaysia. Pasukan 'askar' yang menyamar itu
telah merompak kem tentera dan bukannya balai polis. Yang mereka gunakan
untuk menyamar adalah pakaian dan kelengkapan ketenteraan. Operasi
mengesan mereka sedang dilakukan oleh ATM. Tetapi, setiap kenyataan yang
dibuat kepada pihak akhbar keluar daripada mulut Ketua Polis Negara. Inilah
yang menjadikan perkara ini semakin pelik. Kenapakah pegawai tinggi angkatan
tentera tidak membuat ulasan dan kenyataan kepada akhbar? Apakah mereka
tidak cekap membuat liputan akhbar seperti yang dilakukan oleh pegawai polis?
Adakah anggota polis yang digembeling sama untuk memburu dan mengepung
pasukan perompak itu sehinggakan segala maklumat yang diberikan kepada
orang awam mesti dilakukan oleh pegawai polis?
Gelagat yang dilakukan oleh pihak polis yang seolah-olah direstui oleh pucuk
pimpinan ATM sedang diperhatikan oleh rakyat dengan teliti. Yang lebih
berminat dalam perilaku ini adalah anggota tentera di seluruh negara. Ramai di
antara mereka yang merasa malu dengan perjalanan episod ini. Mereka tahu
betapa episod rompakan itu adalah sesuatu yang cukup misteri kerana ia
dilakukan dengan bijaksana setakat perampokan kelengkapan perang itu.
Tetapi, apabila tiba kepada sinario melepaskan diri dengan 'harta karun' itu
nampak sangat para perompak itu sudah hilang tahap professional mereka.
Kenapakah mereka turun ke arah Selatan dengan harta rompakan sedangkan
mereka mudah lari dan menyelinap ke sempadan?
Kemudian muncul pula cerita bagaimana pasukan perompak itu menembak ke
udara kerana mengikut Ketua Polis Negara: "Mereka cuba memeriksa senjata
rompakan itu ." Bukankah Ketua Polis Negara yang mula-mula sekali
melaporkan betapa perompak itu adalah pakar senjata berat-berat? Kalau
sudah pakar apa perlunya mereka menembak ke udara? Bukankah itu satu cara
mereka memberitahu seluruh dunia di mana lokasi mereka agar mudah dikesan
oleh sesiapa yang mahu mengejar ataupun menyerang hendap? Ketua Polis
Negara ada menyebut kumpulan ini satu kumpulan pengamal ilmu kebathinan.
Betulkah cerita itu? Sejak tercetusnya episod RAW ini, penulis telah mendapatkan pandangan
beberapa pegawai ATM yang berpengalaman yang berbagai pangkat dan tahap
kepintaran mereka. Daripada mereka yang berpangkat Sarjan hinggalah ke
pangkat Panglima, episod RAW ini telah dibincangkan dengan panjang lebar
sambil menggunakan peta terkini 'Grid Map' kawasan yang melibatkan operasi
perompak kelengkapan perang itu. Malahan satu kajian menyeluruh di buat
bermula daripada Taiping hingga ke Ijok dan menghala ke Lenggong. Kajian ini
dibuat setelah menerima lapuran risikan tentera (yang masih berkhidmat)
betapa segelintir manusia yang berpakaian celoreng memang kelihatan membeli
durian dan manggis pada pagi Sabtu; yakni kira-kira dua belas jam sebelum
terjadinya kejadian rompakan itu. Dengan lain perkataan, sesiapa yang cuba
berkumpul untuk 'melaporkan diri' sebelum misi rompakan itu telah mula
berkumpul di pekan Ijuk itu menikmati durian Ijuk dan B.Kurau yang memang
terkenal serata negara itu. Dalam membuat penilaian akan tahap profesionalisme kumpulan perompak itu beberapa faktor telah diambil kira, termasuklah lapuran terkini daripada semua sumber yang termampu diraih oleh kumpulan penganalisa ini. Diperturunkan di bawah ini pandangan yang dicapai oleh kumpulan tersebut:
Apakah Kesannya? Demikian antara pendapat dan pandangan beberapa veteran perang yang
pernah mewarnai perkhidmatan ATM negara ini. Sungguh menakjubkan
penganalisan mereka. Kalau semua pendapat itu dituliskan di sini ia akan
menaikkan satu semangat juang kepada rakyat negara ini yang cintakan
negaranya. Cukuplah kalau dituliskan di sini, pandangan ini menunjukkan ada
unsur-unsur :
Tergugatnya Demokrasi Malaysia
Ketua Polis Negara ada menyebut betapa kumpulan penjenayah yang dikepung
itu adalah satu kumpulan pengamal ajaran kebathinan. Kalau begitu, apakah
tindakan mereka itu mahu melakukan huru-hara? Siapakah yang mengeluarkan
teori ini sehinggakan Ketua Polis Negara sanggup mengeluarkan kenyataaan
seperti itu? Satu ketika dulu, Al Arqam kepimpinan Ustaz Azhari telah
menunjukkan gelagat yang dianggap menyalahi kesucian agama. Tetapi, ia
memakan satu masa yang sungguh panjang untuk kerajaan menghitamkannya.
