Laman Webantu KM2A1: 4934 File Size: 11.6 Kb * |
TAG SP 202: Balak Yang Tumbang Siapa Yang Kenyang By Harun Rashid 11/7/2001 7:27 pm Wed |
[Dengan membeli hartanah yang amat bergaya di luar negara
nampak sangat keluarga di raja mahu menyembunyikan harta mereka
dan lebih rela mengkayakan orang asing dari rakyat sendiri.
Bahkan istana mereka dalam negara sendiri pun menggajikan orang
asing - seolah-olah rakyat tempatan yang asyik menyanyikan lagu
untukmu di sekolah dan doa untukmu di masjid setiap minggu itu
langsung tidak berguna. Apakah kuda dan bekas penjajah negara itu
lebih disayanginya dari rakyat sehingga sanggup berbelanja
berjuta-juta untuk mendampinginya?. Majlis Perhutanan Negara menetapkan had 6890 hektar setahun hutan
simpan boleh ditebang tetapi hanya kerajaan PAS Kelantan sahaja
menepati syarat ini. Bahkan kawasan yang diterokai oleh kerajaan
BN sudahlah melebihi had, hasilnya jauh lebih rendah.
Sila rujuk Jadual dibawah. (For Whom The Trees Fall) oleh: Harun Rashid Ada sebuah mahligai purba yang dijual pada bulan ini yang
merupakan penjualan paling termahal di England. Pembelinya
ialah Raja Muda Pahang. Mahligai yang mempunyai 30 kamar itu
berharga 70 juta pound sterling, yang bersamaan dengan RM370
juta. Mengikut bancian 2000, di seluruh negeri Pahang ada 63,000
perumahan yang menampung 283,000 penduduk. Kalau dicongak
secara mudahnya, apa yang telah dihamburkan oleh Tengku
Mahkota untuk kuda polo yang diminatinya itu adalah
bersamaan dengan pendapatan setengah tahun sumber pencarian
setiap keluarga di Pahang. Ini juga bersamaan dengan bayaran
25 peratus untuk membeli setiap buah rumah yang diperlukan
oleh rakyatnya. Bayangkanlah, harga sebuah rumah yang baru untuk setiap
empat keluarga di Pahang, telah dibazirkan untuk membeli
sebuah mahligai yang bertujuan untuk mempermudahkan permainan
polo seorang anak raja di perantauan orang putih (sedangkan
anak raja itu bakal mewarisi takhta daripada ayahandanya).
Belanja untuk menyelia harta itu sahaja dianggarkan sekitar
RM5.3 juta, yang jauh lebih tinggi daripada pendapatan
orang professional di Pahang. Kita boleh bayangkan juga kesan faedah ekonomi kepada
rakyat Pahang seandainya Raja Muda tumpukan usaha untuk
menaikkan taraf hidup rakyatnya daripada membazirkannya itu
kepada kuda-kuda dan nafsu-nafsinya. Agama ajarannya telah
mengarahkan beliau memberikan contoh yang terbaik dan
bukannya menunjukkan contoh kerakusan dan pembaziran wang dan
harta kekayaan yang tidak pun diperolehi melalui titik
keringatnya. Dia bermain polo dengan rakan diraja Inggeris di
padang mainan yang nun jauhnya, sedangkan rakyat Pahang
bertungkus lumus kais pagi makan pagi, kais petang menjeruk
hati. Raja Muda memang merupakan kawan permainan polo kepada
Putra Charles daripada istana Buckingham. Permainan polo
memerlukan pemerhatian laksana kemahuan seorang gundek,
sehinggakan tidak banyak ruang untuk melaksanakan tugasan
istana ataupun persediaan untuk menyiapkan diri
mengambilalih takhta diraja. Seorang tokoh radio dan
penunggang kuda terkenal Amerika, Arthur Godfrey pernah
berkata: 'Ada sesuatu yang terdapat pada kelakuan kuda yang
sesuai untuk mencekalkan hati seseorang insan.' Dia merujuk
kepada keadaan kuda yang tahan lasak, yang menyumbang kepada
lanjutan usia. Tetapi tidak ada pula yang merujuk kepada
kebaikan kemanusiaan. Para menteri kerajaan yang memerintah di Malaysia walaupun
bukan daripada warga istana, memang memiliki rumah dan mahligai
yang besar-besar. Ramai yang mempunyai hartanah yang luas dan
mahal-mahal, yang dipagari tembok tinggi yang dihiasi jeriji
besi waja untuk menghiasi pintu pagarnya. Mereka menggaji
pegawai keselamatan berbangsa Gurkha yang pernah dilatih oleh
kerajaan British dulu dan kini ditempatkan untuk menjaga
pintu masuk yang dihiasi warna emas-emasan. Pengawal
keselamatan (yang diimpot khas) tidak merelakan pengambilan
gambar. Memang tidak mudah untuk mencongak perbelanjaan
mendapatkan segala harta itu dengan pendapatan rasmi para
pemiliknya ataupun memikirkan betapa pemilikan itu benar-benar
mematuhi ajaran agama Islam mereka. Dua negeri di pantai timur, Kelantan dan Terengganu, kini
ditadbir oleh PAS. Di dua negeri itu pemilikan harta oleh
para pemimpin negerinya memberikan perbandingan yang amat
menarik sekali. Kedua-dua Menteri Besar PAS menduduki rumah kediaman di
kampung yang sungguh sederhana keadaannya kerana itulah
juga kediaman mereka sebelum memenangi pilihanraya. Mereka
tidak mengamalkan cara hidup yang mewah-mewah seperti amalan
orang yang terdahulu dalam kerajaan yang mereka kalahkan.