Bagaimanakah kali ini, Kumpulan Kebathinan ini boleh dikesan begitu cepat
hanya setelah mereka meerompak senjata? Boleh diterima akalkah dakwaan ini.
Di Malaysia kalau sesiapa mahu membuat huru-hara dia tidak perlu merompak
kem tentera. Mahathir sebagai Perdana Menteri sudah memberikan ajaran
terang-terangan bagaimana mencetuskan huru-hara. Gunakan bom molotov
(molotov coktail) sudah memadai. Bukankah itu yang dilakukan oleh budak
sekolah dan juga para agen ceti haram sejak enam bulan yang lalu? Sedangkan
ajaran itu Mahathir uacapkan sebagai tohmahan yang ia akan dilakukan oleh
pemuda KeADILan. Pendedahan Norian Mai itu sebenarnya memberikan satu konotasi yang amat
berbahaya dan beliau harus bertanggungjawab dengan tuduhannya itu. Rakyat
yang cintakan keharmonian negara tentu kurang senang dengan kenyataan
yang dikira melulu itu. Kini, Norian Mai mesti membongkarkan semua rahsia
yang dia tahu akan pergerakan ini. Satu ketika dulu Hamid Othman pernah
mendedahkan "adanya lebih satu ratus kumpulan tabligh dan tarikat yang
sedang diawasi oleh pihak kerajaan." Apakah kumpulan kebatinan yang
dimaksudkan oleh Norian Mai in termasuk dalam kumpulan yang dimaksudkan
oleh Hamid Othman? Kalaulah kumpulan ini dikira kumpulan ajaran agama, apa
pula pendapat Hamid Othman dalam hal ini. Tentu sekali rakyat mahu tahu apa
nama kumpulan itu. Tentu sekali masih ramai ahli kumpulan yang berleluasa dan
tidak terperangkap di Hutan Jenalik. Yang penting sekali, tentu kita tidak mahu
mengetahui secara terlambat bahawa jiran yang kita percaya sekian lama ini
adalah seorang ahli kumpulan yang merompak alat kelengkapan perang.
Reaksi Awal Terhadap Kumpulan Kebathinan
Apabila Norian Mai membuat satu kenyataan yang membabitkan ajaran agama,
tentu sekali dia maksudkan kumpulan yang merompak itu mengamalkan ajaran
sesat? Malahan kita diberitahu oleh akhbar ada orang kampung yang melihat
ahli kumpulan itu sengaja menembak ke udara untuk menaikan semangat mereka
sambil bertakbir. Bukankah itu yang dilaporkan oleh akhbar dan mengaitkannya
kepada Norian Mai? Rakyat pada keseluruhannya tidak mudah percaya dengan kenyataan seperti itu
kerana setakat ini tidak ada askar yang mengepung itu yang mati ataupun
tercedera kerana tembakan daripada ahli kumpulan agama yang dikepung itu.
Lagipun kalau sesaorang yang mempelajari ilmu kebatinan dia sebenarnya mampu
menolak penggunaan sebarang jenis senjata samada besi tajam ataupun besi
yang memuntahkan peluru. Secara kasarnya ilmu kebatinan, samada dipelajari oleh orang yang beragama
Islam ataupun agama bukan Islam, mengajar pengikutnya menggunakan
pancaindera yang sedia ada untuk mengawal mindanya untuk menguasai
persekitarannya. Contoh yang paling baik ialah siri TV lakonan David Caradine
yang sungguh popular itu. Contoh yang paling selekeh yang boleh kita petih
dalam suasana persekitaran Melayu ialah 'mainan' anak anak di Parit yang
sudah pun dikomersialkan kini dengan nama Cakra Alam. Di persisiran Sungai
Perak ada satu mainan kanak-kanak yang mirip pengawalan minda di mana
anak-anak diajar mengawal minda sehingga mereka mampu menggantung sudu
dan garpu di dada mereka. Orang putih kata 'mind over matter'. Inilah mainan
orang Melayu yang diturunkan secara mainan juga kerana orang Melayu
dulu-dulu menganggap perkara ini satu mainan.
Mainan yang kini dikomersialkan dengan nama semacam 'Mengawal Alam' itu
sebenarnya hanya cebisan apa yang orang Melayu Islam tahu mengenai ilmu
kebatinan. Keutuhan ilmu kebatinan boleh dilihat kepada keunggulan orang
melayu keturunan Jawa yang mengamalkan 'Petigeni'. Ini adalah ilmu kebatinan
yang bersandarkan ajaran agama Islam dan memerlukan berbanyak amalan
serta berzikir sepanjang masa. Kerana itu kita dapati cerita bagaimana orang
Belanda menulisnya dulu. Kalau ada orang di Malaysia ini yang mengamalkan
ilmu ini sudah tentu dia mampu masuk Putrajaya tanpa perlu mengambil pas
keselamatan. Mungkin Mahathir ataupun Norian Mai tidak percaya akan perkara
ini. Tetapi, masanya akan tiba apabila keunikan ilmu ini akan terserlah juga.
Semua orang tahu bahawa ilmu kebatinan tidak memerlukan sebarang senjata.
Semua pancaindera yang ada adalah senjata yang semula jadi. Dengan
menuduh kumpulan bersenjata di Jenalik itu sebagai kumpulan ilmu kebatinan
sebenarnya Norian Mai menunjukkan betapa gelabahnya pihak kerajaan
sekarang ini dalam usaha mengabui fikiran rakyat. Sebenarnya inilah kelemahan
pentadbiran Mahathir yang amat besar.
Sejak pemerintahan kerajaan Mahathir bertukar wajah kepada satu rejim
kukubesi kita kerap disogokkan dengan beberapa maklumat songsang. Yang
terbaru ialah munculnya kumpulan agama ilmu kebatinan yang kini merampas
kelengkapan perang dan menyorok di hutan Jenalik. Dengan menuduh
kumpulan itu sebagai pengamal ilmu kebatinan ia membawa erti pihak kerajaan
sudah terlalu gelabah untuk menipu rakyat lagi. Satu ketika dulu kumpulan Al
Arqam dianggap berbahaya kerana ajaran sesatnya. Tetapi, kini kumpulan itu
masih bergerak lagi cuma tanpa jubah hijau dan sarban hijau mereka. Ekonomi
mereka masih lebih mantap kerana berjaya mengelak daripada tekanan ekonomi
negara yang merudum. Hampir semua kumpulan nasyid yang popular kini adalah
serpihan perkumpulan Al Arqam juga. Walaupun mereka sudah menukar identiti,
kumpulan itu masih mampu berinteraksi dan mampu menegakkan ekonomi
orang Melayu. Lantas, ramai yang berkata usaha kerajaan menggembar-gemburkan
momokan terhadap Al Arqam dulu adalah satu muslihat politik juga yang didalangi
oleh seorang jeneral tentera yang hampir mahu bersara.