Cara hidup begitu telah diamalkan oleh Menteri Besar Kelantan
sejak 11 tahun yang lalu dan itu jugalah stail cara hidup
yang diamalkan oleh Menteri Besar Terengganu yang baru.
Di Kelantan dan Terengganu, hari Jumaat ialah hari cuti am.
Rakyat memasang badan untuk berhimpun menghadiri kuliah subuh
yang diberikan oleh Menteri Besar mereka. Mereka penuhkan
auditorium sehingga sendat dan jalan raya pun dipenuhi juga
kerana ketiadaan tempat. Mereka datang berbondong-bondong
bersama anak-anak, duduk dengan khusyuknya mendengar kuliah
untuk dua jam lamanya sambil pancaran suria memanah muka.
Mereka mengajak anak-anak untuk bersama agar mereka juga turut
merasakan nikmat pengalaman mendekati Tuhan. Jelas di wajah
terpancar keceriaan yang dihiasi senyuman. Tidak ada wajah
yang berkerut sebagai lambang kehidupan perit yang menjerut.
Memang jelas wujudnya kekayaan semangat kerohanian.
Memang sungguh menakjubkan melihat ramainya keluarga yang
berhimpun memenuhi jalan raya untuk menghadiri kuliah yang
dapat membersihkan jiwa dan membawa ketenangan minda kepada
mereka yang amat memerlukannya. Kuliah semacam itu tidak
wujud di bahagian selatan negara. Memang sukar mendapatkan
seorang-dua pimpin yang mempunyai karisma begitu hebat yang
mampu menarik perhatian umat. Memang amat beza perbandingannya.
Di bahagian utara (pantai timur) wujud kekayaan rohani di
tengah-tengah kemiskinan duniawi, sedangkan di bahagian
selatan memang terdapat kekayaan duniawi yang dibaluti
kemiskinan rohani. Berbalik kepada kisah pembelian mahligai di England itu; pada
tahap awal tersebar beritanya ramai yang menyangkakan seorang
Sheikh Arab Timur Tengah adalah pembelinya. Anggapan itu
bersandarkan sejarah pembelian rumah besar lama-lama di sana
yang kerap diongkosi oleh hasil minyak (dan gas) - sumber
asli yang turut disalahgunakan. Akan tetapi, bersalahan
dengan anggapan umum itu, kali ini pembelinya ialah seorang
anak raja melayu, yang turut menyalahgunakan sumber asli hasil
mahsul negaranya. Pada kali ini pokok kayu di hutan rimba yang
menjadi mangsa. Pokok-pokok ditebang dengan rakusnya laksana
alunan simponi irama abad yang baru. Bekas Menteri Besar Pahang memang memainkan peranan yang
besar dalam pembalakan yang memberikan hasil yang lumayan.
Walaupun kini sudah menjadi seorang menteri pusat, dia
sudah disebut-sebut bertanggungjawab dengan kerja-kerja
musibat. Tuduhan terbuka sudah dianjurkan oleh seorang wakil
rakyat yang bersedia mengosongkan kerusi yang dipegangnya untuk
mencetuskan satu pilihanraya yang akan menggoncangkan semua.
Akan tetapi, seolah-olah perkara ini mahu dipengapkan oleh
kerajaan pusat dan juga oleh kerajaan negeri yang berpusat
di Kuantan. Kebisingan yang ada hanya berpunca di
tengah-tengah hutan rimba kerana semakin banyak pokok yang
tumbang untuk membiayai rumah-rumah besar para menteri dan
mereka yang memang sibuk dengan segala kerakusannya. Pengawal
Gurkha sibuk menghalau marhaen yang sibuk mahu tahu.
Kuda-kuda polo sibuk berlarian dengan penunggangnya di padang
yang dikawal rapi oleh pasukan keselamatan. Mereka
berlumba-lumba mengejar sebiji bola putih untuk memberikan
keseronokan kepada wakil penjajah dan anak raja yang sudah
menjadi anak patungnya. Inilah kesenangan yang terjamin
keselesaannya. Para menteri Malaysia sudah mengumumkan pembikinan 46
empangan, sekurang-kurang dua akan dibina di Pahang. Projek
beginilah yang membolehkan penebangan hutan sehingga tanah
yang luas dibiarkan terdedah untuk dihakis permukaannya oleh
titisan hujan. Hakisan itu akan turun melumuri dasar
sungai sehingga wajahnya yang jernih bertukar warna, berlumpur
dan pekat sahaja. Inilah pembangunan negara ala otak semperit
para menteri Malaysia Semua ini adalah satu kemestian untuk
menjamin padang polo di England sentiasa menghijau dan ceria
suasananya untuk memuaskan nafsu-nafsi kumpulan haprak yang
rakus akan kemegahannya. TAMAT Terjemahan: SPAR-05-14. SIAPA GONDOL BALAK BERLEBIHAN? http://www.parti-pas.org/kelantan/balak1.html
PERBANDINGAN KELUASAN KAWASAN HUTAN YANG DITEBANG DAN HASIL YANG DIPUNGUT OLEH KERAJAAN KELANTAN KETIKA PEMERINTAHAN BN DAN KETIKA APU/PAS
Link Reference : Harun Rashid Worldview: For Whom The Trees Fall |