Apakah tidak mungkin episod RAW ini ada didalangi oleh kumpulan
gembar-gembur yang melibatkan jneral bersara yang sama dan disokong kuat
pula oleh seorang senator yang baru sahaja dilantik setelah kalah di pemilu-10
dulu? Dengan terdedahnya kenyataan bahawa kumpulan perompak bersenjata itu
adalah kumpulan agama songsang, kerajaan dan juga pihak polis sudah
mendedahkan satu idea betapa negara ini dalam bahaya disebabkan kumpulan
ajaran agama yang tidak direstui oleh JAKIM. Apakah ini satu hasil terbesar
sejak penubuhan MATIN? Soalnya sekarang kalaulah kumpulan ini sah merupakan satu kumpulan pengamal
ajaran agama songsang tentu sekali mereka telah diawasi begitu rapi. Tentu
sekali pergerakan mereka diketahui lebih awal lagi. Bagaimanakah boleh
terjadinya kumpulan ini mampu melancarkan serangan ke atas dua kem tentera
tanpa ada sesiapa yang dapat menghidunya?
Sekarang saya mahu tanya Norian Mai dan juga Mahathir apakah kumpulan
pengamal ilmu kebathinan ini mengangotai pertubuhan politik di negara ini?
Apakah mereka menjadi ahli PAS? Adakah mereka ini ahli PKN ataupun lebih
dikenali sebagai KeADILan ? Rakyat perlu jawapan kepada dua soalan di atas kerana majoriti rakyat sudah
lama 'fed-up' dengan taktik Mahathir memerintah negara ini. Semakin lama dia
berkuasa kita lihat dia semakin menunjukkan kukubesi kekuasannya itu. Apa
yang dicurigakan oleh rakyat akan kemungkinan pihak kerajaan merancang
gerombolan bersenjata ini dan melabelkannya sebagai satu kumpulan pengamal
ajaran sesat yang mahu mengambil kuasa pemerintahan secara kekerasan.
Apabila mereka ini dikatakan pula menjadi ahli PAS, sekaligus kerajaan mahu
membabitkan mereka dengan pejuangan PAS?
Jangan Perlekeh Kesabaran Rakyat
Apa juga yang akan berlaku dalam episod rompakan kelengkapan perang ini,
ada satu pesanan yang baik kita rakamkan untuk perhatian semua pemimpin
politik di negara ini. "Jangan Perlekeh Kesabaran Rakyat" Pesanan ini kita
kirimkan kepada semua pemimpin politik di negara ini. Tidak kira sama ada
mereka sedang berkuasa sebagai wakil rakyat ataupun tidak. Semakin jelas kini,
rakyat sengaja diperlekehkan. Mahathir dan para pemimpin Barisan nasional
sudah semakin tergugat dalam skala populariti di negara ini. Pada
keseluruhannya rakyat yang cintakan keharmonian negara mahukan Mahathir
mengundurkan dirinya sebelum terlambat. Orang Cina mahukan Ling Liong
Shik bersara, orang keturunan India mahukan Samy Vello bersara, ahli parti
Gerakan mahukan Dr. Lim turut bersara. Kenapa? Kerana mereka dianggap
sebagai sudah terlalu lama bertakhta dan sudah tidak mampu mmimpin negara
ini ke alaf baru. Di waktu yang sama riak-riak ketidaksenangan orang Melayu
beragama Islam terhadap pucuk pimpinan PAS pun semakin terserlah. Cuma
tahap ketidaksenangan itu belum mencapai tahap meluat ataupun getek seperti
yang dikatakan oleh Megat Junid. Ketidaksenangan rakyat ada kait mengait dengan tidak kepuasan terhadap
kepimpinan mahathir. Kerana itu rakyat secara keseluruhannya menunggukan
kes pendakwaan terhadap Mahathir kerana rasuah. Tetapi rakyat faham
keadaan institusi kerajaan yang sudah dimonopoli oleh Mahathir. Kerana itu
rakyat sanggup bersabar kerana memikirkan usia Mahathir sudah melebehi
tahap maghrib dan satu hari terdekat dia pasti mengundurkan dirinya. Samada
pengunduran itu secara terpaksa ataupun secara sukarela adalah satu soalan
yang lain pula. Haikatnya rakyat bersabar kini dan akan terus bersabar. Tetapi, pelbagai
insiden yang muncul menampakkan aanya tangan ghaib Mahathir yang
mendalanginya. Inilah yang membuat rakyat marah. Inilah sebabnya rakyat rela
menghadapi satu pergolakan pasukan tentera yang memberontak untuk
menjadi satu pergerakan yang akan mengajar pemimpin kerajaan yang terlalu
rakus dalam penggunaan kuasa sehinggakan harta rakyat mahu dimilikinya.
Kalaulah apa yang sedang berlaku kini, merupakan salah satu taktik terbaru
Mahathir untuk terus berkuasa dan mengelakkan proses undang-undang yang
sangat hampir mendakwanya, Mahathir dan Norian Mai akan merupakan dua
insan yang terpaksa menghadapi risiko kemarahan rakyat. Selama ini pun
rakyat sudah faham akan segala taktik pihak polis yang merencana kerja-kerja
aib ketika kumpulan damai reformis berdemo di Kuala Lumpur. Daripada insiden
motorsikal polis 'dibakar' kepada insiden inspektor polis 'dikepung' oleh polis
yang menyamar juga hingglah kepada insiden PWTC digugat oleh kumpulan
polis yang menyamar para reformasi. Ini tidak termasuk dengan segala
pengaiaban yang telah ditonjolkan. Bayangkan apabila penulis terkenal Ainon
Mohamad boleh dituduh sebagai pelacur murahan ketika berpiket di depan
Istana Negara satu ketika dulu...!
Semalam AFP ada melapurkan betapa pihak polis menggunakan beberapa
saudara ahli kumpulan yang merompak itu untuk menyerah diri. Tetapi mereka
enggan. Bagaimanakah agaknya orang India dan Iban boleh termasuk dalam
kumpulan kebatinan ini? Apakah mereka mempunyai ketahanan diri untuk
mempertahankan 'perjuangan' mereka itu? Kenapakah tidak ditembak sahaja
salah seorang mereka itu untuk menyedarkan mereka bahawa kekebalan yang
ada pada mereka itu adalah sesuatu yang tidak benar?
Kita amat mengharapkan segala bukti yang ditonjolkan oleh pihak polis
benar-benar ikhlas betapa kumpulan perompak itu adalah kumpulan yang bukan
didalangi oleh sesiapa. Rakyat sudah semakin letih kini memikirkan terlalu
banyak insiden yang sengaja ditonjolkan oleh kerajaan seperti yang berlaku
kepada beberapa pemimpin muda yang meninggalakan parti Keadilan. Rakyat
sudah letih memikirkan cara mereka diperbodohkan.
Semua insiden yang menunjukkan penglibatan pihak polis menghina rakyat
adalah bertujuan mengekalkan kuasa Mahathir Mohammad. Kini si diktator tua
ini sedang tersepit. Dia mahu melepaskan sepitan rakyat itu. Dia tidak akan
berjaya. Pejuang kental Melayu di zaman dulu selalu berkata: "Perang
bermalaikat, sabung berjuara" adalah satu pepatah yang harus difahami oleh
Mahathir dan juga Norian Mai.
Kalaulah ada sebarang bukti bahawa episod RAW ini adalah satu muslihat politik
Mahathir bererti Mahathir dan Norian Mai akan menghadapi mahkamah rakyat.
Kalau kedua-dua insan ini mahu membetulkan dakwaan dan kesangsian rakyat
terhadap perkara ini, dedahkan kumpulan agama yang menjurus ajaran
kebatinan itu. Namakan secepat mungkin siapakah imam besar pergerakan itu.
Berilah jawapannya dengan kadar yang segera sebelum terlambat sebelum
rakyat dan ATM bersatu padu mencari jawapannya.
Jangan biarkan rakyat berperang dengan emosi mereka. Siapakah Imam
Besar pergerakan itu????? |